Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi malah menjadi salah satu destinasi percutian yang sangat popular di Malaysia di kalangan warga asing. Walaupun pada anggapan kita luas kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak sebesar kebanyakan negeri-negeri lain, namun sebaliknya memang banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dilawati.


Bahkan, ada banyak destinasi pelancongan di KL yang hanya boleh didapati di sini dan tiada di tempat lain. Dan yang paling best tentang KL ini adalah, semua makanan tradisional setiap negeri di Malaysia boleh dijumpai di sini. Lokasinya juga strategik berdekatan dengan banyak tarikan pelancongan di negeri berjiran seperti destinasi menarik di Melaka, Selangor ataupun Negeri Sembilan. Di bawah kami sediakan bahagian-bahagian berkaitan destinasi pelancongan di KL untuk rujukan kita semua. Sila teroka setiap bahagian untuk lebih memahami apa tempat pelancongan menarik yang ada dan apa aktiviti menarik di KL yang boleh kita semua lakukan.



Muzium & Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur

senarai tempat menarik di kuala lumpur

Kuala Lumpur mempunyai banyak destinasi bersejarah yang perlu dilawati oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk lebih mengenali asal usul bagaimana pembentukan Malaysia bermula. Di bahagian ini kita boleh melihat hampir kesemua tempat-tempat pelancongan yang bersejarah di Kuala Lumpur seperti muzium, galeri, memorial dan sebagainya yang boleh kita lawati. >>baca lagi


Tempat Membeli Belah di Kuala Lumpur

tempat shopping beli kuala lumpur

Bagi yang kaki shopping, jom kita lihat majoriti tempat membeli belah yang popular yang ada di Kuala Lumpur. Kalau bercakap pasal tempat membeli belah di Kuala Lumpur, memang tiada tempat lain di Malaysia yang boleh tandingi. Banyak sungguh. >> baca lagi


Zoo dan Taman Haiwan di Kuala Lumpur

taman burung kuala lumpur

Senarai destinasi-destinasi menarik di Kuala Lumpur yang mempunyai binatang dan haiwan-haiwan yang menarik untuk dilihat. Tempat pelancongan sebegini sesuai untuk dilawati bersama kanak-kanak atau keluarga. Destinasi di bahagian ini lebih tertumpu di kawasan seperti zoo, aquaria, taman haiwan dan sebagainya. >>baca lagi


Taman Tema, Hiburan & Galeri di Kuala Lumpur

tempat menarik di kuala lumpur kanak kanak

Bagi yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh ke beberapa lokasi percutian yang menawarkan permainan dan tarikan yang lebih seronok seperti taman tema dan tempat hiburan keluarga. Berikut merupakan beberapa tarikan sukaria yang ada di Kuala Lumpur yang dikategorikan sebagai produk pelancongan.>>baca lagi


Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

tempat menarik di kuala lumpur untuk keluarga

Walaupun bandar Kuala Lumpur padat dengan pembangunan, tidak bermakna tiada langsung tempat menarik yang lebih kearah alam semulajadi yang boleh kita kunjungi. Sila ikuti bahagian ini untuk mengetahui tempat pelancongan seperti hutan simpan, tasik, taman awam dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Kuala Lumpur Pada Waktu Malam

tarikan pelancongan di kuala lumpur

Kuala Lumpur mempunyai banyak tarikan menarik pada waktu malam yang boleh anda kunjungi. Tarikan ini lebih kepada kawasan mercu tanda, tempat lepak dan juga tarikan pasar-pasar malam yang popular.>>baca lagi


Tempat Percutian di Kuala Lumpur yang Percuma

tempat menarik di kl yang percumatempat menarik di kl yang percumatempat menarik di kl yang percumatempat menarik di kl yang percuma

Bagi yang ingin bercuti ke Kuala Lumpur secara bajet, apa kata anda jenguk seketika di bahagian ini. Di sini terdapat kesemua tempat menarik di Kuala Lumpur yang tidak memerlukan bayaran tiket masuk. Mungkin kos yang diperlukan kalau bercuti ke sini adalah duit minyak, tol, makan dan mungkin juga bayaran tempat letak kereta di beberapa destinasi.>>baca lagi


Tempat Makan yang Menarik di Kuala Lumpur

tempat makan menarik di kuala lumpur

Kuala Lumpur mempunyai banyak destinasi samaada restoran, medan selera, warung atau bazar yang menyediakan makanan yang sedap dan menarik. Boleh dikatakan, apa jenis makanan dari negeri lain di Malaysia, boleh didapati di sini. Dalam bahagian ini anda boleh rujuk sendiri restoran & tempat makan yang menarik serta popular di KL yang boleh anda cuba baik untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.>>baca lagi


Semoga perkongsian ini memberi anda inspirasi dan manfaat sebagai rujukan untuk bercuti ke tempat-tempat yang menarik di Kuala Lumpur kelak. Sila kongsikan dengan sahabat sekiranya panduan ini berguna untuk semua. Wassalam.