Negeri Kedah Darul Aman sangat terkenal dengan destinasi pelancongan dan salah satu tempat menarik di Kedah yang paling popular ialah Pulau Langkawi yang juga boleh dilabelkan sebagai pulau peranginan yang paling popular di Malaysia. Selain di Langkawi, tempat menarik di Kedah turut kaya dengan tarikan percutian pelbagai kategori samaada air terjun, hutan simpan, kolam air panas, mercu tanda dan sebagainya.


Berikut merupakan antara-antara destinasi-destinasi percutian yang ada di negeri Kedah mengikut kategori masing-masing.



Tempat bersejarah dan Muzium di Kedah

senarai-tempat-menarik-di-kedahMuzium Padi Kedah – Satu tempat menarik di Kedah yang agak baru yang dibina pada tahun 2014. Muzium yang terletak hanya 10 km dari Alor Setar ini menempatkan pelbagai bahan berinformasi berkenaan dengan sejarah industri padi di Kedah samaada teknologi tradisional atau yang baru. Di atas muzium ini terletak satu deck yang berputar 30 darjah yang membuatkan mural dinding disekelilingnya seolah-olah hidup dan bergerak.


Muzium Negeri Kedah – Muzium utama negeri Kedah yang bermula sejak tahun 1957 dan dulunya dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. Muzium ini bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar dan menempatkan 10 galeri pameran tetap seperti Dewan kebudayaan, Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf dan Sudut Bahasa dan Sasstera.


Muzium Diraja Kedah – Muzium Diraja merupakan sebuah istana lama yang siap dibina pada 1735 dan dulunya pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Negeri Kedah. Antara nama lain yang turut merujuk kepada Muzum Diraja Kedah adalah Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin.


Balai Seni Negeri – Dibina pada tahun 1912 sebagai Mahkamah Besar dan kini ianya menjadi sebuah bangunan yang menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya daripada anak tempatan Kedah yang telah berjaya. Antara hasil karya seni yang ada di sini ialah seni lukis, seni ukiran kayu dan juga seni khat.


Memorial Tunku Abdul Rahman – Sebuah memorial untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah ketokohan YTM Tunku Abdul Rahman. Bangunan ini dahulunya merupakan rumah pengurus Bank Standard Charted sebelum diambilalih oleh kerajaan negeri untuk dijadikan sebagai sebuah memorial.


Galeri Sultan Abdul Halim – Sebuah galeri yang menempatkan pelbagai informasi berkenaan dengan keperibadian Sultan Abdul Halim Mu’azam Shah yang terletak di Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.


Candi Lembah Bujang – Hanya terletak 8 km dari Tanjung Dawai, candi ini merupakan binaan manusia yang tertua yang ada di Asia Tenggara dan wujud sejak awal tahun Masihi lagi.


Makan Mahsuri – Makam lagenda yang sangat sinonim dengan sumpahan Pulau Langkawi satu ketika dahulu yang menyebabkan pulau ini tidak membangun selama 7 keturunan.


Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir – Sebuah rumah lama yang menempatkan pelbagai maklumat dan informasi bersejarah berkenaan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamad. Di sini pelancong boleh menyelami sejarah awal dan kareer politik Tun Mahathir sejak muda sampailah ke sekarang.


Pantai dan Pulau Menarik di Kedah

tempat-menarik-pulau-langkawi

Pulau Langkawi – Pulau lagenda yang boleh dikatakan pulau pelancongan yang paling popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga atau ketika berbulan madu. Langkawi mempunyai pelbagai jenis tarikan samaada pantai, muzium, aquarium, gua, bukit dan sebagainya.


Pantai Cenang – Sebuah pantai di Pulau Langkawi yang paling popular di kalangan pelancong dan mempunyai banyak tarikan aktiviti pelancongan sukan air dan juga pilihan penginapan seperti resort, chalet atau homestay yang banyak.


Pantai Tengkorak – Pantai di Pulau Langkawi yang agak kurang popular kalau nak dibandingkan dengan Pantai Cenang. Namun ianya tetap satu destinasi tepi pantai yang cantik dan lebih menjanjikan ketenangan.


Pantai Murni – Tempat menarik tepi pantai yang sesuai untuk berekreasi bersama keluarga. Terletak tidak jauh dari pekan Yan dan pengunjung boleh menikmati keindahan panorama pulau-pulau di seberang laut seperti Pulau Bidan, Pulau Telor Bunting dan Songsang terutamanya ketika waktu matahari terbenam. Kemudahan jalan kaki berbata dan gerai makan turut tersedia.


Pulau Sayak – Kawasan rekreasi tepi pantai di Kuala Muda yang sangat popular dengan mee udangnya. Di sini pengunjung boleh bermain air pantai sambil menikmati keindahan matahari terbenam.


Pantai Medeka – Sebuah pantai peranginan yang popular di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan orang Penang atau Perak yang inginkan percutian tepi pantai yang tenang. Terdapat beberapa buah chalet dan resort di sini untuk penginapan.


Tanjung Dawai – Kawasan perkampungan nelayan tepi pantai yang terkenal dengan hasil laut dan juga restoran-restoran yang menyediakan makanan seafood yang segar.


Taman Tema dan Hiburan di Kedah

tempat percutian menarik di kedahThe Carnival Water & Land Theme Park – Sebuah taman tema air di Kedah yang terletak di dalam Cinta Sayang & Contry Golf Resort di Sungai Petani. Mempunyai tarikan permainan air seperti tidal wave, waterslide, discovery island dan sebagainya yang sesuai untuk golongan kanak-kanak ataupun golongan belia.


Kolam Air Panas Ulu Lenggong – Sebuah kolam air panas semulajadi bersulfur yang terletak sekitar 20 km dari Pekan Baling, Kedah. Hotspring ini dibuka 24 jam sehari dan menyediakan kemudahan yang lengkap seperti kolam buatan, gazebo, restoran, kedai serbaneka , chalet penginapan dan tapak perkhemahan.


6D Cinemotion – Merupakan tarikan cinema di Pulau Langkawi yang menayangkan movie 3D dan juga tempat duduk bergerak yang khas untuk menjadikan tayangan penonton menjadi real. Penonton akan merasai sendiri apa yang karakter-karakter di dalam tontonan alami dan dalam situasi tertentu.


SkyDome – Tayangan di dalam sebuah kubah seperti kebiasaan dilihat di Platerium yang terletak di Pulau Langkawi. Di sini pelancong boleh menyaksikan tayangan bergambar 3D selama 10 minit yang dikuasakan oleh 12 projektor dengan pemandangan 360 darjah.


F1 Simulator – Bagi mereka yang ingin merasai membawa kereta lumba F1 di litar Sepang atau Litar di Monaco, bolehlah mencubanya di Langkawi yang juga merupakan salah satu tarikan di sekitar Bukit Machinchang.


3D Art Museum Langkawi – Merupakan galeri mural 3D yang terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih 100 lukisan mural 3D yang terletak di Pulau Langkwi di bawah kendalian SkyCab.


SkyAdventure Park – Tarikan di Pulau Langkawi bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti ATV Fun Ride, menunggang scrambler, Revo Adventure, Cosmo Ecoride dan beberapa lagi tarikan menggunakan kenderaan/motosikal.


Water Orb & RC Boat – Satu tarikan di sebuah tasik di Langkawi yang mana pengunjung boleh melakukan aktiviti air dengan aktiviti Water Orb ( bebola lutsinar gergasi yang boleh memuatkan orang) ataupun menghabiskan masa dengan anak-anak untuk bermain Remote Control Speed Boat.


Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara – Terokai ilmu sains yang menyeronokkan bersama dengan bahan pameran interaktif di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara yang dibuka setiap hari dari jam 9 pagi-5 petang. Satu tempat menarik di Kedah yang sesuai untuk datang dengan anak-anak atau untuk rombongan cuti sekolah.


Underwater World Langkawi – Sebuah tarikan aquaria di area Pantai Cenang, Langkawi yang menempatkan lebih 4000 ekor hidupan marin dari 500 spesis dan ditempatkan di dalam 100 tangki aquarium. Antara yang menjadi tarikan di sini ialah melihat ikan-ikan laut dalam seperti jerung dan ikan pari.


SkyCab/ Kereta Kabel Langkawi – Satu tarikan yang mesti dicuba kalau di Pulau Langkawi. Kereta kabel ini merupakan antara yang curam perjalanannya di dunia yang akan membawa pengunjung ke puncak Bukit Machinchang yang terletak lebih 700 m di atas paras laut. Terdapat 3 jenis gondola yang boleh dipilih dan yang paling mencabar ialah gondola yang lantainya berkaca lutsinar.


SkyBridge – Salah satu tempat menarik di Langkawi yang terletak di atas puncak Bukit Machinchang pada ketinggian 700 m di atas aras laut. Jambatan berlengkung ini boleh dikunjungi dengan menaiki SkyCab dan menjanjikan panorama indah Pulau Langkawi yang sangat menarik dan cantik.


SkyTrail Langkawi – Merupakan denai pendakian di antara Stesyen Pertengahan dan Stesyen tertinggi SkyCab di mana pengunjung boleh jungle trekking ke puncak untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna di Hutan Simpan Bukit Machinchang.


Tree Top Walk Sungai Sedim – Merupakan canopy walk yang terpanjang di dunia sepanjang 950 meter dan ketinggian yang paling tinggi ialah 26 meter. Sesuai untuk mereka yang sukakan kembara melihat hutan dan sungai di kawasan hutan dari kawasan yang tinggi.


Ladang Anggur Tasik Beris – Satu tarikanagro-pelancongan yang ada di dalam Daerah Sik, Kedah dan merupakan sebuah ladang anggur yang berkeluasan 34 ekar. Pengunjung boleh melihat sendiri tamanan pokok anggur dari jenis Black Opal, Black Grape, Loose Pelite dan White Malaga. Boleh juga membeli anggur dan produk anggur sebagai cenderahati.


Kedah River Cruise – Satu tarikan aktiviti terbaru di Kedah yang dimulakan pada awal 2015. Pengunjung boleh menyusuri Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit dengan bot dan melalui beberapa tempat menarik di Alor Setar.


Masjid Zahir – Sebuah masjid di Alor Setar yang dibina pada tahun 1912 dan merupakan salah satu masjid yang paling lama di dalam daerah Alor Setar. Seni binaannya yang sangat cantik sering menjadi subjek para kaki DSLR atau tempat mempelai baru ber’photoshoot’.


Menara Alor Setar – Merupakan sebuah mercu tanda negeri Kedah yang popular seperti Menara KL di Kuala Lumpur. Satu tempat menarik di Alor Setar yang mesti dikunjungi untuk melihat panorama bandar Alor Setar dari lokasi yang tinggi. Di sini juga menempatk sebuah restoran berpusing (Restoran Berputar Seri Angkasa) dan juga observation deck untuk pengunjung.


Tempat Shopping Menarik di Kedah

tempat-menarik-shopping-kedah

Pekan Rabu Complex – Dikenali di kalangan warga setempat sebagai Supermarket Melayu dan Pekan Rabu merupakan sebuah pasar yang menempatkan puluhan gerai yang menjual pelbagai barangan samaada makanan kering, pakaian, buku-buku agama, kraftangan, hiasan wanita dan sebagainya.


Galeri Produk Langkawi – Merupakan sebuah projek CSR (Corporate Social Responsibility) di bawah kendalian Panorama Sdn Bhd yang mewujudkan sebuah galeri untuk usahawan tempatan memasarkan produk kraftangan seperti ukiran kayu, barangan hiasan kristal, marmar dan sebagainya. Satu tempat membeli belah yang menarik di Pulau Langkawi untuk mencari cenderhati sebagai ole-ole.


Tarikan Alam Semulajadi di Kedah

resort menarik di kedah bercutiGunung Jerai – Sebuah gunung yang sangat ideal untuk mereka yang lebih ingin menikmati keindahan panorama Selat Melaka dari puncak yang tinggi. Selain keindahan flora dan fauna di sinilah satu lokasi terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam di Kedah. Terdapat resort di sini untuk penginapan seperti The Regency Jerai Hill Resort.


Hutan Lipur Sg Sedim – Hutan Lipur yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Inas terkenal sebagai destinasi berkayak arus deras dan mempunyai beberapa jeram yang sesuai aktiviti lasak sebegini. Banyak aktiviti yang boleh di sini seperti berkelah, mandi air terjun, water rafting, flying fox, rock climbing dan sebagainya. Satu tempat menarik di Kedah yang sesuai untuk kem dan teambuilding lasak.


Air Terjun Lata Mengkuang – Terletak di Sik dan di dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang kedudukan 12 km dari Pekan Sik atau 95 km dari Bandaraya Alor Star. Kemudahan asas disediakan untuk pengunjung seperti kawasan mandi, perkelahan, perkhemahan dan jungle trekking. Aktiviti lain yang boleh dilakukakan adalah bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.


Air Terjun Lata Seri Perigi – Terletak dalam 5 km dari Pekan Yan dan 35 km dari bandar Alor Star.Hutan Lipur ini mempunyai air terjun yang paling tinggi di negeri Kedah dengan ketinggian melebihi 100 meter. Air terjun ini juga sesuai untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga dan rakan-rakan.


Air Terjun Lata Bayu – Destinasi air terjun yang terkenal di Baling, Kedah. Terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan, restoran, surau serta bilik persalinan. Sering  menjadi tumpuan pengunjung pada waktu cuti sekolah dan juga hujung minggu.


Air Terjun Titi Hayun – Lokasinya dalam 3 km dari Pekan Yan dan 40 km dari bandar Alor Setar. Kemudahan yang ada di sini ialah chalet, tempat letak kenderaan, gerai makanan, wakaf, dewan terbuka, surau  dan tandas.


Air Terjun Junjung – Air terjun di dalam kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar Kulim dalam 14 km. Produk pelancongan utama di sini adalah air terjun, hutan, kebun getah dan juga dusun buah-buahan.


Rimba Rekreasi Bukit Hampar – Rimba Rekreasi Batu Hampar merupakan destinasi eko-pelancongan yang terletak di Air Putih, Serdang. Tarikan utama di sini ialah air terjun, jungle trekking, flora dan juga fauna.


Tempat Menarik di Kedah untuk Makan Makan

Kedah mempunyai banyak destinasi makanan yang menarik diterjah dan mencuba makanan popular Kedah seperti laksa, mee udang Pulau Sayak, air nira di Yan,  pulut mempelam, pekasam dan lain-lain . Kalau anda ke Alor Setar, Kedah sila baca Restoran Menarik di Alor Setar Jalan Jalan Cari Makan TV3.


Semoga destinasi tempat menarik di Kedah seperti di atas memberi anda sedikit sebanyak idea untuk cuti cuti satu Malaysia di negeri Jelapang Padi kelak. Wassalam.