Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Nasi Dagang Terengganu Yang Sebenar

Pagi ini CD sempat bersarapan dengan menu nasi dagang Terengganu yang sebenar di salah sebuah kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Terengganu iaitu di Nasi Dagang Mak Ngah.

Kalau korang masih ingat isu nasi dagang kepala ikan tongkol sehingga RM40, inilah kedainya. CD rasa ini hanyalah salah satu strategi Mak Ngah nak mempromosikan nasi dagangnya. hehe, gurau je Mak Ngah jangan marah. Sejujurnya, CD memang tak pernah makan nasi dagang di Kedai Mak Ngah ni, sebab bagi CD nasi dagang yang sedap senang je nak cari di Terengganu.

Namun, terdetik di hati nak mencuba nasi dagang Mak Ngah yang sering digembar gemburkan sebagai nasi dagang Terengganu yang paling sedap di alam ini. Betul atau tidak kenalah rasa.

nasi dagang mak jah cendering

Lokasi Nasi Dagang Mak Ngah ni terletak berdekatan selepas Jambatan Kuala Ibai. Kalau korang dari bandar Kuala Terengganu, destinasi nasi dagang Mak Ngah ni terletak selepas Masjid Sultan Ismail.

restoran nasi dagang mak ngah terengganu

Lokasi kedai Mak Ngah juga terletak berdekatan dengan taman rekreasi petang-petang iaitu di Taman Rekreasi Chendering dan juga Taman Lagun Kuala Ibai. CD tiba di sini seawal pukul 9.30 pagi, tengoklah kereta berderet di tepi jalan. Punyalah ramai peminat Nasi Dagang Mak Ngah. Maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah, mungkin ramai orang luar kot yang singgah.

Memang tak syak lagi, deretan kereta di tepi jalan memang hajat mereka nak singgah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah. Nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksalah CD tunggu sekejap menunggu orang lain selesai makan.

Kalau tengok kat sini, selain nasi dagang Terengganu ada juga menu sarapan pagi lain seperti mee hoon, keropok lekor dan lain-lain.

Sedap ke Nasi Dagang Terengganu Kedai Mak Ngah ni?

Dari segi presentation memang menyelerakan. Dilapik dengan daun pisang dan kuahnya terus diletak di atas nasi dagang ni. Yang paling atas sekali tu ialah kalau tak silap CD ialah buah belimbimg muda dan rasa dia masam. Sesetengah orang ada juga letak buah mempelam putik sebagai ganti kepada buah belimbing ni.

Saksian pemain bola sepak Terengganu Issey Nakajima mencuba Nasi Dagang di sini. Apa katanya.


sumber video: TFA TV

Nasi Dagang Mak Ngah best ke?

Sebagai orang Terengganu, bermacam-macam jenis nasi dagang dah CD rasa. Secara peribadinya, apa yang boleh CD cakap tentang Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah memang not bad !

Nasi dia lembut dan kuahnya boleh tahan juga sedap. NAMUN !! kalau tanya CD, nasi dagang yang paling sedap dan paling power ialah di Warung Nasi Dagang Pak Din di Dungun. Nasi Dagang Terengganu di Warung ini lebih kenyal dan lebih wangi kalau nak banding nasi dagang Mak Ngah ni. Dan kuahnya pula lebih likat dan rempahnya lebih keras ( p/s Warung Pak Din ni bukan sedara atau kawan CD punya yer :) )

Mungkin selera CD lain sket daripada peminat-peminat tegar Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah. Apa-apa pun, korang kena cuba kedua-dua kedai ni dan nilai sendiri mengikut rasa dan selera masing.

Walaupun Nasi Dagang Terengganu di Warung Power masih terngiang-ngiang di tekak CD, namun habis licin jugak pekena nasi Dagang Mak Ngah ni ! hehe

Kalau rasa teringin nak pergi ke Nasi Dagang Mak Ngah ni, masukkan sahaja koordinat ini lat/lng: 5.274467,103.17423 ke dalam Waze. Insyaallah jumpa !!

4.3/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

7 Pulau di Terengganu Yang MENARIK Untuk Bercuti

Selain pulau di Sabah & pulau di Pahang, Terengganu juga mempunyai destinasi percutian di pulau-pulau yang sangat best & bertaraf dunia. Secara keseluruhannya, terdapat...

10 Tempat “Hiking” Di Terengganu Dengan Pemandangan Yang Memukau!

Aktiviti hiking atau mendaki ini telah menjadi satu aktiviti yang ramai digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi mereka yang betul-betul minat dalam aktiviti lasak...

41+ Tempat Menarik di Terengganu YANG FEMES & BEST Untuk Dilawati

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan...

10 Air Terjun Best di Terengganu – “Konfem” Rugi Kalau Tak Datang!

Terengganu sememangnya dikenali ramai kerana kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai dengan pasir memutih serta pulau-pulau yang tersergam indah. Namun, negeri ini juga...

Senarai Pantai di Terengganu – Yang BEST dan TIDAK !

Terengganu memang tidak dapat dipisahkan dengan pantai. Dan memang banyak pantai-pantai di Terengganu yang menarik dan ada juga yang biasa-biasa je. Terpulang kepada anda...

10+ Chalet Best Sekitar Pantai di Terengganu – Pastinya memberikan kenangan abadi!

Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai banyak tarikan dan keistimewaan yang tersendiri....

46 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Han Li
Han Li
1 year ago

the best nasi dagang di Teengganu ada lah Nasi Dagang Berkat Gong Pipit…pi cubasekali kalau nak tahu..

Haeriah
7 years ago

Nasi dagang khas Terengganu, sedap lah….

illa rozila
illa rozila
8 years ago

nasi dagang makngah ni mmg sedap dan tahan lama. kalau nak buat bekal dari tganu ke kl sampai malam pun x pernah basi…janji kuah letak asing…mmm yummyy…

abuya
9 years ago

tak leh beat nasi dagang kak pah batu burok.. thorrbaik

Miracle Vitamins
9 years ago

Sedapnya make nasi dagang ngan ikan aye…nyummy

Noriza Rahman
9 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Memang susah nak jumpa yg betul2 kaw kat KL ni,kena pandai usha kedai makan yg best jual nasi dagang

afiz
afiz
9 years ago

Dah lama nak try nasi dagang kat sini tapi tak berpeluang lagi. Nampak macam sedap. =)

Habiah
9 years ago

Memang sedap nasi dagang mak ngah ni. Siap ada telo lagi. Kalau famili dari KL datang Trg, memang saya beli nasi dagang Mak Ngah sebab Abah suka makan. Selepas Subuh kena gi dah sebab ramai sangat yang beratur nak beli nasi dagang Mak Ngah ni. Kalau lambat, tak merasalah. Hehee… Mi goreng dia pun sedap.

Habiah
9 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Sedap. Rasa masam2, pedas sikit. Tapi untuk anak2 mebi tak sesuai kot sebab anak2 saya makan agak pedas sikit dorang kata. Hehehe…

Hubungi Kami

46
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x