Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di KL Pada Waktu Malam

Kuala Lumpur memang tidak syak lagi merupakan sebuah bandaraya yang tidak pernah tidur dengan kesibukan penduduk kota. Untuk kali ini mari kita terjah beberapa destinasi dan tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi pada waktu malam.

Destinasi di bawah memang sesuai untuk anda lawati samaada secara bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Secara umumnya senrai di bawah lebih kepada destinasi seperti bazar larut malam (uptown/ downtown) atau tempat menarik untuk bersiar-siar seperti kawasan mercu tanda di Kuala Lumpur.


Bazar Larut Malam, Pasar Malam, Uptown dan Downtown di KL

Istilah-istilah ini memang lain bunyinya tetapi secara umumnya membawa maksud yang sama iaitu sebuah tempat ala bazar/pasar malam yang meriah dengan deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai ataupun gerai yang menjual barang-barang seperti jersey, tali pinggang, aksesori wanita, aksesori smarphone, aksesori vape, barangan hobi dan sebagainya. Memang sesuai untuk datang ke sini pada waktu malam untuk makan-makan sambil sambil cuci cuci mata dan shopping.

Perbezaan uptown dan downtown – Kalau secara istilah geografinya, perkataan uptown dan downtown ini digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu tempat samaada berada di dalam bandar ataupun di pinggiran bandar. Namun di KL istilah uptown umumnya lebih sinonim merujuk kepada bazar larut malam yang terletak jauh dari bandar utama dan berada di pinggir-pinggir bandar. Downtown pula merujuk kepada bazar larut malam yang lokasinya berada di dalam bandar utama.


KL Downtown Nightmarket / Downtown Cheras

tempat menarik kl waktu malam

Sebuah bazar larut malam yang terletak di tidak jauh dari Bulatan Bandar Tun Razak. Bazar larut malam ini menempatkan ratusan gerai-gerai peniaga Melayu yang menawarkan barangan seperti aksesori wanita/lelaki, barangan kanak-kanak, hiasan rumah, alatan ganti kereta dan sebagainya. Pilihan makanan juga banyak dan pasti membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Dibuka setiap hari dari 10 malam sehinggalah ke 5 pagi.


Uptown Danau Kota

uptown danau kota kuala lumpur

Jadi kalau anda ingin makan-makan di tempat yang meriah untuk lepak bersama kawan-kawan pada waktu malam, apa kata singgah sekali ke Uptown Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan aksesori dan hiasan diri yang ada di sini. Beroperasi dari Rabu-Ahad bermula 9 malam sehinggalah ke 3 pagi memang satu ‘port’ terbaik untuk ‘ngeteh’ atau cuci-cuci mata melihat barangan.


Petaling Street

petaling street-kl-malam

Ada juga yang mengenali destinasi ini sebagai Chinatown. Di sini terdapat banyak gerai-gerai seperti pasar malam yang menjual banyak produk-produk berjenama yang ‘sangat mampu milik’. Jadi faham-fahamlah sendiri kualitinya namun tidak salah kalau anda beli dan pakai sebab tiada siapa yang tahu. Kebiasaanya Petaling Street mula meriah dari lewat petang sehinggalah larut malam. Sering juga menjadi kunjungan pelancong asing kerena lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses dengan train, teksi serta pengangkutan awam yang lain.


Kampung Baru

kampung baru kuala lumpur makan malam

Kalau anda inginkan tempat lepak dan pilihan restoran atau gerai makan yang banyak, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke Kampung Baru. Di sini terdapat deretan kedai-kedai yang banyak dan memang meriah pada waktu malam. Samaada makan berat, goreng-gorengan atau makanan pantai timur, semuanya ada. Bukan sahaja pada waktu malam, restoran dan gerai di sini juga menjual makanan tengahari yang menarik juga.


Pasar Malam Kampung Baru

kampung baru pasar malam-kuala lumpur

Pasar malam ini memang meriah kalau anda ingin mencari pilihan aneka makanan Melayu dan juga santai-santai. Selain makanan ada juga gerai-gerai yang menjual barangan-barangan seperti di pasar malam yang lain. Kalau dah berada di KL, jangan lupa untuk singgah melihat gelagat peniaga dan pengunjung baik dalam mahupun luar negara. Pasar malam ini beroperasi pada hari Sabtu bermula 6 petang sehinggalah ke 1 pagi.


Jalan Bukit Bintang

jalan bukit bintang malam kl

Sekitar Bukit Bintang memang banyak tarikan tempat membeli belah seperti Lot 10, Low Yat, Berjaya Time Square, Sungei Wang & BB Plaza dan juga Pavillion KL. Selain shopping mall, di sekitar Jalan Bukit Bintang ini juga terdapat beberapa deretan kedai dan gerai yang menjual barangan seperti keychain, cermin mata lokal, tali pinggang dan sebagainya. Kadang-kadang di sini juga banyak show yang dipersembahkan oleh seniman jalanan dan busker-busker.

Tidak jauh dari sini terdapat pasar malam (Jalan Alor) yang memang hidup sampai awal pagi namun rata-rata peniaga adalah daripada bangsa Cina dan rata pengunjung di sini juga adalah pelancong luar. Bagi yang beragama Islam, cari makan di Jalan Alor mungkin sangat tidak sesuai kecuali kalau anda beli buah sahaja.


Semoga beberapa cadangan tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam seperti di atas memberi anda secebis dua idea di mana untuk menghabiskan masa dan lepak-lepak bersama kawan-kawan atau keluarga kelak. Selamat mencuba. Wassalam.

4.1/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

Nasi Dagang Kelantan di Kg Baru

Baru-baru ni sambil menunggu guest datang kat KLCC, saya sempat ke Kg Baru untuk lunch dan duk usyar-usyar kedai makan best di KL ni,...

7 Kedai Makan Artis di KL Selangor – Sedap ke tak?

Ramai artis-artis di Malaysia ini bukan sahaja melibat diri dalam seni hiburan, malah turut tidak ketinggalan untuk menceburkan diri dalam cabang perniagaan. Salah satu...

12 Tempat Makan “Nature” di KL & Selangor

Mencari tempat-tempat best untuk lepak-lepak dan makan-makan memang mudah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Selain mempunyai banyak tempat hiking, KL & Selangor juga...

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan bandar metropolitan yang padat dengan pencakar langit dan tempat-tempat menarik. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan...

7 Perkhidmatan Van Sewa di Kuala Lumpur yang Terbaik dan Murah

Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Saliha
Saliha
2 years ago

Kalau stay d hotel transit kl jauh ke dgn uptown ni

Roky
Roky
4 years ago

KL x sedap , penang sedapp

Zambri
4 years ago

Bukit bintang.. KLCC mmg tetbaik pada waktu malam.

Zambri
4 years ago

Kuala Lumpur memang banyak tempat menarik di waktu malam. Lebih2 lagi area KLCC dan bukit bintang. Kalau saya pg KL mmg 2 tempat ni akan saya lawat pada malam hari.

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x