Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Air Terjun Chemerong – Destinasi Perkelahan yg BEST

Kalau anda bercuti atau mungkin sedang melawat sedara mara di sebelah selatan Terengganu seperti Dungun, Hulu Terengganu atau Marang dan teringin nak mandi manda di air terjun Terengganu yang menarik, salah satu destinasi ialah di Air Terjun Chemerong yang terletak dalam Hutan Lipur Chemerong.  Kalau dari bandar utama Kuala Terengganu, destinasi Air Terjun Chemerong agak jauh mungkin memakan masa dalam 2 jam perjalanan memandu bergantung jalan mana yang dilalui.

Untuk makluman, ada dua simpang utama yang boleh menuju ke Air Terjun Chemerong dari jalan utama bergantung dari mana anda datang. Sekiranya memandu dari bandar Dungun atau Chukai, Kemaman, anda kena melalui jalan utama Jabor-Al Mukhtafi Billah Shah sebelum masuk simpang ke Hutan Lipur Chemerong melalui Jalan Pasir Raja. Sekiranya dari Kuala Terengganu, Kuala Berang atau Marang anda kena melalui jalan utama Ajil-Bukit Besi dan masuk simpang menuju ke Hutan Lipur Chemerong.


Lokasi & maklumat hubungan Air Terjun Chemerong

air terjun chemerong dungun

Sebarang pertanyaan lanjut tentang program yang ingin anda lakukan di sini seperti bermalam, berkhemah atau mendaki Gunung Berembun sila berhubung dengan pihak tertera di bawah:

  • Alamat: Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7, Wisma Negeri, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Tel: 09-6274155
  • Fax: 09-623 6552
  • Peta Destinasi: Google Map
  • Waktu operasi: 8 pagi – 5 petang setiap hari
  • Harga tiket ke Air Terjun Chemerong:
    • Dewasa: RM 2/pax
    • Kanak-kanak (5-12 tahun): RM 1/pax

Perjalanan ke Air Terjun Chemerong dari jalan utama agak jauh

air terjun chemerong terengganu-min

Perjalanan dari mana-mana 2 simpang jalan utama seperti dinyatakan di atas memang agak jauh sekitar 40 km. Jadi pastikan anda sudah siap-siap isi minyak di stesen minyak di pekan terdekat. Kalau melalui jalan Jabor-Al Mukhtafi Billah Shah, stesen minyak terdekat di sini ialah di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah. Kalau melalui jalan Ajil-Bukit Besi, anda boleh isi di bandar Ajil.

Selain itu, kalau anda bercadang nak berkhemah atau bercamping di sini, sila bawa bekalan makanan yang cukup siap-siap kerana kedai runcit memang jauh. Sekiranya anda seorang yang sukakan alam sekitar, Air Terjun Chemerong memang sangat terpelihara dari segi keasliannya. Walaupun lokasinya agak jauh pedalaman namun destinasi ini sering menjadi kunjungan orang ramai terutamanya di hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Air Terjun Chemerong ini juga dikatakan antara yang tertinggi di Malaysia dan dalam perjalanan ke sini melalui jalan kampung anda sudah boleh lihat ketinggian air terjun dari jauh. Sebaik sampai di kawasan parking kereta di sini, anda sudah boleh mendengar deruan air terjun yang pasti membuatkan anda tak sabar-sabar nak mandi manda.


Terjun tiruk pun boleh

tempat-berkhelah-air-terjun-chemerong

Kehijauan air yang segar dan sejuk serta kawasan tadahan airnya yang lapang pasti membuatkan anda geram nak terjun. Kalau anda seorang yang pandai berenang dan suka melakukan aktiviti terjun tiruk dan terjun kuak lentang, Air Terjun Chemerong mempunyai satu kawasan yang lapang dan agak dalam yang sesuai untuk aksi-aksi terjun menerjun.

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil, di sini juga ada kawasan yang cetek dan sesuai untuk mandi-manda secara berendam. Namun, pengawasan ibu bapa sangat diperlukan untuk keselamatan anak-anak kecil.


Berkhemah & bercamping

tempat berkhemah chemerong terengganu-min

Kemudahan asas untuk pengunjung memang ada tersedia seperti tandas, bangsal, dewan serbaguna, tempat bersalin pakaian, bilik solat dan juga tapak perkhemahan. Sesuai untuk aktiviti team building bersama rakan sepejabat atau untuk tujuan kem-kem motivasi. Sila maklumkan kepada ranjer bertugas untuk aktiviti-aktiviti berkamping dan berkhemah. Maklumat nombor telefon di hujung artikel ini.

Kalau ingin lebih thrill, anda boleh melalui laluan bersimen & tangga yang disediakan untuk ke kawasan tadahan air terjun yang lebih tinggi. Jalan denainya memang agak curam namun sebaik sampai di atas pasti segala penat lelah akan hilang melihat keindahan air terjun di sini yang berderuan bunyinya dan sayup tingginya.


Musim tengkujuh jangan datang

hutan lipur chemerong terengganu
notis dari jabatan perhutanan terengganu

Seperti kebanyakan air terjun lain di Pantai Timur samada di Air Terjun Chemerong ataupun destinasi air terjun yang popular lain seperti Air Terjun Sekayu di Kuala Berang, sangat tidak digalakkan untuk datang berkelah di kawasan air terjun kerana hujan yang lebat boleh mengundang fenomena ‘kepala air’.


Bahaya fenomena kepala air

air terjun chemerong kepala air
fenomena kepala air di chemerong

Tambahan pula Air Terjun Chemerung ini memang tinggi jadi bayangkanlah kalau fenomena ‘kepala air’ terjadi. Memang berisiko tinggi. Kebiasaannya setiap kali pada musim tengkujuh Air Terjun Chemerong ini akan ditutup untuk kunjungan orang ramai samaada untuk ke air terjun atau untuk aktiviti pendakian ke Gunung Berembun / CBL.

Musim tengkujuh di pantai timur untuk negeri Terengganu, Pahang & Kelantan kebiasaannya bermula pada akhir Oktober sehinggalah awal Januari atau mungkin berlarutan sehingga Mac. Sila rujuk pihak meteorologi atau Jabatan Perhutana Negeri Terengganu untuk maklumat yang lebih terkini.


Pokok Cengal sebesar 13 pemeluk

Di sekitar Hutan Simpan Pasir Raja yang menempatkan Hutan Lipur Chemerong ini terdapat sebatang pokok cengal yang dikatakan yang terbesar dan tertua di dunia. Tingginya 65 m dan besar ukur lilitnya pula dianggarkan 13 pemeluk dewasa.

Namun nak ke lokasi di mana pokok cengal ini berada agak jauh dan memerlukan kenderaan pacuan 4 roda. Nak lihat betapa besarnya pokok cengal ini dengan lebih dekat, boleh rujuk video ini.


ATV di dalam denai hutan

air terjun menarik di terengganu-min

Aktiviti lain sekitar Air Terjun Chemerong yang boleh dilakukan ialah mendaki Gunung Berembun, memandu ATV di laluan hutan ataupun mungkin anda boleh menginap di homestay di sekitar Kampung Pasir Raja sambil merasai pengalaman menjadi orang kampung di kawasan yang terpencil jauh dari hiruk pikuk bandar.

Sekiranya anda inginkan penginapan di resort-resort yang menarik atau mencari chalet di Terengganu tepi pantai yang tidak jauh dari Hutan Lipur Chemerong, lokasi yang ideal adalah di sekitar kawasan bandar Dungun. Dari Dungun ke Air Terjun Chemerong memakan masa memandu sekitar 45 minit.


Banyak lagi tempat menarik di Dungun yang lain yang boleh anda lawati kalau alang-alang dah sampai ke sini. Semoga coretan ringkas ini memberi anda sedikit informasi berguna tentang Air Terjun Chemerong di Terengganu ini dan memudahkan perancangan anda ke sana kelak. Wassalam.

4.5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Pantai Teluk Gadong – Menarik, Megah, Memudahkan

Kalau dah sampai Pantai Teluk Gadong, jangan terkejut pula kalau jalan sikit dah sampai Pantai Teluk Lipat. Dua-dua pantai cantik ni bersambung, jadi pengunjung...

Warung Nasi Dagang Dungun

Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang sedap!! Menu yang glamour kat sini...

10 Tempat Penginapan di Dungun Macam Dekat BALI

Sebut sahaja 'Dungun', sudah pasti ramai yang tahu ianya merupakan sebuah daerah di negeri Terengganu. Penduduk di negeri ini tentunya berasa bangga dengan sejarah...

7 Homestay di Dungun yang Sesuai untuk Keluarga!

Kuala Terengganu memang terkenal dengan pantai yang bersih, suasana damai dan udara yang segar. Tidak hairanlah ramai penduduk dari ibu kota dan negeri lain...

Pantai Rekreasi Teluk Bidara – ANGGUN dan BERSIH

Walaupun banyak pantai-pantai cantik sekitar Dungun, Terengganu, masih ramai yang singgah di Pantai Rekreasi Teluk Bidara sebab kawasannya yang jauh dari bandar dan tenang....

Pantai Teluk Lipat di Dungun, Port PALING TENANG

Orang-orang di negeri Terengganu memang lazim dengan Pantai Teluk Lipat, lagi-lagi penuntut UiTM Dungun yang banyak kali datang ke sini dengan kawan-kawan di universiti...

8 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

8 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ahnad b Tuwet
Ahnad b Tuwet
1 year ago

Ada tour tak ke sni?

yusuf pencinta iPhone
2 years ago

wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…

Ayin
Ayin
2 years ago

Tumpang tanya skrg air terjun chemerong dibenarkan berkelah atau tidak?

azman adnan
azman adnan
7 years ago

terima kasih admin atas perkongsian berguna…baru plan nak pergi sekali tutup pulak sebab msim tengkujuh :(

bard1103
bard1103
8 years ago

nak pegi sini ade tourist guide tak?
atau boleh redah je..
kalau ade guide utk masuk hutan tu, boleh bagi fon no.

Mat Dok Dang
Mat Dok Dang
5 years ago
Reply to  bard1103

redah je

CeritaMama
CeritaMama
9 years ago

Terima kasih sudi sharing… hebat :)

Hubungi Kami

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x