Anda ingin berkongsi artikel di Cari Destinasi secara PERCUMA ?

Boleh !! Sekiranya artikel anda berkaitan tentang Dunia Jalan-Jalan & Makan-Makan

Apa Anda Dapat Kalau Terbit Artikel di Cari Destinasi

iklan percuma perniagaan malaysia

salah satu bisnes yg terkena impak positif Cari Destinasi

  • Orang akan lebih mengenali produk/servis/destinasi pelancongan anda.
  • Artikel anda mungkin akan jadi viral & menaikkan bisnes anda
  • Dapat pahala kerana membantu pembaca

Kenali Ratusan Ribu Pembaca di Cari Destinasi Yang Bakal Membaca Artikel Anda

cara promosi perniagaan menarik

jumlah pageview untuk TOP 10 Artikel di caridestinasi dlm 12 bulan

Anda kena tahu yang pembaca di blog ini:

  • Suka cari tempat menarik untuk bercuti
  • Suka cari tempat makan menarik & menu sedap untuk jalan jalan cari makan
  • Suka buat aktiviti menyeronokkan
  • Suka pakej percutian yang best
  • Suka penginapan yang unik & ada ‘value’ tersendiri

p/s Blog Cari Destinasi ibarat sebuah jalan raya yang sedang dilalui PULUHAN RIBU pengunjung harian yang dalam ‘mood’ suka melancong & suka makan-makan. Tugas anda, hanya tayangkan tawaran anda di tepi jalan ini dengan hanya menulis artikel BERKUALITI. 

Syarat WAJIB Artikel Anda

Kami mementingkan artikel yang BERKUALITI & menambah nilai pengetahuan pembaca blog ini yang tak sabar-sabar nak melancong di destinasi anda.

  • Gunakan Bahasa Melayu yang mudah & ‘straight to the point’.
  • Bukan bahasa WeeChat / SMS
  • Tidak perlu bahasa puitis seperti pujangga jalanan
  • Minimum 500 patah perkataan. Maksimum 5000.
  • Gambar – Minimum 2 gambar berkaitan.
  • Originaliti Penulisan/Gambar/Video adalah hak milik anda & bukan ‘copy paste’.
  • Boleh sertakan pautan (link) dalam artikel. 500 patah perkataan = 1 pautan (link).

Siapa Yang Patut Kongsi Artikel di Blog ini:

  • Kalau anda ada restoran/warung & menu makanan sedap
  • Kalau anda seorang pengusaha homestay/hotel/resort
  • Kalau anda seorang penyedia pakej pelancongan
  • Kalau anda ada aktiviti best untuk pelancong
  • Kalau anda seorang yang teringin nak ‘share’ pengalaman bercuti/melancong/makan makan

p/s Artikel mestilah yang memberi inspirasi POSITIF untuk pelancong melancong di destinasi anda

Contoh artikel yang telah diterbitkan:

Semakan & Ubahsuai Artikel

  • Setiap artikel yang dihantar akan disemak keasliannya.
  • Artikel yang TIDAK menepati syarat, tidak akan diterbitkan.
  • Kami akan ubahsuai (jika perlu) supaya artikel anda ‘lebih mesra’.
  • Hak penerbitan sepenuhnya bergantung kepada kami.

Cara Hantar Artikel

Sila kenalkan diri & emailkan maklumat anda seperti:

  • Perniagaan anda
  • Website/Fanpage/Instagram
  • Artikel tentang apa

Soalan Lazim

Bila artikel saya akan diterbitkan?

  • 1-3 hari

Berapa lama artikel saya akan wujud di Cari Destinasi?

  • Selama-lamanya selagi masih ‘relaven’ dari segi masa.

Pastikah artikel saya akan jadi viral & bisnes saya akan maju?

  • TIDAK. bergantung kepada pembaca. Itu kerja Tuhan, kerja kita ikhtiar & usaha.

Berapa bayaran terbit artikel?

  • Percuma.

Macamana nak buat artikel saya viral?

  • Bergantung kepada kualiti penulisan anda, kualiti gambar, kualiti video & kandungan apa yang menarik sampai pembaca nak ‘share’.

Saya macam tak percaya. Berapa bayaran terbit artikel di blog yang menerima ratusan ribu pengunjung bulanan ni?

  • Percuma.~~

p/s Tawaran terbit artikel secara PERCUMA di Cari Destinasi mungkin akan berubah bila-bila masa. Selamat mencuba & maju jaya