Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Printing di Shah Alam yang Menawarkan Pelbagai Perkhidmatan

Permulaan untuk perniagaan pada zaman kini memerlukan pengiklanan dan pemasaran untuk menarik minat pelanggan. Jadi, elemen yang penting seperti logo, kad perniagaan, banner dan papan promosi perlulah menarik. Bukan itu sahaja, sekiranya anda seorang jurugambar, anda juga mesti hendak memilih kedai printing terbaik untuk mencetak gambar pelanggan anda dengan menghasilkan kualiti terbaik. Jadi, di sini kami telah sediakan 8 kedai printing di Shah Alam yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

8 Kedai Printing di Shah Alam


1. Flexisprint, Seksyen 2

Flexisprint

Flexisprint merupakan kedai printing yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam pelbagai perkhidmatan percetakan. Kedai printing ini yang ditubuhkan pada 2004 terletak di Seksyen 2 dan juga mempunyai cawangan di Seksyen 13, Shah Alam. Perkhidmatan yang ditawarkan seperti membuat banner, poster, pelekat label makanan, kad bisnes, menu makanan, beg kertas dan sebagainya. Flexisprint juga pernah bekerjasama dengan PLUS (Projek Lebuhraya Utama Selatan (M) Berhad), SIRIM Berhad, Jabatan Alam Sekitar dan banyak lagi.

Menariknya kedai ini kerana ia juga membuat produk hadiah korporat seperti lanyard, mug, buku nota dan beg. Jadi, kedai ini sangatlah sesuai dengan syarikat-syarikat yang ingin menempah sesuatu untuk diberikan cenderahati kepada pekerja-pekerja mereka. Tunggu apa lagi, jom kita singgah di Flexisprint!

Alamat: 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Jumaat (9:30 am – 12:30 pm, 2:30 pm – 6:30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-35652290

WhatsApp Flexisprint


2. Print Expert Sdn Bhd, Seksyen 2

Print Expert Sdn Bhd

Lokasi kedai printing seterusnya pula juga di Seksyen 2, Shah Alam. Kedai ini bernama Print Expert Sdn Bhd. Ianya ditubuhkan pada 2012 dan telah berkembang dan berjaya bekerjasama dengan pelbagai agensi. Print Expert Sdn Bhd mempunyai 5 cawangan iaitu di Seksyen 2, Seksyen 7, Puncak Bestari, Kuala Lumpur dan Taiping. 

Kedai ini merupakan kedai printing terbaik kerana ia memiliki ulasan positif dari ramai pelanggan. Mereka menawarkan hampir 50 perkhidmatan seperti letterhead, photobook, flyers, canvas printing, piala, hadiah korporat dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, perkhidmatan tempahan tshirt, baju berkolar, baju kemeja korporat juga disediakan. Tidak lupa juga, harga barangan yang ditawarkan sangatlah murah berbanding dengan kedai-kedai printing yang lain.

Alamat: 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Sabtu – Ahad (8.00 am – 9.00 pm), Jumaat (8:00 am – 12:30 pm, 2:00 pm – 9:00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-55250588


3. Barokah Printing & Studio, Seksyen 7

Barokah Printing & Studio

Barokah Printing & Studio terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini menawarkan perkhidmatan printing, fotostat, binding dan lain-lain. Selain itu, kedai ini mempunyai studio gambar, jadi anda boleh membuat gambar passport di sini. Dengan kepantasan yang segara, gambar passport boleh siap dalam masa 10 minit sahaja. Wow, menarik kan! 

Untuk pembayaran pula, Barokah Printing & Studio menerima wang secara cash, online transfer, debit/credit card, dan e-wallet seperti Touch n Go, Maybank QrPay, Grabpay dan lain-lain. Senang kan! Jadi, silalah kunjungi ke kedai ini jika berkesempatan!

Alamat: No XG/14, Jalan Plumbum X 7/X, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 4.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-9184302

WhatsApp Barokah Printing & Studio


4. Sn Sinar Enterprise Printing, Seksyen 2

Sn Sinar Enterprise Printing

Sn Sinar Enterprise Printing adalah antara kedai printing terbaik di Shah Alam yang menawarkan pelbagai perkhidmatan. Harga di kedai ini juga murah dan masa yang diambil untuk siap juga pantas. 

Misi utama Sn Sinar Enterprise Printing adalah menyelesaikan masalah pelanggan dengan memberi perkhidmatan percetakan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Kedai ini membuat perkhidmatan seperti tag nama, sticker, flyers, kad nama dan lain-lain. Selain boleh kunjungi ke kedai ini, anda juga boleh melayari aplikasi Shopee untuk membuat tempahan di akaun Shopee mereka. 

Alamat: 11A, Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (9.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-55232328


5. Rugbi Print Station, Seksyen 13

Rugbi Print Station

Rugbi Print Station merupakan kedai printing yang ditubuhkan pada 2009 oleh James Loh and Chin Choi Wan. Kedai ini sangat mesra pelanggan dengan memberi solusi terbaik dan sebut harga yang bersesuaian mengikut bajet anda. Printing black and white (B&W) pula, hanya berharga 10 sen sahaja. Jadi, kepada pelajar-pelajar universiti yang ingin print kerja kursus atau assignment, kedai ini adalah kedai terbaik untuk anda kunjungi. 

Bukan itu sahaja, Rugbi Print Station juga telah mendapat pelanggan dari agensi kerajaan, syarikat multinasional seperti MBPJ, Universiti MSU, Proton, Perodua dan banyak lagi. Menariknya kedai ini kerana menggunakan mesin pencetak yang berkualiti tinggi dan canggih. Sekiranya anda tinggal berdekatan di Seksyen 13 dan ingin mendapatkan perkhidmatan percetakan terbaik, pilihlah Rugbi Print Station!

Alamat: Menara U2, 01-06, 1st Floor, No. 1, Jalan Boling Padang 13/62, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.00 am – 3.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-10666933

WhatsApp Rugbi Print Station


6. MH Print Shah Alam, Seksyen 3

MH Print Shah Alam

Kedai MH Print Shah Alam ialah kedai printing yang menawarkan perkhidmatan seperti cop getah, tag nama dan cetakan cenderahati pada harga terbaik kepada pelanggan. Uniknya kedai ini adalah kerana mereka menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melayari aplikasi Shopee untuk meninjau barangan yang ditawarkan di Shopee page mereka. MH Print Shah Alam telah berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan beberapa agensi lain seperti UITM, UPM, UKM, BSN, Tabung Haji dan banyak lagi.

MH Print Shah Alam mempunyai hampir 10 tahun pengalaman dalam bidang percetakan. Sepanjang tempoh itu, mereka telah berjaya memenuhi keperluan pelanggan mereka sebaik mungkin. Apa sahaja cetakan yang diminta, MH Print pasti akan dapat membantu. Banyak lagi perkhidmatan print yang ditawarkan, seperti tempahan cetakan pada baju. Jadi, tunggu apa lagi, jom kita ke MH Print Shah Alam!

Alamat: 16A, Jalan Cendana 3/13b, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.30 pm), Sabtu (10.00 am – 4.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-5689767 

WhatsApp MH Print Shah Alam


7. Idea Master Creation Sdn Bhd, Seksyen 7

Idea Master Creation Sdn Bhd

Idea Master Creation Sdn Bhd merupakan 100% syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2010. Lokasi kedai printing ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini mempunyai staf yang berpengalaman tinggi dan memberi layanan yang mesra kepada pelanggan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, malah, tempahan boleh siap mengikut masa yang anda inginkan. 

Kedai ini mempunyai lebih dari 5000 jenis produk. Anda boleh lihat di laman web mereka atau singgah sahaja di kedai mereka untuk menempah barangan. Kedai ini juga mempunyai barangan piala dan trofi, cenderamata korporat dan sebagainya. 

Idea Master Creation Sdn Bhd telah berdaftar secara rasmi dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan beberapa agensi lain seperti UITM, UPM, UKM, BSN, Tabung Haji dan banyak lagi.

Alamat: No 8-A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 1.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-55103810


8. Purple Print, Seksyen 7

Purple Print

Kedai printing seterusnya bernama Purple Print di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang terbaik seperti printing, membuat banner, poster, kad bisnes dan sebagainya. Harga di kedai ini juga berpatutan dan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

Purple Print juga merupakan kedai mesra pelanggan. Sekiranya anda ingin membuat kad bisnes, tetapi tidak ada idea, jangan risau! Purple Print akan membantu anda mencipta logo dan design untuk kad bisnes anda. Wah, sangat helpful bukan! 

Alamat: XG-15, Block J, Jalan Plumbum X 7/X Pusat Komersial, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (9.00 am – 3.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-2950054

WhatsApp Purple Print


Banyak kedai printing di Shah Alam yang boleh anda kunjungi untuk menempah barangan cetakan dan sebagainya. Senarai kedai printing melalui artikel yang kami berikan ini diharapkan membantu anda dari segi kualiti, keperluan bajet dan lokasi yang berhampiran dengan kawasan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Marilah kita kunjungi kedai-kedai ini! 

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 8 Kedai Printing Klang Dengan Hasil Terbaik

Bagi anda yang sedang mencari kedai printing di Klang, dalam perkongsian ini, kami telah senaraikan beberapa buah kedai untuk dijadikan pilihan utama untuk memenuhi...

TOP 7 Kedai Printing Bangi Paling Berbaloi

Senarai kedai printing di Bangi merangkumi pelbagai pilihan untuk keperluan percetakan. Dengan percetakan dokumen harian seperti surat dan resume, hingga yang menyediakan percetakan kreatif...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x