Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Muzium Samudera Melaka – Bayar Harga Tiket Sekali untuk 3 Muzium, JIMAT

Bercakap pasal muzium di Melaka, salah satu yang paling unik yang sudah lama menjadi tarikan pelancong di Melaka ialah Muzium Samudera yang terletak betul-betul di Bandar Hilir Melaka & hanya bersebelahan dengan Sungai Melaka. Muzium Samudera Melaka atau Muzium Maritim Melaka ini merupakan sebuah replika kapal layar Portugis yang dibina seperti skala asalnya dan di dalam kapal ini menempatkan pelbagai pameran menarik tentang sejarah Melaka.

Kalau bercuti dengan kanak-kanak di Melaka, Muzium Samudera semestinya perlu menjadi destinasi lawatan dalam jadual pelancongan anda di Melaka. Dan yang pasti, selain Muzium Kapal Selam di Klebang inilah dia satu lagi tempat menarik di Melaka dalam kategori muzium yang akan membuatkan kanak-kanak lebih teruja kerana berpeluang merasai menaiki bahtera kapal layar yang segak ini.


Harga tiket Muzium Samudera Melaka, waktu operasi & lokasi

harga tiket muzium samudera melaka

Berikut merupakan informasi penting untuk mereka yang nak melawat Muzium Samudera Melaka/ Muzium Maritim Melaka.

  • Harga Tiket (termasuk dengan Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera Fasa II & Muzium TLDM):
    • Pelancong Tempatan:
      • Dewasa: RM 5.00 / seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 3.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma
    • Pelancong Asing:
      • Dewasa: RM 10.00/ seorang
      • Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 6.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( bawah 6 tahun): Percuma
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Khamis: 9.00 am – 5.00 pm
    • Jumaat – Ahad: 9.00 am – 9.00 pm
  • Masa lawatan: 30-40 minit memandangkan dengan 1 tiket boleh lawat 3 muzium sekali gus.
  • Parking kereta: Sekitar Medan Samudera. Ada yang kena beli kupon RM 0.40/ 30 minit & ada tempat parking yang sekali masuk RM 2.00.
  • Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Lokasi/ Peta: Google Map

Apa ada di Kompleks Muzium Samudera Melaka

kompleks muzium maritim melaka

Kompleks Muzium Samudera atau juga dikenali dengan Kompleks Muzium Maritim ini terbahagi kepada 3 bahagian muzium utama. Dengan satu tiket anda boleh melawat 3 muzium sekali gus iaitu Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar), Muzium Samudera Fasa 2 & Muzium TLDM.

  • Muzium Samudera (Replika Flor de La Mar) – Inilah lokasi yang menjadi tarikan utama yang merupakan sebuah replika kapal layar yang menempatkan pelbagai informasi sejarah kegemilangan maritim di Melaka & pameran-pameran menarik untuk tatapan umum.
  • Muzium Samudera Fasa 2 – Lokasinya hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera Fasa 1 ( Replika Flor de La Mar) dan di dalamnya mempunyai beberapa galeri yang umumnya lebih kepada cerita kepentingan & keindahan alam samudera yang penting untuk kehidupana manusia.
  • Muzium TLDM – Menempatkan pelbagai koleksi pameran menarik berkenaan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Di sini juga adanya Kapal Ex KD Sri Terengganu yang merupakan bot perang yang dilengkapi dengan meriam besar di dek hadapan.

Replika muzium kapal ini memang tinggi

muzium samudera fasa 1 melaka

Memang agak menggayatkan juga apabila menaiki kapal ini terutamanya di bahagian dek di atas bilik kapten. Tangga untuk naik ke sini juga agak curam dan kalau bersama anak-anak sila awasi mereka. Ketinggian dari dek atas lebih kurang 3-4 tingkat bangunan. Dari sini anda boleh lihat pemandangan menarik sekeliling yang menunjukkan Menara Taming Sari, Sungai Melaka, Medan Samudera & pemandangan Selat Melaka. Kalau anda selalu menonton filem barat seperti Pirates of the Caribbean, di bahagian dek atas inilah selalunya Jack Sparrow sebagai kapten kapal memerhati kelasi-kelasi yang lain atau membuat pengumuman penting.


Sejarah samudera silam di Melaka

tarikan muzium samudera

Bermula dari dek utama, pengunjung akan memasuki ruangan aras tengahnya yang menempatkan pelbagai informasi tentang sejarah aktiviti perdagangan di samudera Melaka. Rata-rata pamerannya dipersembahkan dalam pelbagai bentuk & pendekatan yang berbeza seperti diorama, infografik, galeri replika kapal layar lama, matawang dan sebagainya. Memandangkan pada zaman kegemilangan Melaka aktiviti perdagangan melalui laut adalah sumbangan utama kemajuan ekonomi negeri maka kalau anda di sini sebenarnya sudah boleh belajar majoriti tentang sejarah kegemilangan silam negeri Melaka.


Tarikan artifak peperangan di samudera

sejarah peperangan di melaka

Di aras paling bawah di Muzium Kapal Samudera ini pula menempatkan banyak replika dan peralatan perang yang digunakan oleh tentera laut Portugis. Kebanyakan informasi di sini lebih kepada sejarah lampau semasa era penaklukan Portugis & zaman kejatuhan Melaka. Antara pameran yang ada di bahagian ini pengunjung boleh melihat meriam lama, bola peluru meriam lama, wang logam lama, pistol antik Portugis & sebagainya.


Ketahanan artifak beratus tahun usianya

artifak muzium samudera

Salah satu artifak yang menjadi tatapan umum di sini ialah peti besi dari Zaman Belanda yang beratus tahun usianya yang masih kelihatan kukuh. Terdapat beberapa peti besi lama di sini yang dahulunya menjadi fungsi sebagai tempat simpanan barang dagangan pihak Belanda. Setiap pameran di sini juga dipersembahkan dengan menarik & lengkap segala informasi tentang asal usul sesuatu artifak. Selesai berjalan di bahagian paling bawah, pengunjung perlu menaiki tangga untuk kembali ke dek utama sebelum bergerak ke Muzium Samudera Fasa 2


Muzium Samudera Fasa 2

maritime museum phase 2 melaka

Sebaik melangkah keluar dari Muzium Samudera Fasa 1, pengunjung boleh ke bangunan berhadapannya yang menempatkan Muzium Samudera Fasa 2. Di bahagian ini konsep muzium lebih kepada Alam Samudera & Kemanusian. Senibina & dekorasi dalaman muzium ini sudah cukup untuk menggambarkan konsepnya yang lebih kepada alam lautan. Tarikan pameran di sini juga lebih kepada informasi bergambar & diorama yang menggambarkan sesuatu suasana di samudera. Pameran di sini bukan sahaja merangkumi negeri Melaka malah turut merangkumi senibina kapal negeri lain & sejarah samudera dunia seperti replika kapal perang besi pertama yang dibina.


Muzium TLDM Melaka

muzium tldm di melaka hilir

Muzium TLDM pula terletak di seberang jalan berhadapan dengan Muzium Samudera Fasa 2. Muzium TLDM mempunyai tarikan yang lebih membuatkan anak-anak teruja kerana terdapat peralatan perang & pelbagai senjata moden yang digunakan oleh TLDM untuk memerangi musuh di lautan. Koleksi-koleksi di sini juga banyak yang rata-ratanya lebih menjurus kepada dunia peperangan moden di lautan. Sebaik masuk ke sini, anak-anak pasti teruja melihat replika helikopter yang dibina pada saiz sebenarnya.

Selain itu, yang paling menarik di sini ialah peluang melihat dengan lebih dekat keadaan di dalam kapal bot perang TLDM iaitu Kapal EX KD Sri Terengganu. Berdiri di sebelah meriam canggih di hadapan dek bot perang ini sambil ambil gambar adalah kewajiban setiap pengunjung yang ke sini untuk dibuat kenang kenangan.


Muzium Samudera juga berdekatan dengan banyak tempat menarik di Bandar Hilir Melaka yang mana anda boleh berjalan kaki dari sini. Memandangkan lokasi muzium ini juga berdekatan dengan kawasan letak kereta, maka anda boleh memulakan perjalanan jalan kaki dengan melawat Muzium Samudera & seterusnya menerusi laluan di tepi Sungai Melaka menuju ke Muzium Kastam Melaka, Stadthuys Red Square, Kota A Famosa & sebagainya.

Kompleks Muzium Samudera Melaka memang sangat best untuk dilawati kerana banyak tarikan unik yang ada di sini. Bukan sahaja pameran yang berteraskan artifak sejarah semata-mata malah ada juga pameran menarik yang lebih terkini sejarahnya seperti di Muzium TLDM ini. Tambahan pula dengan membayar sekali harga tiket pengunjung boleh melawat 3 muzium menarik sekali gus. Jimat. Sekian & Wasslam.

4.6/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota...

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai...

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci...

Muzium Setem Melaka – Harga Tiket & Waktu Operasi Terkini

Muzium Setem Melaka yang terletak hanya beberapa meter dari Kota A Famosa ini merupakan sebuah bangunan lama yang telah dibina sejak era penjajahan Belanda....

10 Kedai Steamboat di Melaka yang Anda Perlu Datang!

Kita biasa dengar Melaka terkenal sebagai bandar bersejarah dan mempunyai beberapa tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati. Selain dari mempunyai tarikan dan khazanah yang...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Wan Afifah
Wan Afifah
1 year ago

Info menarik dan sangat membantu. Lagi terbaik jika diletakkan maklumat utk tempahan tiket atau direct link. Terima kasih.

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x