Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Ikan Celup Tepung Terengganu yang Sedap

Kalau melancong atau bercuti ke Terengganu, salah satu menu makanan santai popular di sini ialah ICT atau nama panjangnya Ikan Celup Tepung. Kalau di area KT, salah satu kedai Ikan Celup Tepung di Terengganu yang tersohor ialah di Warung Pok Nong.

Daerah Kuala Terengganu ada beberapa tempat yang popular terutamanya di area Pantai Teluk Ketapang dan juga perkampungan nelayan di Pantai Mengabang Telipot. Di area bandar KT, memang ada sesetengah gerai di tepian pantai Batu Buruk namun tidaklah sepopular dan semeriah yang ada di Pantai Teluk Ketapang atau di Mengabang Telipot.


Kedai-kedai ikan celup tepung Terengganu yang BEST

Ada beberapa kedai Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu yang popular dan sedap yang sangat dicadangkan untuk anda singgah di area perkampungan nelayan Mengabang Telipot dan juga di Seberang Takir.


Kedai ikan celup tepung di area Mengabang Telipot

1. Warung Ikan Celup Tepung Poknong

warung poknong ikan celup tepung

Boleh dikatakan sebagai kedai Ikan Celup Tepung yang paling popular di Kuala Terengganu yang terletak di Mengabang Telipot. Dari Bandar utama KT ke sini mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Warung Poknong ini terletak di tepi pantai dan di sini terdapat beberapa warung Ikan Celup Tepung yang lain yang tidak kurang menariknya.

Seperti biasa di mana-mana kedai ICT di Terengganu, kebanyakan menu makanan utama yang menjadi tarikan ialah sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung dan pari celup tepung.

sotong celup tepung sedap terengganu

Di Warung Pok Nong ini, menu kegemaran pengunjung ialah ‘Sotong Gunting’nya, panggilan kepada Sotong Celup Tepungnya yang besar-besar. Sotong goreng ini perlu digunting terutamanya ketika masih panas kepada potongan yang lebih kecil untuk memudahkan kita makan.

goreng tepung best terengganuSelain aneka makanana laut celup tepung yang ada di sini, anda juga boleh mencuba lauk atau santapan santai orang Terengganu yang lain seperti Ketupat Sotong, Keropok Lekor, Pulut Durian dan juga Pulut Mangga.

Untuk minuman pula, orang Terengganu sangat menggemari ‘Jagung Parut’ atau hidangan ais hancur yang diletakkan dengan manisan jagung.

Senang cerita rupanya seperti ABC yang hanya berperisa jagung. Walaupun jagung parut ini simple je, tetapi itulah minuman santai kegemaran orang Terengganu selain daripada air kelapa muda.


2. Warung Adik Beradik ( Sri Kolam)

adik beradik celup tepung

Warung Pok Nong memang super ramai kalau waktu cuti dan hujung minggu. Memang berderet dan jenuh nak menunggu meja dan juga nak beratur ambil makanan.

Sekiranya malas nak beratur panjang, tidak jauh dari Warung Pok Nong ini yang hanya 50 -100 meter ke depan, terletak satu lagi tempat makan petang yang tidak kurang menariknya iaitu Warung Adik Beradik (Sri Kolam) yang betul-betul mengadap pantai.

ikan pari celup tepungDi sini juga menyediakan ikan celup tepung seperti juga di Warung Pok Nong tetapi lain resepi tepungnya dan sosnya.

Di Warung Adik Beradik ( Sri Kolam) ini, menu makanan yang dicadangkan untuk anda cuba ialah pari celup tepung atau ikan kembung celup tepung.

Kalau anda cuba ikan pari celup tepung, pastikan ambil sosnya di dalam botol yang agak kurang pekat dan rasanya lebih sedikit masam. Baru ada ‘kick’.

Botol sos yang warna merah pekat pula kebiasaanya dimakan dengan keropok lekor ataunpun sotong celup tepung.

Yang bestnya di sini, kedai dia lebih lapang dan luas serta betul-betul mengadap dengan laut. Nak parking kereta pun senang. Memang layan pekena pari celup tepung dikombokan pula dengan air kelapa atau jagung parut di tepi pantai.


Kedai ikan celup tepung di area Pantai Teluk Ketapang/ Seberang Takir

1. Firdausy Seafood Corner

makanan best terengganu

Satu lagi destinasi untuk makan ikan celup tepung Terengganu ialah di Firdausy Seafood Corner yang terletak betul-betul di sebelah Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Di sini juga tidak kurang hebatnya dengan aneka pilihan makanan laut celup tepung dan anak-anak kecil mesti teruja kalau dapat makan sambil tengok kapal terbang mendarat. Nak ke sini pun tak susah dari Kuala Terengganu dan hanya terletak 1 km sahaja dari Pantai Rekreasi Teluk Ketapang.

bayam celup tepung yang sangat crispy

ikan celup tepung kuala terengganuSeperti di kebanyakan kedai celup tepung yang lain di Terengganu, menu ikan, udang, ketam dan pari merupakan hidangan utama di sini.

Dan yang menariknya, di sini terdapat bayam celup tepung. Dan rasanya pun memang sedap dan crispy kalau dimakan panas-panas.

Sesuailah untuk mereka yang alergik dengan makanan laut ataupun seafood.


2. ICT Haji Pok Long Seafood

ikan celup tepung seberang takir

Satu lagi destinasi ICT yang sangat popular kalau sebut je pasal Ikan Celup Tepung Terengganu ialah di Pantai Teluk Ketapang atau juga disebut Seberang Takir.

Di sepanjang pantai ini ada dalam 4-5 warung yang bersebelahan yang menyediakan makanan sebegini rupa dan hanya resepi masing-masing yang membezakan keenakan ikan celup tepunya.

ikan celup tepung teluk ketapangDan antara yang ada di sini, ICT Haji Pok Long Seafood merupakan yang sering menjadi pilihan pengunjung. Saban hujung minggu mesti penuh je orang di sini.

Bagi yang ke Kelantan melalui jalan Pantai, salah satu destinasi Ikan Celup Tepung Terengganu yang best untuk dicuba ialah di Gerai Hasnik Seri Menanti, Setiu.

Itulah dia beberapa destinasi kedai ikan celup tepung di Kuala Terengganu, semoga membantu anda dalam misi jalan jalan cari makan di Terengganu. Selamat menjamu selera.

4.2/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

Masjid Kristal Terengganu – Ikon Pelancongan Kuala Terengganu

Masjid Kristal Terengganu merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai personalitinya yang tersendiri. Selain itu, ia juga merupakan salah satu tarikan pelancongan utama yang ada...

25+ Makanan Tradisional Terengganu Yang PALING POPULAR

Bagi yang bercuti ke Terengganu jangan tak cuba beberapa jenis makanan tradisional Terengganu yang popular sama ada kuih-muih, lauk-pauk mahupun makanan santai. Beberapa menu...

Pulau Warisan (I-City Terengganu)

Mercu Tanda Baru Terengganu iaitu Pulau Warisan atau juga dikenali sebagai i-City Kuala Terengganu.  Persoalannya, adakah ianya sehebat i City di Shah Alam? Nak tahu...

13 Kafe Best Wajib Serbu di Kuala Terengganu!

Terengganu terkenal dengan keindahan pantainya dengan air membiru dan pasir putih yang terbentang di sepanjang pesisir pantai. Negeri pantai timur ini juga sering mendapat...

Kereta Sewa Kuala Terengganu & Kemaman – MURAH + DELIVERY ke Airport KT

Anda bercadang bercuti di Kuala Terengganu dengan kapal terbang atau naik bas ekspres? Kalau begitu, baguslah kerana jarak dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur...

Keropok Lekor Berkeju dan Lada Hitam

Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di Kedai Keropok Lekor Bukit Tok Beng...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Sizzling suzaj
5 years ago

Pernah rs n ganu mmg terbekkk klu ckp sl ICT ni!

Noriza Rahman
8 years ago

Memang semuanya nampak sedap-sedap belaka

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x