Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Baju Bundle Murah GILE di KL- HANYA RM5 !

Baju bundle berjenama memang feveret saya dan boleh kata penuh satu almari. Jarang sangat saya berbelanja untuk membeli baju atau seluar sehingga ratusan ringgit sehelai. Kenapa bayar lebih?

Kat kedai baju bundle pun kita boleh dapat barangan dan pakaian yang berkualiti dengan harga yang murah. Dan salah satu kedai bundle di KL yang selalu saya pergi ialah di Family Bundle di Ampang, KL. Memang kedai dia besar dan banyak seluar dan baju vintage yang dijual. Murah pulak tu !

Ni antara barangan bundle yang saya ingat dan boleh didapati di Family Bundle Ampang;

  • Baju T Shirt tidak berkolar/ berkolar
  • Baju kemeja lengan panjang/pendek
  • Pakaian jeans seperti jeket dan seluar.
  • Baju bundle rare dari oversea.
  • Baju dan jeket vintage
  • Baju bundle baby – RM 10 untuk 6 helai !
  • Seluar slack, seluar track.
  • BOXER !!
  • Pakaian bundle musim sejuk
  • Topi/hat/cap yang pelik pelik. RM5 utk 2 biji !
  • Baju bundle wanita seperti seluar jean, skirt dan baju sendat-sendat.

baju bundle murah kl

Hari ni sahaja saya beli 5 helai seluar dan 5 helai baju. Baru RM50 habis. Mau taknya berpinau mata tengok seluar-seluar yang boleh kata branded macam CK, Levis, Adidas dan Lee Cooper semuanya RM5. Ada jugak yang RM10 dan ada jugak yang puluh-puluh ringgit. Walaupun orang cakap baju bundle ni yang bekas orang pakai, tapi kalau kualiti dia masih bagus, apa salahnya beli pada harga yang murah gila.

Tak malu ke pakai baju bundle?

Teringat pulak kat satu makhluk tuhan yang tak berapa seksi satu ketika dulu. Kawan sebenarnya. Biasalah kitaorang memang suka bergurau senda.

Zul, nak pergi mana ni?

Hari ni nak pergi shopping jap. Beli baju 2 3 helai dan levi’s 2 helai.

Pergh banyak duit ko cari levi’s, scholar baru masuk ke? Ke dah jadi anak ikan mak?

Takat sepuloh ringgit sehelai, apa ada kisah.

Spuloh hengget? what the heck? oo Bundle?

Yeah you gadit !

Sorry ah aku tanak ikut, baju bundle bukan best pun, second hand !

Itulah senang ceritanya lebih kurang dialog saya dengan sorang member masa kat U dulu. Dipendekkan cerita beberapa hari selepas tu.

Pergh Zul, tiap bulan pakai suar baru. Baju baru. Ada gaya ! Mana beli? Ada sales ke?

Kedai baju bundle kat Ipoh. Hari hari sales RM10 hengget jer.

Bundle? RM10 sehelai? Ori kot ni !! Lawa macam ni? eh eh biar betik !! Weekend ni jom tunjuk aku, ori tu ! Murah kot bla bla bla !

Tak kenal maka tak cinta. Tu lah jangan ingat baju bundle ni tader kualiti. Ramai jugak member-member saya yang macam pandang kedai bundle ni sebelah mata. Bila dah ajak pergi, boleh pulak beli 2 3 helai.

Bini pun 2 x5 huh. Mula mula dulu. Saya balik borong bawak baju dan seluar 2 plastik, duk pot pet pot pet. Membazirlah, kualiti tak bagus lah. Huh, bawah pergi sekali lepas tu tak hengat beli seluar sendiri dan baju anak sampai 2 jam ! Sabo je.

Kedai Family Bundle di Ampang !

 

pakai bundle best selangor

Kedai baju bundle ni memang murah dan kualiti pakaian dia pun sangat bagus !! Kedai dia boleh tahan besar ada bahagian lelaki dan perempuan. Duk sini 1 jam konfem tak perasan masa berlalu bergitu sahaja. Bagi peminat baju vintage atau baju bundle rare, bolehlah singgah sini. Banyak gila pilihan yang ada. Kebanyakan baju-baju bundle di sini boleh kata 90% diimport dari luar seperti Jepun, Amareka, Jerman dan banyak lagi.

Nak ke kedai baju bundle Family Bundle ni pun tak susah. Parking pun depan kedai ! Bagi gadis-gadis nak cari baju kurung atau jubah kat sini memang tader. Sebab paham-paham lah kan baju bundle wanita kat sini semua import dari negara-negara luar. Mana ada orang luar pakai baju kurung dan tudung lilit lilit.

kedai bundle best kl

Kalau nak cari baju t shirt, seluar jeans atau baju musim sejuk bundle memang banyak pilihan yang ada. Mau tak gila bila tengok semua price tag RM5 dan RM 10 !! dan ada jugak yang sampai RM 100 tapi memang kualiti dia terbaik !!

Kat sini juga ada jual baju baju untuk abang pomen. Kalau nak cari baju coverall nak pakai time mesin rumput ker, baiki kereta ker dan apa jua tujuan korang, boleh datang mai sini.

Borong baju musim sejuk di sini kalau nak bercuti ke luar negara. Nak ke luar negara setakat sekali sekali buat apa nak beli yang mahal-mahal. So sinilah salah satu kedai baju bundle musim sejuk yang ada jual pakaian murah dan berkualiti seperti sweater, jeket, hat dan glove. Nak melancong ke negara-negara sejuk konfem saya datang kedai baju bundle Family Bundle nanti. Murah dan jimat ! Duit lebih boleh simpan dalam tabung !

Kedai baju yang sistematik !

Memang macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Itulah bisnes kedai bundle ni. Kedai bundle KL ni memang banyak tapi tak semua berbaloi nak pergi. Sebab baju tak lawa, buruk sangat dan tak tersusun. Kalau nak cari saiz sendiri mau kena tawaf satu kedai belek satu-satu baru jumpa. Dah sejam baru jumpa sehelai eh eh memang jenuh cam tu.

kedai bundle murah ampang

So kedai Family Bundle ni memang dia asingkan pakaian wanita dan lelaki. Malah jenis baju berkolar, t-shirt, seluar jeans, seluar pergi ofis dan jeket juga disusun dengan teratur ! Senang nak memilih, Malah ada juga ruangan seluar seluar baju yang saiz besar ! Sampai kan ada seluar jeans saiz 64 !! Gile punya besar dia !! Boleh buat khemah !

kedai bundle oversea kl

Memandangkan saya ni gemuk jugak, maka kedai baju untuk orang gemuk macam ni lah yang saya cari cari. haha.Senang pergi je ke satu ruangan untuk seluar saiz 36 ke atas, dan hanya pilih yang mana berkenan. Tiada lagi masalah nak tawaf dan belek satu satu nak cari saiz sendiri. Penat !

Memang akan datang lagi kedai baju bundle ni next week. Boleh kata setiap minggu ada je stok baru di kedai Family Bundle ni. Memang best !! Sekarang ni dah jadi kedai singgahan setiap minggu bersama wife untuk cari baju sendiri dan jugak untuk anak. Kadang-kadang borong jugak dan bagi kat sedara mara dan adik-adik yang masih belajar. Apa lah sangatkan kalau takat RM 5 dengan adik adik !.

Rasa nak beli boxer bundle. Tapi takut gatal ! :p

jacket bundle beli kl

Duk pusing-pusing kat kedai terjumpa pulak bahagian boxer. Ada jugak jual boxer-boxer bundle ni ! Agak was was sebenarnya saya nak beli. Ye lah kan. You know why la. :p

Namun sayang kedai ni kalau buat baju bundle online kan senang. Memang konfem saya akan jadi pelanggan setia yang akan sentiasa menunggu stok-stok baru. ! Lagi bukan susah pun nak buat blog. Bagi saya bisnes baju bundle ni memang menarik tapi kat mana ye nak cari pembekal baju bundle? herm

Terbaik dari ladang kalau nak memborong baju bundle ke ofis, untuk kanak-kanak atau pun untuk bayi ! Terasa macam orang kaya je bila masuk kedai baju bunlde ni sebab boleh beli baju branded dengan banyak !! :p

4.2/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

75 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

75 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kili
Kili
1 year ago

Boleh ke dapat yg baru

Nomi
Nomi
4 years ago

Ada skirt jeans labuh tak

Yunus
Yunus
5 years ago

Boleh berikan sy lokasi tepat….semalam sy dah cari tp di ampang…bajunya x berapa banyak

ema
ema
5 years ago

kedai nya kat ,mana boleh bagi alamat ka .tq

asyraf
asyraf
5 years ago

ktmne kedai ..boleh bg alamat

sheila
sheila
6 years ago

haloo,, boleh tak saya minta location yang pasti tak dimana toko tuh ?

Ithia
Ithia
6 years ago

Winter coat ade banyak x?

Hubungi Kami

75
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x