Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Peranginan Kelulut – Pantai BEST Bersiar-siar

Yang selalu guna jalan dari Kemaman straight ke Kuala Terengganu mesti dah tahu sangat lah kewujudan Pantai Peranginan Kelulut ni. Lagipun, kedudukan dia memang buatkan pantai ni senang nak nampak dari jalan besar. Buat orang luar negeri yang taktahu, tak rugi kalau anda nak baca lebih pasal Pantai Peranginan Kelulut, dan mungkin berminat nak ke sini lain kali.

Bila dah ada dekat pantai ni, memang tak akan kebuluranlah sebab makanan pun mudah betul nak jumpa, food court pun ada. Kemudahan serba lengkap dekat sini mungkin tarik perhatian anda yang suka ke pantai. Apa tunggu lagi, meh baca apa kami di Cari Destinasi dah sediakan untuk anda pasal Pantai Peranginan Kelulut.


Aktiviti Menarik di Pantai Peranginan Kelulut

Main electric car

Aktiviti ni paling sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil. Electric car yang bersaiz kecil ni memang muat untuk kanak-kanak umur dari 4 ke 8 tahun. Sambil diorang tunggu berpuluh tahun lagi nak ambil lesen, baik bagi diorang experience drive kereta dekat sini.

Electric car yang ada disediakan dekat sini banyak, jadi tak perlu rebut dengan anak kecil orang lain. Biar diorang pilih nak kereta colour apa, asalkan hati tu gembira. Mak ayah pun boleh rehat sambil perhatikan anak-anak bermain dekat dataran luas.

Memancing

Dengan air yang ada time dia tenang dekat Pantai Peranginan Kelulut ni, siapa yang gemar memancing tu bolehlah cuba nasib. Bawak aje segala gear yang ada dekat rumah, try lontarkan kail. Tapi pastikan tali dia panjang sebab ini pantai, bukannya sungai yang airnya sejengkal.

Kalau nasib anda baik dekat sini, mungkin juga boleh dapat ikan Pari. Apa salahnya cuba memancing dekat sini walaupun pengalaman tak lama atau tak ada pengalaman langsung.

Berjoging

Trek berjoging disediakan dekat tepi pantai, jadi siapa yang selalu berjoging bolehlah cuba dekat sini. Sambil joging, sambil rasa kena tiup angin laut yang kuat. Pengalaman yang memang susah nak dapat kalau berjoging sekitar kawasan rumah.

Nak berjalan kaki biasa pun boleh aje jalan atas trek, toleh-toleh jugak untuk menghargai keindahan pantai. Lebih-lebih lagi, bila ada trek ni lagi senang nak berjalan, dibandingkan dengan jalan atas pasir. Jadi, selamat beriadah!

Berkelah

Walaupun gerai jual makanan dekat sini tak berapa dekat dengan kawasan pantai, tapi sebelum ke pantai boleh aje anda pergi beli dulu untuk bawa berkelah. Lagi senang kalau makanan dah siap-siap masak dekat homestay ke, memang bawa dari rumah ke. Dah settle ada makanan apa semua, bentang tikar atas pasir pantai.

Untuk yang taknak makanan kena pasir, boleh cop gazebo yang ada sekitar pantai. Gazebo dia besar, so sesuai untuk family besar berkumpul. Tempat duduk berbumbung pun ada banyak sini.

Tengok bulan

Memang rugi kalau anda tak ke Pantai Peranginan Kelulut waktu malam sebab view dia paling best punyalah. Bila duduk dengan family dekat tepi pantai, dengar bunyi ombak berdebur lagi, memang rasa tenang. Apatah lagi kalau pandang atas, nampak bulan yang terang sungguh.

Air laut dan persekitaran pantai buatkan bulan dekat sini nampak lagi besar dari biasa, tapi sebenarnya sama aje saiz dia dekat mana-mana. Sebab tulah, kalau tengok bulan dekat pantai, rasa dia macam lagi special. Dekat rumah, mana ada kita selalu tengok bulan kan?


Penginapan di Pantai Peranginan Kelulut

Marang Village Resort & Spa

Jauh Marang Village Resort & Spa dari Pantai Peranginan Kelulut hanya 2 minit je perjalanan. Seronoknya dekat resort ni, malam-malam anda boleh buat barbeku dengan keluarga. Ikut saiz tetamu, pilihlah nak duduk bilik deluxe triple ke, superior double ke, atau dorm yang ada 6 katil kalau family ramai.

Semua bilik dekat resort ni berhawa dingin, ada TV, lepastu siap ada safety box kalau anda nak keluar tapi takut tak selamat tinggal barang. Ada 1 bilik air setiap bilik dan disediakan juga tuala mandi free. Sesiapa yang suka kena cahaya matahari tu bolehlah selalu ke teres di resort ni.

Semak Harga

Hotel Pelangi Marang

Hotel Pelangi Marang buka kaunter terima tetamu 24 jam, jadi tak payah risau kalau dah sampai Marang tapi terlupa book hotel. Nak ke hotel dari Pantai Peranginan Kelulut, 8 minit aje perjalanan diambil. Wi-fi dekat sini free kalau nak simpan data atau tak ada data.

Bilik-bilik yang ada dekat hotel termasuk bilik superior suite, family suite, deluxe queen, deluxe single, deluxe triple, standard triple, dengan deluxe twin. Suite sesuailah untuk yang nak bilik besar sikit. Keliling hotel pun ada restoran-restoran best tak sampai 1 kilometer jauh semuanya.

Semak Harga

Raz Hotel Kelulut

Dekat sini takkan ada masa nak fikir panas ke bahang sebab semua bilik ada aircond ya. Hotel tawarkan bilik-bilik deluxe double, deluxe triple, standard triple, deluxe twin, dengan family suite. Anda akan rasa macam ada dekat rumah je disebabkan interior bilik-bilik dia dengan perabot yang familiar dekat rumah.

Raz Hotel ni paling dekat dengan Pantai Peranginan Kelulut, 550 meter je jauh dia. Nak cari makan pun senang sebab dekat-dekat kawasan hotel ada banyak kedai makan. Dalam semua bilik ada TV, jadi taklah anda bosan bila menginap.

Semak Harga


Tempat Makan Best Pantai Peranginan Kelulut

Kalau anda fikir Terengganu ni hanyalah negeri yang boleh makan seafood je hari-hari, cuba datang ke Pantai Peranginan Kelulut. Selain seafood yang memang dah sedap jilat jari, banyak lagi menu yang ada dekat sini. Dari supnya, ke makanan western, ke makanan goreng, semua ada.

Bila dah sampai pantai, memang anda akan sedar betapa banyaknya kedai makan sekitar pantai yang boleh cuba. Mesti pening nak makan dekat yang mana satu, nak makan apa. Yang penting, restoran-restoran yang kami senaraikan ni tak rugi cuba.


Tempat menarik berdekatan Pantai Peranginan Kelulut

Kampung Merchang

Ramai sebenarnya yang taktahu di kampung dekat Marang ni boleh buat banyak aktiviti. Dekat sini, anda boleh berkayak dengan family sambil tengok sekitar Kampung Merchang yang aman damai. Nak ikut trip naik bot ke Pulau Ranggut pun boleh, nanti penaja yang pakai tengkolok bawa anda ke sana.

Dekat Pulau Ranggut tu, boleh berkelah sambil makan tengah hari, sambil tu tengok persembahan oleh pihak penaja. Waktu malam pula, barbekulah sepuas hati dengan kepah yang ditangkap atau bakar satar dengan otak-otak.

Maecon Sport Centre

Mesti anda tertanya kan, kenapa pula nak ke pusat sukan kalau bercuti dengan keluarga? Apa salahnya gunakan masa bersama ni untuk menyihatkan badan beriadah dengan keluarga. Lagipun, sesiapa yang bekerja pun tahu betapa susahnya nak pergi bersukan walaupun hujung minggu.

Di Maecon Sports Centre anda boleh main badminton, sepak takraw, ping pong, dengan futsal. Nak beli barangan sukan pun dipersilakan, ada jual kasut bola, raket, dengan beg pergi gym. Dah penat bersukan, boleh pergi beli coconut shake jual tepi pusat sukan.

Pulau Kerengga

Satu lagi perkampungan yang kurang jadi tumpuan penduduk setempat atau pelancong ialah Pulau Kerengga. Sesuai dengan nama dia, Pulau Kerengga ni memang ada banyak sarang kerengga. Tapi jangan risau, asalkan anda tak pergi dekat, anda selamat.

Pulau ni boleh jadi pusat tumpuan orang suka memancing sebab senang tangkap ikan siakap, ketam dengan udang. Untuk pelancong, mesti best kalau cuba meniti dekat jambatan-jambatan kayu yang penduduk situ dirikan untuk memudahkan jalan atas air.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Walaupun parking dekat tepi pantai ni memang menghadap jalan, tapi kereta yang diletakkan situ takkan kacau lalu lintas. Lagipun, pantai ni panjang, makanya tempat parking dia pun panjang.

Ada yang kata, lot-lot parking dekat sini lagi banyak dari parking dekat pantai lain. Sebab dah ada parking yang selesa dan terjaga, anda pun perlulah berhemah dengan letakkan kereta betul-betul dalam petak dia dan tak kacau jalan orang.

Waktu terbaik untuk pergi

Disebabkan Pantai Peranginan Kelulut yang panjang, memang tak jadi masalah kalau anda datang time ramai orang pun sebab tak rasa sesak. Kawasan-kawasan nak buat port family duduk pun luas aje. Kalau taknak ada orang, datanglah waktu tengah hari. Panas terik memang takde orang nak pergi.

Nak tengok bulan, datanglah lepas pukul 9 malam. Memang syok tengok bulan daripada silau tengok matahari siang-siang. Disarankan datang waktu hari biasa dan bukan waktu cuti sekolah ya.

Kemudahan yang ada

Tiba-tiba rasa nak ke tandas bila dah dekat pantai, pergi aje ke tandas awam sekitar pantai. Playground pun ada buat anak-anak kecil bermain kalau diorang bosan. Trek jalan kaki disediakan untuk memudahkan dan untuk keselamatan.

Food court sangat dekat dengan pantai, jalan kaki je. Kalau makan dekat food court dia, boleh nampak view pantai dengan Pulau Kapas.

Peta lokasi

Memang jauh kalau nak ke Pantai Peranginan Kelulut dari Kuala Lumpur, adalah nak dekat 5 jam. Siapa rasa penat nak drive tapi ada bajet tu, naiklah kapal terbang tak sampai sejam dari KL terus ke Kuala Terengganu.

Yang bawa kereta dah sampai Terengganu Drawbridge, ambil lagi 25 minit nak ke pantai ni. Apa yang penting, perjalanan walaupun lama kena berhati-hati.

Lokasi | Jarak


Siapa rasa berminat dah dengan Pantai Peranginan Kelulut ni, silalah masukkan dalam list destinasi yang akan anda singgah di Terengganu. Dekat pantai tak perlu fikir banyak pasal kemudahan, semuanya ada untuk anda. Rugi ke tak pun tak perlu fikir sebab memang berbaloi bawa family datang bercuti di sini.

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Tempat Penginapan BEST Di Marang Kalau Nak Ke Pantai

Negeri Terengganu sememangnya mempunyai pelbagai daerah yang terkemuka dan dikenali dengan keunikan setiap satunya. Marang yang mempunyai banyak tempat menarik merupakan daerah yang selalunya...

Pantai Pandak

Pantai Pandak atau juga dikenali sebagai Pantai Chendering ni merupakan salah satu destinasi perkelahan di mana korang boleh mandi di pantai kalau nak. Seperti yang...

Tempat Menarik di Marang – Panduan Bercuti Pelancong

Daerah Marang merupakan daerah yang bersebelahan dengan Daerah Kuala Terengganu, Daerah Dungun & Daerah Hulu Terengganu serta mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang sering menjadi kunjungan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x