Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Warung Pokloh Milo Tunggeng

Kota Bharu sememangnya destinasi percutian yang mempunyai banyak tempat yang sangat unik. Salah satu destinasi yang jarang-jarang kita jumpa ialah di Warung Pok Loh Milo Tunggeng. Apa yang menunggeng? :p

Nama kedai macam ntah hapa-hapa je tapi unik. Apa-apa pun terpulang kepada korang penilaian bila ke sini. Jom tengok ! Sebaik sampai sekitar pukul 9 pagi, nah tu dia..berderet orang di depan kedai…warungnya kecil sahaja dan lokasi warung ini ialah di belakang Hostpital Pakar Perdana, Kota Bharu. Pagi yang tenang, langit yang membiru, memang sungguh mendamaikan dan menambah kelaparan perut di pagi hari. Dari jauh nampak macam meriah !

pok loh milo tunggeng kb

Inilah suasana warung Pok Loh Milo Tunggeng. Bukan main PINK lagi kedai dia…simple dan ringkas !! Tapi meriah !!

sarapan pagi sekitar kota bharu

Tu dia..No Wonder lah kedai ni dinamakan sempena Milo Tunggeng…Keunikan warung ini ialah terletak pada cara nak buat air Milo. Tin Milo tersebut ditebuk dari atas dan ditunggeng sehingga separuh cawan…memang kaw habis !! CD ingatkan pada mulanya sebab ada orang yang menunggeng kat sini..hehe

milo sedap kota bharu

Sekali tengok macam Milo Ais biasa kat kedai lain…rasa dia memang kaw habis !! DAN yang membuatkan air Milo Ais Pok Loh Milo Tunggeng ni lain daripada yang lain ialah cara pembuatannya dan HARGA !! Cuma RM 2.00 segelas !!

Kalau kat kedai lain memang tak dapat lah milo ais kaw camni dengan harga RM 2.00.

tempat sarapan pagi murah kb

Banyak pilihan sarapan pagi yang boleh didapati di sini. Semuanya memang sudah siap dibungkus di dalam plastik…ada nasi lemak, nasi ayam, nasi berlauk, satey dan macam-macam lagi. Semua menu popular di Kelantan boleh dijumpai di kedai Pok Loh Milo Tunggeng ni…boleh kata one stop centre jugak la..

Lokasi dia memang senang je nak jumpa, cuma di belakang hospital Pakar Perdana KB. lat/lng: 6.120391,102.242785.

4/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Top 10 Kereta Sewa di Kota Bharu Yang TERBEST

Negeri Kelantan terletak di pantai timur Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Negeri Cik Siti Wan Kembang ini sering dikaitkan dengan tempat makan yang sedap...

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah merupakan destinasi membeli belah yang amat popular di Bandar Kota Bharu. Pasar ini ibarat Pasar Besar Kedai Payang kalau korang selalu...

6 Van Sewa Kota Bharu yang Dijamin Puas Hati!

Van merupakan kenderaan pelbagai fungsi yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai ketika mereka ingin bergerak secara berkumpulan, membawa barangan atau bersiar-siar melancong di sesuatu...

Stesen Bas Kota Bharu – Jom Bercuti ke Kota Bharu!

Sebut sahaja Kota Bharu, pasti ramai sudah terbayang tempat-tempat menarik, keunikan makanan tradisional yang enak dan kepelbagaian seni budaya yang terdapat di sini. Keistimewaan...

Nasi Berlauk Mek Wok

Kali ni CD mencuba satu lagi destinasi makan-makan yang popular di Kota Bharu iaitu nasi berlauk Mek Wok. Kedai ini dibuka seawal pagi hari dan...

10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa!

Kota Bharu, Kelantan menjadi salah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk melancong ke sini. Terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang,...

17 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

17 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Pokkoman
Pokkoman
7 years ago

gelepar beraso nok gi sini. keno nasi berlauk pagi2…perrrgggghhhhh
pokloh, demo tggu ambo kelik klate!!

Hannyabdullah
10 years ago

Memang unik nama warung ni..:).

First time tengok orang buat air milo dengan cara macam tu…

profhariz
10 years ago

Artikel dan blogpost yang bagus pada hemat saya :)

Azman Ismail
10 years ago

Kalau kedai yang ada kelainan mesti laku…teringin nak makan nasi berlauk ori kelantan :)

Bahrain
10 years ago

Kedai nampak biasa tapi penuh dengan orang. Ada keunikkan pada warong tersebut.

Hafizul
10 years ago

Ooo belakang hospital perdna ekk..nanti nak singgah juga ahh bila ke KB..hehe..terbaik sungguh pok loh milo tunggeng ni..haha

Mama I.A
10 years ago

lawak betul nama kedainya..boleh mendatangkan kontroversi..hehe…siapa peminat tegar air milo memang sesuailah cuba minum kat kedai ni..

Hubungi Kami

17
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x