Halaman ini memaparkan senarai tempat-tempat menarik di Malaysia yang telah dikategorikan mengikut negeri masing-masing. Sila baca sinopsis ringkas di bawah tentang tarikan utama yang ada di setiap negeri dan untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap sila terokai lagi halaman masing-masing.


Semoga panduan ini membantu anda melancong atau bercuti ke semua tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia kelak.



Tempat Menarik di Kuala Lumpur

tempat menarik kl tourism 2017

Ibu negara bagi negara Malaysia yang menawarkan banyak destinasi pelancongan yang menarik terutamanya tempat-tempat bersejarah, hiburan keluarga, mercu-mercu tanda negara dan juga mempunyai pilihan tempat shopping yang cukup banyak. Selain itu Kuala Lumpur juga mempunyai banyak pilihan tempat makan yang menarik di samping lokasi bandar KL itu sendiri yang tidak jauh dari kawasan pelancongan dalam negeri Selangor.>>baca lagi


Tempat Menarik di Selangor

tempat menarik selangor 2017

Selangor merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai jenis tarikan pelancongan baik tempat membeli belah, pantai, resort-resort yang menarik, destinasi air terjun dan sebagainya. Cerita bab makan pula, memang boleh katakan apa jenis makanan negeri lain dan luar negara yang ada di sini. Macam-macam ada! >>baca lagi


Tempat Menarik di Melaka

tempat menarik melaka 2017

Walaupun Melaka mempunyai keluasan yang tidak sebesar kebanyakan negeri lain, namun kalau bercakap dari segi populariti destinasi pelancongan, Melaka lebih terkenal berbanding negeri-negeri lain. Tempat menarik di Melaka lebih kearah kawasan tapak peninggalan bersejarah, kebudayaan dan juga muzium-muzium yang menarik untuk diterokai.>>baca lagi


Tempat Menarik di Negeri Sembilan

bercuti ke port dickson negeri sembilan

Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat perpatih dan pengaruh masyarakat Bugis dalam budaya orang tempatan tidak ketinggalan menawarkan beberapa destinasi pelancongan menarik untuk dilawati seperti di Port Dickson dan juga Seremban. Destinasi-destinasi ini juga sering menjadi pilihan warga kota KL atau Selangor kerana lokasinya yang tidak jauh.>>baca lagi


Tempat Menarik di Pulau Pinang

destinasi pelancongan pulau pinang 2017

Terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara, destinasi pelancongan di Penang memang sangat sinonim dengan banyak tempat makan menarik untuk dicuba seperti nasi kandar, laksa penang dan sebagainya. Tarikan pelancongan di Pulau Pinang juga boleh dikatakan cukup lengkap baik kawasan pantai peranginan, tarikan hiburan keluarga, tempat bersejarah dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Johor

johor tourism pelancongan 2017

Negeri Johor Darul Takzim merupakan negeri yang agak luas dan mempunyai pelbagai tarikan yang sangat popular di kalangan pelancong dalam mahupun luar negara seperti pulau-pulau peranginan, resort bersama taman tema, air terjun dan sebagainya. Di Johor juga terdapat banyak pilihan makanan yang sedap-sedap seperti laksa Johor, Mee Bandung Muar, Beriyani Gam dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Terengganu

tempat menarik di terengganu 2017

Negeri pantai timur yang sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pantai peranginan, tasik buatan manusia di Kenyir dan rangkaian pulau-pulau yang tidak lekang menjadi kunjungan pelancong dalam dan luar negara. Selain mempunyai loghat bahasanya yang agak sukar untuk difahami oleh orang luar, negeri Terengganu juga mempunyai pelbagai jenis lauk pauk tradisional yang menarik serta kuih muih yang pelik nama tetapi sedap rasanya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Kelantan

tempat percutian menarik kelantan

Negeri Kelantan pula memang terkenal dengan makanan-makanannya yang pelbagai aneka baik jenis nasi, lauk pauk mahupun kuih muih. Kalau bercuti ke tempat-tempat menarik di Kelantan, jangan lupa untuk mencuba makanan di sini. Rata-rata destinasi di Kelantan lebih kepada tarikan alam semulajadi dan juga kawasan membeli belah yang terbuka seperti pasar pagi, pasar malam, kawasan bebas cukai dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Pahang

cameron highland pahang tourism

Kalau bercakap pasal tempat menarik di Pahang memang cukup banyak sekali. Baik tempat peranginan tanah tinggi, air terjun, taman tema mahupun pantai peranginan, negeri Pahang memang ada destinasi-destinasi sebegini. Dari segi budaya dan loghat bahasanya memang agak senang untuk difahami dan makanan yang terkenal di Pahang sudah tentulah aneka ikan-ikan air tawar yang eksotik dan menarik untuk dirasa seperti patin, karai dan baung.>>baca lagi


Tempat Menarik di Perak

tempat menarik ipoh perak 2017

Negeri perak mempunyai beberipa destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati seperti gua-gua batu kapur, taman rekreasi yang menarik di Banding, resort taman tema seperti di Bukit Merah Laketown Resort, Lost World Tambun dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Kedah

destinasi percutian kedah

Kedah yang terkenal dengan jelapang padinya yang menghijau cukup terkenal dengan beberapa destinasi pelancongan yang bertaraf dunia terutamanya di Pulau Langkawi. Selain di Pulau Langkawi, tempat menarik di tanah besar Kedah juga kaya dengan khazanah alam semuljadi baik hutan simpan, gunung ganang, pantai, kolam air panas dan sebagainya.>>baca lagi


Tempat Menarik di Perlis

bercuti ke perlis tempat menarik

Negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di arah paling utara Semenanjung Malaysia. Perlis menawarkan beberapa tarikan pelancongan yang sesuai untuk dilawati bersama keluarga seperti produk agrotourism dan juga tarikan alam semulajadi seperti gua dan hutan-hutan simpan.>>baca lagi


Tempat Menarik di Sarawak

bercuti ke sarawah kuching

Negeri yang terbesar di Malaysia ini mempunyai khazanah alam semuljadi yang cukup menakjubkan bahkan diperakui oleh dunia sebagai salah satu hutan tropika yang paling tropika di atas muka bumi ini. Selain kaya dengan flora fauna di hutan simpan, Sarawak juga terkenal dengan kebudayaan suku kaum tempatan yang pelbagai.>>baca lagi


Tempat Menarik di Sabah

bercuti ke sabah 2017

Bagi yang inginkan tempat pelancongan di pulau yang paling menarik di Malaysia, sangat dicadangkan untuk membuat survey di rangkaian pulau-pulau yang ada di Sabah seperti Pulau Sipadan, Mabul dan sebagainya. Hidupan marin di sini di memang sangat menarik dan susah nak dijumpai di tempat lain di Malaysia.>>baca lagi


Akhir kata, memang banyak tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia baik di darat, hutan, laut , pulau dan sebagainya. Rancang percutian anda dan jadilah pelancong tempatan yang bijak. Apa yang penting, sokonglah industri pelancongan di dalam negara kita, kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi. Wassalam.