Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Kemasik – Siapa Datang Ganu WAJIB Mai Sini

Pantai Kemasik yang indah, bak berada di pantai cantik luar negara masih lagi tak mendapat sambutan oleh rakyat seluruh Malaysia. Memang ramai penduduk setempat yang tahu betapa bestnya singgah sini, tapi untuk yang belum tahu, memang rugi kalau dah sampai Kemaman tapi tak datang Pantai Kemasik. Banyak juga aktiviti yang anda boleh buat dekat pantai ni selain rendam kaki dalam air.

Kalau anda risau nak datang sini tapi kemungkinan tak banyak fasiliti, boleh buanglah kerisauan tu, sebab dekat Pantai Kemasik memang lengkap kemudahan yang ada. Nak makan pun, boleh cari sejengkal dari pantai je. Nak cerita aje pasal Pantai Kemasik ni memang panjang lebar, apa kata anda baca dulu artikel dari kami khas tentang pantai ni.


Aktiviti Menarik di Pantai Kemasik

Tengok sunrise, sunset

Memang banyak lagi tempat yang boleh anda pergi kalau nak tengok matahari terbenam ke terbit ke. Tapi, tak ada yang boleh lawan tengok fenomena ni dekat pantai yang bersih, lagi lapang. Siapa yang rajin, dah segar lepas Subuh tu, bolehlah terus pergi ke pantai dan tunggu tak lama pun nak tengok sunrise.

Kalau jenis yang suka datang lambat-lambat ke pantai pula, eloklah anda tunggu sampai sebelum Maghrib nak tengok sunset kemerah-merahan. Yang sure, anda akan lebih menghargai keindahan alam dan kejadian semulajadi lepas dah tengok sendiri.

Berkelah

Bila dah ada family, memang kerja datang ke pantai nak bawa makanan untuk enjoy makan sambil tengok ombak berdebur. Bawa aje semua makanan yang dah beli dari gerai tepi jalan, tepi hotel. Lepas tu, terus bentang tikar atas pasir pantai yang lembut.

Seeloknya, makanlah dalam bekas yang tak perlu dibuang dekat tong sampah, sebab dekat Pantai Kemasik tong sampah limited. Kalau perlu buang sampah pun, pastikan dibuang dengan cara yang betul. Jangan biar sampah makanan bersepah ya!

Berjoging, beriadah

Syok betul kalau dekat rumah sendiri pun dah amalkan berjoging dan bawa amalan tu sampai ke Pantai Kemasik. Bagi yang tak biasa joging pula, tak rugi kalau anda try joging dekat sini sebab cuaca pun best, angin pun kuat.

Taknak juga joging? Jalan kaki biasa keliling pantai pun boleh, asalkan keluar peluh. Berjalan kaki pun riadah juga, tapi kalau nak lagi aktif, bolehlah buat senaman dekat satu tempat. Contohnya, lari setempat atau regangan.

Photoshoot

Tak sah kalau datang pantai cantik macam Pantai Kemasik ni tapi tak ambil gambar sampai penuh storage fon. Nak cari port-port best untuk ambil gambar sekitar pantai senang sangat sebab ada buaian dengan ada batu-batu besar. Kalau nak gambar natural pun boleh je posing depan pantai terus.

Pantai Kemasik selalu jadi tempat pengantin ambil gambar lepas majlis. Mana taknya, dengan persekitaran yang tenang dekat sini memang akan jadi pengalaman bermakna. Prop pun tak perlu beli, percuma je view yang gempak.

Main layang-layang

Sayangnya, dekat pantai ni tak ada jual layang-layang secara besar-besaran. Sebab tu, kalau anda nak main layang-layang boleh bawa dari rumah atau beli dekat kawasan sekitar Terengganu yang jual. Digalakkanlah main layang-layang dekat Pantai Kemasik sebab angin dia memang ideal untuk naikkan layang-layang.

Disebabkan tak ada aktiviti air dekat pantai ni, eloklah bawa layang-layang untuk anak-anak main. Sekurang-kurangnya, bolehlah berseronok juga selain tengok ombak aje.


Penginapan Terbaik di Pantai Kemasik

Resorts World Kijal

Dari Resorts World Kijal nak ke Pantai Kemasik, anda hanya kena tempuh perjalanan 3 kilometer. Nak tempah dekat sini, anda pilihlah nak duduk bilik deluxe double ke, premier double ke, atau premier. Sambil-sambil berehat dari perjalanan jauh, cubalah dia punya sauna. Confirm terus segar dan sihat badan tu.

Dekat sini pun ada swimming pool, jadi memang syoklah kalau yang bawa anak-anak. Yang taktahu nak makan mana atau malas nak makan jauh-jauh, pergi aje dekat restoran hotel sendiri, makan situ. Baju yang dah seharian pakai pun, kalau taknak bawa balik baju kotor, gunakan servis dobi dekat sini.

Gemilang Hotel Kertih

Kalau dari Pantai Kemasik nak pergi atau balik ke Gemilang Hotel semula, perjalanan ambil masa 12 minit sahaja. Berbaloilah kalau dah ada hotel yang kira dekat dengan pantai, siap dapat Wi-fi free lagi. Bila nak pergi bercuti tapi bos masih nakkan kerja siap secepat mungkin, boleh buat kerja dekat meja dalam bilik.

Semua bilik ada satu bilik air, boleh pilih nak bilik jenis deluxe double, deluxe triple atau family suite untuk yang nak katil besar dan banyak. Parking dekat hotel free untuk penginap, lepastu kalau lapar boleh jugak makan dekat Restoran Gemilang milik hotel.

Kay Inn Kerteh

10 minit dari Pantai Kemasik, anda boleh jumpah dah Kay Inn Kerteh ni. Bilik-bilik dekat hotel ni semua ada pendingin hawa, dan semuanya juga ada balkoni sendiri. Jadi, senanglah kalau rasa nak ambil angin tapi taknak jalan jauh tu. Wi-fi dekat sini pun percuma, jadi tak ada masalah nak sambung guna media sosial atau guna Google.

Ada satu bilik air dalam semua bilik deluxe double, standard twin, deluxe twin dengan standard double. Kalau yang jenis risau pasal keselamatan tu, jangan risaulah sebab CCTV memang beroperasi 24 jam. Nak pergi menjamu selera pun dekat je, dalam 100 meter ada Restoran Ikang.


Tempat Makan Berbaloi Pantai Kemasik

Siapa kata Pantai Kemasik ni setakat pantai yang cantik je? Kedai-kedai makan dekat-dekat situ pun tak kurang hebat dia tau. Walaupun jarak jalan kaki dari pantai boleh pergi makan dekat food court dia, tapi banyak lagi restoran sedap-sedap boleh anda try.

Siapa nak makan dengan view Pantai Kemasik, dialu-alukan makan dekat food court kecil situ. Kalau nak best lagi menu, makan ikan pelbagai masakan dengan masakan Western, cubalah pergi dekat restoran-restoran yang kami dah senaraikan ni.


Tempat menarik sekitar Pantai Kemasik

Taman Rekreasi ASFA

Senang nak cakap, Taman Rekreasi ASFA ni macam taman tema air versi mini lah. Disebabkan anda dilarang mandi dekat Pantai Kemasik kan, ha ada waterpark yang boleh singgah bawa satu family enjoy mandi. Tak mahal pun kalau bandingkan dengan keseronokan tak terhingga main air dekat sini. Untuk yang atas umur 3 tahun, RM15. Untuk warga kelainan upaya dan kanak-kanak bawah 3 tahun, percuma.

Lagi berbaloi bila pihak taman bagi pengunjung bawa makanan dari luar. Taknak bawa pun, ada jual mee, nasi dengan spagetti dekat sini. Surau pun ada, jadi memang tak susahlah nak beribadah.

Air Terjun Menderu

Siapa yang nak main air, tapi lagi suka yang tengah-tengah alam semulajadi, datang Air Terjun Menderu. Dekat sungai sini, air dia cetek, sesuai untuk anak-anak kecil. Gazebo pun ada kalau nak buat potluck ke, makan ramai-ramai. Seronok lagi, berkhemah dekat sini pun boleh aje.

Bila malam-malam, bolehlah buat campfire, atau barbeku. Pastikan kebersihan sungai sentiasa terjaga ya. Nak bawa basikal pun, dibenarkan, tak ada masalah.

Kemaman Mini Zoo

Mini Zoo ni buka dari pukul 9 pagi sampailah 5 petang, hari-hari. Tapi hari Jumaat, zoo tutup dari pukul 12:30 tengah hari sampai 2:30 petang untuk beri laluan Solat Jumaat. Nak masuk pun murah, untuk dewasa RM10, kanak-kanak pula RM7.

Dekat sini juga, tram boleh naik free-free aje, tak perlu bayar. Kan mudah kalau bawa anak kecil, tak adalah penat. Bot pun disediakan kalau nak tengok paya bakau. Sambil tengok haiwan dekat sini, ajar juga anak-anak untuk bersifat lembut dengan haiwan ya.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Untuk yang memang nak betul-betul pasti parking tu ada, datang sebelum pukul 4:30. Bila dah redup, memang akan ramai datang ke pantai taknak sunburn. Lot-lot parking dekat sini pun terhad, jadi memang kena betul-betul pasti time pergi tu tak ramai pilih pergi juga time tu.

Bila parking, pastikan tak akan ganggu orang lain nak letak kereta mereka juga. Lagi senang, cari kawasan parking dekat kedai-kedai, lepastu jalan kaki ke Pantai Kemasik.

Waktu terbaik untuk pergi

Sememangnya, confirm ramai akan ke pantai bila matahari belum naik atau dah nak terbenam. Jadi, kalau mampu dan taknak ramai orang, pergilah dari pukul 11 pagi sampai 3 petang macam tu.

Bila weekend, selalunya pun tak ramai, cuma kena pandai pilih waktu. Kalau nak selamat, datang aje waktu hari-hari biasa sebab penduduk setempat pun mesti kerja dan tak rasa nak ke pantai.

Kemudahan

Memang salute habis la Pantai Kemasik ni sebab gerai makan ada, tandas-tandas awam pun ada. Lagikan untuk yang bawa anak-anak kecil, sangat senang sebab disediakan juga playground yang cukup besar untuk mereka main dengan selamat.

Food court berhadapan pantai sendiri pun ada, sedap pulak tu makan celup tepung. Bila dah masuk waktu solat, pergi terus ke surau yang ada dekat pantai.

Peta lokasi

Boleh dikatakan tak berapa jauh lah kalau yang nak datang dari KL tu, sebab perjalanan guna jalan paling dekat ambil masa 3 jam sahaja. Kalau pergi masa cuti sekolah, tak dinafikan memang jam, tapi cubalah datang waktu hari kerja.

Dah sampai Tol Kerteh pulak, 27 minit je lagi masa perlu nak sampai ke Pantai Kemasik. Percayalah, sekali dah nampak pantai ni, memang lupa penat lelah nak ke sini.

Lokasi | Jarak


Dah ready ke belum tu nak masukkan Pantai Kemasik sebagai destinasi di Kemaman kalau bercuti nanti? Buatlah perancangan betul-betul dan pilihlah tarikh terbaik untuk datang singgah pantai yang aman ni. Memang tak akan rugi sebab semuanya dekat sini lengkap, tak perlu berjalan jauh untuk ke tempat lain.

4.6/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini...

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul – Tempat Santai Orang Kemaman

Kawasan Rekreasi Telaga Simpul yang terletak di Kemaman ini merupakan sebuah tempat lepak santai yang selalu menjadi kunjungan orang ramai terutamanya mereka yang berkerja di...

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x