Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

35+ Tempat Menarik di Cameron Highland, Pahang Paling Popular Untuk Diterokai

Sekiranya anda orang Semenanjung Malaysia & belum pernah bercuti di Cameron Highland walaupun sekali, jangan ‘hati koyak’ pula kalau anda sebenarnya boleh dilabelkan sebagai warganegara yang tidak lengkap ciri-ciri sebagai orang Malaysia. Sedangkan pelancong asing sudah berkali-kali bercuti ke sini mengapa tidak anda ? Cameron Highlands boleh dikatakan tempat percutian di Pahang yang paling popular bukan sahaja di kalangan orang Malaysia bahkan turut menjadi tumpuan pelancong luar negara untuk melihat keindahan & keunikan destinasi pelancongan yang terdapat di sini. Tidak hairanlah saban hujung minggu atau cuti sekolah memang ramai pelancong yang datang bercuti di Cameron Highlands sehingga sesak jadinya.

Destinasi percutian pada altitud tanah tinggi dengan suhu yang sejuk juga sangat sesuai untuk anda jadikan Cameron Highland sebagai tempat berbulan madu ataupun destinasi percutian istimewa bersama pasangan bersempena ulang tahun perkahwinan. Malah, tidak kurang juga institusi pendidikan samada sekolah atau kolej yang menganjurkan lawatan sambil belajar ke sini kerana terdapat beberapa tempat menarik di Cameron Highland yang berkonsepkan pengisian ilmu seperti di Taman Agroteknologi MARDI, Kilang Pemprosesan Teh, Time Tunnel Museum, Ladang Teh BOH & sebagainya.

Untuk memudahkan anda bercuti ke sini kelak, ayuh sama-sama kita terokai lebih 35+ tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang popular & kurang popular tapi tetap best ! Tidak ketinggalan, tersedia juga maklumat penting untuk pelancong seperti peta lokasi, jarak lokasi dengan anda, waktu operasi, harga tiket & juga hotel terdekat. Sekiranya anda inginkan percutian di Cameron Highlands lebih menyeronokkan, cubalah datanglah ke sini pada waktu bukan cuti sekolah kerana lebih kurang sesak. Untuk penginapan di Cameron Highland pula, kawasan pekan sekitar Brinchang & Tanah Rata adalah dua lokasi utama yang mempunyai banyak pilihan hotel atau resort menarik.


35+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Cameron Highland, Pahang

1. Ladang Teh BOH Sungai Palas

Ladang-Teh-boh-Sungai-Palas

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terdapat beberapa lokasi ladang Teh Boh di Cameron Highland yang boleh anda lawati. Lokasi yang paling popular di kalangan pelancong adalah di Sungai Palas, Brinchang yang juga dikenali sebagai Boh Teh Centre Sungai Palas. Memandangkan ladang teh ini adalah yang paling popular maka tidak hairanlah pada waktu cuti sekolah, berpusu-pusu pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati keindahan sekelilingnya. Malah, ladang teh boh ini juga sering menjadi lokasi penggambaran filem di Malaysia seperti filem Ombak Rindu.

Seperti juga di satu lagi lokasi Ladang Teh Boh di Ringlet, aktiviti menarik di sini pada dasarnya adalah sama iaitu menikmati hidangan teh atau pencuci mulut di kafe, melihat pameran, melawat kilang teh, membeli teh BOH untuk dijadikan sebagai buah tangan & yang paling best, adalah menikmati keindahan panorama ladang teh boh yang terbentang luas umpama sebidang permaidani hijau. Kalau anda berbulan madu di Cameron Highland, destinasi ladang teh sebegini adalah wajib untuk anda singgah kerana aktivitinya lebih santai untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama yang tersayang.

Alang-alang sudah sampai di ladang teh di Cameron Highland ini, jangan lupa untuk bergambar & berswafoto bersama keluarga untuk dijadikan kenang kenangan. Pada waktu puncak, boleh ‘potong mood’ juga untuk datang ke sini kerana kesesakan lalu lintas yang kadang-kadang agak teruk. Namun anda jangan bimbang, anda boleh gunakan Plan B untuk ke destinasi ladang teh lain seperti Ladang Teh Boh di Ringlet ataupun Bharat Teh Garden. Sekiranya anda berhasrat ke sini, sila berhati-hati ketika memandu kerana jalan raya menuju ke Ladang Teh Boh Sungai Palas agak berliku-liku, sempit & bumpy sedikit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4962096 | Facebook | Website

  • Sungai Palas Garden, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Ladang Teh Boh Sungai Palas

  • Selasa-Ahad
    • 8.30 am – 4.30 pm
  • Isnin tutup

Harga Tiket Ladang Teh Boh Sungai Palas

  • Percuma ( destinasi ladang teh)


2. Mossy Forest & Gunung Mini Irau

mossy forest gunung brinchang cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang sukakan aktiviti pengembaraan & pendakian, antara tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh anda terokai adalah Mossy Forest, Gunung Mini Irau ataupun Gunung Irau. Mossy Forest atau nama Melayunya, Hutan Berlumut merupakan kawasan hutan yang sangat cantik & mempunyai landskap hutan yang sangat mempersonakan. Mana tidaknya, di sini anda boleh melihat begitu banyak & betapa tebalnya lumut yang terdapat pada pokok-pokok di sepanjang perjalanan. Tahukah anda, lumut-lumut ini memerlukan masa 70-100 tahun untuk membentuk sebegini. Tidak hairanlah, banyak penggambaran filem dijalankan di sini seperti filem Puteri Gunung Ledang.

Eksplorasi Mossy Forest ini dikategorikan sangat mudah untuk sesiapa sahaja kerana terdapat platform jalan kaki berkayu sepanjang 200 meter yang boleh anda lalui. Malah, adalah menjadi kesalahan sekiranya tidak menggunakan platform kayu ini. Ini bertujuan untuk menjaga lumut-lumut tebal & juga tumbuhan eksotik yang ada di sekitarnya seperti periuk kera. Di pertengahan perjalanan di platform ini, terdapat juga menara tinjau yang boleh anda naik untuk melihat panorama sekeliling yang sangat saujana mata memandang. Dari menara tinjau, anda boleh melihat puncak Gunung Brinchang yang merupakan titik tertinggi di Tanah Tinggi Cameron.

Di penghujung platform ini, terdapat kaunter permit untuk lapor diri & anda perlu check-in sekiranya ingin meneruskan perjalanan ke Gunung Mini Irau atau ke Gunung Irau. Pendakian menuju ke Gunung Mini Irau melalui denai hutan lebih terasa adventurous & memakan masa sekitar 2-3 jam. Satu tempat jungle trekking & pendakian di Cameron Highlands yang sangat disyorkan untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak sebegini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia

  • 7.00 am – 6.00 pm

  • Mossy Forest ( Percuma )
  • Mendaki Gunung Mini Irau atau Gunung Irau
    • RM 10 untuk bayaran permit


3. Nova Highlands Resorts & Residence

hotel menarik di cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian ke Cameron Highland bersama anak-anak semestinya membuatkan anda mencari satu penginapan yang mesra keluarga & mudah untuk melakukan aktiviti menarik bukan ? Apa kata terokai hotel ini. Hotel ini menawarkan pilihan bilik tidur yang banyak seperti suite, deluxe ataupun penthouse. Hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa destinasi pelancongan di Cameron Highland yang popular yang boleh anda sekeluarga berjalan berkaki sahaja seperti ke Orchid & Rose Garden, Taman Rama-Rama Cameron Highlands, Ee Feng Gu Bee Farm & juga Q&R Garden.

Tidak cukup dengan itu, destinasi hotel ini juga hanya bersebelahan sahaja dengan Cameron Square iaitu sebuah pusat membeli belah 3 tingkat yang lengkap dengan pelbagai tarikan membeli belah & hiburan keluarga. Antara tempat menarik di dalam Cameron Square yang boleh anda lawati bersama anak-anak adalah Muzium 3D Cameron Highlands yang terletak di aras 2 & juga Holiday’s Park iaitu sebuah taman permainan kanak-kanak indoor. Manalah tahu, sekiranya hari hujan bolehlah anda melakukan aktiviti indoor bersama anak-anak di dalam Cameron Square ini.

Kalau sudah bosan dengan makanan di hotel, anda juga boleh mencari makanan-makanan lain di dalam Cameron Square ini. Sekiranya anda ingin melawat Mossy Forest ataupun ladang teh di Cameron Highlands yang paling popular iaitu Ladang Teh BOH Sungai Palas, hotel ini adalah yang terdekat untuk anda mulakan pengembaraan. Satu penginapan di Cameron Highland yang strategik, selesa & sesuai untuk sesiapa sahaja.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-4968806 | Facebook | Website

  • Jalan Aranda Nova, Greencow 39100 Cameron Highlands Pahang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


4. Taman Rama-Rama

Taman rama rama cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang sangat disyorkan untuk 2 kategori pelancong, iaitu pelancong yang mencintai bunga & yang mencintai haiwan. Walaupun nama destinasi ini adalah taman rama-rama, tidak bermakna hanya rama-rama sahaja yang boleh anda lihat. Terdapat juga tarikan lain yang turut mewarnai keindahan taman ini. Taman yang tertutup & mempunyai hiasan pokok bunga berwarna warni ini sangat sesuai untuk dilawati oleh mereka yang berbulan madu di Cameron Highland ataupun bersama anak-anak.

Suasananya sangat mendamaikan & pengalaman melihat serangga comel ini berterbangan di dalam taman membuatkan anda terasa ingin memilikinya untuk diletakkan di halaman rumah. Kalau bernasib baik, anda boleh melihat rama-rama ini hinggap di atas kepala atau bahu anda. Satu pengalaman yang pasti mengujakan bukan ? Selain rama-rama, terdapat juga beberapa spesis binatang eksotik lain untuk tontonan pengunjung seperti kala jengking, iguana, tarantula, angsa, ular, tupai, anak kanggaru & sebagainya.

Tempoh masa melawat ke sini juga bergantung kepada anda. Sekiranya anda ingin menerokai satu persatu, boleh memakan masa sehingga berjam lamanya. Lokasi destinasi ini hanya terletak di tepi jalan besar serta berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Cameron Highland yang lain yang boleh anda jalan kaki sahaja seperti Eu Feng gu Bee Garden, Orchid & Rose Garden & Cameron Square. Lokasinya juga sangat berdekatan dengan sebuah hotel yang sangat popular di Brinchang iaitu Nova Highland Resort & Residence yang terletak hanya 100 meter sahaja dengan Taman Rama-Rama Cameron Highland ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-5295568 | Facebook | Website

  • Taman Rama-Rama Cameron Highlands, 43rd Miles, Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi Taman Rama-Rama Cameron Highland

  •  Isnin-Jumaat
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu-Ahad
    • 8.00 am – 7.00 pm
  • Cuti Umum & Cuti Sekolah
    • 8.00 am – 7.30 pm

Harga Tiket Taman Rama-Rama Cameron Highland

  • Dewasa
    • RM 7
  • Kanak-kanak
    • RM 4


5. BOH Tea Centre Ringlet (Habu)

boh tea garden ringlet habu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi tarikan pelancongan di Cameron Highland untuk dilawati adalah Ladang Teh Boh di Ringlet atau juga dikenali sebagai Boh Tea Garden Habu. Walaupun Ladang Teh Boh di Sungai Palas lebih popular tetapi Ladang Teh Boh di Ringlet ini adalah yang terbesar di Cameron Highland. Pemandangan hijau hamparan ‘permaidani ladang teh’ ini pasti memberi satu ketenangan yang mengusik jiwa & kalau datang ke sini wajib bawa kamera untuk sesi bergambar untuk dijadikan kenangan.

Di sini juga menempatkan sebuah kafe di mana pelancong boleh menikmati rasa teh asli Boh yang segar & juga aneka pencuci mulut seperti kek. Menikmati teh panas & kek yang cantik berhadapan dengan keindahan ladang teh, semestinya akan membuatkan anda terasa ‘syahdu’ sekali. Ada juga beberapa ruangan pameran yang berkaitan dengan hal perihal teh Boh & juga tempat untuk membeli cenderahati seperti teh BOH berperisa & sebagainya.

Selain itu terdapat juga sebuah Kilang Pemprosesan Teh Boh yang dibuka untuk lawatan umum & sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian. Sesudah menikmati hidangan di kafe, bolehlah terus naik ke puncak bukit melalui denai yang disediakan untuk melihat pemandangan Ladang Teh Boh Ringlet dari sudut yang lebih menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4931324 | Facebook | Website

  • BOH Tea Garden, 39000, Ringlet, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Boh Tea Garden di Ringlet

  • Selasa-Ahad
    • 9.00 am – 4.30 pm
  • Isnin tutup

Harga Tiket Boh Tea Garden di Ringlet

  • Percuma ( destinasi ladang teh)


6. Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 2

ladang teh bharat cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ladang Teh Bharat di Cameron Valley ini terletak tidak jauh dari kawasan Tanah Rata sekitar 2-3 km sahaja. Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Pekan Tanah Rata, ladang teh ini adalah yang paling dekat yang boleh dilawati. Seperti tersingkap pada namanya, ladang teh ini dikendalikan oleh Bharat Group & terdapat 2 destinasi lawatan yang diusahakan oleh syarikat ini yang boleh anda terokai iaitu Cameron Valley Tea House 2 & juga Cameron Valley House Tea 1. Malah lokasi kedua-dua tea house ini hanya sekitar 700 meter sahaja & terletak pada jalan utama yang sama. Lokasinya berbeza tetapi konsep produk pelancongan adalah sama.

Samaada anda ke Cameron Valley Tea House 2 atau Cameron Valley House Tea 1,  anda sebenarnya boleh berjalan menuju ke lokasi Ladang Teh Bharat yang sama sahaja. Cameron Valley Tea House 2 ini mempunyai ruangan parkir kereta yang lebih besar & kemudahan untuk pelancong yang sama sahaja seperti di Cameron Valley Tea House 1. Pengunjung boleh melawat ladang teh di sekitar tea house ini dengan bayaran masuk yang sangat minimal untuk aktiviti bergambar atau ‘melayan jiwa’ menikmati keindahan ladang teh ini dengan lebih dekat.

Di sini juga menempatkan sebuah tea house yang mana anda boleh menjamu selera dengan aneka pilihan kek & sandwic bersama secawan teh segar yang panas-panas. Ada juga kawasan lawatan ke kilang teh yang boleh anda jalan kaki sahaja dari sini. Di tea house ini juga menempatkan ruangan untuk pelancong membeli produk keluaran teh Bharat Group seperti teh hijau, teh strawberi, teh mango & sebagainya. Bolehlah anda beli & jadikan sebagai buah tangan untuk jiran tetangga di rumah nanti. Ruangan letak kereta di sini juga besar & akses melalui jalanraya ke sini dengan kereta juga lebih mudah sekiranya dibandingkan dengan akses ke ladang teh di Sungai Palas.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4911133 | Facebook | Website

  • Cameron Valley Tea House 2, 34 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 2

Isnin-Khamis

  • 8.30 am – 6.00 pm

Jumaat-Sabtu

  • 8.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 2

  • Lawatan ke ladang teh;
    • Dewasa (12 tahun ke atas): RM 2
    • Kanak-Kanak: Percuma


7. Taman Agroteknologi MARDI

taman agrotech mardi cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat lawatan di Cameron Highland yang sangat popular di kalangan pelancong & juga di kalangan institusi pendidikan tempatan. Sekiranya anda seorang guru yang menganjurkan lawatan sambil belajar di Cameron Highlands, destinasi ini wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Di dalam Taman Agroteknologi MARDI yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa bahagian utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Banyak sebenarnya tarikan tumbuhan lain yang dikira agak eksotik untuk anda lihat seperti periuk kera & sebagainya.

Pokok-pokok yang terdapat di sini bukan sahaja untuk pameran & pengunjung juga boleh beli sekiranya berminat. Boleh dikatakan, taman ini merupakan satu tempat menarik di Cameron Highland yang sangat lengkap ataupun one stop centre kerana majoriti tumbuhan yang terdapat di tanah tinggi Cameron Highlands boleh didapati di sini. Antaranya adalah kaktus, strawberi, pokok bunga, sayuran & macam-macam lagi.

Sekiranya anda bercuti di Cameron Highlands bersama keluarga dalam masa yang singkat, bolehlah ke sini sahaja sekiranya sekadar mahu menunjukkan tanaman popular di Cameron Highlands kepada anak-anak. Untuk institusi pengajian, di sini juga ada menawarkan lawatan bersama jurupandu yang lebih sesuai untuk pelajar-pelajar mengenali tarikan di sekeliling dengan lebih mendalam. Lokasi Taman Agroteknologi MARDI ini sangat mudah untuk diakses di dalam Pekan Tanah Rata & yang paling penting, kemudahan parkir kereta atau bas sangat luas.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 05-4911255 | Facebook | Website

  • Taman Agroteknologi MARDI, JKR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata, Pahang, 39000 Tanah Rata

Waktu Operasi Taman Agroteknologi MARDI

  • Rabu-Isnin
    • 8.00 am – 5.00 pm
  • Selasa
    • Tutup

*Hari Jumaat, 12.30 pm – 2.30 pm ditutup untuk Solat Jumaat
*Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha ditutup

Harga Tiket Taman Agroteknologi MARDI

  • Dewasa;
    • RM 5
  • Kanak-Kanak;
    • RM 3
  • Berkumpulan dewasa;
    • RM 120 / bas
  • Pelajar
    • RM 2
  • Berkumpulan pelajar;
    • RM 60 / bas
  • Bawah 6 tahun;
    • PERCUMA
  • 60 tahun keatas;
    • RM 2
  • OKU;
    • PERCUMA


8. Cameron Valley Tea House Kuala Terla

ladang teh kuala terla cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ladang teh memang tidak dinafikan menjadi tarikan pelancongan di Cameron Highland yang menjadi ‘kewajiban’ untuk pelancong yang pertama kali bercuti ke sini. Satu lagi destinasi ladang teh di Cameron Highalands yang tidak kurang popularnya adalah di Kuala Terla. Ladang teh ini merupakan aset kepada Bharat Group Sdn Bhd & merupakan destinasi Ladang Teh Bharat yang kedua boleh dilawati selain yang terdapat berdekatan Pekan Tanah Rata.

Sekiranya anda memandu dari Simpang Pulai atau Gua Musang, destinasi ladang teh ini adalah yang terdekat yang boleh anda lawati di Cameron Highlands. Di sini juga menempatkan sebuah kafe yang berhadapan dengan ladang teh yang boleh anda bersantapan atau menghirup secawan teh panas sambil menikmati keindahan ladang teh yang terbentang luas. Panorama ladang teh ini lebih menarik sekiranya anda duduk di meja makan di sebelah atas kafe ini. Terdapat juga makanan-makanan menarik yang boleh anda nikmati di kafe ini seperti aiskrim, kek, puff, sup cendawan & aneka pencuci mulut yang lain.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang bersiar-siar di sekitar ladang teh di Kuala Terla ini untuk melihat suasana ladang dengan lebih dekat. Satu destinasi ladang teh yang indah & sesuai untuk anda merakam gambar atau berswafoto bersama keluarga ataupun yang tersayang ketika honeymoon di Cameron Highland. Suhu persekitaran di sini boleh dikatakan agak sejuk juga, tetapi tidaklah sesejuk ladang teh yang terdapat di Sungai Palas. Destinasi ini juga bersebelahan dengan Cameron Adventurous di mana anda juga boleh menikmati keindahan ladang teh ini dengan menunggang ATV ataupun menaiki kenderaan pacuan 4 roda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4911133 | Facebook | Website

  • Cameron Valley Tea House KT, 49th mile Kuala Terla, Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

Waktu Operasi Ladang Teh Bharat Kuala Terla

Isnin-Khamis

  • 8.30 am – 6.00 pm

Sabtu-Ahad

  • 8.00 am – 7.00 pm

Bayaran Masuk Ladang Teh Bharat Kuala Terla

  • Percuma ( lawatan ke ladang teh)


9. Kebun Pokok Bunga Lavender

taman lavender cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tempat menarik ini adalah satu seumpamanya di Cameron Highlands. Kebun Bunga Lavender ini merupakan satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang mula dibuka pada 2013. Sejak pembukaannya, ramai pelancong yang berkunjung ke sini untuk melihat keindahan hamparan luas kebun pokok bunga lavender ini. Aroma bunganya yang harum & warnanya ungu yang sangat indah pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terpesona & terpukau. Lokasinya sangat mudah untuk anda lawati & berada di tepi jalan utama Brinchang – Kuala Terla.

Selain pokok bunga lavender, terdapat juga deretan pokok-pokok bunga lain yang tidak kurang menariknya seperti pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar, bunga daisy dan sebagainya. Warna-warna setiap barisan pokok yang berbeza menambahkan lagi seri & panorama memukau destinasi ini. Tidak hairanlah, ramai pelancong yang honeymoon di Cameron Highland pasti akan singgah di sini untuk sesi fotografi bersama-sama. Tidak kurang juga, pasangan raja sehari setempat yang memilih Lavender Garden ini sebagai tempat untuk wedding photoshoot.

Bagi mereka yang obses dengan bunga, anda juga boleh membeli anak-anak pokok bunga di dalam pasu yang ada dijual di sini. Harganya berpatutan & sesuai dengan kualiti yang anda dapat. Bagi yang suka mencuba sesuatu yang baru, di sini juga ada menjual airskrim berperisa lavender yang sangat simbolik dengan destinasi ini & juga beberapa produk lain seperti pewangi semulajadi lavender, buah strawberi, teh lavender, sabun lavender & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4961208 | Facebook

  • Cameron Lavender Garden, 59, Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi Kebun Pokok Bunga Lavender

  • Isnin-Khamis
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat – Ahad
    • 9.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Kebun Pokok Bunga Lavender

  • Dewasa;
    • RM 10.00
  • Kanak-Kanak (5-12 tahun);
    • RM 7.00


10. Pasar Malam di Cameron Highland

pasar malam cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bermula Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highland di Pekan Brinchang kini telah beralih tapak di Sungai Ruil berdekatan Cameron Golden Hills Resort. Pasar malam ini terletak di antara Pekan Brinchang & Tanah Rata. Waktu operasi dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula lewat petang sampailah ke malam. Berbeza dengan pasar malam yang biasa kita pergi di rumah, kebanyakan barangan yang dijual semuanya adalah hasil daripada produk di Cameron Highland sendiri seperti sayur-sayuran, buah strawberi, serbuk teh, cenderahati dan sebagainya.

Selain itu, pasar malam ini juga merupakan satu destinasi tempat makan di Cameron Highland yang menarik untuk anda mencari makanan-makanan yang santai namun, pilihan makanan berat di sini sangat terhad. Sekiranya anda seorang pelancong yang suka menerokai budaya orang setempat, pasar malam sebegini adalah destinasi yang boleh anda singgah. Terdapat juga pokok-pokok hiasan yang boleh anda belikan untuk dijadikan cenderahati seperti kaktus, anak pokok ataupun jagung mutiara. Namun, sila berhati-hati sekiranya beli jagung kerana banyak kes penjual memperdayakan pembeli dengan menjual jagung jenis lain & bukannya jagung mutira.

Rata-rata penjual di sini juga merupakan orang setempat & terdapat juga segelintir warga asing. Satu cabaran untuk ke sini yang boleh membantutkan keinginan adalah pilihan parkir kereta yang sangat terhad. Menjelang malam, ramai pengujung datang ke sini & parkir kereta juga boleh mencecah beratus meter jauhnya di sepanjang jalan. Kalau tidak mahu bersesak, datanglah awal antara 5 pm – 7 pm atau menginap sahaja di hotel berdekatan dengan kawasan pasar malam ini seperti di Cameron Golden Hills Resort.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • (Landmark Golden Hills Resort), Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang,

Waktu Operasi Pasar Malam Cameron Highland 

Dibuka pada hari Jumaat & Sabtu sahaja:

  • 6.00 pm – 11.00 pm

  • Percuma ( destinasi pasar malam)


11. Kebun Strawberi & Cafe / YZ Agro Farm

tempat makan menarik cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini terletak di Kampung Taman Sedia & 100% diusahakan oleh seorang bumiputera iaitu Mohd Yusoff bin Abdul Satar bersama rakan kongsi Zulkefli Zahari pada 2011. Kalau anda ingin merasai pengalaman memetik buah strawberi terutamanya pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu, sebaiknya berkunjung ke sini kerana kurang pelancong & tidaklah terlalu sesak seperti destinasi popular lain. Prasarana pelancong juga lengkap & akses ke sini dengan kereta juga sangat mudah.

Yang paling best, anda bukan sahaja dapat memetik buah strawberi, malah turut ada kafe yang menyediakan makanan berat seperti nasi lemak, mee kari, patin masak tempoyak & juga makanan santai yang menyelerakan seperti waffle, scone, aiskrim & sebagainya. Di sini juga terkenal dengan minuman strawberry smoothie atau strawberry shake yang menyegarkan & ianya dihasilkan menggunakan buah strawberi yang terdapat di kebun ini. Sudah tentulah rasanya sangat sedap serta berbeza dengan apa yang pernah anda rasa di tempat lain.

Samaada anda menginap di hotel sekitar Tanah Rata atau Brinchang, destinasi ini sangat dekat untuk anda terjah kerana berada di tengah-tengah 2 lokasi ini. Bagi pelancong yang mungkin mencari tempat sarapan pagi atau makan tengahari dengan menu selera orang Melayu & dijamin halal, destinasi ini sangat disyorkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5081534 | Facebook

  • YZ Agro FArm, No.22. Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi YZ Agro Farm

Dibuka setiap hari

    • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket YZ Agro Farm

  • Lawatan percuma ( destinasi kebun & tempat makan)


12. Cameron Adventurous Kuala Terla

27 tempat menarik di cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda merancang berbulan madu di Cameron Highland ? Sekiranya begitu, apa kata anda fikir-fikirkan untuk mencuba aktiviti yang menyeronokkan ini bersama yang tersayang. Ya, mungkin anda pernah membonceng isteri menaiki motorsikal di bandar-bandar sebelum ini. Sekiranya aktiviti membonceng isteri anda & bersiar-siar di bandar sudah best, bermakna pengembaraan anda di Malaysia masih belum cukup lagi. Kali ini, cubalah pula menunggang ATV & membonceng isteri anda dengan menyelusuri ladang teh di Cameron Highland di atas trek sepanjang 2.5 km.

Dalam keadaan cuacanya yang sejuk, ada kabus & keindahan panorama ladang teh yang menghijau di bukit bukau, pasti akan menjadi satu memori yang terindah untuk anda bersama pasangan. Romantis bukan ? Bolehlah berangan-angan menjadi hero & heroin seperti dalam filem Hindustan yang sering mengadakan klip video nyanyian di tempat-tempat yang cantik. Lokasi Cameron Adventourous kira-kira 16 km dari Pekan Brinchang & sangat mudah untuk anda jumpa kerana terletak berdekatan dengan salah satu tempat menarik di Cameron Highland yang sangat popular iaitu Cameron Valley Tea House Kuala Terla.

Selain menunggang ATV, pengunjung boleh juga memilih untuk menaiki kenderaan pacuan 4 roda atau jeep untuk menikmati panorama ladang teh di sini ala-ala safari tour. Umumnya, Cameron Adventurous Kuala Terla menawarkan 3 produk pengembaraan yang boleh anda pilih seperti 4×4 Safari, ATV Safari & Extreme ATV.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5342002 | Facebook

  • Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang

Waktu Operasi Cameron Adventurous

Selasa – Jumaat

  • 10.00 am – 6.00 pm

Sabtu – Isnin

  • 9.00 am – 6.30 pm

Harga Pakej Cameron Adventurous

#1 Harga MyKad

  • ATV RIDE;
    • RM 50 for one person on one bike
    • RM 65 for 2 person on one bike (max weight for both 100 kg)
  • ATV RIDE EXTREME;
    • RM 65 for one person on one ATV
  • ATV CAR;
    • RM 100 for 2 person

#2 Harga Pelancong Asing

  • ATV RIDE;
    • RM 75 for one person on one bike
    • RM 90 for 2 person on one bike (max weight for both 100 kg)
  • ATV RIDE EXTREME;
    • RM 90 for one person on one ATV
  • ATV CAR;
    • RM 130 for 2 person


13. KHM Strawberries & Jam

ladang strawberry cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu kebun strawberi di Cameron Highland yang pertama yang diusahakan oleh orang Melayu & lokasinya juga bertempat di Kampung Taman Sedia iaitu sebuah kawasan perkampungan yang juga dikenali dengan Kampung Melayu Cameron Highland. Destinasi ini juga merupakan tempat yang sangat ideal untuk anda merasai pengalaman memetik buah strawberi yang segar-segar & boleh dibawa balik. Ada juga tempat jualan strawberi yang sudah siap dibungkus serta pilihan jem strawberi yang sangat sesuai untuk dijadikan buah tangan.

Kebun strawberi di sini tidaklah terlalu besar seperti destinasi popular lain tetapi masih boleh merealisasikan impian anak-anak yang teringin melihat pokok buah strawberi secara live. Yang menjadi tarikan utama pengunjung di sini bukan sahaja kebunnya, malah terdapat juga kafe yang menyediakan makanan yang banyak bermenukan buah strawberi seperti nasi lemak sambal strawberi, acar strawberi, waffle strawberi, scone strawberi, homeade ice-cream & sebagainya. Memang sangat unik & menu makanannya juga lebih mesra dengan citarasa orang Melayu. Apa yang penting juga, ianya terjamin halal kerana pemiliknya adalah Melayu & Islam.

Selain itu juga, lokasinya juga sedikit di atas kawasan berbukit & sambil menikmati makanan di sini, bolehlah melihat keindahan Kampung Taman Sedia & bukit bukau menghijau di sekelilingnya yang sangat menyejukkan mata. Lokasinya sangat strategik & terletak di tengah-tengah antara Pekan Tanah Rata & Pekan Brinchang. Sesuai untuk dijadikan destinasi sarapan pagi ataupun makan tengahari di Cameron Highland ketika bercuti di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 05-4911836 | Facebook

  • KHM Strawberries & Jam, No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Cameron Highland, Pahang

Waktu Operasi KHM Strawberries & Jam

  • 9.00 am – 6.00 pm (dibuka setiap hari)

  • Lawatan percuma ( destinasi kebun & tempat makan)


14. Cactus Point

cactus point cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti terukir pada namanya, destinasi ini merupakan sebuah kebun yang mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar atau yang kecil di dalam pasu. Pilihan pokok kaktus yang cantik & berwarna-warni di sini juga jauh lebih banyak berbanding tempat lain. Malahan ada sesetengah saiz pokok kaktus di dalam pasunya bersaiz 4 kali ganda sebiji bola sepak. Bentuk pokok kaktus di juga bermacam-macam jenis, ada yang bulat, membujur, seperti bentuk orang & sebagainya.

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highland buat pertama kali, sangat disyorkan ke sini bersama anak-anak untuk mendedahkan mereka dengan pokok berduri yang unik ini. Lebih menarik, tidak seperti di kebanyakan tempat pelancongan di Cameron Highland yang lain, destinasi ini tidak mengenakan bayaran masuk untuk pengunjung . Landskap sekeliling & warna-warna subjek di dalam kebun ini memang sangat menarik untuk anda menghasilkan foto yang cantik. Sekiranya anda kaki fotografi, bolehlah mengasah bakat dengan merakam gambar & tingkatkan kemahiran macro photography anda di sini. Anda boleh berswafoto atau bergambar bersama famili di sini sebanyak mana yang anda mahukan & tiada siapa yang menghalangnya.

Sekiranya anda ingin mencari cenderahati yang sinonim dengan Cameron Highlands, bolehlah membeli pokok bunga ataupun kaktus dalam pasu kecil untuk dijadikan kenangan percutian anda di Cameron Highland. Harga-harganya juga sangat berpatutan & boleh dikatakan ‘mesra poket’ majoriti rakyat Malaysia. Ruangan parkir kereta di hadapan kedai ini boleh dikategorikan agak besar berbanding kebanyakan tempat menarik di Cameron Highlands yang lain. Malah, lokasinya juga mudah diakses dengan kereta kerana hanya terletak di tepi jalan utama Brinchang-Kuala Terla.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 011-17829384

  • Cactus Point, Brinchang, 39000 Cameron Highland, Pahang.

Waktu Operasi Cactus Point

  •  Dibuka setiap hari
    • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Cactus Point

  • Percuma ( destinasi kebun pokok kaktus )


15. Strawberry Park Resort

strawberry park resorts cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Setiap orang yang bercuti ke Cameron Highlands mendambakan satu percutian yang sempurna & boleh menenangkan fikiran. Selepas penat seharian makan angin, sudah tentu anda inginkan satu tempat penginapan di Cameron Highland yang menarik & selesa bukan ? Apa kata anda pertimbangkan untuk bermalam di Strawberry Park Resort ini. Resort ini terletak berdekatan dengan Pekan Brinchang sekitar 1.5 km sahaja & lokasinya sangat strategik untuk anda menerokai majoriti tempat-tempat menarik di Cameron Highland.

Lokasi resort ini juga terletak di atas kawasan berbukit & jauh daripada kesesakan bandar. Justeru, bermalam di sini membuatkan anda boleh tidur malam dengan lena tanpa hingar bingar orang sekeliling atau kenderaan yang lalu lalang. Perkarangan hotel ini juga sangat mendamaikan & senibinanya membuatkan diri seolah-olah berada di kawasan country side di luar negara. Strawberry Park Resort mempunyai 5 jenis pilihan bilik penginapan yang sesuai untuk tetamu yang bertandang secara berdua atau berkeluarga.

Fasiliti di hotel ini sangat lengkap untuk organisasi menganjurkan program seperti hari keluarga, seminar syarikat ataupun team building di Cameron Highland. Selain itu, terdapat juga indoor swimming pool yang boleh anda beriadah pada waktu pagi atau petang. Ruangan parkir kereta juga luas & mempunyai akses ke bilik tidur anda yang mudah. Sekiranya anda bercuti atau berbulan madu di Cameron Highland, Strawberry Park Resort adalah penginapan yang sangat disyorkan untuk anda yang pentingkan keselesaan & privacy.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605 4911166 | Facebook | Website

  • Strawberry Park Resort, Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Sepanjang tahun (Destinasi penginapan)


16. Cactus Valley

cactus valley brinchang cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Syurga buat pencinta pokok-pokok bunga & pokok kaktus. Destinasi ini adalah satu lagi tarikan pelancongan di Cameron Highland yang terkenal sebagai salah satu tempat terbesar untuk melihat & membeli pokok kaktus. Cactus Valley ini juga sudah lama menjadi tempat kunjungan feveret setiap pelancong yang pertama kali bercuti ke Cameron Highlands. Almaklumlah, destinasi ini sebenarnya sudah lama bertapak di sini & tidak hairanlah terdapat pokok kaktus di sini yang usianya mencecah sehingga 60 tahun lamanya.

Menerokai kebun kaktus ini memang agak memenatkan kerana saiz kebunnya yang agak besar. Hiasan landskapnya juga sangat cantik pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk bergambar. Seperti juga di Cactus Point, pilihan pokok kaktus di sini juga sangat bervariasi, pelbagai warna, pelbagai bentuk & pelbagai saiz. Selain pokok-pokok kaktus, terdapat juga beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga, sayuran seperti salad dan sebagainya. Selain melihat pokok-pokok di sini, pengunjung juga boleh membeli pokok kaktus dalam pasu yang boleh dijadikan cenderahati untuk orang di rumah.

Lokasi Cactus Valley ini juga sebenarnya bersebelahan sahaja dengan satu lagi tarikan pelancongan di Cameron Highland yang popular iaitu Big Red Farm Strawberry. Alang-alang sudah sampai di Cactus Valley, bolehlah berjalan kaki ke sebelah untuk melihat kebun strawberi & merasai pengalaman memetik buah ini bersama keluarga. Untuk masuk ke dalam Cactus Valley, terdapat bayaran yang dikenakan. Apa yang menariknya, lokasi destinasi ini sangat dekat dengan beberapa hotel popular di Brinchang yang boleh anda berjalan kaki sahaja ke Cactus Valley ini seperti Wan Alyasa Hotel, Hotel Double Stars & juga Hotel Flora Plus Cameron Highland.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4915640

  • Cactus Valley Pekan lama,  39000 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Cactus Valley

  • Dibuka setiap hari
    • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Cactus Valley:

  • Dewasa
    • RM 5
  • Kanak-Kanak;
    • RM 3


17. Big Red Strawberry Farm

big red strawberry farm cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian di Cameron Highland anda tidak akan pernah sempurna sekiranya tidak merasai buah strawberi di sini & melihat keunikan pokok strawberi yang mustahil untuk anda jumpa di kampung anda yang berkawasan rendah. Jadi, untuk melengkapkan percutian anda, sangat disyorkan untuk berkunjung ke Big Red Strawberry Farm yang terletak di Brinchang, Cameron Highlands. Lokasi ladang strawberi ini sangat mudah untuk anda terokai & hanya bersebelahan sahaja dengan Cactus Valley.

Seperti tersedia maklum, strawberi merupakan tanaman yang bermusim & ada juga waktu ketikanya kebun-kebun di sini tidak mempunyai strawberi yang masak untuk dipetik. Anda jangan bimbang, selain strawberi di sini juga menempatkan banyak lagi tanaman menarik lain untuk tatapan pengunjung seperti pokok-pokok bunga, salad & sebagainya. Malah, masuk ke ladang ini juga sebenarnya percuma sahaja & tiada apa yang hendak dirugikan.

Sekiranya anda bernasib baik ketika datang ke sini pada musim berbuah, bolehlah melihat keindahan pokok-pokoknya berserta buah strawberinya yang merah menghiasi seperti pokok krismas. Di kebun ini juga, anda berpeluang merasai pengalaman memetik buah strawberi dengan bayaran yang berpatutan. Buah-buah ini anda boleh terus makan ataupun dibawa pulang untuk dijadikan buah tangan. Kawasan parkir keretanya juga agak luas tetapi sangat curam. Sekiranya anda baru belajar memandu kereta, mungkin akan gugup apabila parkir kereta di sini. Lokasinya juga berdekatan dengan beberapa penginapan popular di Brinchang seperti Hotel Flora Plus Cameron Highland, Wan Alyasa Hotel & juga Hotel Double Stars.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4913327 | Facebook | Website

  • Big Red Strawberry Farm, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Big Red Strawberry Farm

  • Dibuka setiap hari
    •  8.30 am – 6.00 pm

Harga Tiket Big Red Strawberry Farm

  • Percuma ( lawatan sahaja)
  • Memetik buah strawberi;
    • Sekitar RM 25 untuk 1/2 kg.


18. Muzium Time Tunnel

muzium cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda berumur 35 tahun keatas, destinasi ini pasti akan menggamit nostalgia zaman kanak-kanak. Muzium ini adalah satu destinasi yang sangat disyorkan untuk pelancong yang ingin menghayati sejarah khususnya di Cameron Highlands. Muzium Time Tunnel ini dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highand sendiri. Sebaik masuk ke dalam, anda akan melalui beberapa bahagian pameran seperti ketika era peperangan & juga selepas peperangan. Konsep bahan pameran di sini juga sangat unik & lain daripada kebanyakan muzium yang pernah anda lawati.

Muzium ni sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang peduduk setempat di Cameron Highlands. See merupakan seorang yang sukakan benda-benda yang antik atau barangan yang berusia. Makin berusia sesuatu barangan maka makin berhargalah nilainya. Dipendekkan cerita, dalam misi untuk berkongsi hasil koleksi barangan peribadi beliau dengan umum, maka See telah menjadi rakan kongsi dengan Ladang Strawberi Kok Lim untuk membuka Time Tunnel Museum ini.

Apa yang lebih menarik, terdapat juga koleksi barangan komersial yang popular pada era 60-an sehingga 80-an seperti Coca Cola, Colgate, Mirinda & sebagainya. Melihat kepada design kotak & logo lama produk-produk ini sungguh membawa fikiran mengimbau ke zaman silam. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Muzium Time Tunnel

  •  Dibuka setiap hari;
    • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Muzium Time Tunnel

  • Dewasa;
    • RM 6
  • Kanak-Kanak;
    • RM 4


19. Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 1

 ladang teh barat tanah rata

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti ke Cameron Highlands melalui Jalan Tapah-Tanah Rata, lokasi ladang teh ini adalah yang terdekat yang boleh anda lawati. Sama juga seperti di Cameron Valley Tea House 1, destinasi ini juga berkonsepkan kafe dengan pilihan aneka teh eksotik & pencuci mulut yang menyelerakan seperti kek atau sandwic. Sambil-sambil menjamu selera, anda boleh menikmati pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang yang terhampar luas di hadapan mata. Datang ke sini waktu tidak ramai orang memang seronok kerana terasa lebih privasi & tidak perlu berebut kerana bilangan meja makan yang mempunyai view ladang teh yang menarik sangat terhad.

Di kafe ini juga, anda boleh melihat pelbagai jenis teh berwarna warni & bermacam perisa yang boleh anda beli untuk dijadikan stok minuman anda di rumah. Keunikan teh menarik sebegini yang jarang didapati di tempat lain juga boleh dijadikan buah tangan istimewa untuk jiran atau rakan sepejabat. Cabaran untuk mencari parkir kereta di sini sangat mudah yang hanya terletak di bahu jalan utama namun bilangan parkirnya sangat terhad.

Sebaik sudah merasai teh segar & melihat pemandangan dari kafe, bolehlah pula turun ke ladang teh melalui denai jalan kaki yang disediakan. Berjalan melalui denai ke ladang teh dari Cameron Valley Tea House 1 lebih senang kalau dibandingkan dengan Cameron Valley Tea House 2. Malah, jarak untuk ke kilang pemprosesan teh dari sini juga lebih dekat sedikit sekitar 250 meter sahaja. Satu ladang teh di Cameron Highlands yang sangat mudah untuk diakses dengan kereta & sesuai untuk anda yang mungkin malas memandu jauh melalui jalan-jalan yang berliku ke ladang teh yang lain.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4915742 | Facebook | Instagram | Website

  • Cameron Valley Tea House 1 , 34, Mile Cameron Highlands, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 1

Isnin-Khamis

  • 8.30 am – 6.00 pm

Jumaat-Sabtu

  • 8.00 am – 7.00 pm

Bayaran Masuk ke Ladang Teh Bharat / Cameron Valley Tea House 1

  • Lawatan ke ladang teh:
    • Dewasa (12 tahun ke atas); RM 2
    • Kanak-Kanak: Percuma


20. Muzium 3D Cameron Highlands

kawasan pelancongan menarik cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Aktiviti menarik di Cameron Highlands kebanyakannya di kawasan yang terbuka & kadang-kadang waktu hujan boleh terbatas juga pergerakan untuk melancong. Jangan risau, sekiranya anda bercuti bersama anak-anak, anda gunakan alternatif dengan melawat Muzium 3D ini yang terletak dalam tempat membeli belah di Cameron Highlands yang agak popular iaitu, Cameron Squares. Cameron Squares ini tidaklah sebesar Mid Valley tetapi tetap mempunyai tarikan indoor yang menarik untuk anda sekeluarga lakukan.

Muzium 3D ini terletak di aras 2 di dalam Cameron Squares & terdapat banyak lukisan mural 3 dimensi yang sangat menarik untuk anda bergambar & berswafoto. Pilihan ilustrasi 3D yang terdapat di sini mungkin tidaklah sebanyak seperti di Muzium 3D Langkawi, tetapi sekiranya anda mencari muzium 3D di Cameron Highlands yang menarik, inilah tempat yang terbaik.

Malah, lokasinya yang terletak di dalam shopping mall ini juga memudahkan untuk anda datang berkunjung. Parkir kereta pun percuma & tempat makan menarik di dalam Cameron Squares ini juga agak bervariasi untuk anda bersantapan. Selain tempat membeli belah, terdapat juga Holiday’s Park yang merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak yang boleh anda lawati mungkin selepas bersuka ria di muzium 3D ini. Bangunan Cameron Square ini juga bersambungan dengan Nova Highlands Resort & Residence yang merupakan sebuah penginapan di Cameron Highland yang bertaraf 3 bintang & sangat popular di kalangan pelancong .

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017- 5055128 | Facebook

  • Level 2, Cameron Square, Jalan Aranda Nova, 39100 Greencow, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Muzium 3D Cameron Highland

  • Dibuka setiap hari;
    • 10.00 am – 1000 pm

Harga Tiket Muzium 3D Cameron Highland

Pelancong Tempatan;

  • Dewasa;
    • RM 20
  • Kanak-Kanak;
    • RM 11

Pakej Keluarga;

  • 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak;
    • RM 51
  • 2 Dewasa + 3 Kanak-Kanak;
    • RM 59

Pelancong Asing;

  • Dewasa;
    • RM 27
  • Kanak-Kanak;
    • RM 22


21. Fragrance Nursery

bercuti ke cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Brinchang & berhasrat untuk membeli pokok-pokok bunga yang cantik, salah satu destinasi yang terdekat adalah di Fragrance Nursery yang mudah untuk diakses kerana hanya terletak di tepi jalan besar. Sebelum menuju pulang ke Simpang Pulai, Perak atau ke Gua Musang melalui Kampung Raja, bolehlah singgah di sini dahulu untuk mencari buah tangan yang rata-ratanya adalah pokok bunga, pokok kaktus & sebagainya.

Malah, pilihan pokok bunga di sini juga banyak & boleh membuatkan anda rambang mata untuk memilih . Selain itu, ada juga pokok lain yang ditanam di sini seperti buah strawberi dan juga anggur. Pengunjung juga boleh membeli buah-buahan yang dipetik di sini baik untuk makan sendiri atau pun untuk dijadikan bekalan mengunyah di dalam kereta. Kebun bunga tertutup ini memang besar & mempunyai susunan pokok bunga yang sistematik. Ketika mundar mandir di dalamnya, anda boleh tercium aroma bunga-bungaan yang sangat wangi. Tidak hairanlah nama destinasi ini dinamakan Fragrance Nursery.

Ruangan parkir kereta di sini tidaklah terlalu besar & agak terhad. Tetapi sangat mudah untuk anda parkir kereta kerana kawasannya tidak berbukit & kotak-kotak parkir kereta juga tersusun. Di hadapan Fragrance Nursery ini, terdapat gerai-gerai yang menjual produk-produk sayuran & tanaman yang popular di Cameron Highlands seperti jagung mutiara, buah limau, salad, kobis, ubi kayu & sebagainya. Bolehlah cari bekalan makanan mungkin untuk anda penuhkan stok barangan dapur di rumah anda nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Batu 41, Jalan Kea Farm, Brinchang, 39100, Cameron Highland

Waktu Operasi Fragrance Nursery Cameron Highland

  •  Dibuka setiap hari;
    • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Fragrance Nursery Cameron Highland

  •  Percuma (destinasi taman untuk beli bunga)


22. Pasar Kea Farm di Brinchang

pasar pagi kea farm cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Percutian di Cameron Highlands semestinya tidak lengkap kalau tidak membeli produk-produk makanan segar yang cukup sinonim di tanah tinggi ini bukan ? Apa kata, sebelum bergerak pulang ke rumah, anda singgah di Pasar Kea Farm yang terletak sekitar 2-3 km dari Tringkap & juga dari Brinchang. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai produk sayuran atau buah-buahan tempatan seperti strawberi, jagung mutiara, oren, kubis, barangan cenderahati, makanan ringan, teh berperisa, homemade strawberry jam dan sebagainya.

Pilihan gerai & peniaga yang menjual di Pasar Kea Farm juga banyak & tidak hairanlah ramai pelancong yang datang ke sini untuk beli belah. Di samping membeli belah, bolehlah anda menerokai budaya orang setempat dalam urus niaga di pasar. Rata-rata peniaga juga adalah orang setempat yang berlatarbelakangkan petani & pekebun. Tempat untuk parkir kereta di sini memang sangat terhad pada waktu puncak & terdapat bayaran parkir RM 3 untuk sebuah kereta.

Kesesakan pelancong di sini agak ketara terutamanya pada cuti sekolah & juga selepas pukul 10 am keatas. Sebaiknya datanglah awal untuk elakkan kesesakan. Pasar ini juga terletak tidak jauh dengan beberapa tempat menarik lain di Brinchang seperti Rose Center, Ladang Lebah (Bee Farm) dan juga Taman Rama-Rama.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pasar Kea farm, 39000 Brinchang, Pahang.

Waktu Operasi Pasar Kea Farm di Brinchang

  • Setiap hari
    • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Pasar Kea Farm di Brinchang

  • Percuma ( destinasi pasar harian )


23. Rose Valley

kebun strawberi cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini sangat disyorkan untuk para pencinta bunga & pasangan yang sedang berbulan madu di Cameron Highland. Suasananya romatis, aroma harum semerbak & sejuk mata memandang kerana begitu banyak bunga-bungaan yang berwarna warni. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga ros yang sangat menarik untuk anda lihat & ada segelintir bunga ros di sini tiada di tempat lain.

Selain bunga, terdapat juga tanaman sayuran lain yang menarik untuk anak-anak kenali seperti pokok buah tomato, lada benggala, salad & sebagainya. Selain melihat keindahan pokok bunga di sini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan bunga-bunga ros yang ada di sini. Almaklumlah, melihat pokok bunga ros hidup yang simbolik sebagai ‘bunga mahal’ ini adalah sesuatu agak mustahil untuk anda jumpa di kawasan tanah rendah.

Di sini juga menempatkan ruangan jualan untuk pengunjung yang berminat untuk mendapatkan anak pokok bunga ros. Harganya sangat berpatutan & pilihannya juga lebih banyak kalau dibandingkan dengan tempat lain. Selain itu, terdapat juga produk tanaman lain yang boleh anda beli sebagai buah tangan untuk jiran tetangga seperti jagung, ubi kayu & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Rose Valley, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

  • RM 5 ( dewasa )
  • RM 2 (kanak-kanak)


24. Orkid & Rose Garden

rose orchid garden cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi taman bunga di Cameron Highlands memang banyak & salah satu lokasi yang senang diakses kalau anda bercuti atau menginap di Brinchang adalah di Orkid & Rose Garden yang hanya terletak bersebelahan dengan Nova Highland Resort dan juga Cameron Square. Pilihan tanaman bunga di sini memang sangat bervariasi terutamanya pelbagai koleksi bunga ros yang sangat cantik & mungkin ada sesetengah spesis yang belum anda jumpa di tempat lain. Selain ros, terdapat juga bunga-bunga menarik lain seperti orkid, bunga matahari, bunga raya & juga tumbuhan eksotik seperti periuk kera.

Selain tumbuhan pokok bunga, di sini juga ada beberapa haiwan menarik untuk tatapan anak-anak anda seperti arnab, itik, iguana, ikan, burung-burung & sebagainya. Memandangkan lokasinya yang dekat dengan tumpuan pelancong & sangat mudah untuk dilawati maka memang ramai yang datang berkunjung ke sini untuk melihat sendiri bunga-bunga eksotik. Taman bunga ini memang sangat luas & anda boleh habiskan masa lebih 1 jam sekiranya menerokai kesemua tarikan yang ada di sini.

Anda pernah melihat pokok kobis ? Kalau belum, sangat disyorkan untuk melihat sendiri pokok ini. Tidak disangka-sangka, bentuk pokoknya yang kelihatan seperti bunga besar yang berkembang & ditengah-tengahnya pula terdapat sebiji kubis yang kelihatan seperti dilindungi oleh daun-daun disekelilingnya. Unik bukan ? Terdapat bayaran masuk yang sangat minimal dikenakan & apa yang pasti, ianya sangat berbaloi untuk anda terokai mengenali tumbuhan pokok bunga & sayuran eksotik yang sangat jarang anda jumpa di tempat lain.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-5192383 | Facebook

  • Rose & Orchid Garden, 74, Green Cow,  39000 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

Waktu Operasi Orkid & Rose Garden 

  • Dibuka setiap hari;
    • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Orkid & Rose Garden

  • Dewasa;
    • RM 6
  • Kanak-kanak;
    • RM 4


25. Ladang Lebah Ee Feng Gu

ladang lebah di cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang ideal untuk anda membawa anak-anak mengenali habitat lebah & proses penghasilan madu. Mungkin masih ramai anak-anak yang belum mengetahui bagaimana madu dihasilkan bukan ? Ini adalah kesempatan yang anda sebagai ibu bapa atau guru boleh gunakan untuk mendidik mereka melalui pendekatan lawatan sambil belajar di Cameron Highland. Ladang Lebah Ee Feng Gu terletak di kawasan tumpuan pelancongan di Cameron Highlands & secara tepatnya, di Brinchang.

Lokasinya sangat mudah untuk anda sekeluarga terokai & berdekatan dengan beberapa tarikan pelancongan di Cameron Highlands yang lain seperti Taman Rama-Rama Cameron Highlands, Rose & Orchid Garden, Royal Berry Strawberry Farm dan sebagainya. Destinasi ini umumnya terletak di dalam satu bangunan bertingkat di mana pada aras pertama merupakan kedai jualan & cenderahati yang boleh anda beli produk sepeti madu. Madu asli yang dijual juga sangat berkualiti & sering mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelancong.

Selain itu, terdapat juga produk-produk lain yang berasaskan madu seperti sabun madu organik, pencuci muka, sabun, losyen & sebagainya. Sesuai untuk anda beli & jadikan buah tangan istimewa untuk jiran tetangga. Ladang lebahnya pula terletak di belakang bangunan kedai ini yang menempatkan sarang lebah buatan yang bentuknya seperti kotak. Ladang lebah ini mempunyai landskap yang menarik & hiasan pokok-pokok bunga yang menghiasi ladang ini. Sesuai untuk anda bergambar bersama keluarga. Pada masa yang sama, bolehlah anak-anak melihat suasana ladang lebah yang sebenar. Apa yang menarik, lawatan ke ladang lebang adalah percuma tanpa apa-apa bayaran dikenakan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4961951 | Facebook | Website

  • Eue Feng Gu Bee Farm, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu Operasi Ladang Lebah Cameron Highkland

  •  Dibuka setiap hari;
    • 8.00 am – 7.00 pm

Harga Tiket Ladang Lebah Cameron Highkland:

  • Percuma untuk lawatan ke ladang lebah


26. Taman Eko Rimba Sungai Pauh

tempat camping brinchang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Apa kata sekali sekala, anda cuba bawa keluarga & anak-anak bercuti di Cameron Highland dengan cara camping. Seronok sebenarnya bercuti dengan cara sebegini kerana lebih terasa adventure & pada masa yang sama bolehlah mengeratkan ukhwah persaudaraan di kalangan ahli keluarga. Selain itu, inilah masanya untuk anda sebagai ibu bapa mengajar anak-anak perkara asas yang penting seperti survivor skill, memasak, cara pasang khemah & sebagainya. Jangan risau, sekiranya anda belum ada pengalaman camping dengan keluarga, destinasi ini adalah sangat ideal untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia camping.

Kem Sungai Pauh merupakan destinasi menarik di Cameron Highlands yang sangat terkenal di kalangan ‘kaki camping’. Malah lokasinya sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan & terletak sekitar 5-6 km sahaja dari Pekan Brinchang. Kawasan kem ini juga sangat mesra keluarga, berpagar & mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti tapak perkhemahan, tandas, surau, pondok, dataran & sebagainya. Lokasinya juga sangat mendamaikan kerana terletak berhampiran anak sungai & kawasan sekelilingnya mempunyai rimbunan pokok-pokok yang tinggi. Walaupun waktu tengahari tidak terasa sangat bahang cahaya matahari kerana redup.

Untuk berkhemah di sini, setiap pengunjung perlu mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Daerah Cameron Highlands. Anda juga perlu buat tempahan dahulu tapak perkhemahan sebelum datang ke sini & tidak menerima tempahan secara walk-in. Bagi yang bercadang menganjurkan hari keluarga, kem motivasi atau team building di Cameron Highland, sangat disyorkan untuk mempertimbangkan Kem Sungai Pauh ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4911384

  • Taman Eko Rimba Sungai Pauh, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Sepanjang tahun

*perlu buat tempahan dahulu dengan Pejabat Hutan Cameron Highlands di 605-491 1384

harga kem sungai pauh cameron highlands

*perlu buat tempahan dahulu dengan Pejabat Hutan Cameron Highlands di 605-491 1384


27. Arked Peladang Cameron Highlands

tempat menarik brinchang cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi yang ideal juga untuk anda yang ingin membeli pokok-pokok bunga atau kaktus yang terletak hanya 500 meter dari Pekan Brinchang. Destinasi ini mempunyai pelbagai koleksi bunga yang boleh dikatakan eksotik seperti lavender, bunga matahari, bunga raya & macam-macam lagi. Variasi pokok bunga & tumbahan di sini sangat banyak yang pasti membuatkan anda rambang mata untuk membeli. Malah, terdapat juga pokok kaktus berwarna warni & pokok periuk kera yang sangat menarik untuk dilihat secara live di depan mata.

Memandangkan pokok-pokok bunga di sini bercampur-campur susunannya, maka bermacam-macam aroma yang menyegarkan boleh anda bau sehingga tidak dapat membezakan bau apa yang sedang menusuk rongga hidung. Lokasi Arked Peladang Cameron Highlands ini hanyalah di tepi jalan besar & mempunyai ruangan parkir kereta berkotak yang agak luas berbanding kebanyakan destinasi lain.

Selain itu, lokasinya juga bersebelahan dengan deretan kedai yang agak banyak yang boleh anda terokai untuk mencari cenderahati ataupun makanan-makanan santai seperti aiskrim strawberi, kek strawberi, tart strawberi & sebagainya. Memandangkan lokasinya yang strategik berdekatan dengan Pekan Brinchang, tidak hairan kawasan parkir sangat sesak terutamanya pada cuti sekolah & hujung minggu. Satu tempat menarik yang menarik di Cameron Highland yang boleh anda bergambar, bersiar-siar, jalan jalan cari makan & juga shopping.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Farmers Arcade Cameron Highlands,  39000 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

  • 8.30 am – 6.00 pm

  • Percuma ( tempat membeli belah)


28. Ladang Anggur Bertam Valley

ladang anggur cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan pelancongan utama di Cameron Highland bukan sahaja terletak di ladang atau kebun strawberi, malah terdapat juga ladang anggur. Ladang Anggur di Bertam Valley ini tidaklah terlalu besar & ianya bukan satu produk pelancongan yang dikomersialkan secara besaran. Destinasi ini merupakan ladang anggur yang kecil sahaja & diusahakan secara persendirian. Tidak hairanlah apabila ke sini, jalan kecil menuju ke kawasan ladang juga agak kecil & papan tanda juga terhad. Maklumlah, destinasi’ hidden gem’ lah katakan. Ladang anggur ini sudah lama wujud & menggunakan benih anggur yang diimport dari Australia sejak 15 tahun yang lalu.

Anggur hanya berbuah 2 kali setahun samaada sekitar Mac atau September. Kadang-kadang ada juga bulan Mei baru anggur di sini akan masak ranum & sesuai untuk dipetik. Ladang ini akan kembali lengang daripada kunjungan pelancong apabila pokok anggur tidak lagi berbuah. Selain bergambar, pengunjung juga boleh merasai pengalaman memetik buah anggur & beli secara kecilan untuk dimakan. Harganya sekitar RM20-23 sekilo bergantung kepada harga pasaran semasa. Selain anggur, ada juga beberapa tanaman di sini yang boleh anda lihat di sekitarnya seperi jagung, sawi, kacang & sebagainya.

Untuk ke sini, pelancong boleh menuju ke Joo Huat Nursery melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan yang terletak kira-kira 6 km dari Shell di simpang 3 di Ringlet. Sebaik sampai di Joo Huat Nursery, terdapat luluan kecil & jalan tidak berturap menuju ke ladang anggur yang perlu anda berjalan kaki. Ladang Anggur ini terletak di belakang Joo Huat Nursery. Selepas berjalan kaki 3-4 minit menerusi jalan kecil & agak berbukit ini, anda akan nampak papan tanda Grape & bangsal berwarna biru. Sekiranya nasib anda baik & musim berbuah, bolehlah melihat pokok-pokok anggur yang berbuah. Kalau tidak, apakan daya mungkin belum rezeki anda lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4956357

  • Jalan Sungai Royang – Ringlet ( 6 km dari Stesen Petrol Shell di Simpang 3 Ringlet), Cameron Highland

*ladang anggur terletak di belakang Joo Huat Nursery

Waktu Operasi Ladang Anggur Bertam Valley

  •  9.00 am – 5.oo pm

*Anggur berbuah mengikut musim. Kalau bernasib baik, bolehlah anda melihat buah anggur masak ranum & merasai pengalaman memetik buah anggur.

Harga Tiket Ladang Anggur Bertam Valley

  • Percuma ( destinasi ladang aggur )


29. Green House Garden & Avant Chocolate

avant chocolate cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Green View Garden merupakan ladang pameran yang terletak di Kampung Raja & kalau anda bercuti di Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai, ini adalah antara tempat menarik di Cameron Highland yang pertama yang anda akan jumpa. Taman tertutup ini mempunyai beberapa tarikan yang boleh anda sekeluarga lawati seperti lavender house, mini petting zoo, pokok buah strawberi, pokok kubis, kaktus & pelbagai pokok-pokok bunga yang lain. Pendek kata, semua tumbuhan, pokok bunga & tanaman sayuran yang sinonim dengan Cameron Highlands, boleh didapati di sini.

Malah di sini juga pelancong boleh merasai pengalaman memetik buah strawberi yang ditanam dengan kaedah hidroponik. Lavender house di sini tidaklah terlalu besar seperti di Lavender Garden tetapi sudah memadai sekiranya anak-anak anda sekadar mahu mengenali pokok bunga ini ataupun bergambar untuk dijadikan kenangan. Lebih menarik, di sini juga terdapat kolam yang menempatkan paddling boat yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

Green House Garden ini sangat mudah untuk anda terokai & hanya terletak di bahu jalan utama. Ruangan parkir kereta juga sangat luas berbanding kebanyakan tarikan pelancongan di Brinchang & Tanah Rata yang lain. Alang-alang sudah sampai ke sini, jangan pula lupa untuk singgah ke Avant Chocolate Cameron Highlands yang hanya terletak bersebelahan sahaja dengan bangunan Green House Garden ini. Bagi pencinta coklat & pencuci mulut yang manis-manis seperti kek atau aiskrim, Avant Chocolate Cameron Highlands ini adalah syurga buat anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4981982 | Facebook | Website

  • 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja, 39010, Cameron Highlands, Pahang

  • 9.30 am – 6.00 pm

  • Masuk percuma

*bayaran hanya untuk aktiviti dilakukan


30. Taman Agro Al-Mashoor

tempat makan menarik cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang obses dengan keenakan strawberi di Cameron Highlands, apa kata anda terokai destinasi ini yang pasti membuatkan anda tersenyum lebar. Taman Agro Al-Mashoor merupakan salah satu kawasan kebun strawberi di Cameron Highlands yang sangat popular. Lokasinya sangat mudah untuk anda lawati kerana terletak di Kampung Sedia iaitu sebuah perkampungan yang juga dikenali ‘Kampung Melayu’ & berdekatan dengan pekan tumpuan pelancong iaitu Pekan Tanah Rata serta Pekan Brinchang.

Selain melawat & merasai pengalaman memetik buah strawberi, pelancong juga boleh membeli produk-produk keluaran Taman Agro-Mashoor yang berasaskan buah strawberi seperti kordial, jem, sambal, halwa & sebagainya. Malah, anda juga boleh menjamu selera di sini dengan menu trademark di sini iaitu aiskrim strawberi yang sangat sedap berbanding di tempat lain. Aiskrimnya sangat berkrim, mempunyai rasa strawberi yang ‘kaw-kaw’ & tidak keterlaluan dikatakan tekstur aiskrimnya lebih hebat berbanding aiskrim strawberi yang ada di pasaraya.

Pusat agro pelancongan ini adalah satu destinasi yang sangat disyorkan untuk mereka yang ingin menikmati produk makanan strawberi tanpa rasa was-was dengan status halalnya. Maklumlah, pemiliknya adalah muslim & juga merupakan bekas staf di MARDI Cameron Highlands. Yang menjadi cabaran untuk ke sini hanyalah satu, iaitu kawasan parkir kereta yang terlalu terhad. Ini kerana lokasi destinasi ini sendiri yang terletak di perkampungan & mempunyai jalan raya kecil sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-5760669 | Facebook

  • Taman Agro Al-Manshoor, No 20, Cameron Highlands, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Selasa-Ahad;
    • 8.30 am – 5.30 pm
  • Isnin ditutup

  • Lawatan percuma


31. Air Terjun Parit

 air terjun di cameron highland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah satu air terjun yang mudah diakses oleh pelancong dengan kenderaan & lokasi air terjunnya juga sangat mudah untuk diterokai tanpa perlu meredah hutan yang jauh. Air Terjun Parit atau Parit Fall ini terletak di dalam Hutan Lipur Parit Fall Cameron Highlands & berdekatan Kampung Sedia. Destinasi ini bukanlah air terjun yang popular seperti di Lata Air Terjun Iskandar & jarang pelancong yang datang ke sini untuk mandi manda mungkin kerana suhu yang sejuk di sini & juga airnya sedikit tercemar.

Tetapi, sekiranya anda ingin melihat suasana di destinasi air terjun di Cameron Highland, Air Terjun Parit sangat disyorkan. Bagi kaki fotografi, banyak landskap & subjek menarik yang boleh anda rakam gambar ketika menuju ke kawasan tadahan utama air terjun seperti rimbunan pokok hutan yang besar, jaringan akar kayu besar yang menjalar & sebagainya. Dari kawasan parkir kereta, anda hanya perlu berjalan melalu denai hutan yang disediakan sekitar 5-8 minit sahaja. Cabaran trek ini tidak sukar & sangat mudah untuk diterokai oleh sesiapa sahaja.

Keaslian kawasan hutan sekeliling masih terjaga & bunyi unggas serta aliran air terjun di sini membangkitkan lagi suasananya yang mendamaikan. Aliran air terjunnya tidaklah terlalu besar & terdapat juga titian gantung yang merentasi anak sungai di sini. Sekiranya anda menginap di hotel yang berdekatan seperti Century Pines Resort, bolehlah datang ke sini untuk santai-santai sambil menghirup udara yang segar di Parit Fall ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Eko Rimba Parit Falls,  Kampung Sedia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang

  • Tidak dikhususkan

  • Percuma


32. Air Terjun Robinson

air terjun robinson cameron

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah lagi destinasi air terjun di Cameron Highlands yang sangat popular di kalangan pendaki. Destinasi ini bukanlah air terjun yang menjadi tempat mandi manda di Cameron Highlands. Ini kerana air terjunnya curam, tinggi & kawasannya terlalu berbatu. Malahan, tidak ada kawasan tebing yang sesuai & landai untuk pengunjung hamparkan tikar bersantai di tepi air terjun.

Namun, destinasi ini adalah sangat ideal untuk anda sekiranya anda sukakan aktiviti jungle trekking ataupun fotografi. Tidak dinafikan, pemandangan dari jauh melihat Air Terjun Robinson ini memang sangat menarik setara dengan air terjun popular lain. Deruan air terjunnya yang kuat & diiringi pula bunyi cengkerik rimba menambahkan lagi suasananya seolah-olah seperti berada di Taman Negara. Sayangnya, sebaik mendekati kawasan air terjun ini, warna airnya tidaklah terlalu jernih & lebih menyedihkan lagi, terdapat botol-botol serta plastik yang dibuang merata-rata.

Untuk menuju ke Air Terjun Robinson, pengunjung perlu melakukan pendakian sekitar 10 minit. Terdapat denai hutan yang disediakan untuk pengunjung menuju ke kawasan air terjun. Walaupun tiada papan tanda & papan arah, namun cabaran menuju ke lokasi air terjun ini tidak sukar kerana anda boleh mengikuti sahaja bunyi aliran terjun yang deras dari jauh lagi. Sekiranya hari hujan, anda tidak disyorkan untuk melakukan aktiviti pendakian di sini kerana trek pendakiannya yang agak curam ini akan menjadi basah & licin.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Robinson, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang

  • Tidak dikhususkan

  • Percuma


33. Air Terjun Lata Iskandar

air terjun menarik di cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Secara geografinya, Air Terjun Lata Iskandar ini terletak di dalam Negeri Perak. Lokasinya terletak tidak jauh dari sempadan Cameron Highlands & terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands. Air terjun ini merupakan sebahagian daripada kawasan yang terdapat di dalam Hutan Lipur Lata Iskandar & sumber aliran airnya dari kawasan bukit, pasti akan memberi kedinginan yang menyegarkan sekali. Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk aktiviti meredah hutan. Pemandangan air terjun & deruan air yang akan didengari memang sangat mengulit serta membuatkan hati nyaman.

Waktu cuti sekolah & hujung minggu, destinasi ini memang sangat ramai dengan pengunjung yang bertandang. Masalah utama kalau bercuti ke sini adalah kawasan parkir kereta yang tidak sistemetik & agak mencabar kerena hanya di bahu jalan. Kemudahan asas lain seperti tandas & surau ada disediakan. Sekiranya anda bercadang menuju atau pulang dari Cameron Highland melalui Tapah, bolehlah singgah di sini untuk berkelah bersama keluarga.

Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan kraftangan yang menarik pada harga yang sangat berpatutan. Kebanyakan barangan kraftangan yang dijual memang sangat halus seninya & unik seperti ukiran kayu, produk anyaman, labu & sebagainya. Bolehlah anda beli untuk dijadikan cenderahati untuk diri sendiri atau keluarga di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-4011216

  • Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak

  • 7 am – 6 pm

  • Percuma


34. Highland Apiary Farm & Bee Farm

apa menarik di cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tarikan pelancongan yang berkonsepkan ‘kebun bertaman bunga’ di Cameron Highlands memang banyak & salah satunya adalah di Highland Apiary Farm & Bee Farm. Lokasinya hanya terletak di pertengahan jalan menuju ke Ladang Teh Boh di Ringlet. Lebih menarik, di sini juga terdapat kawasan ternakan lebah yang tidaklah berapa besar yang pasti akan membuatkan anak-anak teruja. Terdapat satu ruangan kaca yang boleh anda lihat lebah-lebah berkerja di dalam sarang.

Satu alternatif yang bagus untuk memudahkan pengunjung melihat lebah ini di habitat semulajadinya dengan lebih jelas. Terdapat juga kawasan pusat jualan yang menjual madu-madu lebah asli yang dihasilkan di sini & juga barangan cenderahati. Tarikan utama & paling banyak di sini adalah bunga & juga pokok strawberi. Waktu berbuah, bolehlah anda membeli buah-buah strawberi yang ditanam dalam kawasan yang sangat bersistematik di sini.

Pokok-pokok bunga di sini juga sangat bervariasi & sesetengahnya dikategorikan agak eksotik kerana bunga sedemikian hanya terdapat di kawasan tanah tinggi. Kawasan parkir kereta di sini juga luas untuk pengunjung & sekiranya anda menuju pulang ke KL, bolehlah singgah di sini untuk membeli buah tangan atau cenderahati sebelum meneruskan perjalanan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019- 5038511 | Website

  • 1/2 km Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang

  • 8 am – 6 pm

  • Percuma ( destinasi kebun & beli belah)


35. Century Pines Resort Cameron Highlands

hotel terbaik di cameron highlands

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi penginapan popular di Cameron Highland yang sangat strategik, selesa, harga berpatutan & sesuai untuk seisi keluarga. Hotel ini terletak di Bandar Tanah Rata iaitu bandar terbesar di Cameron Highlands & hanya 3 km dari kawasan Brinchang. Lokasinya juga hanya 5 minit berjalan kaki ke Stesen Bas Tanah Rata ( Terminal Freesia ) & dikelilingi dengan tempat makan yang boleh anda jalan kaki sahaja.

Hotel yang bertaraf 4 bintang ini menjanjikan keselesaan pada tahap maksima dengan pilihan bilik penginapan yang sesuai untuk pelancong yang bercuti di Cameron Highlands secara solo ataupun dalam kumpulan yang besar. Dengan jumlah 153 bilik penginapan & 10 variasi pilihan bilik, hotel ini pasti ada jawapan yang sesuai untuk apapun tujuan anda bermalam di sini. Sekiranya anda pertama kali bercuti ke Cameron Highlands dengan bas & tanpa kenderaan, hotel ini adalah yang terbaik untuk anda menerokai tempat menarik di Tanah Rata.

Semua aktiviti menarik yang sinonim dengan Cameron Highlands, boleh anda lakukan dengan mudah dari hotel ini seperti melawat ladang strawberi, melawat kebun bunga, mendaki ke air terjun, makan di tempat menarik & sebagainya. Untuk yang berhasrat mengadakan seminar syarikat atau mesyuarat, hotel ini juga adalah pilihan yang bijak. Segala fasiliti seperti bilik mesyuarat atau dewan, tersedia untuk kemudahan anda. Sambil-sambil bermesyuarat, sambil-sambil jalan jalan ke destinasi menarik di sekitar hotel.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-4915115 | Website

  • Jalan Masjid, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Sepanjang tahun ( destinasi penginapan)


36. Taman Pertabalan Tanah Rata

taman pertabalan tanah rata

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah taman santai-santai yang terletak di tengah-tengah Bandar Tanah Rata, Cameron Highlands. Taman ini lebih kepada tempat untuk pengunjung setempat beriadah petang atau pagi kerana mempunyai trek jalan kaki & taman permainan kanak-kanak. Malah, ianya juga menjadi tumpuan pelancong ke sini untuk berswafoto kerana terdapat mercu tanda yang menarik seperti menara jam digital & juga landmark I Love CH. Waktu cuti sekolah, taman ini memang sesak dengan kehadiran pelancong walaupun ianya sekadar ‘taman riadah petang’ sahaja.

Sekiranya anda menginap di hotel sekitar Bandar Tanah Rata, bolehlah mencuri masa pada waktu petang untuk melihat suasana taman ini & juga bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan dalam album percutian anda di Cameron Highlands. Landskap taman riadah ini tidak kurang menariknya, terdapat pokok-pokok bunga hiasan berwarna warni yang sangat ideal untuk anda mengasah kemahiran macro photography.

Manalah tahu, sekiranya anda baru beli smart phone yang berteknologi terkini, bolehlah mencuba keupayaan kamera telefon baru anda di sini. Lokasi taman ini sangat mudah untuk anda jumpa & hanya bersebelahan dengan Terminal Bas Tanah Rata. Walaupun taman rekreasi menarik ini tidaklah terlalu besar seperti tempat menarik di Tanah Rata yang lain, apalah salahnya singgah seketika untuk luangkan masa berkualiti bersama anak-anak di sini. Tiada bayaran dikenakan & tiada apa-apa yang hendak dirugikan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Pertabalan Tanah Rata, 12, 59, 39000 Tanah Rata, Cameron Higlands, Pahang

  • 24 jam ( taman rekreasi awam)

  • Percuma


37. Cameron Flora Park

flora park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Cameron Highland terdapat satu tempat yang memang bagaikan dunia khayalan kerana dikelilingi bunga-bunga yang cantik seperti di taman fidausi. Anda yang datang ke sini pasti akan terpukau dengan keindahan taman bunga yang tersergam indah ini. Ada macam-macam warna bunga seperti merah, merah jambu dan putih. Jika anda datang ke sini nanti, pastikan anda bawa kamera ataupun jurugambar untuk tangkap gambar anda cantik-cantik. Memang rugi kalau masuk ke sini tapi tak tangkap gambar sepuas-puasnya.

Harga nak masuk ke sini bukan murah juga tau. Jangan harap nak masuk ke tempat lawa dan terjaga ini dengan harga yang murah ataupun percuma. Bayaran masuk ke sini ialah dari RM 488 untuk 4 orang termasuk kanak-kanak. Harga yang ditetapkan itu termasuk harga berkelah sekali ya. Anda akan dapat makanan, minuman serta barang-barang dekosari untuk berkelah. Anda ada masa selama 2 jam untuk diluangkan di dalam taman bunga ini. Setelah selesai, anda boleh pergi begitu sahaja kerana mereka akan kemas semula tempat berkelah anda tu. Memang berbaloi sangat harga yang ditetapkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0126543657 | Instagram | Website

  • 16A Jalan Corina 13, Taman Desa Corina ,39010, Tanah Rata, Cameron Highlands, 39010, Malaysia

  • Isnin –  Ahad:10 am – 6pm , panggilan terakhir: 4:30pm

  • Mengikut pakej yang diambil (bermula dari RM 488)


Alang-alang sudah bercuti di Cameron Highland ini, jangan lupa untuk membeli produk-produk yang sangat sinonim dengan destinasi Cameron Highlands seperti buah strawberi, jem strawberi, jagung mutiara, pokok kaktus dalam pasu atau pokok bunga. Bolehlah dihadiahkan kepada keluarga di rumah atau jiran tetangga di kampung. Majoriti destinasi percutian menarik di Cameron Highlands seperti di atas boleh anda beli cenderahati dengan mudah.

Seronok bukan makan angin di sini ? Banyak aktiviti yang boleh dikategorikan ‘romantis’ yang boleh anda lakukan terutamanya buat mereka yang mungkin baru sahaja bergelar raja sahari. Dengan cuacanya yang sejuk, suasana yang cantik, akses mudah dari jalan utama di Semenanjung Malaysia serta pilihan hotel menarik yang banyak, tidak keterlaluan untuk dikatakan yang Camerond Highlands adalah tempat berbulan madu di Malaysia yang paling popular.

Sebagai pelancong yang bijak merancang, pastikan anda mencari penginapan awal-awal untuk mendapatkan harga yang lebih rendah terutamanya pada waktu musim cuti sekolah dan hujung minggu. Paling penting, pilihlah destinasi penginapan di kawasan yang strategik seperti beberapa hotel yang telah dikongsi di atas supaya mudah untuk anda jalan-jalan & makan angin di sini nanti.

Cari Hotel di Cameron Highlands

Semoga perkongsian aktiviti menarik, hotel yang ideal & senarai tempat menarik di Cameron Highland seperti di atas akan memberi anda 1001 inspirasi untuk melancong ke sini kelak. Akhir kata, selamat cuti cuti Malaysia di Cameron Highlands, Pahang. Wassalam.

4.5/5 - (186 votes)

Anda Mungkin Berminat

Agro Technology Park MARDI – PELIK bunga dan buahnya

Taman Agro Tech MARDI di Cameron Highland ini hanyalah dalam 20 minit jalan kaki dairpada pertengahan Tanah Rata. Taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bunga...

8 Tempat Makan Steamboat di Cameron Highland Anda Boleh Cuba

Makan malam yang menghidang makanan steamboat sangat sosial, sesuai untuk majlis tertentu seperti sambutan hari lahir atau hari percutian. Majlis ini biasanya diadakan antara...

Big Red Strawberry Farm

Mercu tanda Cameron Highland. Selain Ladang Teh Boh di Sungai Palas, salah satu lagi ikon Cameron Highland ialah buah strawberry. Kanak-kanak mesti terasa amat teruja...

10+ Homestay Di Cameron Highlands- Berbaloi dan Selesa!

Cameron Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Pelancong yang datang bukan hanya penduduk tempatan, malah Cameron Highlands juga menjadi tumpuan...

Taman Lavender Cameron Highland – Aiskrim Berperisa Lavender?

Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah...

12 Tempat Penginapan BEST di Cameron Highland

Percutian yang sejuk dan nyaman semestinya di Cameron Highland yang merupakan destinasi percutian popular di Semenanjung Malaysia. Pemandangannya yang cantik dipenuhi kehijauan ladang teh...

137 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

137 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Shuhada
6 months ago

Best dan byk info

zie
zie
3 years ago

TQSM… PENULISAN YANG BERMAKLUMAT… banyak info

nur farhanah
nur farhanah
3 years ago

pasar malam Golden Hill,hari ahad memang tak buka ke..

lin
lin
4 years ago

saya nak datang cameron nk sambut birtday

Danish
Danish
4 years ago

Saya dan family saya nak pergi ch Sabtu ni boleh suggest tempat menarik kat sana

Nazirul
Nazirul
4 years ago

Salam… Nak tanya… Ada x homestay yang terdekat dan murah area cameron… Nak buat lawatan untuk pelatih istimewa….

Siti Faziani
Siti Faziani
4 years ago

murid prasekolah sekolah sy nak buat lawatan ke CH seramai 33 org dan gur 7 org ..blh tak suggest di mana tempat tinggal yg sesuai utk kami…kalau blh berdekatan dgn pasar malam

Lieya
Lieya
4 years ago
Reply to  Siti Faziani

Tengok trivago , murah dan berbaloi

tyran
tyran
4 years ago
Reply to  Siti Faziani

GoldenHills Apartment…book online murah sikit… or contact 0187683353 MrDickson… kami pon pergi …bulan 11 nti

mohd ismail
mohd ismail
4 years ago
Reply to  Siti Faziani

rumah peranginan persekutuan mohon disana

Hubungi Kami

137
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x