Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

26+ Makanan Tradisional Kelantan – SEDAP & WAJIB CUBA

Kelantan memang cukup terkenal dengan makanan-makanan dan kuih muih yang sedap-sedap. Lauk pauknya juga tidak kurang menariknya sehingga berkembang ke negeri-negeri lain. Kalau bercuti ke Kelantan, jangan lupa untuk mencuba makanan tradisional Kelantan yang namanya banyak yang pelik dan ada juga nama yang mengerikan tetapi rasanya sedap.

Ada juga makanan dari Kelantan ini seperti di Terengganu tetapi rasa dia berbeza. Contohnya pulut panggang atau dikenali dengan nama Pulut Lepa. Di Kelantan rasanya lebih kearah manis berlemak & di Terengganu rasanya tidak manis tetapi tetap lemak. Berikut merupakan senarai padat lauk pauk dan kuih muih tradisional orang Kelantan.


Makanan Tradisional Kelantan

1. Mee Celup – Mee Celup Golok KuYie

mee celup golok kuyie

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekali tengok mungkin sama dengan mee rebus tetapi ada kelainannya yang terletak pada kuah supnya dan bahan hiasan sampingan lain. Di dalam kuah mee celup itu ada dicampur kacang, sedikit sayur dan juga cili api untuk menambah kepedasannya. Anda boleh pilih jenis mee yang anda inginkan seperti bihun atau mee kuning.

Kalau di Ketereh, anda boleh pergi ke Mee Celup Golo KuYie yang menyajikan mee celup yang memang sedap. Mereka menyediakan 2 saiz hidangan iaitu biasa (RM6) dan mangkuk besar (RM11). Kepada anda yang memang kaki lapar dan kebulur tu bolehlah pesan mangkuk besar ya. Rasa pedas, manis dan masin dalam mee celup ini memang cukup. Selain itu, and juga boleh mendapatkan makanan thai dan roti canai di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60179716077 | Facebook

Alamat: 30, Laluan Persekutuan 8, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan

Waktu Operasi: 12.00 pm – 8.00 pm (kecuali Selasa)


2. Mee Chambol – Mee Chambol Kak Sah

mee chembol

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terkenal di kawasan Pengakalan Kubor yang bersempadan dengan Thailand, Mee Chambul merupakan mee bersup yang sering dihidangkan dengan aneka bebola seafood. Mee yang digunakan kebiasaanya jenis mee kuning, mee hoon dan mee ‘patthai’ (sejenis mee yang popular di Thailand). Mee ini macam mee sup dicampur dengan makanan sejuk beku.

Untuk mendapatkan mee chambol, Kedai Mee Chambol Kak Sah memang wajib dikunjungi. Kedai yang terletak di Pengkalan Kubor, Kelantan ni memang terkenal dengan mee chembol yang sedap. Di dalam mee chembol ni ada sebiji telur, hirisan ayam, bebola daging dan beberapa makanan sejuk beku lain. Anda boleh sahaja memilih jenis mee yang anda inginkan iaitu mee kuning, bihun serta phathai (seperti kueh tiaw yang halus). Harga makanan juga memang berpatutan.

Peta Lokasi | Jarak | +60105612217 | Facebook | Website

Alamat: 16200 Tumpat, Kelantan

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm (kecuali Rabu)


3. Nasi Tumpang – Kopitiam Kita

kopitiam kita

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi lembik seakan nasi himpit yang dibungkus di dalam daun pisang dalam bentuk kon. Turut diserta dengan beberapa jenis lauk di dalamnya mengikut susunan seperti sambal udang, serunding, gulai lemak ayam dan sayur. Anda boleh merasa setiap suapan dengan rasa lauk yang berbeza. Kalau di KB, singgah je di Pasar Siti Khadijah untuk mencari nasi tumpang ini.

Selain itu, di Kota Bahru juga terdapat satu kedai kopitiam yang ada menjual nasi tumpang di samping makanan lain. Kedai makanan tradisional Kelantan, Kopitiam Kita ini sudah bertapak lebih daripada 10 tahun lagi. Oleh itu, ianya memang sudah sebati dengan warga Kota Bahru. Tidak hairanlah kenapa orang ramai suka berkunjung ke sini untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Memang tak sah kalau tak cuba nasi tumpang bila anda sudah ada di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60199810888 | Facebook 

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 6.30 am – 2.00 pm


4. Kerabu Kaki Ayam – Ikan Bakar Kukup

kerabu kaki ayam

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sejenis kerabu yang dibuat seperti kebanyakan kerabu lain yang pernah kita makan. Cuma bahan utamanya ialah isi kaki ayam yang telah direbus dan ianya sangat popular di warung-warung masakan Kelantan dan bazar Ramadhan di sini. Bagi peggemar kaki ayam, juadah ini memang patut anda cuba.

Siapa yang suka kaki ayam dan ingin mencuba kerabu kaki ayam di Kelantan, anda boleh cuba di Ikan Bakar Kukup. Kerabu kaki ayam di sini tak pedas sangat pun dan sesuai lah di makan dengan nasi serta ikan bakar mereka yang menjilat jari. Makanan-makanan sedap lain juga banyak di sini yang bertemakan masakan Thai seperti tomyam dan ikan siakap 3 rasa. Pencuci mulut seperti ABC juga sangat digemari ramai di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60179827283 | Facebook 

Alamat: Jalan Dusun Muda, Kampung Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 4.30 pm – 12.00 am


5. Laksam – Restoran By-T Laksam

makanan tradisional kelantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Seperti juga di Terengganu, Laksam juga merupakan menu makanan utama yang popular di waktu pagi. Kuahnya tidak ada perbezaan dan yang berbezanya, laksam menggunakan mee gulung tepung beras yang dipotong. Kuahnya lemak manis dan kaya dengan isi ikan serta didatangkan dengan sedikit cili untuk menambah kepedasan kuah.

Mendapatkan laksam di Kelantan memang mudah sahaja kerana ia ada di mana-mana. Salah satu kedai yang wajib anda kunjungi untuk mendapatkan laksam ialah Restoran By-T Laksam. Dari nama pun dah dapat tahu yang kedai ini memang special dengan laksam. Laksam di sini kuahnya memang berlemak dan kepedasan cili juga boleh tahan. Anda yang tak suka makan pedas tu, cuba sedikit dulu cili yang diberi sebelum digaulakan dengan kuah laksam itu.

Peta Lokasi | Jarak | +60139809343 | Facebook 

Alamat: Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 3.00 pm – 10.30 pm


6. Nasi Kerabu – Jijah’s Nasi Kerabu

makanan tradisional kelantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Satu hidangan yang sangat ikonik dengan negeri Kelantan. Nasi ulam yang kini dengan pelbagai gaya dan warna yang boleh didapati di sini. Selain nasinya, kesedapan nasi kerabu sangat dipengaruhi oleh sambal tumisnya dan jenis budu yang digunakan. Ada juga yang ‘add on’ lauk untuk nasi kerabu seperti ayam bakar, daging bakar, solok lada dan sebagainya.

Bercakap pasal nasi kerabu, makanan tradisional Kelantan ni memang boleh jumpa di mana-mana sahaja terutama ni negeri ini. Memang bersepah-sepah kedai makan yang menjual nasi kerabu. Antara yang best di Kota Bahru ialah Jijah’s Nasi Kerabu. Kedai ni memang ramai tau orang datang dan anda selalunya kena beratur sekejap untuk dapatkan nasi kerabu di sini. Manataknya, dahlah sedap, banyak, murah pula tu. Memang tak hairanlah kenapa selalu kena beratur. Mereka buka dari pagi sampai tengah hari je, kalau lambat tu melepas lah jawabnya.

Peta Lokasi | Jarak | +601110602254

Alamat: 185, Jalan Tok Sadang, Kampung Pauh, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 pm


7. Pulut Ikan Gaul Nyor – Restoran Pulut Ikan Bakar

pulut ikan bakar

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Pulut Ikan Gaul Nyor merupakan sejenis hidangan pulut tawar biasa yang digaul bersama dengan isi kelapa putih dan juga ikan goreng/ ikan kering. Memang sangat sinonim di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu sebagai makanan sarapan pagi bersama secawan kopi ‘o’ panas. Makanan ni memang simple sahaja tetapi mengenyangkan kerana kanji pulut itu sendiri.

Bagi mendapatkan juadah pulut gaul nyior ni, anda boleh berkunjung ke Restoran Pulut Ikan Bakar. Di sini, mereka menggunakan ikan bakar untuk dimakan bersama pulut dan isi kelapa. Ikan yang digunakan memang segar dan rasanya juga sedap. Mereka juga menjual satu lagi menu istimewa iaitu maggie ketam. Memang sedap tak terhingga kedua-dua juadah tersebut.

Peta Lokasi | Jarak | +60148191539 | Facebook 

Alamat: Jin Melawi-Semerak, 16700 Cherang Ruku, Kelantan

Waktu Operasi: 3.00 pm – 12.00 am


8. Nasi Dagang – Warong Nasi Dagang Padang Tembak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Nasi Dagang juga popular di Kelantan dan kalau dibandingkan dengan di Terengganu, warna nasi dagang di Kelantan agak hitam keperangan kerana menggunakan beras yang khas. Selain itu kuah gulai ikan tongkolnya sama seperti kebanyakan gulai ikan tongkol untuk nasi berlauk.

Kalau anda berada di Padang Tembak dan mencari nasi dagang yang sedap dengan harga yang murah, anda pergi sahaja ke Warong Nasi Dagang Padang Tembak ni. Mereka menghidangkan macam-macam makanan sarapan pagi yang sedap-sedap. Selain nasi dagang, mereka juga ada menjual laksam, nasi lemak dan juga nasi kerabu. Kedainya juga memang bersih dan senang untuk anda duduk menjamu selera.

Peta Lokasi | Jarak | 0139444472 | Facebook 

Alamat: PT 2521, Jalan Padang Tembak, Taman Sri Setia, 16100 Pengkalan Chepa, Jalan Padang Tembak, Taman Sri Setia, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan

Waktu Operasi: 8.00 am – 12.00 pm (kecuali Isnin)


9. Akok Kheddut & Akok Bunga

makanan tradisional kelantanSejenis kuih yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan dan popular di mana-mana negeri lain terutamanya ketika bulan puasa.

Akok Kheddut (kuih akok yang kecil dan berdekut) kebiasaannya boleh didapati dalam 2 warna iaitu perang dan hijau. Warna ini dipengaruhi oleh kuantiti telur dan juga perisa daun pandan.

Akok Bunga atau di Terengganu dikenali dengan Menganang menggunaka resepi yang lebih kurang sama dengan akok kheddut tetapi bentuknya lebih besar seakan sebiji kek.


10. Keropok Gotea

makanan-best-kelantanKeropok Gotea juga popular di Kelantan dan kalau nama yang lebih sinonim ianya adalah keropok lekor yang sangat popular di Terengganu.

Cuma cara pembuatan dan resepinya agak berlainan dan juga dipengaruhi dengan faktor isi ikan yang digunakan.

Gerai keropok lekor lebih popular di tepi jalan di kawasan yang bersempadanan dengan negeri Terengganu.


11. Butir Nangka

kuih muih tradisional kelantanSejenis kuih basah atau berkuah yang kelihatan sama dengan badak berendam namun ianya ada kelainan dari segi pembuatan dan tekstur buah nangkanya yang berwarna warni.

Warna hanyalah sekadar persembahan kepada pemakannya, dan ada juga biji nangka yang berwarna sekata semuanya.

Kanak-kanak mesti teruja kalau tengok kuih warna warni sebegini.


12. Tahi Itik

tahi itik kelantanKuih ini memang sangat popular kerana mungkin namanya yang agak ngeri. :) Namun oleh kerana kengerian namanya maka hanya kuih Kelantan ini yang termasuk di dalam lirik lagu Jalil Hamid yang bertajuk Makan.

Kuih ini merupakan sejenis telur putih yang dimasak dengan mengacau secara berterusan dan akhirnya akan kelihatan bertempek-tempek seperti tahi itik.

Kenapa mesti tahi itik?


13. Pulut Panggang

pulut panggang kelantanPulut yang berinti sambal ikan dan digulung dengan daun pisang sebelum dibakar di atas bara api.

Dari luar pulut ini kelihatan sama dengan Pulut Leppe di Terengganu namun rasa pulutnya di Kelantan lebih manis.

Inti ikan atau kelapa juga kebanyakan berwarna merah keperangan berbanding di Terengganu yang berwarna kelabu.


6. Pulut Bakar

pulut bakarSejenis pulut kosong yang dibalut di dalam daun pisang dalam bentuk membulat dan dibakar di atas bara api. Sedap dimakan panas-panas dan kebiasaanya dijual di kebanyakan warung dan pasar-pasar sebagai sarapan pagi.

Ada juga yang membungkus pulut ini bersama sambal dan inti kelapa sira manis. Satu kuih tradisi di Kelantan yang sering menjadi pilihan orang kampung untuk bersarapan pagi.


14. Lompat Tikam

lompat tikam kelantanSejenis kuih yang dimakan dengan kuahnya yang manis yang dimasak menggunakan gula melaka.

Lompat Tikan di Kelantan lebih berwarna warni dengan isi pulut merahnya bersama potongan adunan tepung kuihnya yang berwarna hijau dan putih.


15. Nekbat Sira

nekbat-sira-klateSejenis kuih yang bentuknya seakan buah baulu dan disira dengan air gula dan daun pandan. Juga popular di Negeri Terengganu dan sering dihidangkan sebagai makanan pencuci mulut.

Kalau di bazar Ramadhan, memang tak sah penjual kuih muih untuk meletakkan kuih ini sebagai salah satu pilihan untuk pengunjung terutamanya mereka yang dari Kelantan dan Terengganu.


16. Buah Tanjung

kuih bunga tanjungSejenis kuih lemak manis yang berwarna kuning dan menjadi hidangan manisan wajib ketika majlis-majlis besar seperti majlis pertunangan atau majlis kahwin.

Kalau ikut orang-orang tua di sini, kuih buah tanjung ini dahulunya terkenal sebagai hidangan manisan santapan orang kerabat di Negeri Kelantan dan orang berada.


17. Jala Emas

jala emasKalau di tempat lain ianya dikenali dengan Roti Jala yang kebiasaanya hanya dimakan dengan kari. Berbalik di Kelantan, roti jala boleh dimakan bersama dengan sos manisnya, kuah kuzi ataupun makan kosong begitu sahaja.

Teksturnya juga agak berlainan dan lebih basah dan lemak manis kalau nak dibandingkan kuih jala emas di negeri lain.


18. Sang Guppal

asam-guppa-kelantanKuih biji sagu yang berkuahkan santan lemak. Di dalam gumpalan sagu kebiasaanya terdapat isi kacang merah.

Memang agak susah nak mencari kuih ini di KL walaupun ianya mempunyai ramai peminat dan rasanya yang sedap.

Kuih ini juga terkenal di Negeri Terengganu dan tiada perbezaan ketara antara kedua-dua negeri mengenai resepi sang guppa.


19. Lempok

lempuk durian sedapSejenis makanan santai yang kelihatan seakan-akan dodol dan lempok yang paling popular ialah lempok durian.

Kini lempuk durian mudah didapati di pasar-pasar di Kelantan mahupun di tempat lain memandangkan ianya tahan lama dan mudah disimpan.

Pembungkusannya banyak cara mengikut kreatviti penjual, ada yang bersegi seperti dodol dan ada yang letakkan di dalam sarung plastik aiskrim yang panjang.


20. Kerabu Sarea

kerabu sarea bestSarea merupakan panggilan kepada rumpai-rumpai laut di Kelantan. Dan rumpai-rumpai ini dijadikan kerabu bersama dengan sambal tumis yang boleh dimakan bersama nasi.

Walaupun ianya dikategorikan sebagai kerabu, namun tidak bermakna cara pembuatannya mudah seperti kerabu-kerabu lain yang hanya campur gaul sahaja. Proses pembuatan kerabu sarea perlukan bahan-bahan yang agak banyak dan perlu juga memasak kerana penggunaan bahan santan dan isi ikan.


21. Ketupat Daun Palas

ketupat daun palas kelantanKetupat yang sering menjadi salah satu menu kuih sarapan pagi di Kelantan.

Dan kebiasaannya terdapat yang jenis rebus dan juga yang digoreng. Ketupat daun palas di Kelantan lebih kepada rasa lemak manis.

Tidak hairanlan kalau di Hari Raya, ketupat ini tidak dimakan bersama rendang atau serunding kerana rasa lemak manis sudah cukup sebagai penyedap lidah kita.


22. Kuih Topi

kuih topiKuih yang agak unik dan diberi nama Kuih Topi kerana bentuknya seperti topi apabila digoreng. Ianya rasa lemak berkelapa dan sedap kalau dimakan sebaik lepas digoreng.

Kebiasaanya kalau di pasar-pasar, anda dapat melihat penjual kuih ini mempunyai beberapa biji kuali di atas meja gerainya bagi memudahkan mereka untuk menggoreng Kuih Topi sekiranya ada yang nak membeli.


23. Etok Salai

etok salai kelantanSejenis hidupan bercengkerang yang disalai dan biasanya dimakan sebagai makanan santai. Rasanya lemak masin, berbau wangi serai dan sedap dimakan panas-panas ketika cuaca sejuk selepas hujan.

Memang agak merumitkan nak makan etok ini kerana cengkamannya cengkerangnya yang agak kuat kalau nak dibanding dengan kerang. Bagi yang tiada gigi, boleh cuba guna tukul.


24. Sira Pisang & Labu

sira labuSatu lagi menu bersira yang sangat popular di Kelantan untuk dimakan sebagai makanan santai petang-petang atau bersama nasi putih.

Menu sira labu kebiasaannya boleh dijumpai di mana-mana masjis perkahwinan dan kalau katering daripada negeri Kelantan, menu ini boleh dianggap sebagai menu wajib ada.

Cara nak buatnya pun mudah dan tidak cerewet seperti kuih-kuih lain.


25. Nasi Manis

nasi manis wajikMerupakan sejenis pulut yang rasanya sangat manis dan kebiasaannya nasi manis ini dimakan begitu sahaja tanpa lauk dan dibuatkan sebagai manisan pencuci mulut untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan.

Nasi manis ini mungkin lebih dikenali di tempat lain dengan nama wajik.

Satu makanan tradisional di Kelantan yang boleh juga anda jumpa di kebanyakan warung yang menjual kuih-muih di waktu pagi. Ada juga yang memanggil kuih ini sebagai pulut pagi terutamanya orang-orang tua di kampung.


26. Kuih Gerodok Telur

kaya gerodak telurKuih yang juga menggunakan bahan asas telur ayam/itik serta gula melaka sebelum dikukus.

Ianya kelihatan seakan kuih sekaya dan rasanya juga lebih kurang sama dengan sekaya, cuma tekstur dia yang agak berlainan dan lebih kering.

Walaupun namanya gerodok agak mengerikan namun rasanya memang boleh membuatkan orang Klate kecur air liur bila dengar namanya.


8 Jenis Kuih-kuih tradisional Kelantan lain yang sinonim di kalangan orang luar:

  1. Che Mek Molek – Kuih yang berbentuk bujur seperti bola ragbi dan didalamnya berintikan gula cair yang memang best kalau dimakan waktu panas-panas.
  2. Tapai Pulut dan Ubi – Di Kelantan, Tape ( Tapai) merupakan makanan yang sinonim di Hari Raya Aidilfitri dan biasanya diperbuat daripada beras pulut ataupun ubi kayu.
  3. Puding Raja – Sejenis puding yang agak basah dan sangat sedap sebagai pencuci mulut. Bahan utamanya ialah pisang panggang, kuih jala emas dan telur. Kebiasaanya disediakan dalam satu bekas besar dengan hiasan badam/kismis/gajus yang begitu gah seakan-akan ingin memberi seorang raja bersantapan.
  4. Bubur Asyura – Cara pembuatannya susah seperti membuat dodol dan kebiasaanya menjadi menu hidangan untuk majlis-majlis utama seperti sambuatan maulidur Rasul, paerkahwinan dan sebagainya. Ianya lebih kepada hidangan yang dilakukan secara bergotong-royong.
  5. Kosui – kalau di Terengganu ianya dikenali dengan Tepung Kapur. Ianya sejenis kuih berwarna hitam oleh kerana gula melaka hangus yang dimakan bersama dengan parutan isi kelapa putih.
  6. Kuih Keria – Kuih ini juga menjadi hidangan tradisi orang Kelantan yang juga popular di tempat lain.
  7. Tepung Serunai – Kuih yang sekali lihat seakan Kuih Tepung Pelita, namun ianya dibalut dengan daun pisang dalam bentuk kon yang kelihatan seakan-akan serunai kampung.
  8. Sekaya – Kuih sekaya ini menggunakan telur yang banyak sebagai bahan asas yang membuatkan rasanya sangat lemak dan sedap dimakan apabila diletakkan di dalam peti ais.

Jom Baca: Tempat makan best di Kota Bharu pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3


10+ Hidangan Berat, Lauk & Makanan Tradisional Kelantan Yang Lain

makanan tradisi kelantan

  1. Mee Celup
  2. Mee Chambol
  3. Kuzi Ayam Kelantan – Sejenis lauk bergulai yang terkenal di Kelantan dan sering dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Rasanya lemak manis dan rempahnya tidak kuat seperti rasa kari kurma dan selalunya diletak kacang badam serta kismis. Sesuai dimakan bersama nasi, roti jala dan roti keping biasa dan menjadi hidangan sinonim pada Hari Raya Aidilfitro.
  4. Nasi Tumpang
  5. Kerabu Kaki Ayam
  6. Laksa & Laksam
  7. Nasi Kerabu
  8. Ayam Percik Kuah Putih – Memang agak pelik kelihatan sejenis ayam panggang yang disaluti dengan kuah percik berwarna putih. Rasanya memang sangat lemak dan ‘smoky’ dengan rasa bau arang yang terbakar.
  9. Acar Buah – Orang Kelantan memang sangat menggemari acar buah sebagai salah satu menu lauk yang dimakan bersama nasi. Kebiasaanya dijual di bazar Ramadhan dan di sesetengah restoran yang menyediakan makanan tradisional Kelantan.
  10. Nasi Berlauk – Hidangan sebagai sarapan pagi yang sangat popular di Kelantan. Sebenarnya ianya adalah nasi putih yang dimakan dengan aneka lauk pauk gulai seperti gulai ayam kampung, gulai ikan aya( ikan tongkol), gulai itik serati, gulai ikan masin dan sebagainya. Kerana populariti nasi berlauk di waktu pagi, pelbagai jenis nasi lauk yang popular yang ada di Kelantan yang kebiasaannya bersandarkan nama sesuatu tempat dan orang, contohnya Nasi Berlauk Mek Wok.
  11. Pulut Ikan Gaul Nyor
  12. Nasi Dagang – Nasi Dagang juga popular di Kelantan dan kalau dibandingkan dengan di Terengganu, warna nasi dagang di Kelantan agak hitam keperangan kerana menggunakan beras yang khas. Selain itu kuah gulai ikan tongkolnya sama seperti kebanyakan gulai ikan tongkol untuk nasi berlauk.

Rata-rata makanan tradisional Kelantan memang agak manis bagi mereka yang berasal dari Pantai Barat dan memang mengambil masa untuk membiasakan diri kalau terpaksa berpindah dan bermaustatin di Kelantan. Selamat mencuba dan Wassalam.

3.7/5 - (53 votes)

Anda Mungkin Berminat

Mee Chambol Special Kak Yam

Kesedapan dan kehangatan mee chambol special  di kedai Kak Yam di Pengkalan Kubor, Kelantan masih terngiang-ngiang di benak fikiran CD. Ini merupakan kali ke...

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu merupakan salah satu destinasi melepak yang boleh dikatakan tidaklah terlalu sesak dengan orang kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain. Ini mungkin kerana...

Nasi Ulam Cikgu

Kedai Makan Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Kota Bharu merupakan salah satu destinasi yang amat popular untuk makan tengahari. Berkonsepkan menu makanan kampung ala...

Pantai Cahaya Bulan – Apa yang menarik di sini

Pantai Cahaya Bulan di Kelantan merupakan pantai rekreasi yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu. Dan sekiranya anda bercuti ke Kelantan dan inginkan destinasi...

Pantai Sri Tujoh

Pantai Sri Tujoh atau lebih sinonim di kalangan masyarakat di Kelantan "Pantai Tujjoh" merupaka salah satu destinasi berekreasi yang paling popular di daerah Tumpat. Kalau...

Tempat Makan BEST di Kelantan – Pilihan JJCM TV3

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x