Seperti yang tersedia maklum, Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dan kedudukannya pula nun jauh di hujung utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Thailand. Namun, walaupun kecil saiznya di atas peta bukan bermakna tiada produk pelancongan menarik di sini. Di bawah kami senaraikan kesemua tempat-tempat menarik di Perlis yang popular yang boleh pelancong lawati apabila bercuti di sini kelak.

Kategori tarikan tempat pelancongan menarik di Perlis Indera Kayangan:

  1. Tarikan Alam Semulajadi di Perlis
  2. Muzium & Mercu Tanda di Perlis
  3. Tempat Membeli Belah Menarik di Perlis
  4. Zoo & Taman Haiwan di Perlis
  5. Tempat Makan Menarik di Perlis

1.Tarikan Alam Semulajadi di Perlis

tarikan pelancongan di perlis 2017

gua-kelam-perlis-menarikGua Kelam – Gua Kelam yang terletak di sebuah pekan kecil di Kaki Bukit, Perlis sesuai untuk dilawati bersama keluarga kerana ianya mudah diakses dan mempunyai prasarana yang lengkap untuk pengunjung. Turut disediakan platform jambatan jalan kaki dari pintu masuk gua sampailah ke dalam gua ini. Sesuai untuk anda datang baik secara berkeluarga atau sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk lebih mendekati keindahan gua batu kapur.


pusat rekreasi bukit ayer perlisHutan Lipur Bukit Ayer – Hanya terletak 12 km dari Bandar Kangar, destinasi ini sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu untuk berekriasi bersama keluarga terutamanya untuk mandi manda di sungai. Akses melalui jalan raya ke sini sangat mudah dan terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti chalet, kawasan letak kereta, surau, tapak perkhemahan, pusat penerangan, tandas, taman permainan kanak-kanak, bangku duduk dan kolam mandi manda. Hutan Lipur Bukti Ayer juga terdapat denai redah hutan yang sering menjadi aktiviti wajib institusi pengajian yang datang berkhemah di sini.


bukit keteri perlisBukit Keteri – Satu destinasi bukit batu kapur yang popular di Perlis untuk aktiviti ‘rock climbing’. Sebaik sampai di puncak pemandangan dari atas yang menampakkan panorama pokok menghijau pasti menghilangkan rasa letih anda. Sebaiknya lakukan aktiviti ini waktu petang kerana pelancong berpeluang untuk melihat panorama matahari terbenam yang sudah tentu akan menjadi sebuah ‘master piece’ untuk photo peribadi anda. Di sini juga terdapat gua batu kapur yang besar dan dikatakan dapat memuatkan sebuah jet jumbo.


taman negeri perlisTaman Negeri Perlis – Lebih ideal sebagai destinasi percutian untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti jungle trekking ataupun bercamping. Di sini terdapat pelbagai tarikan flora dan fauna yang masih terjaga dengan baik oleh kerajaan negeri. Terdapat sebuah air terjun di sini iaitu Air Terjun Lata Kasih. Di sepanjang jungle trekking di sini, anda boleh singgah ke Gua Wang Burma yang agak mencabar & masih kekal terjaga keasliannya.


taman rimba herba perlisTaman Herba Perlis – Sebuah taman yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan herba yang sering dijadikan bahan mentah perubatan atau untuk makanan kesihatan seperti tongkap ali, kacip fatimah, mengkudu, selasih, cekor dan sebagainya. Lokasinya terletak tidak jauh dari Taman Ular dan Reptilia Perlis.


taman rekreasi tasik melatiTasik Melati – Destinasi yang sangat sesuai sekiranya anda ingin mencari ketenangan di waktu petang bersama keluarga. Taman rekreasi ini hanya 10 km dari Bandar Kangar dan menempatkan tasik serta kemudahan yang lengkap untuk pengunjung seperti platform jalan kaki ke tengah tasik, pondok rehat, ruang letak kereta dan sebagainya.


hutan lipur bukit kubu perlisHutan Lipur Bukit Kubu – Kawasan yang sangat cantik di kelilingi dengan bukit batu kapur, tumbuhan hijau dan juga mempunyai sebuah kolam semulajadi. Di sini juga terdapat beberapa gua iaitu Gua Harimau dan Gua Ikan. Terletak hanya 1 km dari Pekan Kuala Perlis, kawasan ini turut mempunyai kemudahan seperti tandas, parking kereta, taman permainan kanak-kanak, surau dan denai jalan kaki.


taman tasik lasoh perlisTasik Timah Lasoh – Merupakan tasik buatan manusia dan di sini mempunyai sebuah resort yang sesuai bagi mereka yang inginkan penginapan yang tenang dan dekat dengan lokasi Pasar Wang Kelian. Destinasi ini juga sering menjadi tempat untuk mencerap bintang dan dikatakan lokasi yang paling strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar Milky Way.


penginapan hotel menarik di perlisATV Maneq Hills Resources, Tasoh – Bagi mereka yang sukakan pengembaraan di dalam hutan dengan kenderaan bermotor, boleh mencuba menaiki ATV bersama rakan-rakan melalui denai jalan yang pasti mencabar fizikal anda. Lokasinya terletak di Bukit Manik berdekatan dengan Tasik Timah Tasoh.


tarikan pelancongan di perlis 2017Canopy Walk SPF Ayer Keroh – Bagi yang ingin menikmati keindahan hutan di Perlis sambil meniti titian kanopi setinggi 17 meter dan sepanjang 100 meter, anda boleh ke Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (SPF) Mata Ayer, Perlis.


wang gunung perlisWang Gunung – Sebuah lokasi berbukit yang berketinggian sekitar 500 m yang sering menjadi destinasi juggle trekking dan mendaki bukit. Denai jalan kaki berserta checkpoint turut disediakan untuk kemudahan para pendaki menuju ke puncak.


ladang tebu chupingLadang Tebu Chuping – Ladang tebu yang terbesar di Malaysia dan destinasi perlancongan yang tidak kurang uniknya yang ada di Perlis. Nak mengenali dengan lebih dekat bagaimana perusahaan ladang tebu & betapa indahnya pemandangan sebuah ladang tebu yang menghijau seperti sebidang karpet, bolehlah datang ke sini.


menara wang kelian perlisMenara Pandang Wang Kelian – Destinasi ini memang port terbaik kalau anda suka ambil gambar landskap dengan pemandangan menghijau dari kawasan berbukit. Waktu tercantik adalah di waktu pagi kerana awan yang putih menebal meliputi bukit bukau ibarat melihat sebuah negeri kayangan dan waktu petang pula ketika mentari terbenam.


2. Muzium & Mercu Tanda di Perlis

panduan tempat menarik di perlis 2017galeri diraja arau perlisGaleri Diraja Arau Perlis – Galeri yang hanya terletak bersebelah dengan Istana Raja Perlis di Arau ini menempatkan pelbagai koleksi simpanan barangan Diraja Perlis. Banyak koleksi menarik yang boleh pelancong lihat sendiri di sini seperti alat kebesaran diraja, bunga emas, senapang antik, tembikar-tembikar, pedang, basikal antik, duit lama dan sebagainya. Tarikan yang paling mendapat perhatian di sini ialah kain kiswah atau lebih sinonim dengan kelambu kaabah yang telah dihadiahkan oleh pemerintah Arab Saudi kepada pemerintah negeri Perlis pada tahun 1965.


muzium kota kayang perlisMuzium Kota Kayang – Muzium Negeri Perlis yang menempatkan 5 galeri utama yang mempamerkan pelbagai koleksi artifak dan bahan bersejarah baik dari zaman pra-sejarah, pakaian Diraja lama, pakaian golongan bangsawan, peralatan senjata peperangan dan sebagainya. Lokasinya sangat cantik dengan berbelakangkan sebuah bukit hijau kecil dan di depannya ada tasik.


masjid terapung perlisMasjid Terapung Al-Hussin – Sebuah masjid yang sangat ikonik di Perlis yang berkos RM 12 juta. Masjid ini sangat cantik pada waktu petang ketika waktu senja memandangkan ianya terletak mengadap Selat Melaka. Dinding masjid tidak bercat kerana bahan binaan masjid ini adalah dari batuan granit, coral, pebbles, kuartz dan marmar yang membuatkannya sangat unik.


masjid alwi perlis menarikMasjid Alwi – Masjid putih berkubah hitam yang tersergam indah di Kangar ini dibina pada tahun 1931 dengan kos binaan pada masa itu sekitar RM 64,000. Nama masjid ini diambil sempena Raja Syed Alwi iaitu Raja Muda Perlis sekitar tahun 1931.


3. Tempat Menarik di Perlis untuk Shopping

tempat-menarik-perlis-shoppingpadang-besar-shopping-perlisPadang Besar – Sebuah destinasi yang bersempadan dengan Thailand yang terkenal di utara Perlis untuk pelancong membeli belah pelbagai jenis produk dengan harga yang murah. Antara jenis produk menarik yang boleh pelancong beli di ruangan Arked Niaga untuk dijadikan cenderahati adalah pakaian/fabrik, kraftangan, periuk belanga, bunga-bunga yang diimport dari Thailand, buah-buahan import dan sebagainya. Di luar kompleks Arked Niaga juga menempatkan ruangan gerai yang lebih kepada bahagian makanan-makanan santai yang popular di Perlis seperti pulut ayam, somtam dan juga tom yam kelapa.


pasar wang kelian bebas cukaiPasar Wang Kelian – Satu lagi tempat membeli belah menarik di Perlis yang berada bersempadanan dengan Negara Thailand. Pasar di sini dibuka setiap hari dan waktu terbaik untuk datang ke sini ialah hari Ahad disebabkan wujudnya pasar Wang Chan (di sebelah Thailand) yang bersambungan dengan Pasar Wang Kelian. Antara barang-barang yang boleh dicari di sini ialah barang-barang hiasan , kraftangan, makanan, aksesori hiasan, pinggan mangkuk, pakaian dan sebagainya.


Pasaraya di Perlis – Negeri Perlis bukanlan seperti di Shah Alam atau KL yang mempunyai puluhan pilihan shopping mall. Namun kalau anda ingin mencari sesuatu barang yang sinonim di pasaraya, destinasi berikut adalah yang paling ideal:

  • Kompleks Arau (CMart)
  • Giant Superstore Kangar
  • Kayangan Square (The Store)

mempelam harum manis perlisFestival Harum Manis – Sekiranya anda bercuti ke Perlis pada musim berbuah mempelam jenis harum manis (April-Jun), jangan lepaskan peluang untuk singgah di festival ini yang kebiasaannya berdekatan dengan ladang & mempunyai gerai jualan. Boleh ke kawasan ladang mempelam ini di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat, Perlis untuk borong dan bawa pulang sebagai buah tangan untuk keluarga di rumah.


4. Zoo dan Taman Haiwan di Perlis

tempat-menarik-perlis-bercutitaman ular & reptilia perlisTaman Ular dan Reptilia Perlis – Satu tempat menarik di Sungai Batu Pahat, Perlis yang pasti membuatkan anak-anak teruja melihat ratusan ekor ular dari pelbagai spesis yang dibawa khas dari luar & dalam negara. Yang paling mengujakan terdapat ruangan terbuka yang menempatkan ular sawa secara bebas dan pengunjung boleh pegang sambil diperhatikan oleh pelatih di sini. Jika bernasib baik & kena pada waktunya pengunjung juga boleh menyaksikan aksi berani persembahan pelatih di sini bersama ular. Di sini juga menempatkan beberapa lagi spesis haiwan eksotik lain untuk tatapan pengunjung seperti burung unta, iguana, buaya & katak bertanduk.


pusan ekuin perlis sg batu pahatPusat Ekuin Perlis – Sekiranya anda ingin membawa anak-anak untuk melihat kuda dengan lebih dekat, boleh ke Pusat Ekuin Perlis, Sungai Batu Pahat, Perlis. Pusat ini adalah dibawah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Perlis dan sering menjadi lokasi untuk bersiar-siar melihat pemandangan hijau serta sering menjadi lokasi photoshoot wedding.


5. Tempat Menarik di Perlis untuk Makan Makan

restoran tempat makan best perlisNegeri Perlis mempunyai beberapa menu makanan yang popular yang kebanyakannya tidak terlalu berbeza dengan negeri berjiran seperti Kedah, Penang & juga Thailand. Namun begitu, walaupun nama menu sama tetapi resepi dari Perlis ada lainnya contohnya laksa. Di Perlis juga popular dengan menu-menu yang jarang kita dapati di negeri lain seperti pulut ayam, pulut mangga, kuih spera dan sebagainya.


ladang nipah kipli perlisLadang Nipah Kipli – Di sini pengunjung boleh melihat pemandangan ladang yang cantik sambil santai-santai makan ais kacang, laksa dan sebagainya. Dan yang paling menjadi tumpuan di sini ialah nira nipah/ cuka nipah yang dijamin asli dan segar dari ladang. Cuka nipah dipercayai mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan sesuai untuk anda beli sebagai buah tangan untuk orang-orang tua anda.


kuala perlis makan menarikKuala Perlis – Tempat menarik di Perlis yang lebih kepada untuk santai-santai makan dan menikmati keindahan kawasan tepi pantai. Yang wajib, mesti pergi cuba Laksa Kuala Perlis yang popular seantero Malaysia. Selain itu, di sinilah terletaknya jeti ke Pulau Langkawi dan kalau anda nak membawa kereta sendiri menaiki feri ke Langkawi, hanya jeti ini yang ada menyediakan perkhidmatan sedemikian. Memandangkan Kuala Perlis ini pekan nelayan & terletak di tepi laut maka restoran yang menyajikan makanan laut seperti ikan bakar atau laksa lebih popular di sini. Berikut merupakan beberapa restoran yang popular di Kuala Perlis.

  • Kak Su Laksa
  • D Adna Laksa House
  • Restoran Api Api – seafood/ikan bakar
  • Koma Laut – seafood/ikan bakar

Berikut merupakan restoran & tempat makan menarik di Kangar yang popular yang menawarkan makanan menarik tersendiri.

  • Fatinnaz Corner Cendol Pulut – laksa, cendol,
  • Nasi Ganja Repoh – nasi ganja/kandar
  • Nasi Halba Taman Kemajuan – nasi halba, nasi beriyani mandy
  • Restoran Hussin Yahya – mee goreng, pasemboq
  • Bangpon Cafe & Bistro – grill burger, western
  • Restoran Yasmeen Arau – nasi kandar
  • Restoran Anjung Keli – lauk pauk kampung
  • Restoran Sungai Bakong 2 – lauk pauk kampung
  • Restoran Sarang Burung – lauk pauk kampung
  • Terinai Lake View Cafe – view cantik
  • Aura Steamboat N’ grill – steamboat

Pasar Malam Kangar – Untuk mencari keunikan makanan santai malam di sini, salah satu tempat menarik di Perlis waktu malam yang boleh anda terjah adalah ke Pasar Malam Kangar yang berlokasi baru sejak September 2016 di Dataran Niaga Seri Sena setiap hari Rabu. Kalau anda bercuti ke Perlis seminggu bolehlah ke semua pasar malam seperti di bawah:

  • Ahad: Pasar Malam Titi Chai, Pasar Malam Balai Baru, Pasar Malam Kaki Bukit
  • Isnin: Pasar Malam Abi, Pasar Malam Jejawi, Pasar Malam Guar Sanji, Pasar Malam Kuala Sanglang
  • Selasa: Pasar Malam Kuala Perlis, Pasar Malam Lubuk Sireh, Pasar Malam Bukit Keteri
  • Rabu: Pasar Malam Kubang Perun, Pasar Malam Kangar, Pasar Malam Kok Mak, Pasar Mlm Bintong
  • Khamis: Pasar Malam Pauh, Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji, Pasar Malam Taman Melati Indah, Pasar Malam Batu Bertangkup
  • Jumaat: Pasar Malam Arau, Pasar Malam Titi Tinggi, Pasar Malam Pekan Simpang 4, Pasar Malam Ngulang
  • Sabtu: Nat Balai Baru, Pasar Tani Taman Sena, Kangar, Pasar Malam Jejawi, Pasar Malam Semadong, Beseri,Pasar Malam Kubang Perun

Pasar Minggu (Nat) – Di sebelah utara, pasar minggu atau pasar tani lebih dikenali dengan nama ‘nat’. Kalau anda ingin mencari keunikan produk penduduk tempatan di Perlis bolehlah ke ‘nat’ sekitar Perlis ini.

  • Ahad: Nat Pokok Getah, Pauh, Nat Mata Air, Nat Behor Lateh, Nat Kuala Perlis
  • Isnin: Nat Balai Baru, Pasar Tani Arau
  • Selasa: Nat Guar Nangka, Nat Pekan Simpang 4 , Nat Batu 2
  • Rabu: Nat Balai Baru, Nat Arau, Pasar Tani Seriab
  • Khamis: Nat Santan, Nat Jejawi, Pasar Tani Pekan Simpang 4
  • Jumaat: Nat RPA Beseri, Nat Behor Lateh, Nat Pokok Getah
  • Sabtu: Nat Balai Baru, Pasar Tani Taman Sena, Kangar

Sekiranya anda melancong ke Perlis sekitar Disember-Mac, ada satu keunikan yang mesti dihadiri untuk merasai keunikan budaya tempatan orang Perlis yang diadakan setiap tahun iaitu Pesta Angin Timur.

Pesta Angin Timur – Merupakan satu festival tahunan yang sangat menarik untuk pelancong luar lawati kerana pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pertandingan sukan rakyat & pameran akan diadakan. Memandangkan Perlis merupakan negeri yang agak panas maka setiap tahun kedatangan angin timur ( Disember-Mac) sentiasa dinanti-nanti oleh para petani untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Itulah dia sedikit sebanyak cadangan senarai tempat menarik di Perlis samaada untuk bercuti atau untuk makan-makan. Semoga perkongsian di atas dengan sinopsis ringkas setiap destinasi akan memberi anda idea dan gambaran apa aktiviti menarik yang boleh dirancang kalau bercuti ke Negeri Perlis Indera Kayangan kelak. Sila komen di bawah apa yang anda tahu tentang destinasi menarik di Perlis. SHARE dengan orang kampung anda. Wassalam.