Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Bercuti di Gold Coast Morib Resort, Banting

Percutian di Gold Coast Morib Resort yang terletak di Banting, Selangor sememangnya satu aktiviti yang sangat ideal untuk para ibu bapa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga terutamanya bersama anak-anak yang masih bersekolah. Resort ini terletak di tepi pantai dan tarikan utama di sini ialah taman tema air yang mempunyai kolam-kolam dan gelongsor air yang tidak kurang menariknya dengan persekitaran yang mesra kanak-kanak.

Perjalanan ke Gold Coast Morib Resort dari Kuala Lumpur tidaklah terlalu jauh hanya memakan masa kurang sejam dan lokasinya juga mudah diakses melalui jalan raya. Lokasinya yang strategik tidak jauh dari bandar-bandar utama yang lain sering menjadi pilihan keluarga untuk bercuti di hujung minggu. Gold Coast Morib Resort juga terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik lain seperti Pantai Morib, Pantai Kelanang dan juga Pantai Bagan Lalang yang popular dengan medan ikan bakar dan seafood yang sedap-sedap.


Pilihan bilik-bilik penginapan di Gold Coast Morib Resort

Resort yang siap dibina sektar 2011 ini mempunyai lebih 400 buah bilik penginapan yang terdiri daripada jenis studio berkatil 1/2, apartment berbilik dan juga penthouse. Harga bilik di Gold Coast Morib ini berbeza mengikut jenis dan juga masa percutian. Kebiasaannya waktu musim cuti sekolah dan hujung minggu harga lebih mahal.

Semak Harga Bilik Gold Coast Morib Terkini

Sekiranya anda bercuti ke sini bersama keluarga yang kecil dengan anak kecil 2 orang, pilihan bilik jenis studio sudah memadai. Biliknya luas, ada jakuzzi dan branda yang mengadap taman tema air di sini. Pengunjung juga boleh memilih bilik yang mengadap pantai sekiranya ingin menikmati pemandangan matahari terbenam.

Seperti di kebanyakan hotel dan resort lain, masa check-in adalah pukul 2 petang dan check-out adalah selewat-lewatnya 12 tengahari.


Harga Tiket Taman Tema Air Gold Coast Morib

Bercuti ke destinasi ini kalau tak ke water park yang disediakan ibarat ‘makan nasi tidak berkuah’. Taman tema air ini dibuka setiap hari dari 9.30 pagi sehingga ke 7 petang. Sekiranya anda menginap di Morib Gold Coast, kebiasaannya pakej bilik penginapan akan disertakan sekali dengan tiket masuk ke taman tema air.

  • Pakej Studio – percuma 2 tiket taman tema air
  • Pakej Apartment 2 Bilik – percuma 4 tiket taman tema air
  • Pakej Apartment 3 bilik – percuma 5 tiket taman tema air

Jadi, lebih jimat kalau anda menginap di sini sekurang-kurangnya satu malam daripada hanya datang ke sini untuk mandi manda semata-mata. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berehat selepas penat bermain di water park sebelum meneruskan perjalanan keesokannya. Harga tiket water park Morib Gold Coast untuk dewasa & kanak-kanak seperti berikut:

  • RM 25/pax – dewasa
  • RM 15/pax – kanak-kanak (2-11 tahun)

Masuk ke taman tema air ini adalah percuma untuk kanak-kanak yang kurang daripada ketinggian telah ditetapkan di sini. Senang cerita kalau kanak-kanak baka Melayu yang berumur 3 tahun dan ke bawah masuk percuma.

resort taman tema air selangor best

Sekiranya menginap sehari di sini dan anda check-in katakan pada hari ini, tiket taman tema air sah untuk digunakan sehingga keesokannya selagi gelang tiket anda tidah buang. Pengunjung juga boleh menyewa pelampung dan perahu kayuh mini yang ada di sini untuk menambahkan lagi keseronokan anak-anak untuk bermain air.


Aktiviti menarik lain di sekitar Gold Coast Resort

bercuti ke morib gold coast

Selain tarikan utama taman tema airnya, terdapat juga beberapa tarikan aktiviti lain yang ada di sekitar sini yang sesuai untuk mereka yang datang bercuti bersama keluarga atau bersama rakan pejabat untuk tujuan team building. Antaranya ialah

  • flying fox, berkayak di laut
  • high rope (berjalan di atas titian tali dari pokok ke pokok)
  • kereta mini kecil untuk disewa khas untuk anak-anak.

Memang sangat sesuailah bercuti ke Gold Coast Morib untuk hujung minggu bersama keluarga. Lokasinya juga dekat dari KL. Pantai putihnya yang gebu pasirnya sangat sesuai untuk aktiviti larian anak-anak bersama yang tersayang seperti di dalam filem hindustan.


Makan malam di Pantai Bagan Lalang

Sesudah seharian penat bermain di taman tema air di sini, apa kata anda mencuba pula makan malam di Pantai Bagan Lalang yang sangat terkenal dengan restoran-restoran atau medan ikan bakar yang menyediakan pelbagai jenis masakan laut yang sedap-sedap.

Perjalanan ke Pantai Bagan Lalang dari Gold Coast Resort ini mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Walaupun jaraknya agak jauh hanya untuk makan malam namun pilihan lauk seafoodnya yang segar bugar dan harganya pula berpatutan masuk akal, dan memang tidak mendukacitakan.

Kalau anda suka ‘makan besar’, sangat dicadangkan untuk ke sini. Ada beberapa restoran yang boleh anda cuba yang sering menjadi pilihan pengunjung dan restoran yang pernah saya singgah ialah di HM Sri Bagan Lalang. Dibuka dari 6 petang sehinggalah 1 pagi. Lokasi restoran ini juga santai di tepi air.


Semoga perkongsian ringkas ini memberi anda idea untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik sekiranya bercuti di Gold Coast Morib Resort kelak. Wassalam.

3.4/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Makan Menarik di Banting 10 yg TERBAIK

Dalam artikel kali ini, kita akan meneroka 10 tempat makan menarik di Banting yang pasti memikat selera anda. Dari hidangan tradisional yang kaya dengan...

Pantai Morib di Banting – Destinasi Percutian untuk Keluarga

Salah satu destinasi percutian tepi pantai yang terkenal di kalangan warga KL, Selangor dan negeri sekelilingnya iaitu Pantai Morib di Banting, Selangor. Kalau bercuti di...

TOP 10 Homestay Banting Pilihan Utama Pelancong

Dalam usaha untuk membantu anda menjalani penginapan yang sempurna di Banting, Selangor, kami dengan gembiranya menyusun senarai pilihan homestay Banting terbaik di destinasi ini....

TOP 10 Tempat Menarik di Banting yg POPULAR

Nak hilangkan bosan dan cuba sesuatu yang baru? Jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke semua tempat menarik di Banting, Selangor yang bakal...

Tadom Hill Resort – Lokasi Percutian Menarik di Banting

Destinasi penginapan resort di sini mungkin tidak sepopular dengan resort-resort di Langkawi atau pulau-pulau di Sabah, namun sekiranya anda mencari lokasi percutian menarik berdekatan...

14 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mira
Mira
1 year ago

Macam mana nak booking bilik yang ada pakej sekali taman tema ye?

tini
tini
2 years ago

waterpark masih tutup lagi ke

rizal
rizal
2 years ago

water park dah buka ke, sy nk p 3/11/21 ni.

Suriyah
Suriyah
2 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Water park dah buka ke.. Berapa tiket skrg utk dewasa dan kanak kanak

Fuad
Fuad
2 years ago

Bil astrt buka tamna tem air ni utk time pkp ni

Fahmi
Fahmi
5 years ago

Ape nombor telefon morib goldcoast water park

Reen
Reen
5 years ago

Bole wasap saya untuk saya sharekan price theme park http://RynzCottage.wasap.my

ieda isman
ieda isman
5 years ago

harga tiket kanak & dewasa

Hubungi Kami

14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x