Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Air Tawar – Sambil Bercuti, Sambil RELAX

Dengan pemandangan yang indah dan suasana yang tenang, rakyat tempatan memang dah biasa dengar nama Pantai Air Tawar ni. Jangan tertipu dengan nama dia, nanti ada pula yang cuba minum air laut ingatkan tawar, tapi masih masin. Nak pergi sini pun senang je sebab dari jalan besar boleh nampak dah jalan nak masuk ke kawasan pantai.

Tak rugi kalau nak bawa keluarga bercuti dekat sini, lagipun siapa je tak suka pergi pantai kan? Banyak juga aktiviti boleh buat sekitar pantai, sesuai dengan peringkat umur. Apa tunggu lagi, jom baca lebih pasal Pantai Air Tawar ni.


Aktiviti Menarik di Pantai Air Tawar

Berkelah

Paling senang kalau dah sedia tikar dalam kereta lah. Tapi kalau nak pergi ke sini pun apa salahnya terus pack tikar masuk dalam kereta. Nanti dah sampai Pantai Air Tawar terus je bentang tikar, buka segala bekas makanan dan menjamu selera ramai-ramai.

Bestnya dekat sini, anda boleh berkelah bawah pokok rhu yang redup, jadi tak adalah sunburn. Pilih aje nak duduk dekat pasir ke dekat rumput. Yang paling penting, sampah makanan dan plastik dibuang dengan betul dekat tong sampah yang disediakan.

Bermandi-manda

Dekat pantai ni boleh aje nak berenang ke celup-celup kaki ke, tapi masih kena berhati-hati. Takut bila ombak dah kuat, kanak-kanak senang dihanyutkan air laut. Bila bagi anak-anak mandi dekat pantai, pastikan sentiasa diperhatikan dan seeloknya dipegang ya.

Tandas awam dekat kawasan sini tak ada disediakan pancuran air, jadi bawa siap-siap air dalam botol untuk bersihkan badan yang berpasir tu. Nak tunggu balik ke hotel, memang lencunlah cerita dia.

Naik kereta eletrik, basikal

Seronok kalau bagi anak-anak main electric car dekat sini, berbaloi lagi sebab boleh muat dua orang satu kereta. Memandangkan mereka kecil lagi, tak ada lesen pula tu, bolehlah rasa bawa kereta mini dekat pantai. Mana tahu boleh training untuk bila dah besar nanti.

Untuk mak ayah, naiklah basikal eletrik yang disewa dekat sini. Mudah pun mudah, asalkan kurang penat. Nak ekstrim, bawa sendiri basikal dari rumah kalau nak yang dah biasa guna.

Berkhemah

Buat yang dah biasa berkhemah dalam suasana yang agak berisiko, boleh lah cuba dirikan khemah sekitar pantai. Nak selamat, pasang khemah dekat bawah pokok-pokok rhu. Terlindung sikit dari haiwan yang liar ke, dari hujan dan matahari ke.

Kalau berkhemah sini memang syok sebab nak makan pun senang. Lepas Subuh pun terus je boleh nampak matahari terbit, bolehlah ambil gambar. Sebelum Maghrib pun nampak matahari terbenam cantik je.

Bergambar

Kawasan Pantai Air Tawar memang digalakkan untuk anda ambil gambar banyak-banyak. Nak cantik lagi, pergi dekat kawasan jambatan bongkok sebab kalau bergambar pun, nampak glamour gitu. Pengantin baru bolehlah take note pasal jambatan ni.

Dekat sini pun ada buaian yang memang selalu orang serbu nak ambil gambar kenangan. Dah atas buaian boleh lah posing lawa-lawa post dekat Instagram atau Facebook. Sambil tu recommend pantai ni dekat kenal-kenalan.


Penginapan Sekitar Pantai Air Tawar

Iz Village Resort

Tak jauh pun Iz Village Resort dari Pantai Air Tawar, 6 minit je perjalanan. Kalau anda bawa kereta, senanglah sebab parking dekat premis dia percuma. Yang datang dari lapangan terbang pula, terus je tempah perkhidmatan perantara dengan pihak resort sebelum sampai, nanti diambil macam VIP.

Bilik-bilik dekat sini ada bilik quadruple, double, dengan budget double kalau nak murah sikit. Semua bilik ada TV skrin rata, penyaman udara dengan satu bilik air. Nak enjoy lagi, anda boleh book trip ke Pulau Perhentian untuk snorkeling.

Semak Harga

Ain Hotel

Ain Hotel pun jauh dia hanya 6 minit perjalanan dari Pantai Air Tawar. Kalau nak menginap dekat sini, pilihlah nak bilik mana, standard queen, standard twin, deluxe triple, triple, atau queen. Tak perlu risau kalau tak ada internet sebab sini diberi akses Wi-fi percuma.

Tambahan lagi, ada kawasan berkelah dekat hotel, jadi tak perlu berkumpul dalam bilik nak makan-makan. Perabot luar hotel pun ada kalau nak bersembang dengan keluarga. Dengan caj lebih, anda boleh pergi snorkeling dengan menyelam.

Semak Harga

Samudera Hotel

Bilik-bilik dekat Samudera Hotel ni semuanya ada pendingin hawa dengan TV skrin rata. Nak sampai ke hotel dari Pantai Air Tawar, jauh perjalanan hanyalah 600 meter. Parking jangan risau, hotel bagi tempat letak kereta percuma.

Berbaloi kalau menginap dekat sini sebab bilik-bilik dia apa pemandangan laut. Nak ke Jeti Pulau Perhentian pun dekat sangat, 2 minit je perjalanan. Pilihan bilik yang ada termasuk bilik superior double, deluxe family, deluxe double, deluxe twin, executive suite, family suite dan suite biasa.

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Air Tawar

Memang tak ada masalah kalau anda nak pergi cari makan lunch atau dinner sebelum pergi ke pantai semula. Semua restoran dekat-dekat Pantai Air Tawar tak sampai 5 kilometer jauh dia. Kalau dah lapar, memang tak akan kebuluran pusing-pusing cari kedai makan.

Menu-menu dekat Terengganu, walaupun kebanyakannya berasaskan seafood, tetap tawarkan juga menu bahan masakan lain. Contohnya, ayam dan daging. Anda akan rasa kenyang dan puaslah kalau makan sekitar pantai ni.


Tempat menarik berhampiran Pantai Air Tawar

Kompleks Perikanan LKIM Besut

Rugi tau kalau anda dah nak pulang semula ke negeri masing-masing tapi tak bawa balik makanan laut segar ganu. Dari rumah, bawa siap-siap ice box kalau nak borong makanan laut dekat kompleks perikanan ni. Anda sendiri boleh tengok nelayan naik bot turunkan hasil-hasil segar .

Dah seronok kan makan celup tepung dekat pantai? Belilah banyak-banyak ikan, sotong, udang masak celup tepung dekat rumah. Ketam besar pun susah nak dapat bila dah balik, beli je dekat sini.

Bukit Keluang

Khas untuk orang yang pentingkan kesihatan, nak tukar gaya hidup jadi lagi sihat, singgahlah ke Bukit Keluang. Walaupun namanya bukit, macam gerun je, ada trek untuk anda guna nak mendaki bukit. Langsung tak akan mengancam nyawa ya.

Lagi syok, sambil mendaki tu boleh tengok pemandangan laut yang cantik, lagi indah. Dah penat mendaki, bila dah turun bukit tu ada gazebo untuk anda berehat. Taknak mendaki pun apa kata naikkan layang-layang.

Paragliding Bukit Bubus

Sebagai pengalaman sekali seumur hidup, harga dalam RM250 untuk paragliding sekali rakam guna GoPro dengan naik teksi memang kira berpatutan. Lagi-lagi dapat percuma untuk naik Giant Swing juga. Jangan takut untuk cuba sebab ada instructor yang akan paraglide belakang anda.

Kalau yang memang jenis tak kuat tu, naiklah Giant Swing aje. Harga pun sangat murah, RM5 sahaja. Teksi yang akan bawa anda naik bukit, kena bayar lagi RM5.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Untuk yang bawa kereta, tak kisah la kereta saiz kecil ke saiz gedabak macam Vellfire ke, bawa aje ke pantai. Parking dia besar, luas, jadi tak perlu risau tak ada tempat ke apa.

Kawasan parking dia pun selamat sebab ada lot-lot parking khas jalan tar. Tak adalah nanti yang kacau kereta lain nak keluar ke, parking senget ke. Ikut je petak yang ada.

Waktu terbaik untuk pergi

Bila datang waktu hari bekerja, memang tak ada orang lah keliling pantai. Ini untuk yang memang taknak berjumpa dengan orang luar. Kalau okay ada orang tapi taknak ramai, pergi hujung minggu pun tak salah.

Jam terbaik nak pergi ke Pantai Air Tawar, dari pukul 5 petang sampai 7 malam. Sebabnya, bila matahari dah nak menghilang, air laut pun tenang jadi best nak berenang.

Kemudahan yang ada

Gerai-gerai makan sekitar pantai memang banyak, boleh beli keropok lekor, celup tepung dengan air kelapa. Taman permainan ada untuk bagi anak-anak kecil main. Paling penting, gazebo ada banyak kalau nak jadikan tempat berkelah atau tempau berlindung dari matahari.

Tandas awam disediakan, tapi tak ada pancuran air untuk bersihkan diri. Lagi, trek berjalan kaki ada kalau nak berjoging atau bersiar-siar.

Peta lokasi

Selalunya, yang nak ke Pantai Air Tawar ni ikut jalan dari Kuala Lumpur. Jauh juga perjalanan sebab ambil masa dalam 5 jam. Nak naik kapal terbang boleh, tapi kena landing dekat Kota Bharu, lepastu naik kenderaan awam ke pantai.

Jalan paling dekat dengan pantai Jalan Jeti lah, nanti lagi 5 minit je anda dah sampai ke pantai. Berhati-hati dalam perjalanan nak ke sini ya.

Lokasi | Jarak


Buat yang nak pergi bercuti di negeri Terengganu, apa salahnya kalau anda singgah dekat Pantai Air Tawar? Seronok pun ya, sebab banyak aktiviti menarik boleh buat. Kalau dah buat keputusan ke sini, seeloknya elak plan datang waktu cuti sekolah supaya tak sesak.

4.2/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Bukit Keluang – Mesti Nak Datang Sini Lagi!

Nak kata Pantai Bukit Keluang ni tak famous, mungkin dalam kalangan orang yang tak pernah dengar nama pantai ni iyalah. Tapi, orang-orang Ganu dengan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x