Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Yang Popular

Bila bercuti ke Pulau Langkawi, mencari penginapan mengikut bajet & hotel murah di Langkawi terutamanya di bahagian pantai memang senang namun tak semuanya bagus. Setiap orang termasuk saya sendiri nak penginapan yang selesa untuk keluarga berpadanan dengan harganya walaupun murah. Dan kebiasaanya kalau melancong ke sini semestinya kita nak hotel murah di Langkawi dekat pantai Cenang atau tempat tumpuan pelancongan ataupun berdekatan dengan Langkawi Airport.

Selain daripada keselesaan dan juga harga, FAKTOR UTAMA yang lain yang mesti kita ambil kira kalau mencari hotel dan chalet murah ialah di lokasinya. Anda mungkin tidak mahu tinggal di hotel di Langkawi yang murah dan selesa tetapi nak ke tempat menarik di sekitarnya pula perlukan masa perjalanan yang jauh dan lama. Berikut merupakan senarai hotel murah di Langkawi yang mempunyai kemudahan asas yang bagus dan review yang bagus serta berada di sekitar kawasan tumpuan pelancongan di Langkawi seperti di area Pantai Chenang, Pekan Kuah dan lapangan terbang Langkawi.


1. Langgura Baron Resort

hotel murah dekat pantai langkawi

Resort & Hotel Murah di Langkawi Dekat Pantai Cenang

Salah satu hotel murah di Langkawi tepi pantai dan mempunyai review pengunjung yang bagus. Kemudahan asas untuk pengunjung juga tersedia seperti akses wifi ( hanya di lobby), tv, bilik mandi, peralatan mandian dan sebagainya.

Lokasi Langgura Baron Resort juga sangat menarik kerana bukan sahaja dekat dengan pantai tetapi dekat dengan Underwater World Langkawi ( 5 minit jalan kaki), Muzium Beras (800 meter) dan hanya 5 km daripada Langkawi Airport. Bagi mereka yang nak aktiviti menarik di sini seperti bermain jet ski atau parasailing, pihak hotel juga boleh menguruskannya.

Semak Harga Terkini

Alamat: Lot 2608, Tanjung Mali, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

Menawarkah beberapa jenis bilik penginapan pada harga yang berbeza:

  • Bilik Duble Superior atau Twin
  • Bilik Deluxe Double atau Twin
  • Family Room
  • Superior Queen
  • Chalet Kayu

Semak Harga Terkini

  • 100 m dari kawasan pantai
  • Dalam Pusat Bandar
  • Wi-Fi percuma semua bilik
  • penyaman udara
  • 5.55 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK)

2. ANZ Langkawi Inn

penginapan bajet langkawi

Sekiranya anda mencari homestay, chalet atau hotel murah di Langkawi, sekitar Pantai Cenang, jangan lupa untuk survey-survey ANZ Langkawi Inn.

Jarak di antara ANZ Langkawi Inn daripada Langkawi Airport sekitar 10 km dan jarak daripada Pekan Kuah sekitar 20 km. Lokasi ANZ Langkawi Inn ini berada di Kampung Kedawang kira-kira 20 minit memandu ke Pekan Kuah dan jarak ke Pantai Cenang sekitar 5 km sahaja.

Melihat kepada ulasan di pengunjung, ANZ Langkawi Inn antara hotel murah di Langkawi dekat dengan pantai yang mempunyai markah daripada pengunjung yang agak bagus pada kadar antara yang termurah di sekitar Pantai Cenang.

Semak Harga Terkini

Alamat: ANZ Langkawi Inn, Lot 407, Kampung Gelam, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia

ANZ Langkawi Inn menyediakan dua jenis bilik iaitu

  • Bilik Standard Double/Twin - Sekitar RM 90
  • Bilik Keluarga - Sekitar RM 120

Antara kemudahan wajib yang ada di ANZ Langkawi Inn.

  • Penghawa dingin
  • Bilik mandi dalam bilik masing-masing
  • TV
  • Cerek Elektrik
  • Balkoni peribadi di setiap bilik
  • Kemudahan akses Wifi percuma di seluruh bilik


3. Sunset Beach Resort Langkawi

sunset beach resort langkawi

Bagi mereka yang mencari penginapan dan resort berdekatan dengan Pantai Cenang, Sunset Beach Resort merupakan antara yang terbaik yang menawarkan harga yang agak menarik sekitar RM 200. Namun harus ingat, harga untuk mana-mana hotel sekali pun selalu berubah dan kebiasaanya akan naik apabila cuti sekolah semakin dekat.

Selain bilik-bilik hotel yang selesa, ada juga ruangan balkoni peribadi yang membolehkan anda bersantai. Malangnya, akses Wifi percuma tidak disediakan di dalam bilik, namun sekiranya anda mahu menggunakan internet, anda boleh ke kawasan awam di Sunset Beach Resort yang menyediakan akses Wifi percuma.

Selain itu kemudahan asas lain yang ada di sini ialah sudah tentu penghawa dingin, rak pakaian dan juga bilik air peribadi di setiap bilik. Bagi mereka yang sewa kereta di Langkawi, di sini juga ada menyediakan ruangan parking kereta yang percuma kepada tetamu Sunset Beach Resort.

Antara tempat menarik di Langkawi yang terdekat dari Sunset Beach Resort ialah Pantai Cenang dan Underwater world ( sepuluh minit memandu). Untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa dan pekan membeli belah tanpa cukai di Pekan Kuah, memerlukan masa selama 20 minit memandu.

Semak Harga Terkini

Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

Bilik Keluarga (Family Room)
  • 30 m²/323 kaki
  • bilik larangan merokok
  • 2 Katil Queen
Sunset III
  • 18 m²/194 kaki
  • bilik larangan merokok
  • 1 Katil Queen
Sunset II
  • 18 m²/194 kaki
  • bilik larangan merokok
  • 1 Katil Queen
Standard
  • 30 m²/323 kaki

 

  • 110 m dari pantai
  • Pusat Bandar
  • penyaman udara
  • beranda/teres


4. MH de Villa

hotel murah mengadap pantai langkawi

Hotel Murah di Langkawi yang Berdekatan dengan Langkawi Airport

Lokasi MH De Villa hanya 3 minit memandu daripada Langkawi Airport dan jarak ke pantai peranginan Cenang hanya kira-kira 10 minit. Dan yang menariknyanya pihak MH de Villa menawarkan servis menjemput tetamunya daripada Langkawi Airport secara PERCUMA. Dan yang lebih menarik, pihak hotel turut boleh mengaturkan sewa kenderaan di sini dan pemindahan ulang-alik ke Langkawi Airport.

MH de Villa juga tidak jauh daripada kawasan tumpuan pelancongan yang lain di Langkawi seperti Kedai Bebas Cukai Pantai Cenang dan Underwater World Langkawi yang hanya terletak kira-kira dalam 15 minit memandu.

Seperti juga di kawasan hotel bajet yang lain di Langkawi, kemudahan asas seperti Wifi percuma, aircond, cerek elektrik, bilik mandi, shower, selipar, seterika dan peralatan mandian seperti tuala mandi. Kalau anda menyewa kereta di Langkawi, pihak MH de Villa turut menyediakan ruangan parkir kereta percuma kepada tetamu.

Sarapan untuk tetamu juga disediakan di setiap pagi. Dengan harga yang ditawarkan, sememangnya MH de VIlla salah satu penginapan & hotel murah di Langkawi yang dekat dengan airport yang mempunyai reputasi yang bagus.

Semak Harga Terkini

Alamat: Lot 1145, Kampung Atas, Jalan Lapangan Terbang, 07000 Kampung Padang Masirat, Malaysia

Harga bilik-bilik di sini begantung kepada jenis bilik yang anda tempah:

  • Bilik Deluxe Double - Sekitar RM 130
  • Bilik Standard Twin - Sekitar RM 130
  • Bilik Keluarga - Sekitar RM 230

  • Pengangkutan lapangan terbang
  • Wi-Fi percuma semua bilik
  • penyaman udara
  • pengemasan harian

5. Chalet TM3, Langkawi

chalet murah di langkawi bajet

Penginapan bajet untuk keluarga di Langkawi berdekatan Langkawi Airport

Bagi yang mencari penginapan dan hotel murah di sekitar Langkawi Airport, Chalet TM3 merupakan salah satu destinasi yang patut anda survey. Harganya sekitar RM 115 ( Bilik Keluarga) dan ke atas untuk satu malam bergantung kepada tarikh anda menginap di sini. Chalet ini terletak di Kg Padang Maksirat dan hanya 2 km daripada Lapangan Terbang Langkawi.

Manakala jarak terdekat daripada kawasan tumpuan pelancongan ialah 4.3 km daripada Tapak Beras Terbakar dan 6.8 km daripada Telaga Harbour Antara yang menariknya di sini, setiap tetamu akan mempunyai akses Wifi Percuma di setiap bilik. Tidak seperti di sesetengah tempat penginapan dan hotel murah lain di Langkawi di mana akses wifi tidak disediakan di dalam bilik dan lebih di kawasan awam penginapan. Susah kalau macam tu.

Selain itu pihak Chalet Hotel TM3 Langkawi juga menyediakan parking kenderaan percuma kepada mereka yang menyewa kereta di sini.

Memandangkan hotel murah di Langkawi ini memang agak popular kerana lokasi serta harganya antara yang termurah, maka ramai pengunjung luar yang datang ke sini. Jadi bagi mengelak daripada masalah komunikasi di antara staff dengan pelancong, mereka juga mempunyai pekerja-pekerja yang fasih berbahasa dalam bahasa English, Melayu dan Indonesia.

Semak Harga Terkini

Alamat: 565 Kg Seberang, Jalan Keadawang, Mukim Kedawang, 07000 Kampung Padang Masirat, Malaysia

Bilik Keluarga - 2 x katil double (Family Room - 2 x Double bed)
  • 12 m²/129 kaki
  • bilik larangan merokok
  • 1 Katil Single dan 1 Katil

Kemudahan bilik yang simple tapi selesa - Seperti juga di kebanyakan hotel bajet yang lain di Langkawi, setiap bilik akan disediakan kemudahan asas seperti penghawa dingin, hiasan bilik yang simple, almari pakaian dan rak pakaian, meja, TV dan bilik air.

Bilik-bilik berhawa dingin yang dihiasi secara ringkas ini dilengkapi dengan almari pakaian, rak pakaian, meja dan TV dengan saluran kabel. Bilik-bilik menyediakan bilik mandi peribadi dengan tuala dan kemudahan pancuran mandian.


6. T Star Cottage Langkawi

homestay murah di pulau langkawi

Penginapan dan hotel murah di Langkawi RM 50

Lokasi penginapan berada kira-kira 5 minit bejalan kaki daripada Pntai Tengah. Jarak daripada kawasan tumpuan pelancongan seperti Underwater World hanya 5 minit memandu dan kalau daripada Langkawi Airport hanya sekitar 15 minit memandu. Jarak nak ke Pekan Kuah agak jauh iaitu dalam setengah jam memandu.

Restoran Halal terdekat kira-kira 10 berjalan kaki yang terletak di Restoran Mangga. Sepadan dengan harganya yang murah, bilik-bilik di sini semuanya dilengkapi kipas, dan kemudahan asas lain seperti wifi, bilik mandi peribadi serta tandas juga tersedia. Jadi bagi mereka yang nak hotel murah di Langkawi dengan bajet RM 50 dan lokasi dekat dengan pantai, bolehlah survey di sini.

Semak Harga Terkini

Jl. Teluk Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Salah penginapan yang memang sangat murah sekitar RM 50. Ada dua jenis

  • Bilik Standard Double (Tingkat Bawah) - RM 55
  • Bilik Standard Double ( Tingkat Atas) - RM 65
  • Bilik Standard Double ( Tingkat Atas dan Penghawa Dingin) - RM 95

  • 300 m dari pantai
  • Wi-Fi percuma semua bilik
  • taman
  • Kedai


7. De Baron Resort

penginapan menarik di langkawi

Penginapan Hotel Murah di Langkawi di Pekan Kuah & Mempunyai Kolam Renang

Satu lagi penginapan di Langkawi yang agak murah dan menarik dialah di De Baron Resort. Bagi mereka yang suka denagn suasana santai dan releks di tepi pantai, De Baron Resort sememangnya pilihan yang sangat ideal di Langkawi di Pekan Kuah.

Bagi mereka yang mencari hotel murah di Langkawi dekat Kuah, anda mesti survey destinasi ini kerana bukan sahaja harganya murah, malah siap ada 2 kolam renang yang tersedia untuk tetamu.

Lokasi De Baron Resort juga sangat strategik dengan mengadap ke Teluk Kuah. Resort ini juga terletak kira-kira 14 km daripada Langkawi Airport dan jeti pekan Kuah hanya 5 minit memandu. Semua bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan membuat teh/kopi, bar mini dan peti sejuk mini. Peti keselamatan di dalam bilik untuk simpan barangan peribadi juga disediakan. Secara peribadi De Baron Resort antara hotel murah di Langkawi dekat pantai yang paling menarik dengan harga yang paling berbaloi.

Semak Harga Terkini

07000 Langkawi, Kedah

Harga penginapan untuk satu malam mengikut bilik dan juga mengikut tarikh bila anda bercuti ke sini.:

  • Bilik Standard Double atau Twin: RM 140
  • Bilik Superior Double atau Twin: RM 150/RM 180
  • Bilik Deluxe Keluarga: RM 250

  • Pusat Bandar
  • Wi-Fi percuma semua bilik
  • penyaman udara
  • taman


Semoga pilihan senarai hotel bajet ini yang berdekatan dengan pantai, airport dan Pekan Kuah di Langkawi akan membantu anda mencari penginapan ideal. Seperti kebiasaan di mana-mana hotel, harganya selalu berubah mengikut musim percutian, disarankan untuk membuat tempahan seawal mungkin kerada kadang-kadang ada sesetngah hotel-hotel di atas ini akan membuat promosi awal.

4.7/5 - (36 votes)

Anda Mungkin Berminat

Jeti Kuala Perlis – Ayuh ke Langkawi!

Malaysia ni memang tak lekang dengan tempat berjalan-jalan yang cantik-cantik untuk dikunjungi terutamanya Pulau Langkawi. Pulau ini merupakan antara destinasi di Malaysia yang sering...

10 Kedai Coklat Langkawi Wajib Singgah (Konfem BEST!)

Langkawi ni selain terkenal dengan tempat-tempat menarik dan hotel mewah yang cantik, ianya juga sangat terkenal dengan coklat. Kalau sebut je tentang nak pergi...

Hotel Mewah dan Romantik di Pulau Langkawi – The Danna Langkawi

Bagi yang ada bajet lebih ketika bercuti ke Langkawi samaada untuk berbulan madu atau untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan yang tersayang, apa...

10+ Kereta Sewa Di Langkawi Yang TERBAIK & Murah

Langkawi merupakan sebuah tempat pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Permata Kedah ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang wajib...

50+ Tempat Menarik di Langkawi Paling Menarik – Panduan Bercuti di Pulau Langkawi

Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti...

Harga Tiket Cable Car Langkawi bagi Pemegang MyKad

Bagi anda yang bercuti ke Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menaiki SkyCab atau lebih sinonim dipanggil cable car yang dianggap yang terbaik di Malaysia...

11 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
suri
suri
6 years ago

untuk sebarang pakej percutian di langkawi boleh whspp sy 0168365010

Miodewal
Miodewal
6 years ago
Reply to  suri

Hai,assalamualaikum….saya dari sarawak.Kita orang rancang nak bercuti dekat Langkawi paling kurang pun untuk 4 hari 3 malam.Boleh taktolong aturkan beberapa program@pakej yang ada sepanjang kita orang dekat sana nanti?Kami dalam ber empat..pertama kali nak pergi dekat sana.Tapi still bingung dan tak tahu apa nak buat.Terima kasih

Najelina surip
Najelina surip
7 years ago

Nak cari homestay bajet pada 19/11-21/11/2017 untuk 13 dewasa dan 5 kanak2

sharifa
sharifa
7 years ago

Sy bercadang nak bawa mak…tp dia guna wheel chair spenuhnya….ada tak bilik air yg mesra OKU…lantai bilik air tk drop n xde bendul

Azuera
Azuera
7 years ago

Asalm sy nak cr hotel yg dekat dgn restauran mknan laut utk ulng tahun sy dn ulang thun perkahwinan kami pd 20 feb 2017

Emma
Emma
7 years ago

Bercuti pada 27.12.16 -29.12.16
3hari 2 malam..chalet bajet dan harga..klau apartment pun ok…tuk 10 org dewasa 1 kanak²

effa
effa
7 years ago

sya nk b’cuti 27/12/16 to 31/12/16 chalet budjet.bole bgi harga utk date ni.masih ada kekosongan lagi ker.

Shamsiah
Shamsiah
7 years ago

Sy nak bercuti 22/11-24/11

Hubungi Kami

11
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x