Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Padang Kota Lama – Destinasi Lepak Santai di Penang

Padang Kota Lama merupakan satu tempat santai yang sesuai untuk anda berkunjung bersama keluarga ketika melancong di Penang. Destinasi ini merupakan sebuah padang terbuka yang popular di Penang yang boleh pelancong datang untuk bersiar-siar ataupun untuk makan makan di restoran menarik di sekitarnya.

Lokasi Padang Kota Lama atau nama canggihnya Esplanade Penang ini juga sangat menarik kerana terletak di tepi laut. Anda boleh menikmati pemandangan menarik sambil melayan bayu laut di benteng. Bersebelahannya pula terletak sebuah tempat bersejarah di Penang yang popular iaitu Fort Cornwallis yang sering menjadi tumpuan lawatan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.


Kemudahan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang

padang kota lama penang

Di Padang Kota Lama ini menempatkan pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh majlis bandaraya untuk kegunaan pengunjung seperti padang awam, taman permainan kanak-kanak, dataran berbata, tandas awam & tempat makan yang menarik di sekitarnya. Lokasinya di tepi laut yang bertembokkan konkrit sering menjadi lokasi pelancong untuk berehat sambil bergambar dengan pemandangan yang menarik terutamanya pada waktu senja ketika langit jingga menerangi langit.


Cabaran mencari parking kereta waktu peak hour

hotel padang kota lama penang

Seperti yang tersedia maklum, tahap kesesakan lalu lintas di sekitar Padang Kota Lama memang boleh tahan juga setara dengan KL. Tambah-tambah kalau waktu cuti sekolah ataupun sekiranya ada event-event besar yang dianjurkan di Padang Kota Lama. Nak cari parking kereta tepi jalan memang agak mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebaiknya anda cari parking kereta di kawasan parking berbayar sebelah Fort Cornwallis.

Kenderaan juga lebih selamat daripada parking tepi jalan dan hati juga tak perlu risau dengan keselamatan kenderaan. Maklum sajalah, ketika waktu sesak & kedaan jalannya pula kecil ada kemungkinan kereta diseret oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.


Tarikan di sekitar Padang Kota Lama

penang 3d trick art museum

Kalau anda parking kereta di kawasan berbayar sebelah Fort Cornwallis, bolehlah dengan senang hati melawat beberapa tarikan yang ada di sini. Selain Padang Kota Lama & Kubu Corwallis itu sendiri, salah satu  destinasi lain yang popular di sekitarnya adalah Muzium 3D atau dikenali dengan Penang 3D Trick Art Museum yang hanya 5 minit berjalan kaki dari kawasan parking Padang Kota Lama.

Kalau bersiar-siar di sini bersama keluarga dan anak-anak bolehlah ke muzium 3D ini yang menawarkan pelbagai mural 3D menarik untuk bergambar dengan harga tiket masuk yang munasabah. Selain itu, pelancong juga boleh melihat keunikan senibina bangunan-bangunan di sekitar Padang Kota Lama yang banyak dipengaruhi dengan unsur senibina British.


Tak perlu bayar tiket

kubu cornwallis pulau penang menarik

Dari Padang Kota Lama juga anda sebenarnya sudah boleh melihat dengan jelas deretan kubu berbata merah yang merupakan sebahagian daripada Fort Cornwallis. Kubu Cornwallis ini berusia lebih 200 tahun dan dibina sejak pendaratan Sir Francis Light di sini. Dari bahagian luar terutamanya di tembok konkrit tepi laut, pengunjung boleh melihat di atas kubu, deretan meriam-meriam yang tersergam segak menghala ke lautan seolah-olah menanti musuh tiba. Sesuai untuk dijadikan lokasi ambil gambar sebagai kenang-kenangan walaupun tidak masuk ke dalam Kubu Cornwallis.


Tempat yang mesra kanak-kanak

 

Kalau bercuti membawa anak-anak, bolehlah membawa mereka bermain di taman permainan kanak-kanak di sini. Di sekitarnya juga terdapat penjaja-penjaja yang menjual makanan santai serta permainan budak-budak seperti bubble gun, belon & sebagainya. Walaupun di waktu tengahari, taman ini sangat redup kerana mempunyai banyak pokok yang rendang. Kemudahan tempat duduk juga ada & sesuai untuk rehat melihat telatah anak-anak bermain di sini.


Restoran menarik mee sotong, coconut shake & pasembor

restoran mee sotong penang best

Sekiranya anda masih tidak berpeluang menikmati makanan popular orang setempat ketika bercuti ke Penang, salah satu restoran yang boleh anda terjah di kawasan ini adalah di Esplanade Park Foodcourt yang terletak di antara Kubu Cornwallis & Padang Kota Lama serta betul-betul berdekatan dengan kawasan parking berbayar.

Menu popular di sini yang sering menjadi buah mulut orang adalah mee goreng sotong Penang, coconut shake, pasembor, abc dan beberapa lagi makanan santai lain seperti cucur, tauhu bakar dan lain-lain. Medan selera ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad & waktu operasi bermula dari tengahari sampai 8 malam. Sesuai untuk pengunjung singgah mencari makanan popular negeri Pulau Pinang yang sedap samaada untuk makan tengahari, makan petang atau makan malam.


Tempat menarik di Penang waktu malam untuk santai

tempat menarik penang malam kota lama

Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Padang Kota Lama dan inginkan aktiviti santai di tempat yang agak happening waktu malam, bolehlah ke sini. Dataran di Padang Kota Lama sering menjadi tumpuan untuk warga muda mudi & keluarga bersiar-siar mengambil angin malam. Ada yang bermain roller blade, ada yang busking dan ada juga yang ‘bertenggek’ di atas tembok benteng melayan perasaan sambil menikmati bayu malam.

Kalau bercuti ke Pulau Pinang pada musim-musim perayaan seperti perayaan Chap Goh Meh atau event besar seperti tahun baru, kebiasaannya Taman Kota Lama ini meriah dengan pelbagai pertunjukan seperti bunga api, pameran, festival & sebagainya. Jom Baca: Apa Menarik di Bukit Bendera Pulau Pinang


Lokasi strategik boleh jalan kaki

percutian ke penang 2017

Seperti yang sudah dimaklumkan di atas, lokasi Padang Kota Lama juga strategik untuk anda berjalan-jalan menikmati keunikan bandar sekelilingnya. Kalau anda melancong ke Penang tanpa anak kecil & tak kisah berjalan kaki lama, ada beberapa lagi tempat menarik di Pulau Pinang yang popular yang boleh anda singgah dari sini seperti Masjid Kapitan Keling, Muzium Kamera, Penang Peranakan Mansion, Wondefood Museum & juga Made in Penang Interactive Museum.

Kesemua lokasi ini kurang 1 km radius dari Padang Kota Lama. Seperti juga kalau bercuti ke tempat menarik di Melaka, berjalan kaki sambil menikmati keunikan sekeliling lebih memberi kepuasan daripada bercuti sambil duduk dalam kereta layan jem.


Penginapan ideal kalau berlayar ke Langkawi

Tidak jauh dari Padang Kota Lama juga terletak Swettenham Pier Cruise Terminal yang merupakan jeti feri atau cruise yang nak ke Pulau Langkawi, Pulau Payar ataupun ke Pulau Phuket. Kalau anda memang bercadang nak naik cruiser ke Langkawi atau Pulau Phuket dari sini, bolehlah menginap di beberapa hotel menarik yang berdekatan seperti di The Royale Bintang Penang Hotel ataupun di East Indie Mansion Hotel. Sambil menunggu hari berlayar, bolehlah berjalan-jalan di kawasan-kawasan menarik di sekitar Padang Kota Lama seperti yang dikongsikan di atas. Jom Baca: Apa menarik di Bukit Bendera


Secara umumnya, Taman Kota Lama atau Padang Kota Lama ini memang sangat sesuai untuk anda lawati bersama keluarga atau sebagai salah satu destinasi lawatan ketika berbulan madu di Penang. Suasanapun santai, restoran yang sedap pun ada, kemudahan awam pun lengkap & pilihan penginapan strategik juga banyak. Yang penting nak ke sini adalah percuma melainkan bayaran tiket masuk ke Kubu Cornwallis & juga bayaran tempat parking kereta. Sekian & Wassalam.

3.9/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

5 Homestay di Bayan Lepas yang Patut Anda Cuba!

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Selain itu, ia merupakan hub perindustrian Pulau Pinang dan dikenali dengan Zon Bebas Perindustrian....

8 Kedai Mamak Popular di George Town yang Patut Anda Cuba!

Bercakap tentang kedai mamak, pastinya anda sudah terbayang kelazatan nasi kandar di situ, bukan? Selain itu, mamak juga sinonim dengan ‘port’ lepak sambil pekena...

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

Tempat Bersejarah & Muzium di Pulau Pinang

Bagi mereka yang ingin mencari tempat bersejarah di Pulau Pinang, ada beberapa destinasi menarik yang boleh anda kunjungi baik destinasi seperti muzium mahupun destinasi...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x