Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Kedai Komputer Best di Kuala Terengganu

Barangan komputer (computer devices) semakin mendapat permintaan tinggi di kala musim PKP ini memandangkan semakin ramai orang melakukan kerja dari rumah, para pelajar melakukan pembelajaran secara atas talian dan pembelian barang secara atas talian. Masyarakat di Malaysia tidak hanya menggunakan komputer untuk memenuhi keperluan bekerja dan belajar, malah digunakan sebagai hiburan seperti bermain permainan komputer, mendengar lagu dan melayari saluran TV online seperti Netflix.

Bagi memenuhi permintaan masyarakat, semakin banyak kedai-kedai komputer menawarkan pelbagai jenis produk komputer yang mempunyai ciri-ciri yang hebat dengan harga yang berpatutan.  Era digital kian membangun dengan pesat yang mana syarikat-syarikat pengeluar komputer menawarkan pelbagai jenis gajet dan komputer riba yang hebat. Antara jenama komputer riba dan komputer meja yang terkenal dalam kalangan pengguna gajet di Malaysia adalah HP, ASUS, Acer, Dell, Lenovo, Toshiba, Apple Macbook dan Samsung. Pengguna juga mengunjungi kedai-kedai komputer bagi mendapatkan pelbagai aksesori dan gajet komputer yang canggih dan terkini, seperti komputer CPU, komponen komputer, gajet rangkaian komputer, perisian komputer dan hard-disk.

Di sini kami paparkan 11 kedai komputer yang wajib anda kunjungi dan membeli-belah sekiranya anda menetap di sekitar kawasan Kuala Terengganu.

 

Kedai Komputer Best Di Kawasan Metropolitan Kuala Terengganu 


1. Amy’s Computer

amy's computer

Anda yang mencari kedai komputer terbaik di Kuala Terengganu harus singgah ke Amy’s Computer. Kedai ini menawarkan antaranya perhkhidmatan membekal secondhand & refurbished laptop dan PC, membaiki serta servis laptop, PC dan telefon bimbit, servis printer, lajukan laptop dan juga membaiki skrin laptop. Banyak kan servis yang diberikan? Dahlah servis juga laju harga pun memang berpatutan.

Selain itu, mereka memang ada banyak pilihan jika anda nak membeli komputer. Jangan risau, walaupun anda membeli yang secondhand ataupun refurbished di kedai ini, kualitinya masih dalam keadaan yang baik. Di sini ada juga, pembesar suara, pendrive dan macam-macam lagi aksesori untuk komputer. Terdapat juga set komputer yang mereka jual pada harga yang sangat murah dan memang berpatutan. Anda boleh pergi ke laman web mereka di bawah untuk mengetahui tentang promosi hebat terkini mereka.

Alamat: 918-119A , Jalan Bukit Losong Losong Haji Awang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Setiap Hari (8am-8pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:0145302279

Whatsapp Amy’s Computer

 

2. Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd 

Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd

Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenama komputer riba, aksessori komputer dan gajet moden bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden anda.
Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd turut menawarkan pelbagai jenis peralatan komputer untuk perniagaan seperti point of sale system equipment , sistem pekomputeran pejabat , worker attendance & clock-in system dan perisian perakaunan.

Antara jenis produk ICT yang dijual di outlet Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd adalah seperti modem Wi-fi, modem broadband dan rangkaian CCTV. Outlet kedai computer ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dan tidak jauh dari pelbagai tempat menarik, jadi kedai ini amat mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam.

Alamat: 16A, Jalan Dato’ Isaacs, Kampung Dalam Bata, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-690 2858

Whatsapp Iwhizz Technology & Consultancy Sdn Bhd

3. Sympearl ICT Store, Paya Bunga Square

Sympearl ICT Store

Sympearl ICT Store menawarkan barangan dan aksesori computer dari pelbagai jenama dengan harga murah dan mampu milik. Sympearl ICT Store turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer yang rosak. Sympearl ICT Store terletak di lokasi strategik di Kompleks Paya Bunga Square yang mana ianya mudah diakses dengan menggunakan pengangkutan awam. Pelbagai promosi produk komputer, hardware, perisian komputer, printer, dan aksessori computer diadakan dari masa ke masa. Rujuki laman Facebook Sympearl ICT Store untuk makluman promosi akan datang.

Alamat: Lot L2-K03/04, Kompleks Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 018-913 0168

Whatsapp Sympearl ICT Store

 

4. Alpha Tech Computer Sdn Bhd, Pusat Paya Niaga Keladi 

Alpha Tech Computer Sdn Bhd

Alpha Tech Computer Sdn Bhd terletak tidak jauh dari pelbagai tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Pasar Payang dan Jeti Shahbandar. Kedai computer ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu. Alpha Tech Computer Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis computer riba berkualiti tinggi khusus untuk golongan professional, pelajar dan gamers. Jenama-jenama computer riba yang ditawarkan adalah high-end, seperti Apple Macbook dan ASUS. Komputer-komputer riba yang dijual adalah kebanyakkan sesuai untuk gamers menikmati aktiviti gaming mereka tanpa perlu risau prestasi komputer mereka terjejas.

Alamat: No.35, Tingkat Bawah,Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu,
Terengganu. Malaysia.

Waktu Operasi:  9pm-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-6243455

Whatsapp Alpha Tech Computer Sdn Bhd

 

 Kedai Komputer Best Di Gong Badak 


5. PC Asia, Kampung Gong Badak 

PC Asia

PC Asia yang terletak di Gong Badak menawarkan barangan-barangan komputer dengan harga terendah dan terbaik di pasaran. Antara jenis barangan komputer yang dijual adalah desktop komputer, pendrive, ink cartridge printer jenama Canon HP yang original dan lain-lain. PC Asia merupakan tempat yang sesuai untuk golongan student mencari kelengkapan dan aksesori computer untuk pengajian mereka memandangkan lokasi kedai ini terletak berhampiran dengan kawasan universiti.

Alamat: 38A, Jalan Gong Badak, Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 10am-4pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 09-662 1707

Whatsapp PC Asia

 

6. Sawada Technology Sdn. Bhd. , Gong Badak 

Sawada Technology Sdn. Bhd

Sawada Technology Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai jenis barangan dan aksesori komputer berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Antara barangan hebat yang dijual adalah CPU berkepantasan tinggi seperti AMD Ryzen, Intel Core i5 ke atas , yang mana amat sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan komputer. Sawada Technology Sdn. Bhd. Turut mengadakan promosi cabutan bertuah dari masa ke masa. Pembelian barangan dari Sawada Technology Sdn. Bhd. boleh dilakukan dengan menggunakan ansuran menggunakan kad debit.

Alamat: Tingkat 1, Lot 31468B Jalan Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: Ahad-Khamis: 10am-6pm , Jumaat: tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 019-456 9590

Whatsapp Sawada Technology Sdn. Bhd.

 

 Kedai Komputer Best Di Wakaf Tembesu


 7. Otai Laptop Terengganu, Kampung Wakaf Tembesu 

Otai Laptop

Otai Laptop menawarkan khidmat komuniti membaik pulih laptop oleh professional dan membekalkan barangan komputer. Perniagaan ini dimiliki oleh 100% bumiputera Melayu dan mempunyai pelbagai cawangan seluruh semenanjung Malaysia. Sekiranya komputer anda rosak dan bermasalah, anda bolehlah menghantar komputer untuk dibaiki di Otai Laptop. Terdapat juga pelbagai pilihan komputer meja dan komputer riba yang murah dan mampu dimiliki oleh golongan pelajar untuk menyiapkan tugasan universiti mereka.

Staf-staf yang membaiki komputer adalah dan terlatih dalam bidang pembaikian komputer, oleh itu anda tidak perlu lagi risau apabila menghantar komputer riba untuk dibaiki. Antara
pilihan produk yang boleh didapati dari Otai Laptop Terengganu adalah komputer baru dan terpakai, CPU, motherboard, printer, pendrive, hard-disk dan aksesori komputer . Senarai harga servis dan produk-produk boleh dirujuk di laman Facebook Otai Laptop.

Alamat: : No 8531 – A, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 9am- 8:30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 010-254 0654

Whatsapp Otai Laptop Terengganu

 

Kedai Komputer  Best Di KTCC Mall


8. Acer Concept Store, KTCC Mall 

Acer Concept StoreAcer Concept Store yang terletak di KTCC Mall menawarkan barangan dan aksesori computer berjenama Acer. Kedai konsep terbaru Acer bukan sahaja menjual komputer riba yang berproduktiviti tinggi, tetapi juga komputer riba gaming dan juga pelbagai aksesori-aksesori komputer berkualiti tinggi. Pengguna boleh mendapatkan komputer riba terbaru keluaran Acer dengan pilihan CPU dari pengeluar AMD atau Intel.

Antara kebaikan menggunakan komputer jenama Acer adalah mesra bajet, kualiti yang hebat, rekaan yang menarik , tahan lama dan prestasi komputer terbaik dengan harga rendah. Rangkaian komputer riba Acer Predator amat popular untuk mereka yang gemarkan aktiviti gaming. Sempena musim PKP ini, dapatkan komputer-komputer riba berkualiti tinggi jenama Acer bagi aktiviti gaming dan bekerja dari rumah.

Alamat: Lot 2-47, KTCC Mall, Muara Selatan, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 10:00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:014-539 7315

Whatsapp Acer Concept Store

 

9. Asus Concept Store, KTCC Mall

Asus Concept Store

Asus Concept Store yang terletak di KTCC Mall menawarkan barangan dan aksesori komputer berjenama Asus. Peminat produk Asus boleh kunjungi outlet ini untuk mendapatkan produk-produk Asus dengan harga yang hebat. Menariknya, rekaan dalaman outlet yang trendy membuatkan pengalaman membeli-belah terasa hebat.

Komputer riba jenama Asus sememangnya terkenal dalam komuniti gamers berdasarkan kapasiti dan prestasi komputer riba yang tinggi dengan CPU yang pantas. Komputer riba jenama Asus hadir rekaan yang menarik, trendy dan futuristik . Bajet laptop Asus adalah antara sederhana ke premium.

Alamat:  Lot 2.33B, KTCC Mall Muara Selatan, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Waktu Operasi: 10:00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:09-622 9933

Whatsapp Asus Concept Store

 

Kedai Komputer Best Di Panji Curve


10. Aidea.com , Panji Curve

Asus Concept Store

Aidea.com merupakan one stop center untuk barangan komputer yang harus anda kunjungi sekiranya anda menetap di sekitar kawasan Kuala Terengganu. Selain daripada outlet yang terletak di Panji Curve, Aidea.com turut mempunyai kedai online untuk pelanggan membuat pembelian di atas talian. Terdapat pelbagai jenama komputer, aksessori komputer, monitor PC, motherboard, hardware, software, CPU, graphic card, dan printer yang boleh didapati dari satu kedai.

Khusus untuk gamers, terdapat pelbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan aktiviti gaming anda seperti kerusi ergonomik, headset, earphone, earbud, papan kekunci, dan tetikus . Semuanya datang dari jenama popular seperti Razer, TUF Gaming, dan HyperX. Aidea.com turut mempunyai cawangan outlet di Mydin Mall Kuala Terengganu.

Alamat: 6A, The Panji Cuve, Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 09-628 5599

Whatsapp Aidea.com

 

Kedai Komputer  Best Di Kuala Nerus


11. Lieos Technology Sdn Bhd 

Lieos Technology Sdn Bhd

Lieos Technology Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenama computer terkenal seperti Dell, ASUS, Acer, HP, Lenovo, dan Toshiba untuk pengguna di sekitar Terengganu.  Lieos Technology Sdn Bhd turut menjual aksessori komputer seperti hard drive, motherboard, papan kekunci, tetikus, printer , pendrive dan pelbagai lagi produk dari pelbagai jenama. Selain menjual peralatan komputer dan kelengkapan sistem ICT, Lieos Technology Sdn Bhd
turut menawarkan pelbagai khidmat berkaitan penyelenggaraan komputer dan sistem rangkaian ICT di rumah dan perniagaan.

Alamat: Lot 37744 Tingkat 1, Wisma Lieos, Dataran Rimba Square, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.

Waktu Operasi: 10am-7pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone: 09 6651777

Whatsapp Lieos Technology Sdn Bhd

 

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

7 Kedai Elektrik di Kuala Terengganu Yang Perlu Anda Tahu!

Kehidupan pada zaman sekarang memang tidak dapat dipisahkan dengan barang elektrik. Daripada sekecil-kecil barangan elektrik seperti suis dan lampu sehingga barang elektrik yang besar...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x