Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Paka – Medan Berkelah PALING SYOK

Pantai Paka, walaupun nama bandar dia memang ramai selalu dengar, tapi tak ramai nak pergi pantai dia yang cantik ni. Dalam banyak-banyak pantai dekat Terengganu ni, Pantai Paka boleh kata antara pantai yang kurang popular la dalam kalangan pengunjung. Lagi-lagi pelancong dari luar negara.

Yang best dekat pantai ni, anda senang nak cari makanan. Banyak pula tu aktiviti yang boleh buat keliling pantai selain tengok pemandangan. Lepas dah baca artikel ni, anda putuskanlah dah berminat ke tidak dengan Pantai Paka.


Aktiviti Menarik di Pantai Paka

Memancing

Kalau nak memancing dekat Pantai Paka, port paling best dia dekat depan batu-batu besar sekitar pantai. Dekat situ, anda nak letak joran antara batu lepastu lepak-lepak borak-borak pun boleh. Nak tinggal kejap pun takde masalah kalau nak ke tandas.

Joran memancing bawa la sendiri ya, dekat sini tak ada sediakan. Lagi satu, pastikan joran tu panjang ya, takut tengah pancing tu tiba-tiba anda dah sampai tengah laut. Kalau panjang, jauhlah jarak anda dengan air.

Berkelah 

Aktiviti yang paling orang suka lakukan dekat pantai mestilah berkelah kan. Yang nak pergi ke pantai, jangan lupa bawa tikar ya. Tak pasal-pasal duduk atas pasir je nanti.

Makanan kalau anda lupa bawa dari rumah, beli aje dekat gerai-gerai yang dekat. Sambil nak datang ke pantai pun boleh singgah gerai anda rasa macam sedap pula makanan tu. Berseronoklah ya picnic dengan family.

Naik basikal

Basikal pun, sebenarnya kena bawa sendiri dari rumah ya. Lainlah kalau tempat penginapan anda bagi guna basikal mereka secara percuma. Dah bawa basikal tu, memang best kalau ride tepi pantai, sejuk je.

Lagipun, dekat sini memang ada jalan khas untuk yang naik basikal. Signboard hati-hati sebab orang naik basikal pun ada untuk alert pemandu kereta. Naik basikal dekat Pantai Paka semestinya selamat.

Tengok sunrise

Rugi tau kalau anda memang plan ke pantai tapi terlepas fenomena matahari terbit. Sebabnya, bila dekat pantai, nampak lagi jelas kejadian tu, dengan saiz matahari yang nampak lagi besar sebab ilusi air laut. Lepas je Subuh, bolehlah anda bergegas ke pantai dan ambil gambar sunrise.

Kalau ada rezeki pagi-pagi buta, anda mungkin dapat jadi saksi penyu bertelur. Musim bertelur dia dari April sampai September, jadi anda bolehlah plan pergi waktu ni.

Celup kaki, buat sandcastle

Sayangnya dekat Pantai Paka ni, anda tak boleh nak bermandi-manda sebab ombak laut yang kuat dan tak dijangka. Kalau sekadar nak celup kaki, dipersilakan. Kalau nak bawa anak-anak bercelup pun pastikan pegang tangan  mereka ya.

Sebab dah tak boleh mandi kan, tinggal pasir pantai je la untuk buat main. Bawalah kelengkapan macam baldi ke penyodok mainan untuk anak-anak dirikan sandcastle. Jangan ada yang dengki pergi robohkan sudah.


Penginapan Sekitar Pantai Paka

The Qamar Paka Resort

Anda yang dari Pantai Paka nak ke The Qamar Paka Resort, sekejap sangat tau perjalanan, 2 minit aje. Yang syoknya, kalau anak-anak sedih tak dapat mandi pantai, dekat sini ada swimming pool luar yang cukup besar. Bilik-bilik yang ada termasuk bilik deluxe double, twin, dengan chalet.

Kalau anda malas nak keluar makan pun, order je room service, makan dalam bilik dengan family. Nak pergi restoran resort ni pun boleh tak ada masalah. Sambil menginap, gunalah gym yang ada, sihat sikit badan tu. Tak pun, pergi main ping pong dengan anak-anak.

Semak Harga

Dalyla Inn Hotel

Dalyla Inn Hotel pun tak jauh dari Pantai Paka, naik kereta dalam 4 minit, dah sampai ke hotel. Anda boleh pilih nak bilik jenis deluxe double ke deluxe twin, atau bilik-bilik yang kosong masa anda tempah nanti. Jangan risau pasal internet, semua penginap dapat Wi-fi percuma.

Kedai-kedai makan dalam jarak 1 kilometer pun banyak aje, pilih nak menu jenis apa, tak akan kebuluran punya. Yang sampai dari Kerteh Airport, dekat sangat ya dengan hotel, 10 kilometer je. CCTV pun ada keliling hotel, jadi jangan risau pasal keselamatan.

Semak Harga

SG Paka Hotel

Antara bilik-bilik yang ada dekat SG Paka Hotel, bilik standard twin, queen, family, deluxe queen, triple, dengan standard double. 5 minit je perjalanan dari Pantai Paka nak ke hotel. Tapi nak parking dekat jalan, kena bayar 60 sen per jam.

Hotel ni ada lift untuk memudahkan urusan turun naik bilik, dengan untuk mereka berkeperluan khas. Laundry service pun ada kalau nak balik dengan baju yang bersih, fresh. Walaupun ada kettle, anda masih dibagi air dalam botol.

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Paka

Walaupun anda boleh jalan kaki dari pantai nak ke gerai makan paling dekat, tapi makanan tu hanyalah untuk buat alas perut. Kalau dah ada di pantai, lepas tu dah masa untuk anda makan lunch atau dinner, mesti nak makan berat kan? Tak perlu risau sebab banyak lagi kedai makan dekat-dekat yang boleh anda pergi.

Pilihan lauk untuk makan tengah hari pun banyak jenis, nak makanan laut ke, nak ayam ke, nak daging ke, semua ada. Kalau nak makan yang satu menu ada semua lauk macam Nasi Dagang pun order aje. Asalkan anda happy, perut pun kenyang.


Tempat menarik berhampiran Pantai Paka

Viking Scuba Tenggol

Kepada pencinta sukan ekstrim, inilah peluang anda untuk cuba diving dekat Ganu. Harga permulaan diving RM480, tapi dikira berbaloi dengan tunjuk ajar mereka yang pro, dan dapat dive 3 kali dekat Pulau Tenggol. Tambahan pula, ada lunch berkonsepkan buffet lepas dive kali kedua.

Kalau nak ke sini, pastikan datang sebelum pukul 7:45 dekat Viking Scuba Tenggol dan ikut trip bot. Anda akan pulang dalam pukul 4 petang, senyum-senyum sebab best ya.

Taman Rekreasi Bukit Bauk

Tak rugi kalau anda pergi bercuti tapi dalam masa sama pergi beriadah dengan family. Pergilah ke Taman Rekreasi Bukit Bauk lepastu hiking dekat sini. Mudah nak hiking di Bukit Bauk ni sebab jalan nak naik ke puncak tu adalah jalan tar.

Dekat sini pun ada toilet dengan playground kalau anak-anak monyok lepas hiking. Nanti ambillah gambar dekat photozone ya buat kenangan dan bukti gaya hidup sihat. Sebelum datang, pakai pakaian sesuai dan kasut sukan.

Taman Kucing Dungun

Sebenarnya, bila dah ada dekat Bukit Bauk, anda boleh pergi ke Taman Kucing sekali. Apa kata dah penat-penat hiking, pergi terapi dengan belai kucing-kucing comel? Kesian mereka tiada tuan, kenalah bagi kasih sayang.

Kalau anda berminat dengan kucing dekat situ, adopt la seberapa banyak anda mampu. Kalau tak mampu, boleh beri sumbangan atau belikan makanan dan keperluan dia. Kucing-kucing dekat sini semuanya stray cats yang dikutip untuk dijaga supaya selamat.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Dekat Pantai Paka anda boleh parking bawah pokok rhu yang ada, biar tak bahang bila anda masuk kereta semula. Pantai dia panjang, jadi memang kawasan nak letak kereta pun panjang juga.

Nak parking sedekat mana dengan kawasan pantai pun boleh, lagi senang, tapi hati-hati park atas pasir. Sebab Pantai Paka tak ada lot-lot parking khas, ada kena letak kereta betul-betul straight jadi tak kacau orang lain yang nak park juga.

Waktu terbaik untuk pergi

Siapa yang tahu penyu bertelur dari April sampai September mesti nak datang pantai waktu ni kan, jadi kalau anda tak suka ramai-ramai mungkin datang awal tahun. Datang akhir tahun pun tak boleh juga sebab musim tengkujuh. Jadi kesimpulannya datang waktu bukan cuti sekolah.

Paling best nak ke pantai mestilah waktu awal pagi atau dah nak malam. Ini sebab cuaca tak terlalu panas dan nak berkelah pun nyaman.

Kemudahan yang ada

Toilet dekat sini ada, jadi tak ada masalah kalau terlalu nak ke tandas. Kalau anak-anak bosan, boleh bawa mereka ke playground, berseronoklah dekat situ. Gazebo ada, tapi tak banyak dan jarak satu gazebo ke lagi satu tu jauh.

Gerai makan pun banyak, boleh beli celup tepung, air nyior, keropok lekor. Parking pun luas, letak kereta mana-mana aje.

Peta lokasi

Pengunjung yang nak datang dari Kuala Lumpur, tak berapa nak jauh tau, sebab perjalanan pun nak dekat 4 jam je. Lainlah kalau nak sekejap je sampai kan, cuba naik kapal terbang. Dari Kerteh Airport, nak ke sini 22 minit.

Kalau taknak drive, nak naik bas, dari Terminal Bas Selatan (TBS) ambil masa 4 jam 15 minit, lebih kurang je dengan naik kereta.

Lokasi | Jarak


Seronok tau sebenarnya kalau dah sampai di Pantai Paka ni. Kemudahan pun ada, tempat menarik pun sesuai dengan elemen penariknya. Kalau nak ke Terengganu tu, marilah datang singgah Pantai Paka yang indah.

4.2/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay di Kemaman untuk Percutian yang Santai

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Terengganu yang merupakan antara salah satu pilihan pelancong untuk datang kerana pantainya yang cantik dan bersih. Negeri ini...

Pantai Rekreasi Kuala Kertih – Singgah Sekejap Pun BERBALOI!

Pantai Rekreasi Kuala Kertih, walaupun boleh dikatakan sebuah pantai yang agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain dekat Terengganu, masih lagi memuaskan kalau nak dijadikan...

Gerai Gerai Lemang Kijal

Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira hari raya atau tidak, gerai-gerai lemang...

Pantai Rekreasi Teluk Kalong – Pantai Bersih BELUM Popular

Pantai Rekreasi Teluk Kalong ni, disebabkan kedudukan dia yang jauh dari jalan utama dan pusat bandar, buatkan dia kurang mendapat sambutan orang ramai. Siapa...

30+ Tempat Menarik di Kemaman, Terengganu Paling Popular

Kemaman merupakan satu daerah yang agak besar yang terletak di selatan Negeri Terengganu & bandar utamanya pula adalah Bandar Chukai yang terletak berhampiran dengan...

10 Penginapan Di Kemaman- ‘Gerbang’ Ke Terengganu

Daerah Kemaman boleh dikatakan sebagai pintu masuk untuk negeri Terengganu. Daerah Kemaman ini juga turut bersempadan dengan negeri Pahang dan berdekatan dengan bandar Cherating....
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x