Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Pasar Besar Kedai Payang

Kalau datang ke Kuala Terengganu tak sah kalau tak ke Pasar Besar Kedai Payang. Kat sini macam-macam korang boleh shopping baik kain pasang, sutera terengganu, batik terengganu, songket, barangan kraftangan dan macam-macam lagi !!

Pasar ni ibarat Pasar Besar Siti Khadijah kalau di Kelantan. Kalau datang dengan kakak atau mak cik, bersiap sedialah nak menunggu mereka di sini. Mahu 3 jam beb ! Kedai Payang ni memang besar, kalau datang sini kena spend masa sekurang-kurangnya 2 jam baru cukup. Kalau kat bahagian depan kedai payang ground floor korang boleh lah nak beli toto ke, bantal kekabu ke dan barangan memasak seperti kuali.

beli belah kedai payang kt

Kalau kat Kuala Terengganu ni, kebanyakan peniaga-peniaga kedai makan akan ke sini untuk membeli perkakas memasak seperti dalam gambar. Banyak pilihan dan harga pun murah2..Tapi korang kenalah pandai2 tawar menawar.

shopping pasar kedai payang kt

Kat ground floor ni juga korang boleh beli belah makanan-makanan tradisi orang Terengganu seperti dodol, lepat, keropok dan macam-macam lagi.

batik pasar payang terengganu

Di tingkat satu pulak terletak tempat2 utk shopping baju2, batik, sutera, songket dan barangan kraftangan. Memang cantik2 dan bagi orang perempuan ibarat syurga membeli belah gitu.

tempat shopping murah terengganu

Songket memang sudah sinonim dengan Kedai Payang ni. Kebanyakan orang kat sini kalau nak bersanding ke nak beraya ke memang datang sini untuk shopping. Kalau time raya tak yah cakaplah, memang sendat kat Kedai Payang ni.

beli kraftangan menarik terengganu

Di tingkat satu ni juga ada gerai2 menjual barangan kraftangan seperti wau, bakul, tikar mengkuang dan lain2. Banyak sangat lah…Kalau nak cari barangan sabagi cenderahati ni memang destinasi yang paling terbaik di Terengganu.

sutera terengganu pasar payang

Sepanjang kat Kedai Payang ni, kedai2 menjual batik dan sutera memang banyak dan cantik2. Dari harga yang murah2 sehingga lah harga yang mahal2. Atas poket koranglah nak yang jenis mana. Pokoknya korang kena survey2 dulu baru membeli.

cafe pasar payang sedap

Kalau lapar dan penat berjalan, korang boleh makan2 kat sini. Memang ada jer gerai2 dan tempat makan yang menyediakan makanan2 yang sedap2. Mee celup ni memang sedap, bukan kat Kelantan je ada, kat Terengganu pun ada.

ict terengganu kt

Pasar Kedai Payang ni sebenarnya sebelah je dengan Sungai Terengganu dan Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai I City Kuala Terengganu. Kalau datang time monsun boleh korang tengok monsun cup dari sini.

baju lelaki shopping terengganu

Bagi orang lelaki, memang pilihan kat sini taklah sebanyak pakaian orang perempuan. Memang kat mana2 pun macam tu kan. Tapi masih boleh dikatakan banyak jugaklah baju2, tshirt dan batik untuk diborong. Apa2 pun Pasar Besar Kedai Payang memang best kalau nak membeli belah dan cuci mata. Koordinat Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.  lat/lng: 5.335255,103.135602. Jangan membazir pula bila ke sini, beli apa yang perlu sahaja. 

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pulau Warisan (I-City Terengganu)

Mercu Tanda Baru Terengganu iaitu Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai i-City Kuala Terengganu.  Persoalannya, adakah ianya sehebat i City di Shah Alam? Nak tahu...

10 Homestay di Kuala Terengganu – Menarik dan Mesra Bajet

Kuala Terengganu merupakan sebuah bandaraya dan ibu negeri pentadbiran negeri Terengganu Darul Iman. Terletak kira-kira 500 kilometer di timur laut Kuala Lumpur dan mengadap...

36+ Tempat Makan Best di Kuala Terengganu PALING POPULAR

Negeri Terengganu Darul Iman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi percutian menarik khususnya di kawasan pulau & pantai. Alang-alang kalau sudah melancong ke tempat menarik...

TOP 30+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu – Panduan Bercuti di Bandar KT

Kuala Terengganu merupakan satu daerah yang agak besar dan di dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Terengganu iaitu Bandar Kuala Terengganu atau lebih sinonim...

Chef Lek Kolam Seafood

Kedai makan Chef Lek Kolam Seafood ni terletak di dalam daerah Kuala Terengganu dan kalau korang selalu lepak kat Dataran Shahbandar, haa memang dekat...

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

6 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

6 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sally
sally
7 years ago

orang trengganu ni klau dia tau orang luar diorg akan charge giler2. Bagus lagi org Kelantan klau gi shopping harga pun murah. Makan kat Pantai Burok trengganu pun diorg boleh potong leher klau tau org luar. so org trengganu jgn nak potong leher sgt la klau org luar dtg negeri kau. Org trengganu sendiri pun x pakai batik. org luar sibuk nak beli batik pastu kena potong leher la jawabnya.

Asbo
Asbo
7 years ago
Reply to  sally

Betul kerr camtu? Aiseh, baru nak bercuti kat kyala terengganu ni

najib nazak
najib nazak
7 years ago
Reply to  sally

hahahha itu normal, mmg x patot

Sugana
Sugana
2 years ago
Reply to  sally

Sedihkan. Tak pandai ckp terengganu atau kelantan sure kena katok. So kami hnya tgk shj malas nak beli. Baik beli baju Kat aeon.

Lena
Lena
8 years ago

Boleh ke orang berkerusi roda pergi ke tingkat atas. Adakah kemudahan untuk oku?

mohamad taemizi bin hassan
mohamad taemizi bin hassan
8 years ago

Macam best k0je kat terengganu ap yg tempat yg best untuk temnang kan pikiran

Hubungi Kami

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x