Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pantai Rhu Sepuloh – Konfem TERPESONA!

Tahukah anda Pantai Rhu Sepuloh boleh juga dipanggil Pantai Penarik? Sama macam namanya, pantai ini memang boleh jadi destinasi yang berpotensi menarik lebih ramai pengunjung dengan tahap kebersihannya dan persekitaran yang indah. Untuk yang tak tahu, Pantai Rhu Sepuloh ada pemandangan yang sangat cantik dengan pasir yang putih dan air yang biru, tak dicemar.

Mereka yang datang dari bandar mesti akan rasa tenang bila dah sampai pantai ni sebab suasana dia memang aman damai tanpa gangguan. Nak sampai ke Pantai Rhu Sepuloh pun mudah sebab senang nampak dari jauh. Selain pantai dia sendiri, anda boleh juga menikmati makanan celup tepung dan aktiviti menarik sekitar sini.


Aktiviti Menarik di Pantai Rhu Sepuloh

Bermandi-manda

Walaupun seronok kalau dengar mana-mana pantai tu boleh mandi, tapi anda tetap kena berhati-hati. Sebab itulah, kena pastikan betul-betul cuaca dan keadaan air pantai tak bahaya untuk bermandi-manda. Lagi-lagi untuk sesiapa yang bawa anak kecil.

Bila dah pastikan semuanya selamat, bolehlah cuba masukkan kaki dulu dalam air. Lepas tu bolehlah mandi, rendam satu badan dalam pantai. Mesti best, tambahan pula air laut bersih dan jernih.

Berkelah

Pergi pantai memang jadi tradisilah untuk berkelah dengan keluarga atau dengan kawan-kawan. Kalau yang dah siap-siap bawa bekal makanan dari rumah, tinggal nak bentang tikar je dekat atas pasir pantai. Yang tak ada makanan, jalan sikit untuk beli makanan celup tepung paling dekat.

Siapa prefer berkelah atas pasir boleh, siapa yang nak guna gazebo yang ada pun boleh. Dekat mana-mana pun nak berkelah tu, pastikan kawasan digunakan tak dikotorkan ya. Banyak tong sampah yang ada untuk buang bekas makanan.

Berjoging

Kalau yang memang minat joging, sungguh beruntung ya sebab sini trek joging dia luas. Sambil buat amalan sihat, boleh toleh tepi untuk nampak pemandangan cantik pantai. Dekat rumah sendiri susah nak dapat pemandangan macam dekat Pantai Rhu Sepuloh.

Buat sesiapa yang taknak joging, boleh juga jalan bersiar-siar atas trek yang sama. Bolehlah sambil berjalan tu bersembang dengan ahli keluarga. Jadinya bolehlah mengeratkan hubungan silaturahim.

Main buaian

Dekat Pantai Rhu Sepuloh ada buaian-buaian yang seronok untuk guna main. Untuk anak kecil, bolehlah buat macam ada dekat taman permainan. Untuk orang dewasa atau mak ayah pula, boleh duduk atas buaian dan ambil gambar untuk post di media sosial.

Bila dah sampai dekat pantai ni mesti senang aje nak nampak dekat mana diletakkan buaian ni. Cepat-cepat ambil gambar dengan keluarga bila tak ada orang sebab port ni memang selalu jadi rebutan mereka-mereka yang nak post OOTD. Confirm cantik kejadian gambar tu nanti.

Tengok matahari terbenam

Fenomena matahari terbenam dekat Pantai Rhu Sepuloh sudah semestinya jadi antara yang paling cantik untuk anda saksikan dekat Malaysia. Bila dah selesai berkelah ke pergi makan-makan ke, bolehlah duduk atas pasir pantai menjelang senja. Nanti bila dah senja, lagi elok kalau simpan semua gajet dan tengok matahari terbenam dengan mata sendiri.

Sunset dekat sini bukan biasa-biasa ya, jelas nampak matahari yang jingga dengan keliling dia yang merah jambu. Mereka yang tinggal dekat bandar mesti susah nak dapat pengalaman macam ni. Jadi, datanglah Pantai Rhu Sepuloh tengok sendiri.


Penginapan Berdekatan Pantai Rhu Sepuloh

Bbr Bari Beach Resort

Jauh resort ni dari Pantai Rhu Sepuloh hanya 2 minit sahaja. Anda pilihlah nak bilik yang mana, deluxe double ke, deluxe triple ke, atau yang paling sesuai dengan saiz keluarga, family suite. Dekat setiap bilik akan ada satu bilik air dengan kelengkapan mandi yang dia bagi percuma.

Kalau dekat pantai ada gazebo, dekat resort ni pun ada gazebo sendiri. Bolehlah anda buat lepak-lepak bila waktu malam, makan dengan keluarga dengan konsep ‘outdoor dining’. Jarak satu rumah dengan rumah lain memang jauh, dan semua penginap dapat tempat parking sendiri.

Semak harga

Bayu Beach Penarek

Penginapan ni paling ideal untuk keluarga yang tercari-cari resort yang ada kolam renang. Anak-anak mesti suka tinggal dekat sini sebab sudahlah ada kolam renang, ada taman permainan pula tu. Siapa nak sewa kereta dekat resort pun boleh.

Nak ke Pantai Rhu Sepuloh dari Bayu Beach Penarek, akan ambil masa 5 minit sahaja. Wi-fi disediakan percuma, jadi bolehlah jimat data dan gunakan aje Wi-fi sini untuk menggunakan media sosial atau cari info. Dua pilihan bilik dekat sini ialah bilik untuk seorang dan bilik untuk 4 orang dengan 1 bilik air.

Semak harga

Terrapuri Heritage Village

Untuk ke Pantai Rhu Sepuloh dari Terrapuri Heritage Village, perjalanan tak sampai 10 minit. Apa yang istimewanya dekat resort ni, dalam satu bilik air dia untuk setiap vila, ada tab mandi diperbuat daripada kayu. Anda boleh pilih nak tinggal dalam vila deluxe, executive atau grand deluxe.

Bila menginap sekejap dekat sini, hari-hari anda akan dapat pemandangan laut, taman dan kolam renang yang ada. Kalau rasa bosan tak buat apa-apa dalam vila, pergilah ke perpustakaan yang ada untuk tambah ilmu atau pergi makan dekat restoran dia. Malam-malam, buatlah barbeku dengan keluarga.

Semak harga


Tempat Makan Sedap Pantai Rhu Sepuloh

Siapa yang mencari makanan dekat sekitar Pantai Rhu Sepuloh mesti kebanyakannya akan nampak banyak masakan celup tepung dekat sini. Dalam loyang-loyang yang ada, anda pilih aje nak makanan laut mana satu yang dicelup tepung. Nak makan udang, sotong, ikan, pilih mana-mana ikut selera. Nak beli setiap satu makanan laut celup tepung lagi syok. Kalau nak makan masakan jenis lain, boleh cuba Nasi Dagang ori ganu. Nak makan masakan dimasak on-the-spot pun boleh sangat.

Bila dah sampai masa makan tengah hari dekat pantai, jalan sekejap je dah jumpa tempat makan terdekat. Tak susah nak makan bila datang ke Pantai Rhu Sepuloh ni. Semuanya ada.


Tempat menarik sekitar Pantai Rhu Sepuloh

Rumah Botol Ayahku

Siapa sangka dengan botol-botol terbuang boleh buat jadi barang perhiasan berkelas? Usaha pemilik Rumah Botol Ayahku kumpul botol-botol yang dibuang dekat pantai, dijadikannya barangan hiasan dengan tulisan khat cantik. Sambil tengok hasil seni tu, boleh juga tambah pengajaran tentang Islam.

Kalau bawa anak-anak kecil datang sini, boleh ajar mereka untuk jaga persekitaran elok-elok dan tak buang sampah merata. Ajar mereka botol ni pun boleh buat perhiasan dekat rumah. Rumah ni memang penuh dengan botol, tapi langsung tak nampak macam tempat kumpul sampah sebab sangat cantik dihias.

Setiu Wetlands

Setiu Wetlands dibangunkan untuk buat pengunjung sedar kepentingan jaga ekosistem keliling negara ni. Bila anda jalan dekat Boardwalk, papan-papan tanda keliling alam semulajadi akan bagi anda info tentang tumbuhan yang ada. Dah sampai kawasan Rumah Tok pula, bolehlah menghargai tinggalan nenek moyang dengan cuba buat kraftangan sendiri, contohnya tikar.

Lagi best dekat sini, anda boleh masuk dalam air untuk cari kepah. Kepah yang diambil boleh buat makan, jadi cubalah cari banyak-banyak.

Merang Mini Waterpark

Mak ayah boleh bawa anak-anak pergi mandi dekat sini sebab harga nak masuk memang berbaloi. Taman tema air ni buka hanya pada hujung minggu dari pukul 9 pagi sampai 8 malam. Harga tiket masuk untuk seorang ialah hanya RM5.

Walaupun namanya mini, tapi kelengkapan taman tema air yang ada memang dah macam ada dekat satu bahagian Lost World of Tambun. Tepinya ada kawasan duduk-duduk untuk mak ayah perhatikan anak-anak mandi. Dah siap berseronok, bolehlah beli ABC, ais krim dengan cucuk-cucuk yang pemilik jual.


Maklumat tambahan

Tempat letak kereta

Memang lega untuk siapa yang bawa kereta ke Pantai Rhu Sepuloh sebab parking dia sangat banyak dan sangat luas. Pilih aje nak parking bawah pokok ke, betul-betul depan pantai ke, semua boleh. Walaupun mungkin ramai datang sini waktu cuti, parking tak mustahil masih banyak kosong.

Lagi satu, tempat letak kereta dekat sini memang tak akan kacau jalan sebab lot-lot parking disediakan dekat tempat khas. Jadi, jangan risau nak letak kereta dekat mana, bawak aje kereta ke pantai.

Waktu terbaik untuk pergi

Waktu terbaik semestinya musim cuti sekolah sebab walaupun pantai ni cantik, dia sangat luas untuk himpunkan orang-orang ramai tanpa jadi sesak. Kalau yang suka bila tak ramai pun datanglah dalam hari biasa, bukan cuti sekolah. Cuti umum pun kemungkinan besar tak ramai datang ke pantai.

Siapa yang nak tengok matahari terbenam tu datanglah lambat sikit ke pantai, lepas pukul 4 macam tu okay. Yang nak pergi berjoging ke beriadah ke, datang awal lepas subuh paling best sebab tak panas dan angin nyaman.

Kemudahan yang ada

Tak perlu risau kalau taknak duduk atas pasir pantai, dekat sini memang tersedia banyak gazebo untuk berteduh. Buat mereka yang nak rasa matahari dan angin pantai, boleh juga duduk dekat kerusi-kerusi batu yang diletakkan sekitar pantai. Trek berjoging selamat disediakan untuk mereka yang suka bersenam.

Tempat-tempat makan juga memang banyak yang berhampiran dengan pantai. Untuk pengunjung Muslim yang nak menunaikan kewajipan, banyak surau-surau atau masjid yang ada keliling pantai, cuma tinggal nak jalan kaki saja.

Peta lokasi

Pengunjung jauh dari Kuala Lumpur boleh sampai ke Pantai Rhu Sepuloh dalam 5 jam. Memang perjalanan jauh dan lama, tapi pasti pengalaman dekat sini buat anda lupa letih dari memandu.

Lagi senang kalau anda naik kapal terbang dari KLIA ke Pulau Redang dan terus ke pantai dalam 1 jam. Dari lebuh raya Paloh pula, perjalanan ambil masa 50 minit.

Lokasi | Jarak


Semestinya, Pantai Rhu Sepuloh boleh menjadi destinasi mereka yang datang ke negeri Terengganu. Kalau anda dah bercadang ke sini, boleh saja check-in ke tempat-tempat penginapan yang terdekat. Nak makan pun sangat mudah sebab semua jenis menu dah tersedia untuk anda, lagi-lagi masakan celup tepung.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ekin
Ekin
5 years ago

Jalan pantai Tu kena lalu ikut mn ye

Cari Destinasi
Admin
5 years ago
Reply to  Ekin

penarik

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x