Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

36+ Tempat Makan Best di Kuala Terengganu PALING POPULAR

Negeri Terengganu Darul Iman sangat terkenal dengan pelbagai destinasi percutian menarik khususnya di kawasan pulau & pantai. Alang-alang kalau sudah melancong ke tempat menarik di Kuala Terengganu, jangan lupa untuk terjah ke beberapa destinasi pilihan tempat makan best di Kuala Terengganu yang sering menjadi kunjungan pelancong luar. 36+ destinasi makan menarik di Terengganu ini kebanyakannya mengetengahkan warung, restoran & gerai yang boleh pelancong cari makanan popular orang tempatan seperti nasi dagang, ikan celup tepung, ketupat sotong, aneka kuih muih tradisional dan juga termasuk dengan beberapa destinasi tambahan dengan menu makanan yang pelbagai.

Majoriti destinasi yang dikongsikan di bawah ini tertumpu di kawasan Bandar KT & juga beberapa destinasi yang tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu tetapi masih mudah untuk dilawati. Senarai ini berdasarkan populariti di kalangan orang setempat & semoga memberi anda seribu satu idea untuk upacara jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu anda kelak bersama keluarga. Samaada untuk makan pagi, makan tengahari dan malam, senarai di bawah ini pasti ada jawapannya.


36+ Restoran, Warung & Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu, Terengganu

1. Warung Pok Nong

warung poknong ict

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi santai petang yang sangat popular dengan menu makanan laut yang dicelup di dalam tepung sebelum digoreng dalam minyak panas seperti pisang goreng. Memang sangat best dimakan panas-panas dicicah pula dengan air lada yang pekat atau dikenali dengan nama ‘chollek’. Pilihan makanan laut celup tepung yang ada di Warung Pok Nong adalah seperti ikan pari, ikan kembung, sotong & udang. Setiap hidangan sotong celup tepung akan disediakan gunting besar untuk memudahkan pelancong potong kecil-kecil sebelum makan.

Terdapat juga menu makanan santai orang Terengganu yang lain di sini seperti ketupat sotong, pulut mangga, keropok lekor, pulut durian & sebagainya. Sangat sesuai untuk pelancong yang bercuti di Kuala Terengganu dan inginkan satu destinasi makan petang yang santai di tepi pantai & makanannya pun sedap. Kalau hari cuti, Warung Pok Nong memang ramai sehingga kena beratur panjang. Mujurlah, destinasi lain untuk makan menu ikan celup tepung atau ICT di sekitar kawasan ini banyak. Anda boleh susur jalan di sepanjang jalan kecil di Warung Pok Nong ini untuk mencari gerai-gerai ICT yang lain ataupun mungkin boleh ke Pantai Teluk Ketapang yang terletak tidak berapa jauh dari sini.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6127655

  • A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong

  • 3.00 pm – 8.30 pm ( Hari Selasa tutup)


2. Fauzi Nasi Kerabu

fauzi nasi kerabu terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang best makan angin di Terengganu, waktu pagi memang banyak aneka jenis makanan berat yang boleh dicari dengan mudah. Salah satu destinasi pilihan yang mesti anda cuba adalah Fauzi Nasi Kerabu & yang lebih menarik berbanding Nasi Kerabu di tempat lain, destinasi ini telah terpilih sebagai salah satu daripada 50 gerai World Street Food Congress yang diadakan di Manila baru-baru ini. Tidak hairanlah dengan kemahiran & pengalaman berniaga nasi kerabu sejak 30 tahun yang lalu, nama Fauzi Nasi Kerabu sangat gah di Kuala Terengganu & di mata dunia.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-9879821 | Facebook

  • Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Fauzi Nasi Kerabu

  • 7.00 am – 1.00 pm ( setiap hari)


3. Gerai Kuih Muih Gong Kapas

gerai kuih gong kapas

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Selain di Pasar Kedai Payang, destinasi ini memang wajib pelancong datang untuk mencari aneka-kuih muih tradisional yang sangat susah nak cari di tempat lain. Destinasi ini menempatkan deretan lot gerai yang kesemuanya hanya menjual makanan pemanis mulut yang sering menjadi kegilaan pelancong luar yang ingin menikmati kuih tradisional orang Terengganu. Bagi golongan perantau yang berasal dari Kuala Terengganu, nama Gerai Kuih Gong Kapas pasti mempunyai nostalgianya yang tersendiri sejak dari zaman kecil. Kalau sedang bersedih, datanglah ke sini untuk melihat aneka kuih muih yang berwarna-warni yang pasti membuatkan bebola mata anda berpinau kerana banyaknya kuih muih yang eksotik terhidang di depan mata.

Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Gerai Kuih Gong Kapas

  • 3.00 pm-7.00 pm


4. Restoran Singgang Budu

tempat makan tengahari di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang mencari tempat makan tengahari di Kuala Terengganu yang menyediakan lauk pauk orang setempat, salah satu destinasi popular yang ideal dalam Bandar KT yang boleh anda terjah adalah di Restoran Singgang Budu. Menu lauk ‘singnature’ di sini adalah singgang iaitu satu jenis masakan yang jarang ditemui di negeri lain. Masak singgang atau dikenali di tempat lain dengan masak pindang adalah satu menu lauk yang sangat digemari oleh orang Terengganu. Cara nak buatnya juga ‘simple’ & semestinya wajib ada budu sebagai penyedap. Bagi anda yang ingin merasai sendiri makan tengahari dengan menu lauk asli orang Terengganu, sangat sesuai untuk datang & cuba sendiri. Masak singgang yang ada di sini juga pelbagai seperti ikan singgang, daging singgang, sotong singgang & terdapat juga lauk pauk yang lain yang tidak kurang menariknya seperti ikan panggang, masak lemak, gulai & macam-macam lagi.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-9668584 | Facebook

  • Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Restoran Singgang Budu

  • 11.00 am- 5.00 pm


5. Nasi Dagang Atas Tol

nasi dagang atas tol terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Menu nasi dagang semestinya satu menu tempatan yang wajib anda cuba kalau bercuti di Terengganu. Di sekitar Kuala Terengganu ada beberapa destinasi menarik untuk anda terjah bagi menjamu nasi dagang & salah satu yang popular yang telah beroperasi hampir 10 tahun adalah Nasi Dagang Atas Tol. Orang tempatan memanggil kedai ini Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur memandangkan lokasinya yang bersebelahan dengan kubur.

Kedai Nasi Dagang Atas Tol dibuka seawal 6 & kebiasaannya habis sebelum pukul 11 pagi. Waktu hujung minggu di Terengganu iaitu hari Jumaat & Sabtu atau cuti sekolah, pengunjung perlu lebih sabar kerana begitu ramai orang yang datang beli nasi dagang di sini. Minuman ‘signature’ di sini pula adalah Teh Ais Madu/Teh Ais Ombak Rindu yang buihnya sangat tinggi & pasti membuatkan anda kecur air liur tak sabar nak minum.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9847846 | Facebook | Instagram

  • T101, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Nasi Dagang Atas Tol

  • 6.30 am – 11.00 am ( Isnin & Selasa tutup)


6. Nasi Dagang Kak Jah

nasi dagang sedap terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi yang berikutnya untuk anda mencari nasi dagang yang popular di Kuala Terengganu adalah di Warung Nasi Dagang Kak Jah yang terletak di Bukit Besar. Seperti juga Nasi Dagang Atas Tol, destinasi Nasi Dagang ini telah lama bertapak di Kuala Terengganu & mempunyai peminat setianya yang tersendiri. Sekiranya anda menginap di sekitar Bandar KT, boleh datang ke sini waktu pagi untuk sarapan yang hanya makan masa kurang 10 minit sahaja memandu. Selain Nasi Dagang, di sini juga ada menyediakan menu sarapan pagi yang tidak kurang popularnya iaitu Nasi Kunyit atau lebih dikenali dengan nama Pulut Kuning. Nak lagi best, mintak Nasi Dagang Vs Kunyit + telur ikan, kombinasi terbaik untuk anda breakfast di waktu pagi sebelum makan angin di sekitar Kuala Terengganu.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-9820805

  • Jalan Pasir Panjang, Kampung Pasir Panjang, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Nasi Dagang Kak Jah

  • 7.00 am – 11.00 am


7. Nasi Dagang Mak Ngah

nasi dagang mak ngah chendering

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memandangkan menu nasi dagang sangat popular di Kuala Terengganu, ada beberapa pilihan kedai yang sedap untuk pelancong cuba. Mungkin setelah cuba Nasi Dagang Mak Jah & Nasi Dagang Atas Tol, boleh pula mencuba ke destinasi Nasi Dagang Mak Ngah untuk mencari kelainannya namun tetap diminati ramai. Setiap nasi dagang di 3 lokasi utama ini memang tidak dinafikan sangat popular & mempunyai peminat tegar sendiri. Kedai ini juga telah lama bertapak di Kuala Terengganu & sering menjadi kunjungan pelancong yang memandu dari Kuala Terengganu – Kuantan. Di sini juga anda boleh mintak Nasi Dagang Kawin Mee Hoon, nampak macam biasa tetapi tekstur yang terhasil bila dikunyah memang lagi meriah untuk ditelan.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6171140

  • C-140, Jalan Sk Chendering, Kampung Bukit, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Nasi Dagang Mak Ngah

  • 7.00 am – 12.00 pm


8. Air Buah Pak San

tempat makan best di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda menginap di sekitar Airport Kuala Terengganu, jangan lupa untuk datang ke kedai Air Buah Pak San yang sudah lama menjadi lokasi feveret untuk mereka yang suka minum air buah yang sedap & banyak. Harga pun sangat berpatutan. Pilihan air buah di sini juga sangat pelbagai seperti mempelam, durian belanda, nenas & sebagainya. Selain menu air buahnya yang menjadi ‘trademark’ restoran ini, terdapat juga makanan-makanan santai orang Terengganu yang turut disediakan seperti laksam, laksa Terengganu, nasi minyak, mee kari, keropok lekor & sebagainya. Satu tempat makan best di Terengganu yang sangat santai & sesuai untuk anda datang lepak dengan keluarga atau kawan-kawan pada waktu petang ataupun malam.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-9217070 | Facebook

  • Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Warung Air Buah Gelas Besar Pior (Pak San)

  • 5.00 pm – 1.00 am (setiap hari)


9. Nasi Kukus Sempoi Alias 2

tempat lunch best kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Menu makanan tradisional di Terengganu kebanyakannya berasaskan ikan. Sekiranya anda alahan dengan ikan, apa kata pergi mencuba Nasi Kukus Sempoi Alias ini yang sangat terkenal di dalam Kuala Terengganu. Seperti kebanyakan nasi kukus lain, menunya adalah hanyalah nasi putih yang dikukus, ayam goreng berempah, sambal & yang menjadikan Nasi Kukus Sempoi Alias ini sangat-sangat terkenal adalah kerana kuah karinya yang sangat kaw-kaw menusuk kalbu. Nasi Kukus Sempoi Alias yang dimakan pada waktu tengahari & panas berserta dengan minuman ‘singnature’ di sini iaitu Teh Ping Buih Aiskrim memang satu kombinasi yang cukup best untuk anda cuba.

Peta Lokasi | Jarak | 6014-5175159 | Facebook

  • Lorong Kapas, Gong Kekabu, 21100 Kuala Terengganu

Waktu Operasi Nasi Kukus Sempoi Alias

  • 10.00 am – 4.00 pm ( Jumaat Tutup)


10. Restoran Mat Binjai

restoran mat binjai kt

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kedai makannya kecil sahaja & waktu ‘peak’ boleh sesak juga untuk cari meja di sini. Restoran ini sudah lama bertapak di KT & sering menjadi kunjungan pengunjung yang ingin mencari lauk kampung & ulam-ulaman pada waktu tengahari. Aneka lauk pauk juga tidaklah terlalu banyak seperti di medan selera yang besar, tetapi cukup untuk anda yang tercari-cari destinasi lunch yang sedap & mudah untuk diakses dalam bandar Kuala Terengganu. Di sini juga ada menyediakan telur penyu yang rasanya masin berlemak tetapi…susah nak dieksperesi dengan kata-kata.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6242639

  • 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Restoran Mat Binjai

  • 8.00 am – 6.00 pm ( Ahad tutup)


11. Dapo Pata Kontena

uptown kontena pantai terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Lokasinya yang betul-betul di tepi pantai menjadikan destinasi ini sering menjadi kunjungan orang ramai yang inginkan suasana makan yang unik & lebih santai. Terletak di Pantai Tok Jembal & hanya 5 minit dari Airport Kuala Terengganu. Sesuai untuk anda datang bersama rakan-rakan untuk santai petang atau malam sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Yang uniknya, Dapo Pata Kontena menempatkan lebih 10 buah kontena yang setiap satunya diusahakan oleh peniaga yang berlainan. Menu makanan di sini juga bercampur-campur baik makanan santai, makanan Melayu & Western Food.

Kalau nak menikmati susana pantai, sebaiknya datang sebelum pukul 7 pm. Boleh bawa anak-anak bermain-main di gigian pantai sebelum menikmati makanan santai di sini. Pada waktu malam, anda boleh juga naik ke kawasan tempat makan yang dibina di atas kontena untuk menikmati angin pantai & melihat kerdipan lampu-lampu bot nelayan nun jauh di hujung laut.

Peta Lokasi | Jarak | 6010-8001383 | Facebook

  • Tok Jembal, Gong Badak, Kampong Terengan, Terengganu

Waktu Operasi Dapo Pata Uptown Kontena

  • 5.00 pm-2.00 am (Setiap hari)


12. Restoran Lempeng

restoran lempeng kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai, apa kata singgah dahulu di Restoran Lempeng yang terletak berdekatan dengan Kampung Rusila, Marang. Restoran ini betul-betul terletak di tepi pantai & menu popular di sini adalah lemping nyor ( Lempeng Kelapa) cicah gulai & juga aneka lauk pauk orang tempatan untuk makan tengahari seperti ketupat sotong, singgang, masak lemak, budu & sebagainya. Memang best makan di sini kerana suasananya tepi pantai. angin pantainya kuat & kedainya yang terbuka membuatkan hati tidak rimas & panas.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6178660

  • Restoran Lempeng, Kampung Rusila, 21080, Marang, Terengganu

Waktu Operasi Restoran Lempeng Rusila

  • 11.00 am – 12.00 am


13. Aidilsroti

sarapan pagi di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Roti canai memang tidak asing lagi di Malaysia. Setiap negeri ada destinasi popular yang menyajikan roti canai seperti di Melaka yang terkenal dengan Roti Canai Kayu Arangnya, di Kuala Terengganu pula Aidilsroti merupakan salah satu tempat makan menarik yang boleh anda terjah mencuba roti canai yang disajikan dengan caranya yang tersendiri. Antara menu yang menjadi sambutan hangat adalah Roti Canai Goyang Gedik yang mana roti canai yang dihidangkan akan ditambah dengan telur separuh masak di atasnya yang menjadikan tekstur roti ketika sedang dikunyah, lebih lemak berkrim.

Selain roti canainya yang lembut, yang paling membuatkan roti canai di Aidilsroti lain daripada roti canai di Kedai Mamak, kuah karinya lebih kepada rasa rempah kemanisan sesuai dengan selera orang Pantai Timur. Anda juga boleh ‘add-on’ setiap roti canai dengan lauk tambahan seperti ayam bakar atau pun daging bakar, memang sedap. Satu tempat sarapan pagi di Kuala Terengganu yang mesti anda cuba sendiri untuk merasai keunikan kombinasi rasa roti canai & gulainya. Lokasinya juga mudah diakses dari Bandar KT & kedainya betul-betul di bawah Jambatan Sultan Mahmud.

Peta Lokasi | Jarak | 6010-5601800 | Facebook

  • Jambatan Sultan Mahmud, No 3, Medan Selera Bawah, Su, Kuala Hiliran Jalan Losong Haji Mat Shafie 21000 Kuala Terengganu Terengganu

Waktu Operasi Aidilsroti

  • 7.30 am – 12.30 pm

*bulan Ramdhan turut dibuka pada waktu malam


14. Warung Amilin Selera Kampung

masakan kampung terengganu sedap

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi yang sangat ideal untuk anda memburu menu masakan kampung ikan sungai yang sangat segar. Kali ini destinasi yang dicadangkan agak jauh dari bandar Kuala Terengganu, namun boleh anda singgah untuk makan tengahari sebelum masuk LPT 2 menuju ke KL ataupun mungkin singgah di sini setelah penat mandi manda di kawasan Air Terjun Sekayu. Warung yang terletak di Ajil, Kuala Berang ini memang sangat terkenal dengan hidangan ikan baung masak tempoyak & gulai kampung yang pasti membuatkan pengunjung puas hati kerana kesedapannya & yang paling penting adalah kerana kesegaran ikannya yang tiada tolak bandingnya di tempat lain. Maklumlah, Kuala Berang merupakan satu bandar kecil yang sangat terkenal sebagai sumber ikan sungai seperti juga Temerloh di Pahang yang sinonim dengan Jolokan Bandar Ikan Patin.

Peta Lokasi | Jarak | 6016-9350953

  • Kampung Tok Randok, 21800 Ajil, Terengganu

Waktu Operasi Warung Amilin Selera Kampung

  • 10.00 am-2.00 pm


15. Hot Hot Roti Canai

restoran best di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda dari Selangor & KL, dan pertama kali datang ke Terengganu, memang akan rasa pelik kerana sangat kurang kedai mamak yang ada di sini. Namun, sekiranya anda masih kepingin makan makanan ala-ala mamak seperti roti canai, tosei & nasi kandar yang sedap di Kuala Terengganu, salah satu destinasi yang dicadangkan adalah di Hot Hot Roti Canai. Masakan di sini memang lebih ‘spicy’ kepada ala-ala orang India & tidak dipengaruhi oleh resepi gulai-gulai orang Pantai Timur yang lebih lemak & rasa manis. Lokasinya juga hanya bersebelah dengan Airport Kuala Terengganu.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6672336

  • Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Hot Hot Roti Canai

  • 7.00 am – 11.00 pm


16. Oliva Cafe

kedai makan western di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi anda yang ingin mencari kedai makan western di Kuala Terengganu yang berkualiti dengan suasana kedai yang lebih moden, Oliva Cafe adalah salah satu destinasi terbaik yang berdekatan untuk anda terjah. Di sini pelbagai pilihan menu makanan ala barat disediakan seperti steak, pasta, smoked duck olio, lamb chop, mojito & macam-macam lagi menu mat salleh yang pelik & canggih namanya. Sekiranya anda berbulan madu di Terengganu, bolehlah bawa yang tersayang makan malam di sini untuk suasana yang lebih romantis.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6284888 | Facebook

  • 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu

Waktu Operasi Oliva Cafe

  • 5.00 pm – 12.00 am ( Isnin tutup)


17. NR Cafe

nr cafe terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda menginap di hotel atau homestay berdekatan dengan Airport KT, bolehlah bawa keluarga untuk makan malam di NR Cafe yang terkenal dengan masakan panas ala Thai. Lokasinya yang mudah diakses & deko kedainya juga sangat menarik yang terdiri daripada binaan buluh yang membangkitkan pengalaman unik apabila bersantapan di sini. Di NR Cafe, pengunjung boleh pilih sendiri pelbagai jenis seafood seperti ikan, udang & sotong sebelum diserahkan kepada tukang masak untuk dimasak mengikut jenis masakan pilihan anda. Selain itu, di sini juga ada menyediakan ‘western food’ yang tidak kurang menariknya dari segi rasa & persembahannya untuk santapan anda sekeluarga.

Peta Lokasi | Jarak | 609-6660645 | Facebook | Website

  • Lot 34354, Jln Tok Jembal, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu

Waktu Operasi NR Cafe Tok Jembal

  • 4.30 pm – 11.30 pm


18. Hazlan Bistro

kedai makan malam kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau bercuti secara berkumpulan atau ramai-ramai dengan keluarga, sudah tentu kita mencari satu tempat makan best di Kuala Terengganu yang luas dengan fasiliti yang lengkap & suasana yang best untuk dinner. Salah satu kedai makan malam di Kuala Terengganu yang dicadangkan untuk pengunjung yang inginkan restoran yang lapang berkonsepkan ‘Restaurant in The Garden’ & pilihan makanan yang pelbagai adalah di Hazlan Bistro. Samaada anda nak makan masakan panas ala Thai, western food, sizzling mee, makanan tradisional tempatan atau makanan santai orang Ganu, semuanya ada di sini.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-29449999 | Facebook

  • 4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi Hazlan Bistro

  • 4.30 pm – 1.30 pm ( setiap hari)


19. Simpunk Corner

tempat makan menarik terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda sukakan restoran yang unik dengan deko-deko yang kreatif? Apa kata ke Simpang Corner yang terkenal dengan menu ‘western food’ yang sedap & yang paling unik konsep hiasan dalaman restoran seakan-akan seperti ‘hipster’ gitu. Ramai yang cadangkan untuk datang ke sini bagi mereka yang nak makan malam dengan menu Western yang sedap & harga yang berpatutan. Paling meriah, kadang-kadang ada juga persembahan oleh busker yang pasti memberi pengunjung satu pengalaman yang lebih menarik untuk menjamu selera. Pilihan makanan di sini juga bukan hanya yang western semata-mata, ada juga pilihan menu makanan tempatan yang tidak kurang enaknya.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-9876393 | Facebook

  • Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Simpang Corner

  • 5.00 pm – 1.00 am


20. Gudang Makangmakan malam best di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mungkin anda akan alami situasi di mana tidak tahu nak makan apa. Nak makan kena tengok dulu baru rasa terliur nak telan. Nah, cubalah terjah destinasi Gudang Makang yang merupakan medan makan yang sangat besar & mempunyai lebih 15 gerai yang masing-masing menyediakan pelbagai jenis menu makanan yang berbeza. Lebih 70 menu makanan yang ada di sini untuk anda pilih. Samaada makanan tempatan, masakan panas, santai-santai atau western, semuanya ada. Makanan yang disediakan juga tidak kurang sedap & istimewa. Anda boleh cuba menu char kuey teaw udang galah di salah satu gerai di sini, memang terangkat sekali makan.

Ruang parking kereta pun luas & tempat makannya yang lapang yang boleh memuatkan 300 orang pada sesuatu masa memang sangat sesuai untuk anda datang ke sini dalam kumpulan yang besar untuk makan malam. Memandangkan lokasinya dalam gudang yang tertutup, maka sangat sesuai untuk anda terjah ke sini walaupun pada waktu hujan pada musim tengkujuh. Satu tempat makan malam best di Kuala Terengganu yang meriah & siap ada ‘live band’ untuk setiap Jumaat sebagai hiburan pengunjung ketika bersantapan.

Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu

Waktu Operasi Gudang Makang

  • 5.00 pm – 12.00 am (Isnin tutup)


21. Kedai Makan Ustaz Merchang

kedai makan ustaz merchang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Destinasi ini terletak mungkin agak jauh dari Bandar Kuala Terengganu sekitar 20-30 minit memandu, kalau anda dalam perjalanan balik ke KL atau menuju ke Kuantan melalui jalan pantai, jangan lupa untuk singgah makan tengahari di Kedai Makan Ustaz yang terletak di Merchang & hanya bersebelahan dengan Petronas Merchang. Tempat makan ini memang sangat terbaik dari kesemua aspek baik dari segi lokasi, ruang parking kereta, pilihan menu makanan tempatan, deko dalaman yang cantik serta servis penyedian yang pantas. Pilihan lauk pauk kampung di sini memang menarik baik menu masakan ikan darat, seafood, ikan bakar, aneka ulaman fresh & sebagainya. Antara ‘signature dish’ yang wajib pelancong cuba adalah Gulai Daging Kawah asli Terengganu & juga ikan baung masak tempoyak. Selain itu, pilihan minuman di sini juga sangat banyak termasuk dengan jenis minuman-minuman yang tidak ada di kedai lain seperti jus kedondong , jus lobak dan sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-6611716 | Facebook

  • Lot 2922, Kampung Pulau Rusa, 21610 Marang, Terengganu

Waktu Operasi Kedai Makan Ustaz Merchang

  • 9.30 pagi – 4.30 petang


22. Restoran Dbaung

restoran dbaung kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Bagi penggemar ikan darat (ikan sungai) seperti baung, keli, patin, talapia & sebagainya, apa kata anda terjah ke Restoran Dbaung untuk makan tengahari. Pilihan masakan ikan darat dikena pula dengan aneka ulam-ulaman segar sambil dicicah budu berlada pasti akan membuatkan sesiapa terliur tak sabar nak cuba. Yang paling penting, ikan darat yang dimasak di sini memang segar & rasa manis ikan masih terasa tidak seperti di kebanyakan destinasi lain. Berpeluh makan kerana penangan sambal ladanya & ditambah pula dengan jus mempelam yang ‘pior’ (asli), memang satu kombinasi terbaik untuk anda cuba sendiri.

Peta Lokasi | Jarak | 6011-9890489 | Facebook

  • Lot 25053-C, Jalan Tengku Mizan, Kampung Tebauk, Kuala Terengganu

Waktu Operasi Restoran Dbaung Terengganu

  • 9.00 am – 5.00 pm


23. Kedai Makan Al Hijrah Oasis

kedai makan best di terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Memang tidak dinafikan, pilihan makanan orang Terengganu kebanyakannya berasaskan ikan & seafood. Bagi mereka yang mungkin alahan dengan makanan sebegini, apa kata anda cuba ke destinasi ini untuk mencuba nasi ayam yang bukan seperti di kebanyakan kedai nasi ayam lain. Pilihan jenis nasi ayam & nasi goreng unik yang ada di sini adalah seperti nasi ayam lada hitam, nasi ayam Jepun, nasi goreng kambing bakar & terdapat juga menu masakan Cina Muslim lain seperti mee sup herba & sebagainya. Satu tempat makan best di Kuala Terengganu yang mesti anda cuba sendiri keunikan menunya.

Peta Lokasi | Jarak | 6013-9697126

  • Kampung Bukit Bayas, Kg, Pasir Panjang, 21100, Kuala Terengganu

Waktu Operasi Kedai Makan Al Hijrah Oasis

  • 10.30 am – 7.00 pm ( Jumaat tutup)


24. Ahlan Restaurant

roti tempayan sedap terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau ditakdirkan anda sampai di kedai ini, memang mula-mula akan rasa agak pelik. Kerana lokasinya yang terletak di jalan perkampungan yang gelap tiba-tiba akan terjumpa satu destinasi kedai yang begitu banyak kereta pengunjung. Destinasi ini memang sangat popular di kalangan orang setempat dengan menu roti tempayan & pelbagai pilihan kuah gulai yang ada di sini untuk anda cuba. Selain roti tempayan, ada juga menu popular lain iaitu nasi beriani & gulai dalca yang memang puas hati kalau kena sekali.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-9225095 | Facebook

  • Kampung Bukit Payung, 21070, Terengganu

Waktu Operasi Ahlan Restaurant ( Roti Tempayan )

  • 5.30 pm – 12.00 am ( setiap hari)


25. Nasi Lemak Womoh

nasi lemak womoh terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda bercuti di Kuala Terengganu & nak cari kedai mamak untuk makan berat selepas pukul 12 malam, memang susah nak cari. Pada waktu pukul 12 tengah malam keatas, salah satu destinasi yang boleh anda terjah adalah di Gerai Nasi Lemak Womoh ( Bawah Rumah). Berbeza dengan nasi lemak sebelah pantai barat, di sini nasi lemak berlaukkan ikan tongkol (ikan aya) lebih digemari oleh orang setempat. Kalau lapar tengah malam, bolehlah datang ke sini untuk tapau sebungkus dua. Jangan terkejut, walaupun lokasi berniaga hanya di bawah rumah, silap hari bulan boleh beratur panjang walaupun pukul 2-3 pagi semata-mata nak makan sebungkus nasi lemak ikan aya. Gerai ini sudah bertahun-tahun lamanya bertapak di Kuala Terengganu & sudah mempunyai ramai peminat setianya. Pada bulan Ramadhan, Nasi Lemak Womoh memang sangat laris untuk dijadikan menu penduduk setempat bersahur.

Peta Lokasi | Jarak | 6019-9371214 | Facebook

  • Lorong Kemunting, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Nasi Lemak Womoh

  • 1.00 am – 9.00 am setiap hari.


26. Keropok Lekor Dynar

keropok lekor kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terengganu memang sinonim dengan keropok lekor, jadi, memang tak sah kalau tak makan keropok lekor bila sudah tiba di sini. Keropok Lekor Dynar memang terkenal dengan kepelbagaian keropok lekor. Di sini anda boleh mendapat banyak jenis keropok lekor yang telah diolah untuk menarik minat pelancong. Anda boleh jumpa keropok lekor keju, lava, black pepper dan macam-macam lagi.

Di sini, mereka bukan sahaja menjual keropok lekor yang sudah dimasak, malah keropok lekor yang belum dimasak juga ada untuk anda bawa pulang sebagai buah tangan. Jagan terkejut kerana mereka ada pandu lalu tau. Anda boleh sahaja pesan keropok lekor mereka secara pandu lalu kalau-kalau anda nak cepat dan tak dapat nak singgah makan. Akan tetapi, kalau sempat tu, singgahlah sebentar bersama keluarga anda kerana kedai mereka ni memang luas untuk menempatkan ramai orang.

 

Peta Lokasi | Jarak | +60124352209 | Website | Facebook | Instagram

  • Lot 8338, Kampung Buluh Gading, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Keropok Lekor Dynar 

  • 9.00 am – 6.00 pm (kecuali Jumaat)


27. Star Anise Cafe

kedai makan kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Terletak di Chinatown, Kuala Terengganu, Star Anise Cafe ni memang tempat yang sesuai untuk anda bersantai sambil minum-minum kopi yang enak. Tempat ni memang amat selesa untuk anda berehat sebentar selepas penat berjalan di Chinatown. Banyak jenis kopi yang tersedia di sini contohnya kopi latte, cappucino dan mocha. Hidangan kopi mereka juga sangat cantik dan memang best untuk tangkap gambar. Anda boleh sertakan kek sekali sambil minum kopi tu.

Mereka juga ada makanan berat, kot-kot lah anda kebulur ke kan. Anda boleh cuba burger, bihun goreng dan banyak lagi di sini. Kedai mereka ni selalu dikerumuni pencinta kopi di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +60105464399 | Facebook | Instagram

  • 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Star Anise Cafe

  • 2.00 pm – 12.00 am (kecuali Isnin)


28. Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok

kedai makan terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Fuh! Dah sampai di Kuala Terengganu ni memang kenalah makan nasi dagang. Memang banyak sangat kedai makan Kuala Terengganu yang menjual nasi dagang, tapi anda patut cuba Nasi Dagang Kak Pah yang terletak di Batu Berok. Nasi dagang di sini memang antara yang paling sedaplah di seluruh Terengganu. Kedai makan sedap ni memang kecil je tapi pelanggan yang beratur di sini memang selalu ramai. Maklumlah, bukan sahaja pelancong nak cuba makan asli Terengganu ni, malah penduduk setempat juga selalu ke sini.

Selain disebabkan makananya yang sedap, tempat ini ramai orang kerana mereka tak kedekut. Ikan yang diberi agak besar untuk sorang makan. Harganya juga murah dan memang berpatutuan. Anda memang kena datang awal sebab makanan mereka ni selalunya cepat habis.

Peta Lokasi | Jarak | +60192103212

  • Gerai 30, Pantai Batu Burok, Terengganu

Waktu Operasi Nasi Dagang Kak Pah Batu Burok

  • 8.00 am- 7.00 pm (kecuali Ahad)


29. D’Tunggal Seafood

restoran kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Teringin pula nak makan makanan laut bila di Kuala Terengganu ni? Maklumlah di sini kan banyak pantai. D’Tunggal seafood pasti dapat menyedapkan tekak anda. Restoran Kuala Terengganu ni mempunyai menu makanan laut yang beraneka. Anda boleh pilih makanan laut mana anda inginkan. Mereka ada jual ikan, udang, sotong, lala dan banyak lagi. Masakan makanan laut tersebut boleh dipilih oleh anda. Antara menu kegemaran pelanggan adalah ikan bakar, ikan steam dan tomyam.

Tempatnya yang luas ini memang selalu sibuk dek kunjungan pelanggan. Ramai pelanggan mereka datang dengan kumpulan yang ramai. Anda mungkin akan rasa sesak sikitlah dengan kehadiran pengungjung.

Peta Lokasi | Jarak | +6096668366 | Facebook | Instagram

  • Lot 17608 Taman Semarak, Kampung Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi D’Tunggal Seafood

  • 3.00 pm – 12.00 am (setiap hari)


30. Restoran Asia Signature

restoran kuala terengganu

 

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda suka kedai makanan sedap yang ala-ala kopitiam tu, anda boleh ke Restoran Asia Signature. Restoran ni ada banyak pilihan makanan serta minuman yang memang best. Di sini mereka ada paprik, tom yam dan makanan western. Anda yang berkunjung ke sini pasti pening kepala nak pilih makanan mereka. Air-air yang mereka sediakan juga nampak lazat. Di sini selalu jadi tempat orang meeting juga kerana suasananya yang tidak padat. Mereka juga ada Wifi percuma kalau-kalau anda nak buat kerja sambil makan tengah hari di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +6096601039 | Facebook

  • Kampung Bukit Payung, 21070, Terengganu

Waktu Operasi Restoran Asia Signature

  • 12.00 pm – 12.00 am (setiap hari)


31. Zie’s Corner

western food kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Zie’s corner yang terletak di Watefront  ni memang salah satu kedai makan Terengganu yang anda patut cuba terutama sekali kalau anda mencari wertern food Kuala Terengganu. Makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Anda pasti tak memang tekak nak mencuba makanan sedap sini. Antaranya lamb chop, fish and chip, grilled chicken, dan macam-macam lagi.

Datang sini pada waktu malam memang best sebab ada live band mendendangkan lagu untuk anda. Ramai orang lepak-lepak di sini terutama sekali pada malam minggu. Lagi satu, disebabkan ianya terletak di Waterfront,  kedai makan ini selalu menajdi tempat candle light dinner dan sambutan hari jadi. Jadi, kalau anda nak merasai pengalam romatis sambil menikmati pemandangan Waterfront tu silalah book dulu ya.

Peta Lokasi | Jarak | +60107975885 | Facebook | Instagram

  • Waterfront, Jalan Balik Bukit, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Zie’s Corner

  • 5.00 pm – 12.00 am (kecuali Selasa)


32. Restoran Plan A

tempat makan menarik di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sambil bersiar-siar di Kuala Terengganu tu, apa kata anda singgah ke Restoran Plan A ni untuk mengisi semula tenaga anda. Anda boleh jumpa banyak pilihan makanan di sini. Restoran Kuala Terengganu ini meyajikan makanan fusion yang bermaksud mereka menyatukan unsur-unsur makanan daripada budaya yang berbeza menjadi satu.

Mereka ada menyediakan spageti, nasi goreng, dim sum, roti bakar dan banyak lagi. Makanan di sini memang sedap-sedap belaka, sebab itulah ramai orang berkunjung ke sini untuk menikmati juadah mereka. Harga makanan mereka juga standard-lah untuk sebuah restoran.

Peta Lokasi | Jarak | +6096601086 | Facebook

  • 47, 49 & 51, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Restoran Plan A

  • 11.45 am – 12.00 am (setiap hari)


33. The Syrup vs Soda

western food kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

The Syrup vs Soda ni memang sentiasa menjadi kedai makan Kuala Terengganu pilihan pelancong. Manakan tidaknya, di sini mereka ada banyak pilihan western food yang memang memuaskan nafus makan anda. Saiz hidangan mereka memang besar dan sesuai dengan harga yang ditetapkan. Anda siap boleh makan dua orang lagi untuk satu makanan, tapi kalau anda jenis kebulur tu, makan sorang jelah. Spageti, burger, lamb chop dan laksa boleh dicuba di sini.

Selain makanan yang sedap, air mereka juga special tau. Mereka ada menjual air blended yang akan membuka selera anda. Antara best-seller mereka ialah air blended Kinder Bueno, Milo raksasa dan Popcorn Caramel Latte. Anda pasti takkan menyesal makan di sini.

Peta Lokasi | Jarak | +6096227669 | Facebook | Instagram

  • 3373, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi The Syrup vs Soda

  • 4.00 pm – 10.00 pm (kecuali Jumaat & Sabtu)


34. Qawa Coffee & Sandwich

tempat makan menarik di kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Anda yang berada di Kuala Terengganu dan mencari tempat lepak-lepak sambil minum kopi tu anda sila ke Qawa Coffee. Juadah disini simple je, mereka ada kopi, kek dan sandwich. Tempat ni memang sesuai untuk anda berborak panjang bersama teman anda. Anda boleh pesan kopi panas, kopi ais mahupun kopi blended. Kalau anda datang berniat nak makan besar tu, sila patah baliklah kerana makanan di sini semuanya makanan-makanan yang ringan sahaja. Tetapi kalau nak minum air sedap silalah datang. Kedainya pun lawa dan sesuai untuk bergambar.

Peta Lokasi | Jarak | 019-948 9589 | Facebook | Instagram

  • 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Qawa Coffee & Sandwich

  • 1.00 pm – 11.30 pm (setiap hari)


35. Rahsia Kitchen

restoran kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Mencari western food di Kuala Terengganu? Apa kata anda singgah ke Rahsia Kitchen. Di sini anda boleh memilih pelbagai menu makanan barat yang best. Menu yang wajib di cuba di sini ialah steak mereka yang memang lembut dan juicy. Disamping itu, anda juga boleh pesan aneka spageti mereka dan burger. Kalau tak minat western mereka ada juga daging salai dan nasi goreng. Kedai makan ni memang terkenal di Kuala Terengganu kerana tempatnya yang selesa, makanan yang sedap dan harga mereka yang berpatutan. Memang bukan rahsialah kenapa tempat ni selalu ramai orang.

Peta Lokasi | Jarak | +601116211121 | Facebook | Instagram

  • 1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Rahsia Kitchen

  • 3.00 pm – 6.30 pm (kecuali Jumaat)


36. Warung Kak Yah Koliba

kedai makan kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Sekiranya anda mencari tempat makan menarik di Terengganu yang menyediakan ikan bakar, anda memang harus cuba Warung Kak Yah ni. Ikan bakar di sini memang best gila kerana ikanya segar dan sambal cicahnya juga terbaiklah. Mereka ni menyediakan lauk-pauk Melayu yang simple je, tapi memang sedap makan di sini. Ramai orang lunch di sini setiap hari, lagi-lagi pada hari bekerja.

Lagipun, makanan di sini memang murah dan berbaloi. Selalunya waktu makan tengah hari memang ramai orang dan lauknya juga cepat habis. Jadi, kalau datang lambat  tu faham-fahamlah kenapa lauk tinggal sikit.

Peta Lokasi | Jarak | +60109203315

  • Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Warung Kak Yah Kolibo

  • 12.0 pm – 9.00 pm (setiap hari)


37. Gossip Kitchen

restoran kuala terengganu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi

Kalau anda mencari kedai makan yang menghidangkan makanan yang mewah serta menggunakan bahan-bahan segar, Gossip Kitchen pasti menjadi tempat untuk dituju. Makanan yang dihidangkan mereka memang mewah sekali dari segi rasanya dan juga rupanya. Mereka menggunakan bahan-bahan segar yang berkualiti serta dijamin halal. Antara makanan yang terdapat di sini ialah spageti, lagsna, chicken chop dan lamb chop. Kedai mereka ni selalu dijadikan tempat untuk pelanggan membuat sambutan. Harga makanan mereka juga berpatutan. Anda yang datang nak bergosip tu, bolehlah buat di sini sambil menjamu selera.

Peta Lokasi | Jarak | +6096604901 | Website | Facebook | Instagram

  • Lot 2188 Tingkat Bawah, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi Gossip Kitchen

  • 12.00 pm – 10.00 pm (kecuali Sabtu)


Itulah dia beberapa tempat makan menarik di Kuala Terengganu yang popular & boleh anda terjah untuk merasai sendiri keunikan makanan tradisional orang setempat. Semoga memudahkan anda sekeluarga untuk merancang destinasi jalan-jalan cari makan apabila datang bercuti di sini kelak. Sila share untuk rujukan masa hadapan di social media anda. Wassalam.

4.3/5 - (134 votes)

Anda Mungkin Berminat

Chef Lek Kolam Seafood

Kedai makan Chef Lek Kolam Seafood ni terletak di dalam daerah Kuala Terengganu dan kalau korang selalu lepak kat Dataran Shahbandar, haa memang dekat...

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di...

TOP 30+ Tempat Menarik di Kuala Terengganu – Panduan Bercuti di Bandar KT

Kuala Terengganu merupakan satu daerah yang agak besar dan di dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Terengganu iaitu Bandar Kuala Terengganu atau lebih sinonim...

Pantai Batu Buruk – Paling BEST Untuk Singgah

Terengganu, negeri yang banyak warisan kesenian, makanan-makanan laut yang sedap, dan sudah semestinya pantai-pantai yang dijaga baik oleh semua penduduk negeri itu. Salah satu...

Restoran Air Buah Gelas Besar Seberang Takir – Memang PIOR

Salah satu destinasi makan petang atau malam yang agak popular di area Kuala Terengganu ialah Kedai Air Buah Gelas Besar yang terletak di Kampung...

Keropok Lekor Berkeju dan Lada Hitam

Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng...

55 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

55 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Naqi
Naqi
9 months ago

Ada satu lagi pelancong luar patut cuba pergi, Nasi Lemak Bunia Pulau Warisan

Luqman hakim
Luqman hakim
1 year ago

Ada se lagi kedai makan pagi sedap di ganu..warung sri geylang, dekat airport kuala terengganu

Food hunter
Food hunter
2 years ago

Western syrup n soda not bad..blh try..harga ermm…okla kalau nk try..google dl menu n harga takut bw duit xcukup…

Nadia
Nadia
2 years ago

Kt bukit payong ada 1 keda sedap. Sarapan pagi nasi lemak berlauk. Tghari ada nasi ayam penyet. Nma klasik. K. Makan Maryam puteh. Trun je dekat dgn balai polis b. Payong

Khainuar77
Khainuar77
2 years ago

Cuba rase satar dan otak-otak ikan di kedai POK NOR SATAR DAN OTAK2 DI BATU RAKIT KUALA NERUS

Sapik
Sapik
2 years ago

Jika kedai no 15 tu, tak payah la… pemilik belum Muslim.

Poj
Poj
2 years ago
Reply to  Sapik

Btul. Hindu.

jamal
jamal
4 years ago

kt gong badak ada 1 kedai nasi lemak bawah rumah.. wktu operasi 12tgh mlam smpai 7pagi setiap hari beratur.. padu nasi lemaknya.. kalau jejak ganu pasti singh beli.. nasi lemak bungkus yee.. x disediakn tempat makan disitu..

wan
wan
7 months ago
Reply to  jamal

ada peta lokasi?

Hubungi Kami

55
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x