Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Senarai Pantai di Terengganu – Yang BEST dan TIDAK !

Terengganu memang tidak dapat dipisahkan dengan pantai. Dan memang banyak pantai-pantai di Terengganu yang menarik dan ada juga yang biasa-biasa je. Terpulang kepada anda apa yang nak anda lakukan.

Sebagai orang Terengganu, saya dah pergi ke semua pantai dari Kemaman sehinggalah ke Besut. Dan ini merupakan pendapat saya mengenai tarikan di Pantai-Pantai ini.

>> Jom Lihat: Tempat Terbaik untuk Menginap di KT<<

1. Pantai Batu Buruk

senarai pantai di terengganu best

Pantai ini paling dekat dengan bandar Kuala Terengganu. Menjadi tumpuan warga tempatan apabila hujung minggu dan juga di petang hari.

Dari sini tak jauh dari beberapa tempat menarik lain di Kuala Terengganu. Pantai ini hanya sekadar untuk lepak dan tak sesuai untuk mandi manda kerana struktur permukaan pantai yang dalam mengejut dan ombak yang kuat.

Gerai-gerai menjual makanan di sini pun agak banyak kalau nak melepak makan petang samada keropok lekor, ikan celup tepung, masakan panas dan sebagainya. Namun kalau nak makan ikan celup tepung (ICT) yang lebih best, sebaiknya pergi ke Pantai Teluk Ketapang yang terletak kira-kira 12km daripada bandar Kuala Terengganu.

Kalau makan malam, di sini juga ada beberapa restoran tepi pantai yang menyediakan makanan seafood yang sedap.

Pantai Batu Buruk juga merupakan tempat yang menarik di Kuala Terengganu untuk berbuka puasa. Kalau time ramadhan memang ramai yang menghamparkan tikar dan berbuka di tepi pantai. Masjid pun dekat dan Bazar Ramadhan Shahbandar pun hanya beberapa km dari sini.

Kalau di pantai barat Semenanjung Malaysia orang ke pantai untuk melihat sunset, tapi di sini anda boleh melihat sunrise.

2. Pantai Teluk Ketapang

pantai teluk ketapang kt

Kecantikan pasir pantai di Teluk Ketapang memang tidak secantik di pantai di Pulau Pulau. Namun pasir pantai dari jalan utama memang agak panjang dan luas. Kalau nak beriadah dengan keluarga untuk bermain layang-layang memang sangat sesuai.

Yang membuatkan saya suka ke sini kerana di sinilah terletaknya gerai-gerai ikan celup tepung yang popular iaitu ICT Pok Long dan juga Firdausy Seafood Corner.

Satu lagi tempat makan ikan celup tepung yang sangat popular ialah Pok Nong Celup Tepung yang terletak di Mengabang Telipot kira-kira 7km daripada Pantai Teluk Ketapang.

Pantai Teluk Ketapang juga bersebelahan sahaja dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Telaga Batin.

Kalau menuju ke Pantai Teluk Ketapang anda boleh melalui Seberang Takir dan singgah di Kedai Keropok Lekor BTB.

3. Pantai Pandak/ Pantai Chendering

pantai pandak cendering terengganu

Pantai Pandak ini terletak di dalam daerah Marang namun jarak nak ke sini dari Bandar Kuala Terengganu hanya sekitar 7km. Penduduk setempat lebih mengenali Pantai Pandak ini sebagai Pantai Chendering kerana terletak di kawasan Chendering.

Di sinilah satu-satunya tempat yang selamat kalau nak mandi-manda air laut kerana struktur permukaan pantai yang berteluk.

4. Pantai Bukit Keluang

pantai bukit keluang besut terengganu

Pantai Bukit Keluang di Besut ini tidaklah sebesar dan selapang di Pantai Batu Buruk dan Pantai Teluk Ketapang. Namun ada keunikan yang membuatkan saya agak teruja bila ke sini.

Di sini juga seperti di Pantai Pandak di Marang, mempunya pantai yang berteluk dan landai yang sesuai untuk mandi manda. Dan yang lebih menarik, tepi pantai di sini ada gua !

5. Pantai Rhu Spuloh/ Pantai Penarik

pantai rhu spuloh penarik terengganu

Kalau menuju ke Kelantan melalui Jalan Pantai, anda pasti akan jumpa Pantai Rhu Spuloh atau lebih sinonim dengan Pantai Penarik. Kat sini juga mempunya beberapa gerai ikan celup tepung yang menarik. Sesuai untuk dijadikan R&R dalam perjalanan ke Kelantan. Masjid pun 2 km sahaja dari sini.

Dan kalau nak ikut kecantikan, memang tidak dinafikan Pantai Rhu Spuloh mempunyai pantai yang lebih putih dan halus. Air laut dia pun lagi membiru kalau nak dibandingkan pantai-pantai lain di Terengganu.

Dari sini juga anda boleh melihat Pulau Redang, Pulau Bidung dan Pulau Lang Tengah.

6. Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong

pantai dungun terengganu menarik

Pantai Teluk Lipat ini terletak di daerah Dungun dan hanya beberapa km dari bandar utama Dungun. Pantai ini memang panjang dan bersamung dengan Pantai Teluk Gadong. Setiap petang memang meriah dengan pelajar-pelajar, yelah UiTM Dungun pun betul-betul di tepi pantai ini.

Di sini memang banak gerai yang menjual masakan panas dan makanan laut celup tepung. Dulu saya selalu jogging setiap pagi di sini sebelum pekena Nasi Dagang dan Telur Separuh Masak di warung yang berdekatan di sini.

7. Pantai Teluk Bidara

pantai teluk bidara terengganu

Pantai ini memang agak panjang dan menjadi tempat bersiar-siar orang Dungun setiap petang dan hujung minggu. Berdekatan juga dengan Tanjung Jara.

Kalau anda menuju ke sini dari Bandar Dungun dan melalui Jambatan Baru Dungun, semestinya anda singgah kejap atas jambatan dan ambil gambar muara sungai terutamanya di waktu pagi ketika matahari naik. Memang cantik !

Pantai ini memang agak pedalaman sikit dari jalan utama dan memang tak dinafikan air laut di sini memang sangat biru dan pantai dia pun bersih.

8. Pantai Teluk Mak Nik ( Monica Bay)

pantai teluk mak nik kemaman

Di sini memang satu tempat bersiar dan melepak yang sangat popular di Kemaman. Di hujung jalan, terdapat track motor cross. Kawasan Pantai Teluk Mak Nik ni sangat redup dengan pokok-pokok rhu. Kalau datang tengahari pun tak terasa sangat bahang cahaya matahari.

Memang sangat best lepak di sini sambil makan sata. Pantai Teluk Mak Nik ni hanya 2-3 km sahaja daripada gerai-gerai sata, otak-otak, pais dan pulut panggang yang sangat popular dan salah satunya ialar Warung Aziz Satar.

9. Pantai Kelulut

pantai peranginan kelulut marang

Pantai Kelulut ni pula terletak di Marang dan di sini terdapat satu deretan gerai makan seafood atau medan ikan bakar yang sangat popular. Kalau setiap musim cuti, mesti ramai pemandu-pemandu yang singgah di medan ikan bakar di sini.

View dari sini pun cantik dan anda boleh melihat Pulau Kapas yang hanya terletak 13km di seberang laut sana. Kalau musim bercandat, anda boleh lihat banyak lampu-lampu di sekitar Pulau Kapas ini.

10. Pantai Air Tawar

pantai yang menarik di terengganu 2017

Satu lagi pantai yang terletak di Daerah Besut. Terletak tak jauh pun dari Pantai Bukit Keluang. Di sini suasana agak tenang kerana Pantai Air Tawar ini bukanlah terletak di tepi bandar-bandar seperti di Pantai Batu Buruk dan Pantai Teluk Ketapang.

Jadi kalau dari segi kebersihan dia, pantai dia memang sangat bersih dan air laut pun sangat-sangat cantik. Namun kat sini tak mempunyai gerai-gerai dan kedai makan yang banyak seperti di Pantai Kelulut atau di Pantai Teluk Maknik

Pantai-pantai di Terengganu lain untuk rekreasi tepi laut

Senarai pantai Terengganu di atas pada hemat saya yang paling meriah dan mempunyai keunikan yang menarik. Kalau anda pecinta pantai dan laut, semestinya kena singgah dan nilai sendiri.

>> Jom Lihat: Tempat Terbaik untuk Menginap di KT<<

Berikut merupakan pantai dan kawasan rekreasi di tepi pantai yang tidak berapa popular namun pasti anda berminat nak ketahui apa yang ada di sana. Ada juga yang agak menarik dan ada juga yang biasa-biasa sahaja. Klik pautan-pautan di bawah untuk mengetahui laporan dan koordinat pantai-pantai ini.

  1. Taman Rekreasi Chendering
  2. Taman Awam Lagun Kuala Ibai
  3. Pantai Rekreasi Teluk Kalong
  4. Pantai Rekreasi Kuala Kertih
  5. Pantai Paka
  6. Pantai Kemasik
  7. Kawasan Rekreasi Telaga Simpul

Tulah dia 17 senarai pantai-pantai di Terengganu yang telah saya kongsikan. Kalau anda pernah ke pantai-pantai ini jangan lupa untuk kongsikan pengalaman dan pendapat anda. Selamat cuti-cuti Satu Malaysia ke negeri Terengganu.

4.4/5 - (25 votes)

Anda Mungkin Berminat

10+ Chalet Best Sekitar Pantai di Terengganu – Pastinya memberikan kenangan abadi!

Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman merupakan antara negeri di dalam Malaysia yang mempunyai banyak tarikan dan keistimewaan yang tersendiri....

7 Pulau di Terengganu Yang MENARIK Untuk Bercuti

Selain pulau di Sabah & pulau di Pahang, Terengganu juga mempunyai destinasi percutian di pulau-pulau yang sangat best & bertaraf dunia. Secara keseluruhannya, terdapat...

Nasi Dagang Terengganu Yang Sebenar

Pagi ini CD sempat bersarapan dengan menu nasi dagang Terengganu yang sebenar di salah sebuah kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Terengganu iaitu...

41+ Tempat Menarik di Terengganu YANG FEMES & BEST Untuk Dilawati

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan...

10 Air Terjun Best di Terengganu – “Konfem” Rugi Kalau Tak Datang!

Terengganu sememangnya dikenali ramai kerana kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai dengan pasir memutih serta pulau-pulau yang tersergam indah. Namun, negeri ini juga...

10 Tempat “Hiking” Di Terengganu Dengan Pemandangan Yang Memukau!

Aktiviti hiking atau mendaki ini telah menjadi satu aktiviti yang ramai digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi mereka yang betul-betul minat dalam aktiviti lasak...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Eugene dari BuBu Resort

Pantai Long Beach di Perhentian Kecil, ada banyak orang Eropa yang suka datang Tempat memang sesuai untuk orang yang suka berenang, diving, snorkel ataupun jalan-jaln di pantai yang putih dan ombak yang biru jernih. Ia memang bagaikan syurga. Pada waktu malam, ada orang tempatan yang menari tarian api. Kalau nak datang, datang melalui Jetty Kuala Besut dan akan ambik lebih kurang 30mins.

Haeriah Syamsuddin
7 years ago

Terengganu is the best. I love this country.

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x