Buffet Ramadhan 2018 – Senarai Harga & PROMOSI TERKINI

Adakah anda mencari destinasi menarik di Malaysia untuk berbuka puasa pada bulan puasa tahun 2018 nanti? Nah, ini dia senarai TERKINI Buffet Ramadhan 2018 di Malaysia yang akan dikemaskini setiap hari sehigga bulan Ramadhan nanti.  Senarai ini pasti akan memudahkan anda untuk mencari destinasi berbuka puasa buffet bersama rakan sepejabat, keluarga atau anak-anak. Kesemua destinasi berbuka puasa buffet 2018 di bawah ini terdiri daripada lokasi seperti restoran, hotel, cafe & sebagainya.

Semoga senarai buka puasa buffet Ramadhan tahun 2018 ini memberi anda kemudahan untuk membuat perancangan destinasi & memilih harga Ramadhan Buffet yang kena dengan ketebalan poket masing-masing. Sebelum menjamu selera di Bulan Ramadhan ini, pastikan anda tahu waktu berbuka puasa (terbitan JAKIM) 2018 di seluruh Malaysia. Majoriti destinasi berbuka puasa 2018 di bawah menawarkan PROMOSI UNTUK TERAWAL /EARLY BIRD PROMOTION bagi mereka yang buat tempahan awal sebelum Bulan Ramadhan. Sila semak pautan info lanjut dalam setiap destinasi berbuka puasa buffet 2018 di bawah.


100+ Destinasi Buffet Ramadhan 2018 di Malaysia

  • Harga sekepala Buffet Ramadhan 2018 yang terpapar dalam jadual dibawah ini adalah harga SEBELUM potongan /Early Bird Promotion.
NegeriKawasanDestinasi BuffetHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-Kanak (RM)Info Lanjut
SelangorCyberjayaDewan Banquet Astana59.0035.00Info
SelangorKuala SelangorDe Palma Eco Resort49.0025.00Info
SelangorAmpangDe Palma Ampang95.0055.00Info
SelangorShah AlamDe Palma Shah Alam75.0038.00Info
SelangorPutrajayaDewan Ambassador Putrajaya68.0038.00Info
MelakaAlor GajahA'Famosa Resort75.0050.00Info
Kuala LumpurKLCafe D'Istana Jalamas42.9030.00Info
SarawakKuchingQaseh Sumayyah Katering15.0015.00Info
MelakaMelakaRC Hotel Melaka48.0028.00Info
SelangorKajangRestoran CItarasa Azizah35.0020.00Info
SelangorShah AlamGrand BlueWave Hotel125.0065.00Info
KedahAlor SetarHotel Seri Malaysia49.0025.00Info
N. SembilanNilaiUBE Banquet Hall59.0018.00Info
SelangorShah AlamLaman Kayangan65.0035.00Info
SarawakMiriPullman Miri Waterfront98.0049.00Info
Kuala LumpurKLSime Darby Convention Centre99.0099.00Info
Kuala LumpurKLHiofs Hiofs65.0032.50Info
SelangorBangiHotel Puri Pujangga70.0035.00Info
SelangorAmpang JayaKelab Darul Ehsan68.0035.00Info
MelakaMelakaGold Coast Melaka39.0029.00Info
SelangorPetaling JayaCrystal Crown Hotel95.0065.00Info
SelangorAmpangThe Sultani65.0045.00Info
Kuala LumpurKLSama Sama Hotel95.0050.00Info
KedahSungai PetaniPark Avenue Hotel80.0048.00Info
SarawakKuchingBCCK78.0040.00Info
PerakPulau PangkorMarina Island Pangkor Resort55.0047.00Info
KedahSungai PetaniMeriton Hotel55.0035.00Info
JohorJohor BahruAmerin Hotel JB69.0049.00Info
SelangorKajangCitarasa Azizah38.0030.00Info
Kuala LumpurKLLe Quadri Hotel98.0049.00Info
MelakaAyer KerohD'Village Resort45.0025.00Info
PerakSemanggolBukit Merah Laketowrn Resort48.0035.00Info
Kuala LumpurKLMercury KL Shaw Parade Hotel88.0048.00Info
Kuala LumpurKLHotel Istana KLCC155.0078.00Info
PerlisKangarHotel Seri Malaysia Perlis42.0045.00Info
SelangorAmpangLavender Garden Hall79.9039.30Info
Kuala LumpurKLHadramawt Kitchen59.0025.00Info
Kuala LumpurKLGrand Campbell Hotel75.0040.00Info
MelakaAyer KerohMITC Summit Hotel Melaka43.0025.00Info
PerakIpohMH Hotels70.0050.00Info
PerakTaipingHotel Seri Malaysia Taiping35.0018.00Info
Kuala LumpurKLHotel Maya128.00128.00Info
Kuala LumpurKLAlamritz Katering60.0030.00Info
SelangorKlangPremiere Hotel118.0098.00Info
SelangorShah AlamGeno Hotel88.0044.00Info
Kuala LumpurKLSeri Pacific Hotel80.0080.00Info
Kuala LumpurKLAngkasa Hotel KL68.0040.00Info
N. SembilanPort DicksonAngkasa Hotel PD48.0030.00Info
PahangPekanAngkasa Hotel Pekan68.0040.00Info
Kuala LumpurKLBerjaya Times Square Hotel128.0058.00Info
PenangBayan LepasEastin Hotel120.0060.00Info
Kuala LumpurKLPNB Perdana Hotel123.00100.00Info
Kuala LumpurKLCerana Coffee House85.0060.00Info
SelangorPetaling JayaTropicana Golf & Country Resort112.0055.00Info
Kuala LumpurKLPacific Regency Hotel98.0049.00Info
Kuala LumpurKLSani Hotel68.0025.00Info
SelangorPetaling JayaKelab Golf Seri Selangor78.0055.00Info
SelangorPutrajayaPullman Putrajaya Lakside188.00110.00Info
SelangorSubangMelati Room @ Dorset Grand Subang155.00155.00Info
SelangorSubangTerazza Brasserie @ Dorset Grand Subang165.00165.00Info
MelakaAlor GajahA Famosa Resort Melaka75.0045.00Info
MelakaJln Tun AliHotel Sentral Riverview43.8021.90Info
JohorJohor BahruNew York Hotel95.0048.00Info
JohorJohor BahruSilka Hotel JB70.0033.00Info
N.SembilanSerembanKlana Resort Seremban60.0040.00Info
KedahSg. PetaniPark Avenue Hotel Sungai Petani80.0048.00Info
N. SembilanSerembanHotel Royale Chulan Seremban110.0055.00Info
PerakManjungRitz garden Hotel49.0025.00Info
JohorSegamatVIP Hotel48.0033.00Info
JohorPulauPulai Spring Resort10854Info
Kuala LumpurKLPWTC88.0045.00Info
SelangorShah AlamLaman Qasrina33.0019.00Info
KedahSungai PetaniSwiss Inn Hotel65.0035.00Info
JohorKota TinggiLotus Desaru Beach Resort55.0028.00Info

Sila Semak Status HALAL Destinasi Berbuka Puasa Anda

status-halal-buffet-ramadhan-2018Andainya anda merancang nak ke tempat berbuka puasa buffet samaada di restoran ataupun di hotel yang tidak anda biasa datang, sebaiknya semak dahulu status halal JAKIM.

Banyak kes tahun sebelum-sebelumnya ada destinasi yang menyediakan pakej buffet Ramadhan tidak mempunyai sijil halal. Jadi untuk kesahihan, sebelum tempah sebarang Ramadhan Buffet 2018 sila semak status halal destinasi pilihan anda dengan JAKIM.


Pakej Early Bird Buffet Ramadhan 2018 Setiap Destinasi

ramadhan-buffet-2018-promotionBoleh dikatakan lebih 50% daripada destinasi buffet Ramadhan 2018 di atas menawarkan harga promosi untuk mereka yang buat tempahan baucer awal sebelum tarikh tertentu. Kebanyakanya berakhir pada akhir bulan April 2018 & ada sesetengahnya beberapa hari sebelum tarikh 1 Ramadhan.

Jadi, kalau anda sudah ada perancangan untuk meluangkan waktu berbuka puasa buffet dengan keluarga, rakan sepejabat ataupun dengan pasangan, boleh semak maklumat lanjut tentang promosi harga Ramadhan Buffet 2018 di dalam setiap pautan Info Lanjut di sestiap destinasi di atas.


Pilihan Harga Pakej Ramadhan Buffet 2018

harga-buka-puasa-buffet-2018Untuk pengetahuan anda juga, setiap harga-harga  Ramadhan Buffet 2018 yang dipaparkan hanyalah dikategorikan dalam kategori pakej Dewasa & Kanak-Kanak sebagai rujukan umum untuk semua.

Ada juga sesetengah destinasi berbuka puasa tahun 2018 yang membuat tambahan pakej lain seperti untuk warga emas, golongan istimewa & juga pakej iftar secara berkumpulan baik untuk badan kerajaan, badan korporat, institusi kerajaan & sebagainya.


Konsep & Menu Berbuka Puasa Buffet 2018

ramadhan-buffet-2018-promosi-diskaunSecara kasarnya, setiap destinasi berbuka puasa tahun ini masih menerapkan konsep menu Buffet Ramadhan 2018 mengikut specialty masing-masing.

Majoriti destinasi juga masih mengekalkan konsep menu-menu yang hampir sama dengan tahun sebelumnya. Yang berubah hanyalah ‘tagline’nya sahaja & chef-chef yang akan sediakan juadah berbuka puasa anda kelak.

 


Hidupkan Ramadhan Tahun Ini Dengan Memberi

menu buffet ramadhan best 2018Dalam kita tidak sabar untuk berbuka puasa dengan menu enak bersama keluarga & sahabat kerja, janganlah kita lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik seperti anak-anak yatim & golongan fakir.

Banyakkan memberi, banyakkan sedekah & raikan mereka di bulan Ramadhan kelak dengan sumbangan-sumbangan yang kita mampu. Zaman sekarang, banyak rumah anak yatim & rumah orang tua yang boleh anda memberi sumbangan hanya secara online.


Akhir kata, samada anda bakal ‘outstation’ atau mungkin bakal bercuti ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga & mak ayah kelak, admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat merancang acara berbuka puasa anda dengan tersayang pada bulan puasa tahun 2018. Selamat Beramal & Wassalam.

Buffet Ramadhan 2018 – Senarai Harga & PROMOSI TERKINI
4.8 (96.08%) 51 votes
  • 81
    Shares

19 Komen

  1. Zara 31/05/2018
  2. Zara 31/05/2018
    • adli paradox 12/06/2018
  3. Nurul 21/05/2018
  4. wan ismail 21/05/2018
  5. Veeda Aziz 21/05/2018
  6. Siti2203 19/05/2018
    • Hazelnut 21/05/2018
  7. Apis 17/05/2018
    • Aryani 31/05/2018
  8. Azwin Zakaria 25/04/2018
  9. Muhammad Nabil Luqman bin Zulkafli 22/04/2018
    • eyta 25/05/2018
  10. Mat Ming 13/04/2018
    • Mat Dok Dang Starang 19/04/2018
  11. Jai 12/04/2018
  12. Adam 11/04/2018
  13. Ara 11/04/2018

Sila Komen

Sila SHARE