Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Nasi Lemak Antarabangsa

Malam ni CD menyinggah pula di warung Nasi Lemak Antarabangsa yang popular dan selalu disebut-sebut tu. Terletak kat Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Sampai kat area sini dalam pukul 9 malam dan memang banyak restoran-restoran yang agak menarik terdapat di sini seperti restoran ikan bakar, masakan panas, nasi lemak wak jok ( kalau tak silap), penjaja jual yong tau fu, ada kedai kraf tangan ( kecik-kecik je) dan juga beberapa lagi lah (lupa pulak).

Mula sampai keadaan jalan kat sini agak sesak dan nak parking kereta memang mencabar kesabaran jiwa raga CD. Memang ada tempat letak kereta yang berbayar kat sini TAPI RM 5 HENGGET ko !! Malas eden nak membazir setakat nak makan pi bayar 5 hengget untuk parking 10-15 minit je. CD cari je parking kat hujung-hujung walaupun jauh sikit dari warung Nasi Lemak Antarabangsa ni. 5 hengget punya pasai !

nasi lemak antarabangsa kl

Sebaik je sampai kat warung Nasi Lemak Antarabangsa CD sebenarnya agak terkejut ! Ni ke warung dia yang glamour sangat tu dan sudah beroperasi berpuluh-puluh tahun tu ! Nape kecik je? Ke salah tempat !!

Duk usyar-usyar lauk pauk tengok macam menarik jugak dan tiba-tiba ternampak kelibat mak cik ni lalu terdetik dalam kepala “Eh eh macam kenal je, tapi di mana ye?

nasi lemak sedap kuala lumpur

Nasi Lemak sudah ambil, lauk pun sudah ambil apa lagi time to eat la. Port meja saja je pilih betul-betul tepi jalan dan depan kedai ni sebab CD nak tengok suasana kat sini. Mak cik tadi tiba-tiba je duduk sebelah CD (tempat jual air kelapa) dan bersapa tanya khabar dan asal dari mana. Mender la Mak Cik ni kenal pun tak tiba-tiba sembang bukan main cite itu ini.

Lama duk melayan mak cik ni rupa-rupanya dialah tauke dan pengasas Nasi Lemak Antarbangsa ni, patutlah wajahnya macam familiar rupanya dialah yang CD ternampak masa duk usyar-usyar online kat blog Nasi Lemak Antarabangsa semalam.

restoran nasi lemak popular kl

Memang peramah betul Pn Normi ni sampaikan CD rasa kejap je masa berlalu duk mendengar cerita-cerita asal usul Nasi Lemak Antarabangsa ni dan kisah silam dia daripada kahwin umur 14, pastu berniaga kuih koci, pastu buat nasi lemak, kena marah dengan mentua sebab tak pandai masak, masalah rakan kongsi curi resepi, nak kena masuk penjara sebab kes nasi lemak dan sehinggalah masalah pekerja-pekerja yang selalu rembat duit berniaga. Fuh memang banyak liku-liku kehidupan Pn Normi ni.

Tengok je warung dia kecik macam ni, Pn. Normi ni cerita kalau satu malam net profit boleh dapat sehingga RM 7k dan kalau time weken boleh dapat sehingga RM 10 K !! Gilo betul banyak !! Kalah gaji aku sbulan !! Bak orang tua-tua kata bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah.

Menurut Pn Normi beliau berniaga pada tahun 70 an lagi dan bermula dengan signboard ( rujuk anak panah merah gambar atas) sejak tahun 78 ! Lama tu papan tanda tu ada situ, CD pun belum ada lagi masa tu.

Tang nasi lemak dia ni, CD boleh cakap boleh tahan sedaplah dan cuma satu jer lah yang CD kalau boleh nak Pn Normi naik tarafkan, iaitu besarkan kedai dia dan kerusi yang lebih selesa untuk menyandar. Kalau dah balun nasi lemak dua pinggan mesti nak menyandar !

kedai nasi lemak best kl

Secara overall Nasi Lemak Antarabangsa berbaloi nak datang rasa cuma kalau datang malam sikit memang sakit hati je nak cari parking. Boleh hilangkan mood nak jalan-jalan cari makan. So sebaiknya datang dalam pukul 8 atau 9 malam okay. Tak yah nak beratur panjang.

Kalau tanya CD adakah Nasi Lemak Antarabangsa ni yang paling sedap? Jawapannya tidak, sebab nasi lemak yang paling sedap ialah nasi lemak air tangan sendiri..hahaha !! Sorry lah Pn Normi, your Nasi Lemak. Selamat mencuba !

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

7 Perkhidmatan Van Sewa di Kuala Lumpur yang Terbaik dan Murah

Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia...

Masakan Cina Halal di De Templer

Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang...

Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kaya dengan tarikan bersejarah yang sangat banyak bahkan mungkin lebih banyak daripada kebanyakan negeri lain di Malaysia. Di bawah merupakan kesemua tempat...

Taman Tema, Hiburan & Galeria di Kuala Lumpur

Kalau bercuti ke Kuala Lumpur bersama anak-anak semestinya destinasi yang menyeronokkan akan menjadi pilihan seperti taman tema, hiburan keluarga atau galeri-galeri yang sesuai untuk...

7 Kedai Makan Artis di KL Selangor – Sedap ke tak?

Ramai artis-artis di Malaysia ini bukan sahaja melibat diri dalam seni hiburan, malah turut tidak ketinggalan untuk menceburkan diri dalam cabang perniagaan. Salah satu...

Tempat Menarik di KL Pada Waktu Malam

Kuala Lumpur memang tidak syak lagi merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Untuk kali ini mari kita terjah beberapa...

20 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hazman Fadzil
8 years ago

Dengar cerita sekarang diorang tengah dalam usaha untuk pulihkan penjenamaan bisnes mereka….

Endah R
Endah R
9 years ago

Hi, Im from Jakarta
May I know if I want to go there, which the closest LRT/MRT station to the place?

Thank you before!

Farah
9 years ago

Betul tu, rasa nasi lemak di salah satu cawangannya tak de lah rasa sedap sangat. Macam mana tu. Kalau panjang dengan nak dapatkan parking pun susah memang susah la saya nak ke sana dengan anak-anak kecil.

nadia
nadia
9 years ago

Nasi lemak dia mmg terbaik…

tuty mychibibox
9 years ago

sekarang dah ada cawangan di tempat-tempat lain kan?? selalu tengok je signboard Nasi Lemak Antarabangsa ni..pada saya, nasi lemak emak saya paling sedap..

Abdur
9 years ago

Semasa saya pergi KL kemarin tak tahu pulak tempatnya,

suri
9 years ago

nasi lemak salah satu menu yang saya suka sejak bangku sekolah lagi

Hubungi Kami

20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x