Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Kuala Selangor – Paling Popular

Kuala Selangor merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan beberapa tarikan unik dan juga eksotik. Berikut merupakan beberapa tempat-tempat menarik di Kuala Selangor yang sering menjadi pilihan pelancong ketika musim cuti sekolah atau di hujung minggu.

Selain itu Kuala Selangor juga terkenal dengan destinasi yang menawarkan banyak restoran ikan bakar dan makanan laut yang agak pelik seperti mentarang, lokan, daging pelanduk, kancil dan rusa. Jom kita terjah satu persatu tarikan pelancongan di Kuala Selangor yang berbaloi untuk dilawati kelak. Sekiranya anda ingin mencari lokasi percutian lain di Selangor, sila ke panduan cuti-cuti Selangor di setiap daerah.


6 Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Kuala Selangor

1. ‘Eagle Feeding’ di Pasir Penambang

tempat menarik di kuala selangorBukan di Pulau Langkawi sahaja anda berpeluang melihat burung helang secara live menyentap makanan di dalam sungai, di Kuala Selangor pun ada iaitu di Pasir Penambang.

Di sini ada sebuah jeti dan anda boleh beli tiket untuk menaiki bot ke kawasan burung helang berterbangan di tengah sungai. Tak jauh pun. Setiap pengunjung akan disediakan dengan life jacket untuk keselamatan.

Tiketnya sekitar RM 25/dewasa dan RM15/kanak-kanak. Masa nak tengok helang ini agak terhad iatu antara pukul 4.00 petang sehingga 6.30 petang sahaja. Anda boleh terus ke jeti di Pasir Penambang untuk melihat burung helang secara live (tonton video di bawah).

sumber video ini daripada youtube oleh SpeedemonSTi.

Anda boleh hubungi D Tour Kuala Selangor seperti di bawah sekiranya nak melihat burung helang secara live di Kuala Selangor.

No 1. Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor. Tel: +6 019-263 9123/+6 017-639 5017


2. Taman Alam Kuala Selangor

aktiviti menarik di kuala selangorSatu destinasi tempat menarik di Kuala Selangor yang sangat popular terutamanya pada bulan September sehingga ke April setiap tahun. Ini kerana pada ketika ini Taman Alam Kuala Selangor akan menjadi persinggahan burung-burung dari luar negara dan juga tempatan. Antara spesis burung tempatan yang ada di sini:

  • burung bakau
  • burung bangau
  • ketitir
  • pekaka
  • raja udang
  • pucong
  • serandau
  • helang bahu hitam

bercuti ke kuala selangorSebab itu anda juga akan mendapati ketika ini banyak burung-burung dari bahagian sejuk di hemisfera utara akan ke sini untuk mencari makanan. Antara jenis-jenis burung yang berhijrah ke sini saban tahun ialah:

  • purple herow
  • reat eagle
  • tiger shrike
  • brown shrike
  • arctic shrike
  • warbler
  • purple swamphen

Taman Alam Kuala Selangor menempatkan pelbagai jenis spesis burung dari dalam dan luar negara. 50 spesis daripada 150 spesis burung yang ada di sini berasal dari luar negara seperti dari Siberia dan juga Russia.

Selain melihat burung-burung liar, ada juga beberapa aktiviti menarik lain yang boleh dibuat di sini seperti:

  • meredah hutan paya bakau – di Taman Alam Kuala Selangor juga ada hutan paya bakau yang menjadi ekosistem semulajadi bagi hidupan di sini. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti jungle trekking dan melihat binatang paya bakau yang liar, boleh mencubanya di sini.

3. Kelip-Kelip Kg. Kuantan

kelip kelip kuala selangorSatu lagi tarikan unik di Kuala Selangor yang sememangnya tidak asing ialah melihat serangga kelip-kelip di Kampung Kuantan. Bagi yang belum pernah melihat dan merasai sendiri kecantikan kelip-kelip di sepanjang sungai, anda boleh mencubanya di sini.

Tambang untuk satu bot hanya RM 50 untuk 4 orang termasuk life jacket. Kalau anda datang berdua, anda boleh berpakat dengan pengunjung lain yang juga berdua untuk sewa satu bot, lebih jimat.

Tips, jangan lupa untuk membawa mosquito repellent, maklumlah di kawasan gelap dalam sungai, memang banyak nyamuk.

Boleh dikatakan melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan merupakan satu aktiviti dan tempat percutian menarik di Selangor yang sering menjadi pilihan pengunjung luar kalau ke sini kerana, di negeri lain susah nak cari tempat pelancongan seperti di Kampung Kuantan.


4. Pantai Remis Sungai Sembilang

apa menarik di kuala selangorDi Kuala Selangor juga terdapat sebuah pantai rekreasi yang sesuai sekiranya anda nak relaks-relaks tepi pantai. Lokasinya kira-kira 18 km dari pekan Kuala Selangor dan terletak di Sungai Sembilang, Jeram.

Seperti di kebanyakan pantai-pantai rekreasi lain, di sini anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti memancing, lepak-lepak tepi pantai dan bermain layang-layang.

Destinasi ini memang ramai terutamanya di hujung minggu, dan kalau datang pada waktu senja, jangan lupa untuk ambil gambar matahari terbenam. Memang cantik !

Di sekitar Pantai Remis juga terdapat beberapa medan ikan bakar yang popular seperti Aroma Ikan Bakar dan Restoran Nur Cahaya Seafood, dan sesuai menjadi persinggahan makan malam selepas lepak-lepak di pantai.


5. Bukit Malawati

tempat pelancongan kuala selangorKuala Selangor tidak ketinggalan mempunyai tarikan tempat bersejarah dan salah satunya ialah di Bukit Melawati. Kerana lokasinya yang berbukit dan strategik, Bukit Melawati pernah menjadi kawasan jajahan Belanda dulu-dulu, dan di atas Bukit Malawati ini ada  sebuah rumah rehat, rumah api, rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan kesan-kesan peninggalan sejarah seperti:

  • Makan Anak Dara – makam seorang gadis warak yang dipaksa berkahwin dan telah menghilangkan diri di Sungai Selangor ketika mengambil air sembahyang.
  • Makan Diraja Sultan Salahuddin ( Sultan Selangor yang pertama)
  • Makan Diraja Sultan Ibrahim ( Sultan Selangor yang kedua)
  • Makan Diraja Sultan Mahmud ( Sultan Selangor yang ketiga)
  • Perigi Beracun – air perigi (campuran miang rebung & beberapa jenis getah) yang sangat beracun digunakan untuk meyeksa penderhaka.
  • Tangga Seratus – tangga dari Pekan Kuala Selangor yang menuju ke pintu Melawati.
  • Telaga Tujuh – dulunya merupakan sebuah telaga yang ada 7 sumber mata air, tetapi kini kebanyakannya telah tertimbus.
  • Batu Hampar – batu berbusut di bahagian pintu masuk Kota Melawati yang lebarnya kira-kira 5 kaki dan dipercayai menjadi tempat untuk memancung kepala penderhaka.
  • Busut Melawati – kemuncak di atas pokok sena yang dipercayai tempat berehatnya Sultan Selangor dahulu.
  • Tempat Melihat Anak Bulan – pondok binaan yang digunakan sebagai lokasi untuk melihat anak bulan pada bulan Ramadhan, Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun.
  • Meriam Penggawa – meriam yang terletak di 3 makan sultan diraja yang senantiasa berbalut dengan kain kuning.
  • Bukit Belanda – merupakan Kubu Pertahanan Belanda yang pertama selepas Belanda berjaya menewaskan Raja Hadi. Terdapat juga sebatang pokok besar yang dikatakan menjadi menara bagi para peninjau melihat musuh.
  • Kota Melawati – kubu pertahan yang dibina ketika pemerintahan Sultan Selangor yang kedua bagi melawan ancaman Belanda. Terdapat juga beberapa meriam di sini.

Di sini juga terdapat perkhidmatan keretapi kecil/trem untuk meronda-ronda di sekitar Bukit Melawati, namun hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Tiketnya hanya RM 2.00 seorang.


6. Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

jalan jalan ke kuala selangorHanya terletak lima minit dari Bukit Melawati dengan menaiki keretapi/trem dan sesuai sebagai tempat untuk lebih mendalami ilmu ikan air tawar di Negeri Selangor khususnya. Di sini kebanyakan ikan air tawar yang ada diperolehi dari sekitar Sungai Selangor di Kuala Selangor.

Taman Ikan Air Tawar ini menempatkan lebih 1500 ekor ikan yang terdiri daripada lebih 60 spesis dan antaranya ialah:

  • Ikan Kelisa ( Golden Arowana)
  • Ikan Toman ( Giant Snakehead)
  • Ikan Buaya
  • Ikan Kelah ( Tor Tambra)
  • Ikan Lampan ( Javenese Crap)
  • Ikab Belida ( Featherbask)
  • Ikan Keli ( Catfish)

Di sini juga ada sebuah galeri yang menempatkan informasi berkaitan ikan air tawar seperti peralatan menangkap dan sejarah ikan air tawar di negeri Selangor. Satu tempat menarik di Kuala Selangor yang sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak untuk lebih mengenali ekosistem ikan air tawar dan mengenali bubu-bubu tradisional seperti

  • bubu udang
  • bubu daun
  • bubu saadah
  • raga tok
  • raga batanng
  • serkap

Tempat menarik di Kuala Selangor untuk makanan eksotik

1. Mentarang dan Lokan

mentarang lokan kuala selangorAda beberapa tempat di sekitar Kuala Selangor yang menyediakan makanan menarik dan agak eksotik dicuba seperti mentarang dan lokan.

Mentarang ini seperti kupang dan kerang tetapi isi dia lebih lembut dan lemak.

Selain di sekitar Pantai Remis, salah satu tempat makan best di Kuala Selangor kalau nak mencuba mentarang ialah di sekitar Kampung Sungai Leman di Sekinchan.

Di sini ada beberapa gerai yang menjual mentarang samada mentah ataupun yang sudah dimasak.

Ada beberapa jenis masakan mentarang yang ada di sini samaada bakar, goreng celup tepung ataupun masak lemak cili padi. Namun kalau anda nak merasai rasa asli mentarang, boleh mencuba yang dibakar dan di’grill’ kosong.


2. Daging rusa, pelanduk, kancil dan landak

restoran sedap di kuala selangorBagi yang kepingin merasa makanan eksotik seperti rusa dan pelanduk, anda boleh mencuba di salah satu tempat makan yang sangat popular yang terletak kira-kira 30 km dari Kuala Selangor. Kalau ‘on the way’ dari KL tu memang sesuai menjadi persinggahan makan tengahari. Kedai yang dimaksudkan ialah di Restoran Lembah Bernam.

Memandangkan nak menjual makananan seperti landak ini memerlukan lesen khas, jadi kadar jualan harian mengikut kilogram pun terhad. Ini adalah sebahagian daripada terma dan syarat lesen Perhilitan kalau nak menjual makanan eksotik seperti landak. Jadi pastikan anda datang awal atau telefon dahulu kalau nak makan landak.

Harga daging eksotik seperti landak ini memanglah mahal, dan boleh mencecah RM 120 sekilo.

Alamat: Restoran Lembah Bernam. Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan.
Waktu beroperasi : 11.00 am – 5.00 pm (Jumaat ditutup). Tempahan dan pertanyaan sila berhubung dengan : 019-2133665 atau 017-2858603
Selain pelanduk dan landak, di sini juga ada menyediakan makanan-makanan laut lain seperti udang galah, ikan baung, ayam kampung dan sebagainya. Maklumat lanjut mengenai kedai ini anda boleh ke sini untuk membaca laporan Kosmo. Salah satu lagi restoran yang menyediakan makanan eksotik sebegini ialah di Restoran Selera Rimba yang terletak tidak jauh dari Restoran Lembah Bernam, tapi agak pedalaman sikit.

Semoga beberapa tempat menarik di Kuala Selangor ini memberi anda idea mana nak pergi pada cuti sekolah dan hujung minggu. Selamat mencuba.

4.6/5 - (24 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay Kuala Selangor – KEMAS & SELESA

Bercuti di Selangor memang memuaskan kerana banyak sahaja tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan lawati. Kuala Selangor yang merupakan bandar terbesar di Selangor...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ahmad
4 years ago

Sawah Padi di Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang sesuai untuk aktiviti memancing ikan puyu dan haruan, Pantai Sungai Kajang pemandangan pantai di Tanjung Karang. Kawasan memancing pun banyak. Nak pancing udang galah di Sungai Tengi Tg Karang boleh sewa bot,Nak sewa bot untuk memancing ke laut pun ada.

syahril
syahril
5 years ago

Sekinchan bukan kuala selangor tapi dibawah daerah sabak bernam.

Liana
Liana
6 years ago

Saya dah bercuti ke sini bulan March 2017 yang lepas….
Kalau port makan tu, memang kira okay la…
Taman Alam suram je..tak ada pengunjung, banyak nyamuk…
Taman Ikan Air Tawar pun tak ada pengunjung. Akuarium kosong, tak ada pun ikan-ikan yang di sebutkan.
Lain-lain tempat dilawati kira dalam kategori 2-3 bintang je lah…

Yusri
6 years ago

Terima kasih mempopularkan kawasan pelancongan di kawasan kami.Ini memang tempat kelahiran saya dan rasa bangga tempat ini semakin dikenali. Jom berkunjung ke blog saya http://homestay-tanjungkarang.blogspot.my/

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x