Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Muzium Sejarah & Etnografi Melaka – Satu Tiket untuk 5 Muzium

Kalau anda mulakan perjalanan percutian anda di Bandar Hilir Melaka di sekitar dataran Stadthuys yang menempatkan mercu tanda I Love Melaka serta berdekatan dengan deretan beca-beca hiasan, satu destinasi muzium sejarah Melaka yang terdekat yang wajib anda singgah untuk lebih mengenali sejarah Melaka secara menyeluruh adalah di Muzium Sejarah, Etnografi & Sastera Melaka serta beberapa muzium lain di dalamnya dengan hanya pembelian satu tiket.

Lokasinya yang terletak di dalam bangunan dua tingkat yang agak besar ini menempatkan pelbagai galeria yang menarik untuk tatapan pelancong.


Waktu operasi & harga tiket muzium sejarah & etnografi Melaka

muzium sejarah etnografi melaka 2017

Dan yang menariknya dengan hanya beli satu tiket pelancong boleh masuk ke 5 buah muzium & 1 galeri sekali gus iaitu:

  1. Muzium Sejarah & Etnografi Melaka
  2. Muzium Sastera
  3. Muzium Pendidikan
  4. Muzium Pemerintahan Demokrasi,
  5. Muzium Yang Di Pertua Negeri Melaka
  6. Galeria Laksamana Cheng Ho

Berikut merupakan informasi penting untuk pelancong ke muzium-muzium ini:

  • Harga Tiket
    • Pelancong tempatan ( MyKad/ MyKid)
      • Dewasa: RM 5.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 2.00 / seorang
      • Kanak-kanak (< 7 tahun): Percuma
    • Pelancong asing
      • Dewasa: RM 10.00 / seorang
      • Kanak-kanak ( 7-12 tahun): RM 4.00 / seorang
      • Kanak-kanak (< 7 tahun): Percuma
  • Waktu Operasi
    • Isnin-Ahad: 9.00 pagi – 5.30 petang
  • Lokasi : berdekatan dataran Stadthuys
  • Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Peta: Google Map
  • Masa lawatan: 20- 30 minit

Antara muzium sejarah Melaka yang besar

muzium sejarah melaka best

Boleh dikatakan muzium ini antara yang paling padat dengan bahan sejarah Melaka ketika era pemerintahan Portugis, Belanda, Jepun & Inggeris. Stuktur bangunan muzium ini yang panjang dan 2 tingkat menempatkan sehingga 18 ruangan pameran yang dipecahkan mengikut kategori masing-masing seperti ruangan porselin, sejata lama, rumah tradisional, dondang sayang, pelbagai diorama dan sebagainya.

Sebaik melangkah masuk kedalam bangunan ini, pelancong boleh merujuk direktori & peta yang disediakan supaya pelancong boleh mencari lokasi yang paling menarik untuk melihat bahan sejarah yang ada di sini mengikut minat masing-masing.


Porselin, saeramik & tembikar lama

tembikar seramik porselin melaka

Kalau anda ingin melihat sejarah porselin, seramik & tembikar lama yang berkait rapat dengan Melaka atau negeri Tanah Melayu umumnya, muzium ini merupakan destinasi terbaik yang ada di Melaka untuk anda kunjungi. Di muzium sejarah Melaka yang lain, sangat jarang yang ada mempamerkan koleksi porselin lama yang banyak seperti di sini.

Setiap jenis porselin lama di sini dipamerkan di dalam bekas berkaca siap dengan informasi panjang lebar tentang sejarah penggunaan dan asal usulnya. Ada yang dihasilkan di dalam negeri Melaka & ada yang dibawa khas dari negara luar seperti seramik Jepun.


Meriam lama berusia ratusan tahun

meriam lama muzium melaka

Seperti di kebanyakan muzium popular lain di Melaka, di sini juga turut mempamerkan koleksi senjata lama samaada yang digunakan oleh orang Melayu seperti keris & lembing atau yang digunakan oleh pihak penjajah seperti senapang dan meriam.

Perkara yang paling mencuri tumpuan di ruangan senjata ini adalah terdapatnya beberapa laras meriam lama yang sudah berkarat berserta peluru meriam yang dipercayai berusia ratusan tahun. Antara artifak meriam lama yang ada di sini ialah meriam yang telah dijumpai di Lubuk Batu, Segamat.


Keunikan motif ukiran perabut lama

muzium melaka yang menarik

Muzium ini bukan sahaja kaya dengan pelbagai diorama yang memberi gambaran tentang sejarah Melaka seperti suasana pusat pentadbiran Belanda, kesenian perabut & kebudayaan pihak penjajah malah turut mempamerkan beberapa perabot lama yang asli yang mempunyai ukiran motif yang sangat menarik.

Ada ukiran yang berteraskan kesenian budaya Melayu & ada juga yang mempunyai kesenian masyarakat Peranakan. Di sini juga terdapat diorama tentang kebudayaan orang dahulu yang sesetengahnya masih kekal sehingga ke hari ini seperti adat cukur jambul, perkahwinan & sebagainya.


Rumah di dalam bangunan

rumah melaka lama menarik

Agak terkejut juga apabila melihat sebuah rumah kayu lama yang bersaiz seperti saiz rumah sebenar yang turut menjadi sebahagian daripada bahan pameran di ruangan kebudayaan orang Melayu Melaka pada zaman dahulu kala. Bahkah pengunjung boleh masuk ke dalam rumah ini untuk melihat sendiri keunikan ruangan bilik, beranda & juga dapur.

Rumah kayu ini yang merupakan Rumah Melayu Melaka turut dihiasi lengkap dengan beberapa perabut lama serta perkakasan tradisional bagi memberi gambaran sebenar tentang kehidupan orang dahulu kala.


Muzium Pendidikan Melaka

muzium pendidikan melaka

Antara muzium lain yang ada di dalam perkarangan kawasan lawatan ialah Muzium Pendidikan Melaka yang ditempatkan di dalam sebuah bangunan lama berwarna putih. Bangunannya tidaklah terlalu besar dan mungkin 5-10 minit masa lawatan sudah memadai di sini. Umumnya di dalam muzium ini mempunyai beberapa diorama menarik tentang suasana pembelajaran penduduk setempat pada zaman penjajahan dan awal kemerdekaan.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat banyak peralatan pendidikan lama yang masih disimpan di sini seperti alat telekomunikasi, meja belajar, basikal guru & yang paling mencuri tumpuan melihat buku kedatangan pelajar era 40 an – 50 an yang masih ori walaupun kelihatan usang.

Jom baca: Senarai tempat bersejarah di Melaka


galeri laksamana cheng ho melaka

Itulah antara beberapa gambaran ringkas tentang Muzium Sejarah & Etnografi Melaka yang ada di sini. Sebenarnya beberapa muzium lain seperti Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera & muzium lain seperti dinyatakan di atas juga terdapat di sekitar perkarangan bangunan ini. Setiap muzium lain itu tidaklah terlalu besar walaupun namanya muzium.

Sebaliknya kalau digabungkan kesemua 5 muzium untuk satu tiket yang dibayar, memang saiznya agak besar & berbaloi untuk pelancong lawati. Kalau anda bercuti ke Melaka & menginap di sekitar Bandar Hilir Melaka jangan lupa untuk singgah di Muzium Sejarah Melaka ini yang padat dengan latar belakang dahulu kala negeri Melaka dalam segala aspek utama.

4.7/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay yang Selesa di Sekitar Pengkalan Balak untuk Anda!

Melaka merupakan bandar bersejarah dan sering menjadi tumpuan pelancong kerana budaya dan keunikan yang ada di negeri ini. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai...

45+ Tempat Makan BEST di Melaka Yang WAJIB Anda CUBA

Negeri Bersejarah Melaka bukan sahaja terkenal sebagai tapak warisan sejarah dunia yang menjadi tumpuan pelancong dalam & luar negara, bahkan turut mempunyai banyak destinasi...

Muzium Senibina Malaysia Melaka – Keindahan Bangunan Ikonik Malaysia bawah Satu Bumbung

Bandar Hilir Melaka mempunyai banyak tempat bersejarah menarik untuk dilawati. Sekiranya anda berjalan kaki menerusi Jalan Kota dari Stadthuys Red Square menuju ke Kota...

Pantai Klebang Melaka – Ini Aktiviti WAJIB Pelancong Buat

Bercuti & melawat ke tempat bersejarah di Melaka itu pasti & memang tak dinafikan sangat best. Tetapi kalau jadual melancong di Melaka anda asyik dengan...

Muzium Setem Melaka – Harga Tiket & Waktu Operasi Terkini

Muzium Setem Melaka yang terletak hanya beberapa meter dari Kota A Famosa ini merupakan sebuah bangunan lama yang telah dibina sejak era penjajahan Belanda....

10 Hotel Murah di Melaka untuk Percutian Bajet

Melaka merupakan bandar yang bersejarah dan mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong. Oleh itu, terdapat banyak hotel dan rumah penginapan yang murah dan selesa di...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
diana
diana
6 years ago

melaka mmg byk muzium!

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x