Budget Honeymoon ke Maldives: Petua Jimat untuk Pasangan Malaysia

Siapa kata Maldives hanya untuk pasangan kaya berhoneymoon? Ramai yang sering kali salah anggap Maldives sebagai destinasi bulan madu paling mustahil, paling mahal dan hanya sesuai untuk selebriti, influencer atau mereka yang ada banyak duit! Namun realitinya, Maldives sebenarnya boleh dinikmati secara bajet jika anda dan pasangan tahu cara merancang budget honeymoon ke Maldives dengan memilih pulau yang betul, dan tidak terperangkap dengan naratif “Maldives tempat orang berduit”.

Jadi, kalau anda dan pasangan mempunyai impian untuk berbulan madu di Maldives tapi risau tentang kos, TOLONG buang jauh-jauh naratif di atas tau! 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan itinerari 5 hari 4 malam, termasuk penginapan budget-friendly, aktiviti seronok, makanan halal, dan juga empat pulau tempatan yang sesuai untuk bajet hasil perkongsian seorang individu di Threads @asingaporeanabroad.

Artikel ini boleh dijadikan panduan untuk trip anda nanti dan ia juga sesuai untuk semua pasangan lain yang nak rasa vibe Maldives tanpa perlu pening tentang bajet! 

Budget Honeymoon ke Maldives untuk Pasangan Malaysia: Mitos atau Realiti?


Konsep Local Island Berbanding Private Island

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @frederikkenikolaisen

Bagi anda yang inginkan percutian budget honeymoon ke Maldives, salah satu kunci utama menjimatkan percutian anda dan pasangan di sini adalah dengan memilih pulau tempatan atau local island.

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @frederikkenikolaisen

Kalau anda nak tahu, Maldives mempunyai lebih 200 pulau berpenghuni yang dikenali sebagai local island. Pulau-pulau ini didiami oleh penduduk tempatan dan dibangunkan dengan rumah tamu serta hotel kecil yang sah dan berlesen dengan kemudahan asas yang selesa.

Berbeza pula dengan private island yang memerlukan kos tinggi untuk penginapan, pengangkutan dan pakej lengkap, local island membenarkan anda menggunakan feri awam serta mampu menikmati harga makanan yang jauh lebih berpatutan dan pastinya sedap!.


Kenapa Local Island Lebih Mesra Bajet

Beza local island dan private island hanyalah pada tahap eksklusiviti. Local island menawarkan akses terus kepada pantai cantik, air birunya yang jernih, pelbagai aktiviti laut yang sama seperti resort mewah dengan harga penginapan yang jauh lebih rendah dan mesra bajet, makanan halal yang mudah didapati, serta suasana lebih santai. 

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @proruben

Tanpa perlu menginap di private island, anda dan pasangan masih boleh menikmati pantai pasir putih, bermain dan menikmati kesejukan air laut yang jernih serta melakukan aktiviti snorkeling tanpa perlu membayar harga premium.

Local island ini juga sangat sesuai untuk anda dan pasangan yang mengutamakan pengalaman sambil meluangkan banyak masa bersama dalam suasana yang sudah lebih daripada mencukupi tanpa perlu membayar harga premium. 


Aspek Halal dan Komuniti Muslim dalam Budget Honeymoon ke Maldives 

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @dimashupinski
budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @dimashupinski
budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @dimashupinski

Nikmati bulan madu terindah anda berdua tanpa perlu memperjudikan halal haram kerana Maldives merupakan sebuah negara Islam. Jadi, untuk menemui masjid adalah sangat mudah. 

honeymoon di maldives
Kredit gambar: Instagram @laysan_ysupova

Bukan itu sahaja, makanan halal juga tersedia hampir di semua restoran tempatan dalam suasana komuniti sangat menghormati amalan agama. Ini menjadikan pengalaman bulan madu anda dan pasangan jauh lebih selesa tanpa meninggalkan keperluan halal. 

Itinerari 5D4N Budget Honeymoon ke Maldives yang Praktikal


Hari 1: KL ke Male – Sampai & Check-in di Hulhumale

Perjalanan ke Maldives bermula dari KLIA. Pilihan terbaik untuk penerbangan bajet anda adalah melalui penerbangan Batik Air (dari RM922 return) atau AirAsia (dari RM1050) bergantung pada harga dan promosi semasa ketika anda membuat tempahan. 

Waktu perjalanan untuk sampai ke destinasi pula, flight kebiasaannya mengambil masa sekitar 4.5-5 jam.

Sampai saja di Male nanti, anda boleh pilih menggunakan pengangkutan bas awam (MVR2/RM6) atau menaiki teksi untuk ke Hulhumale, sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang. 

Untuk penginapan pula, anda berdua boleh memilih dengan menginap di hotel bajet yang harganya sekitar USD43 satu malam. 

Di Hulhumale, anda dan pasangan boleh melakukan beberapa aktiviti ringkas seperti berjalan santai di pantai, menikmati keindahan laut dengan pemandangan air biru jernih, merasai suasana dengan melawat kawasan bandar kecil di sekitar Hulhumale serta menunaikan solat di masjid tempatan.

Hari pertama anda dan pasangan di sini lebih kepada rehat selepas kepenatan dalam penerbangan panjang sambil menyesuaikan diri dengan cuaca dan vibe Maldives.


Hari 2: Feri ke Maafushi – Pantai & Makanan Halal

Hari kedua adalah masa untuk mula merasai pulau sebenar. Anda dan pasangan perlu naik feri awam ke Maafushi (MVR22/RM7) yang mengambil masa sekitar 2 jam. Tiket feri boleh book online lebih awal atau beli di jeti. 

budget honeymoon maldives
Kredit gambar: Instagram @monika_outdoor_life
budget honeymoon maldives
Kredit gambar: Instagram @monika_outdoor_life

Perjalanan ke Maafushi menggunakan feri awam memberikan anda dan pasangan pengalaman sebenar kehidupan di Maldives. 

Kami cadangkan anda melakukan perjalanan pada waktu pagi untuk ke sini supaya dapat tiba pada waktu tengah hari dan terus check-in hotel. Pada waktu petang pula anda dan pasangan sudah boleh berehat di pantai dan menikmati suasana laut yang tenang.

Maafushi merupakan pulau pelancongan tempatan yang paling popular dengan pantai cantik, restoran halal bajet dan suasana meriah dengan kemudahan lengkap untuk pelancong Muslim. 

Di sini, anda boleh menginap di Kaani Beach Hotel (USD59/malam), yang halal dan mesra Muslim, kalau tak berkenan anda boleh pilih untuk menginap di Holiday Lodge Maldives.

Maafushi sangat sesuai untuk aktiviti bersantai, bergambar, atau sekadar menikmati vibe pulau. 

Kalau nak aktiviti tambahan, boleh cuba night fishing atau berjalan-jalan di tepi jeti ketika matahari terbenam. Untuk makan tengahari atau malam, anda boleh cuba Kaani Beach Restaurant, yang harganya sekitar USD5-7 per hidangan. 


Hari 3: Snorkeling Day Trip – Coral, Sharks & Sandbanks

Hari ketiga hari paling “Worth It”, hari yang buat anda berdua terus jatuh cinta dengan Maldives.

Dengan rehat dan penyesuaian diri yang sempurna selama dua hari lalu, hari ketiga ini adalah masa untuk anda dan pasangan melakukan aktiviti laut yang wajib. Anda dan pasangan boleh join half-day snorkeling tour (USD25-35). 

Aktiviti ini termasuk melawat terumbu karang, sandbanks, melihat dolphin, dan mungkin jumpa nurse shark! Semua aktiviti ini dapat memberikan anda berdua pengalaman unik dan merasai keindahan dunia bawah laut Maldives yang terkenal.

Namun awas ya! 

Penting untuk anda elakkan mengambil pakej yang terlalu murah tanpa mendapatkan perincian jelas tentang pakej tersebut dan selalu pastikan harga final sebelum tour sebab ada risiko anda bakal kena scam.

Selain melakukan aktiviti laut, anda boleh singgah di masjid Maafushi dan solat berjemaah dengan penduduk tempatan. Untuk makan malam, cuba menu tempatan seperti Maldivian tuna salad atau ikan dengan nasi yang memang sedap dan sangat fresh


Hari 4: Off ke Fulidhoo – Chill Island Vibes

bajet honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @luaubeachinn

Kalau nak lari dari crowds, anda disarankan untuk ke Fulidhoo. Ambil waktu perjalanan terawal yang mengambil masa lebih kurang 1.5 jam dengan speedboat atau 3.5 jam menggunakan feri awam. 

bajet honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @ethan_halder

Fulidhoo ini sebenarnya jauh lebih tenang daripada Maafushi dan masih mengekalkan budaya tempatan yang kuat. Sesuai untuk anda dan pasangan yang inginkan ketenangan.

Semasa berada di Fulidhoo, anda boleh menginap di Thundi Guesthouse atau Seena Inn yang harganya lebih kurang USD40-50 satu malam bergantung pada harga dan promosi semasa. 

bajet honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @_laeisha_

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti santai seperti bersiar-siar di pulau, melihat dan merasai kehidupan sebenar penduduk tempatan.

tarian bodu beru
Kredit gambar: Instagram @ritzcarltonmaldives

Jika bernasib baik, anda dan pasangan boleh mengikuti program budaya seperti Bodu Beru Drumming Show. Program budaya ini biasanya diadakan pada hari Jumaat. 

Untuk makan malam pula, ada pilihan halal cafe seperti Dream Hut Fulidhoo. 

Pengalaman di Fulidhoo ini lebih menyeronokkan dan autentik berbanding ketika anda berada di Maafushi. Namun kalau anda dan pasangan lebih suka Maafushi, boleh pilih untuk stay lagi di sana. 

Namun, Fulidhoo mampu memberi pengalaman yang lebih santai dan jauh berbeza suasananya dari destinasi lain.


Hari 5: Kembali ke Male & Terbang Pulang

Hari terakhir, ambil early speedboat atau feri untuk balik ke Male lebih kurang 1.5 jam untuk sampai. Waktu terakhir ni, sempat lagi untuk anda dan pasangan explore bandar dengan melawat Male Friday Mosque, Islamic Centre, atau mengunjungi pasar tempatan untuk membeli ole-ole.

Flight untuk balik ke KLIA pula anda boleh pilih flight petang atau malam, jadi sempatlah kalau nak bersiar-siar lagi.

Namun perlu diingat ya! Hari terakhir anda di sini memerlukan perancangan masa yang baik kerana jadual feri terhad. 

Anggaran Bajet Honeymoon Maldives Secara Realistik


Kos Penerbangan Murah antara Tips Budget Honeymoon ke Maldives

Tiket pergi balik Kuala Lumpur-Male boleh diperoleh sekitar RM900-RM1,300 bergantung promosi.

Penginapan Guesthouse

Guesthouse atau hotel di Hulhumale, Maafushi dan Fulidhoo biasanya sekitar RM150-250 semalam bergantung pada harga dan promosi ketika itu.

Pengangkutan Laut

Feri awam jauh lebih murah berbanding speedboat, dengan kos sekitar RM10-30 setiap perjalanan.

Makanan dan Aktiviti

Makanan halal bajet sekitar RM15-30 sekali makan. Aktiviti laut pula sekitar RM100-200 bergantung pakej.

Jumlah keseluruhan sekitar RM2,000-2,200 seorang jika dirancang dengan teliti. Semua kos ini tidak termasuk shopping dan perbelanjaan peribadi tau! 

Tempat Penginapan Bajet Berdekatan Pulau Popular


Hulhumale

bajet honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @sunny_trip_ru
bajet honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @sunny_trip_ru

Bagi anda yang ingin berbulan madu secara jimat, Hulhumale merupakan pilihan penginapan bajet yang sangat praktikal kerana lokasinya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Velana. 

Ia sesuai dijadikan tempat anda dan pasangan bermalam pada malam pertama atau terakhir perjalanan ke Maldives kerana mudah diakses, menjimatkan masa perjalanan dan menawarkan penginapan bajet yang selesa.

HS Miracle Grand

HS Miracle Grand
Kredit gambar:  Website @HS Miracle Grand

Alamat: Lot No.10812 , Unigas Magu , Hulhumale’, Male International Airport, Male City and Airport, Maldives, 23000

Website

Paralian Hulhumale

Paralian Hulhumale
Kredit gambar: Website @Paralian Hulhumale

Alamat: Nirolhu Magu 12, Male International Airport, Male City and Airport, Maldives, 11256

Website


Maafushi

Maafushi
Kredit gambar: Instagram @abhishek.polavarapu

Maafushi pula terkenal sebagai pulau bajet paling popular dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Guesthouse di Alaika Maafushi selalu menjadi pilihan kerana kemudahannya yang lengkap, akses mudah ke aktiviti pelancongan serta suasana pulau yang lebih komersial dan meriah. 

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @shamvaan

Maafushi sesuai untuk anda yang mahukan keselesaan dengan kos berpatutan ketika honeymoon.

Chao Guest House

Chao Guest House
Kredit gambar: booking.com

Alamat: Halavi Magu, 08090 Maafushi, Maldives

Instagram

Elysian Hideaway

Elysian Hideaway
Kredit gambar: Facebook @Elysian Hideaway Maafushi

Alamat: Miskiy Magu Road, Maafushi, Maldives

Website

Alaika Maafushi

Alaika Maafushi
Kredit gambar: Instagram @alaikamaafushi

Alamat: Alaika Maafushi, South Male Atoll, Maldive Islands, Maldives, 08090

Website


Fulidhoo

Bagi anda pasangan yang mencari suasana lebih tenang, disarankan untuk memilih Fulidhoo.

Tempat ini menawarkan pengalaman penginapan bajet yang lebih intim dan romantik. Anda boleh menginap di Fulidhoo Ihaa Lodge.

Penginapan ini menyediakan persekitaran yang lebih privasi, kurang sesak serta pemandangan pantai yang cantik, menjadikannya pilihan ideal untuk anda dan pasangan yang inginkan penjimatan ketika honeymoon.

Fulidhoo Ihaa Lodge

Fulidhoo Ihaa Lodge
Kredit gambar: Facebook @Fulidhoo Ihaa Lodge

Alamat: Beach Road Runfass, 10010 Fulidhoo, Maldives

Facebook

Tempat Menarik untuk Budget Honeymoon ke Maldives


Maafushi

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @shamvaan

Maafushi ialah pulau bajet paling popular di Maldives kerana aksesnya yang mudah dari Male serta pilihan guesthouse dan restoran yang sangat banyak.

Paling penting semuanya mesra bajet!

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @maldivesbluewater

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti laut dengan harga mampu milik. Pulau ini sesuai untuk anda yang pertama kali menjejakkan kaki ke Maldives yang mahukan kemudahan lengkap tanpa kos tinggi.


Fulidhoo

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @acv_macro

Tempat menarik di Maldives yang seterusnya adalah Fulidhoo. Pulau ini menawarkan suasana yang jauh lebih tenang dan autentik berbanding Maafushi.

Anda boleh merasai suasana kehidupan kampung nelayan dengan budaya tempatan yang masih kuat. 

budget honeymoon ke maldives
Kredit gambar: Instagram @frederikkenikolaisen

Pulau ini sangat sesuai untuk anda yang mahu berehat sepenuhnya dan merasai pengalaman Maldives yang lebih tradisional dan damai.


Dhiffushi

Dhiffushi dikenali dengan lagun biru turquoise yang cantik serta suasana yang lebih lapang dan kurang sesak berbanding pulau bajet lain.

Di sini anda masih boleh keseimbangan antara keindahan semula jadi dan kos penginapan yang mesra bajet serta menikmati pemandangan laut dalam ketenangan tanpa gangguan dengan kehadiran pelancong yang ramai.


Thulusdhoo

Thulusdhoo pula cukup terkenal sebagai “surf capital” Maldives bagi pelancongan bajet, dengan vibe santai dan komuniti surfing yang aktif.

Di pulau ini juga mempunyai banyak kafe hip dan suasana lokal yang kasual.

Tempat menarik di Maldives ini sangat ideal untuk anda yang sukakan aktiviti dan gaya hidup pantai. 


Tips Budget Honeymoon ke Maldives untuk Pasangan Malaysia

  • Feri awam jauh lebih murah daripada speedboat. Jika masa anda fleksibel, feri awam boleh jimat sehingga RM100-150 berbanding speedboat. Tapi timing feri kadang tak menentu jadi lebih baik rancang lebih awal supaya anda tak terlepas flight.
  • Kalau nak jimat lagi, ambil feri dari Male Jetty instead of dari airport.
  • Fokus aktiviti yang benar-benar berbaloi, skip island hopping & boating tour sebabnya anda boleh jimat sehingga RM500.
  • Untuk lebih penjimatan, utamakan local island dan menginap di guesthouse.
  • Bagi anda yang mahu lebih pengalaman dan mempunyai bajet lebih, boleh ambil day tour ke private island dengan bayaran sekitar USD100 dari Maafushi ke resort seperti Adaaran Prestige Vadoo. Boleh terus walk-in ke pejabat Maafushi Tours. Rasa vibe private island tanpa perlu tidur sana. 
  • Kalau datang ke tempat menarik ini, anda tak perlu pun ambil semua pakej sebabnya kebanyakan pantai di Maldives sendiri sudah cukup cantik untuk dinikmati percuma.
  • Maldives banyak menggunakan mata wang USD dan pastikan anda bawa USD extra untuk kes emergency atau untuk beli souvenirs. Tapi kalau bawa USD100 pun dah cukup kalau anda tak nak shopping berlebihan. Kalau ada lebih pun lebih baik!
  • Ramai pelancong memilih Maafushi sebagai destinasi pertama sebelum merancang percutian seterusnya ke private island pada masa akan datang.
  • Anda perlu menghormati budaya tempatan dan mematuhi etika berpakaian
  • Kalau nak lagi jimat, boleh skip aktiviti berbayar yang tidak kritikal. Kadang pengalaman yang lebih mahal memang berbaloi, tapi pilih ikut keperluan anda. Mungkin semua aktiviti ni anda boleh buat bila datang bercuti lagi?
  • Hotel bajet pun dah best, tapi kalau nak lebih selesa boleh tambah sedikit budget untuk hotel tepi laut & makanan sedap. 
  • Kalau anda datang bercuti ke Maafushi, 3 hari sebenarnya dah cukup untuk explore pulau, jalan kaki, dan shopping di kedai tempatan.

Maldives Tidak Semestinya Mahal Jika Ikut Tips Budget Honeymoon ke Maldives Ini

Maldives bukan destinasi eksklusif untuk golongan kaya semata-mata tau! Dengan budget honeymoon ke Maldives RM2,000-2,200 seorang, anda dan pasangan dah boleh rasai Maldives sebenar tanpa perlu travel ke resort mahal. 

Pengalaman snorkelling, bersiar-siar di pulau kecil yang tenang, merasai makanan halal lagi sedap sambil menghayati budaya tempatan boleh buat anda dan pasangan menikmati honeymoon romantik secara bajet, malah lebih autentik berbanding resort mewah.

Pilihan di tangan anda. Yang penting, impian honeymoon di Maldives tu kalau bukan sekarang tunaikan, bila lagi?

Baca juga: Kenapa Maldives Pilihan Sempurna Untuk Destinasi Bulan Madu Mesra Muslim

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x