Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang. Antara pantai di Malaysia yang airnya sangat jernih dan bersih, pantai ini terus menjadi kebanggaan bukan sahaja rakyat Terengganu, malahan seluruh negara. Tidak ketinggalan juga pelancong dari luar negara yang melawat Terengganu yang memuji keindahan pantai ini.

Macam-macam aktiviti menarik boleh anda buat dekat sini, bukan hanya duduk tengok pantai. Buat mereka yang tak tahu apa boleh dilakukan dekat Pantai Rekreasi Teluk Bidara ni, bolehlah teruskan baca artikel kami untuk tahu lebih lanjut. Jom-jom baca sebelum datang ke Dungun.


Aktiviti Menarik di Pantai Rekreasi Teluk Bidara

Main Buaian 

Tak macam dekat pantai-pantai lain yang letak buaian dekat tengah-tengah pantai, buaian dekat Pantai Teluk Bidara gantung buaiannya diantara pokok-pokok. Sambil naik buaian bolehlah rasa teduh sebab pokok lindung dari matahari. Sesuai untuk anak-anak kecil naik, tak adalah nanti mereka mengadu panas.

Buaian dekat sini juga best jadi spot ambil gambar untuk post ke Instagram. Manataknya, background dia pun pantai yang dah nampak dari jauh jernih dia. Kalau datang sini jangan lupa naik buaian ya!

Memancing

Khas buat mereka yang kaki pancing dan suka bawa gear ke mana-mana, ha bawalah datang Pantai Rekreasi Teluk Bidara. Memang tak banyak ikan sekitar persisiran pantai, tapi kalau ada rezeki, boleh dapat ikan bawal tau. Dengan usaha dan kesabaran, tak mustahil akan dapat hasil.

Disebabkan air di pantai yang tenang, bolehlah ajar anak-anak memancing sekali. Lagipun, joran boleh tinggal lepas dah lepas umpan, jadi tak perlu pegang lama-lama.

Bermandi-manda

Nak mandi dekat sini, boleh mandi kalau memang betul-betul yakin air tengah tenang dan bukan air pasang. Belah-belah petang, sesuai untuk mandi dalam air Pantai Rekreasi Teluk Bidara. Kalau nak bagi anak-anak mandi pun, pastikan dijaga dan diperhatikan setiap masa.

Bermandi-manda dekat sini kena dekat-dekat sahaja, kalau tak, boleh jadi bahaya ya. Lainlah kalau dah memang power berenang atau ada kelengkapan dan lain-lain. Semuanya atas risiko sendiri ya, jadi berhati-hatilah kalau teringin nak mandi.

Snorkeling

Untuk yang nak merasai pengalaman snorkeling tapi tak pernah tercapai, bolehlah datang aje dekat Pantai Rekreasi Teluk Bidara ni. Dengan air dia yang jernih, memang anda akan nampak semua hidupan laut yang ikut berenang sama. Enjoy-lah tengok batu-batu karang pelbagai bentuk dengan hidupan lain yang susah nak jumpa.

Jangan risau kalau tak ada pengalaman, sebab dekat sini guide yang profesional akan bantu anda. Apa lagi, bila dah belajar nanti best je boleh ke tahap yang lebih mencabar.

Berkelah

Memang jaranglah kalau datang ke pantai tapi tak terfikir untuk berkelah dengan keluarga atau kawan-kawan. Yang jenis nak tempat bersih, taknak kena pasir, boleh duduk dekat gazebo. Kalau memang jenis sempoi, bawa tikar tu boleh aje bentang dekat atas pasir.

Jangan lupa bawa bekalan dari rumah, ataupun beli dekat gerai-gerai yang berhampiran. Dekat pantai best kalau makan satar, keropok lekor dengan nasi dagang. Sambil makan, sambil cuci mata tengok Pantai Rekreasi Teluk Bidara yang anggun.


Penginapan di Pantai Rekreasi Teluk Bidara

Casa Tanjung Jara

Casa Tanjung Jara hanyalah 5 minit jauh dari Pantai Rekreasi Teluk Bidara. Siapa yang menempah dekat sini boleh dapat pilihan nak bilik deluxe double dengan pemandangan kolam renang ke atau bilik deluxe double biasa. Setiap jenis bilik ada 1 bilik air, lengkap dengan bidet dan pengering rambut untuk yang selalu guna.

Walaupun dah cukup ideal hiasan dalam bilik dekat sini, tapi ada juga 2 kolam renang. 1 kolam untuk orang dewasa, dan 1 lagi untuk kanak-kanak. Semua bilik ada TV skrin rata, dan semua tetamu akan dapat akses Wi-fi percuma di keliling resort.

Semak Harga

Tanjong Jara Resort

Selain aktiviti dekat pantai, anda boleh lakukan bermacam-macam aktiviti dekat resort ni. Contohnya, anda boleh guna gelanggang tenis dia, pergi berenang dalam kolam renang, atau pergi spa yang selesa. Bilik-bilik dekat sini boleh pilih nak yang deluxe berbumbung, atau bilik double, ataupun bilik deluxe beranjung.

Kalau menginap dekat Tanjong Jara Resort, tak perlu dah cari makanan jauh-jauh, makan je dekat restoran dia. Boleh pilih restoran ikut cita rasa, nak makanan laut ke, nak makanan barat ke, semua ada. Perjalanan dari resort nak ke Pantai Rekreasi Teluk Bidara hanyalah 9 minit jauhnya.

Semak Harga

Sri Gate Hotel

Antara bilik-bilik yang pihak hotel tawarkan termasuklah bilik triple, deluxe double, ataupun deluxe double dengan kipas sahaja untuk yang nak jimat. Dalam bilik ada meja, sesuai untuk yang datang bercuti tapi masih perlu siapkan kerja. Nak ke Pantai Rekreasi Teluk Bidara, masa perjalanan adalah 11 minit sahaja.

Sekitar hotel, memang senang nak jumpa kemudahan-kemudahan macam bank, kedai-kedai makan dan kedai runcit. Tempat letak kereta dekat hotel berbayar, dan anda kena beli tiket dekat kaunter hotel dulu. Semua bilik ada 1 bilik air, 1 TV, dan tuala mandi percuma.

Semak Harga


Tempat Makan Sedap Pantai Rekreasi Teluk Bidara

Sesiapa yang datang jauh dari negeri lain tu memang fikir datang ke Terengganu ni nak makan makanan laut segar-segar kan? Dekat-dekat dengan Pantai Rekreasi Teluk Bidara, confirm banyak restoran yang ada menu makanan laut dalam pelbagai jenis masakan. Nak celup tepung, masak padprik, sup, anda pesan je nak yang mana satu. Kalau nak menu lain, makanan barat pun ada aje. Pasti anda tak akan kelaparan kalau berjalan dekat sini, banyak makanannya.

Tak jauh kedai makan sekitar pantai ni, kalau naik kereta, nak jumpa yang paling dekat pun tak sampai 2 minit. Yang penting, semua kedai sedap-sedap dan tak rugi datang singgah makan.


Tempat menarik sekitar Pantai Rekreasi Teluk Bidara

Dungun Water Taxi

Tak jauh pun, hanya 9 minit dari pantai, anda boleh pengalaman naik bot atau ‘water taxi’. Selalunya, waktu paling best yang kapten akan bawa anda pusing-pusing ialah pukul 8 pagi sampai 9:30 pagi. Bot akan ronda dari Jambatan Dungun sampailah ke Jambatan Seberang.

Memang tak bolehlah nak bawa kereta dalam air kan, jadi anda bolehlah gunakan servis water taxi ni nak jalan-jalan atas sungai. Selain naik bot, anda boleh juga berkayak dekat kawasan yang sama. Harga tiket untuk dewasa dengan kanak-kanak tak mahal dan sangat berbaloi, bawah RM10 seorang.

Terowong Bukit Tebuk

Sambil-sambil bercuti dekat Dungun, apa salahnya anda pergi melawat tempat bersejarah dekat sini. Kalau pergi Terowong Bukit Tebuk, anda mungkin boleh bayangkan peristiwa zaman 30-an iaitu ketika terowong ni menjadi laluan untuk kereta api yang bawa bijih besi. Sekarang, terowong ni menjadi laluan kereta dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Bila dah lalu dekat terowong ni, anda bolehlah menghargai sejarah pelombong yang bertungkus lumus membangunkan tanah Melayu dari dulu. Nak ambil gambar kenangan pun dipersilakan.

Muzium Daerah Dungun

Dalam muzium dekat sini, anda boleh nampak peninggalan zaman dulu-dulu, contohnya alat-alat muzik antik, barangan seramik, dan bijih besi yang memang menjadi sejarah terkenal Dungun, Terengganu. Siapa yang bawa anak-anak ke sini, bolehlah mereka pulang dengan ilmu baru. Sambil tu, boleh juga tengok gambar-gambar tokoh yang dah berkorban demi kemajuan Dungun.

Muzium tutup setiap Jumaat, tapi dibuka pada hari-hari lain dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang. Tak rugi datang sini kalau nak belajar pasal pendudukan British dan Jepun juga.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Yang bawa kereta datang ke pantai memang tak perlu risau, sebab tempat letak kereta dia bukan sahaja luas, tetapi kereta boleh letak mana-mana je anda nak, asalkan, kedudukan kereta tak akan kacau kereta lain untuk masuk letak kereta juga. Terpulang dekat anda nak letak kereta depan pantai ataupun dekat satu kawasan lapang jauh sikit dari pasir di tempat letak kereta yang disediakan.

Kalau yang nak berkelah tu, senang nak ambil barang kalau letak kereta dekat-dekat dengan gazebo. Strategik lagi, letak kereta dekat lot sebelah tandas yang ada.

Waktu terbaik untuk datang

Sebenarnya, boleh je datang bila-bila masa ke Pantai Rekreasi Teluk Bidara ni sebab walaupun cantik, masih tak ramai singgah hari-hari. Kalau memang taknak ada orang lain dekat situ, datanglah waktu hari biasa, bukan cuti. Jenis yang lagi rasa fun kalau ada ramai orang, jemput datang musim cuti sekolah akhir tahun.

Bila pagi-pagi, memang syok kalau jalan tepi pantai sebab matahari tak terik. Nak datang waktu lain yang best, datang sebelum senja, manatahu boleh nampak matahari terbenam.

Kemudahan

Tandas disediakan memang betul-betul tepi pantai, jadi senang kalau nak tukar baju ke, nak tukar lampin ke. Gazebo yang banyak ada, hanya tunggu anda nak duduk dekat yang mana satu je. Untuk anak-anak bermain, boleh pergi ke taman permainan dekat sini.

Bila dah masuk waktu solat, pengunjung Muslim boleh pergi ke Masjid Seberang Dungun yang memang dekat. Trek berjoging dan berjalan pun ada, tak adalah tercedera kalau berjoging atas jalan tak rata.

Peta lokasi

Ramai yang datang dari Kuala Lumpur dan Shah Alam, di mana perjalanan mengambil masa dalam 4 jam. Bunyi macam jauh, tapi perjalanan tak akan terasa penat sekali dah sampai pantai indah ni. Untuk yang dah sampai lebuhraya Kertih, hanya 48 minit perjalanan akan membawa anda ke sini.

Lokasi | Jarak


Sememangnya, sangat puas hatu kalau anda singgah ke Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab persekitarannya yang tak sibuk dan aman. Sesiapa yang penat bekerja dan perlukan escape seketika, marilah datang ke pantai ni. Mesti tak rasa rugi dan akan kembali lagi dalam masa terdekat.

4.2/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda...

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

3 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

3 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Zul
Zul
6 years ago

Banyak kes pecah cermin kerete

daun bidara
10 years ago

sebuah rekreasi yang menyenangkan.

Cari Destinasi
Admin
10 years ago
Reply to  daun bidara

sememangnya menyenangkan :)

Hubungi Kami

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x