Panduan Makanan Halal di Yunnan: 11 Restoran & Hidangan Wajib Cuba

Ramai yang sangka bila datang ke Yunnan, China, nak mencari makanan halal sangatla susah. Salah tu! Mencari makanan halal di Yunnan sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka, terutamanya jika anda melancong ke bandar popular seperti Lijiang, Kunming, Dali dan Shangri-La. Wilayah Yunnan mempunyai komuniti Muslim yang besar, jadi pilihan makanan halal di Yunnan sangat banyak dan mesra pelancong. 

Jom kita terokai senarai restoran halal di Yunnan dengan menu popular supaya anda boleh makan dengan tenang, kenyang dan puas hati sepanjang trip ke sini.

Senarai 11 Restoran Makanan Halal di Yunnan yang Sedap & Mudah Dicari


1. Xinxin Halal Park

Xinxin Halal Park
Kredit gambar: Google review @Julie J

Jika anda mencari restoran makanan halal di Lijiang yang portion besar dan rasa padu, Xinxin Halal Park memang wajib singgah. Suasana kedainya hangat dan selesa, sangat sesuai dinikmati ketika cuaca sejuk. Menu Qing Zhen di sini dimasak segar menggunakan bahan berkualiti tinggi dan pilihan hidangannya juga sangat luas.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Izurin Razhuan

Jika ke sini, anda boleh mencuba popular seperti kacang pis goreng, daging lembu goreng dengan daun kucai, nasi goreng telur, terung pedas dan mee tarik yang sering mendapat pujian ramai pelancong. 

Xinxin Halal Park
Kredit gambar: Google review @Julie J

Bukan sahaja rasanya yang enak, portion setiap hidangan juga besar sehingga boleh dikongsi empat orang. Jadi kalau anda datang berdua memang susah nak habiskan kecuali kalau anda betul-betul lapar. 

Service di sini juga sangat baik dengan staf mereka yang sopan, cepat membantu dan kadang-kadang kalau ada rezeki anda, mereka siap bagi buah percuma.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Norsamsiah Arshad

Sama seperti stafnya yang sopan, pemilik restoran juga ramah, dengan persekitaran kedai yang bersih dan ada menu yang telah diubah suai mengikut citarasa rakyat Malaysia. Antara menu unik di restoran ini ialah “lidi daging” yang rasanya seakan daging goreng kunyit dengan sayur ala ulam raja. 

Perlu diingat, restoran ini tidak menyediakan sarapan pagi dan hanya dibuka dari 11.00 pagi hingga makan malam. Lokasinya sekitar 15 minit pemanduan dari Pekan Lama Lijiang dan menyediakan meja besar untuk kumpulan 6-8 orang.

Alamat: V69C+G43, Xueshan Rd, Gucheng District, Lijiang, Yunnan, China, 674100

Lokasi


2. Yixin Muslim Yuan

Yixin Muslim Yuan
Kredit gambar: Google review @Rini Kartini

Restoran halal di Yunnan yang seterusnya adalah Yixin Muslim Yuan. Yixin Muslim Yuan merupakan antara restoran makanan halal di Yunnan yang paling viral di TikTok. Lokasinya juga sangat strategik, hanya 2 minit jika anda berjalan kaki dari Lijiang South Gate. Restoran ini betul-betul di luar kawasan Old Town. Logo halal Qing Zhen juga terpapar jelas pada papan tanda, memudahkan anda mengenalinya.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Nazrin Rahim

Menariknya restoran halal ini, pemiliknya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, membuatkan anda dapat berkomunikasi dengan sangat mudah. 

Yixin Muslim Yuan
Kredit gambar: Google review @Mohd Noor

Makanan yang dihidangkan di restoran ini sangat segar, bersih dan harga pula amatlah berpatutan. Restoran ini menyediakan menu berasaskan daging, ikan, sayur, mee dan nasi goreng, sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, dine-in atau takeaway. 

Antara menu popular yang wajib anda cuba adalah cumin beef, dumpling, spring roll, ayam goreng, telur dadar dan sup cendawan. Jangan lupa untuk selitkan popia kerana popia di sini antara yang paling dipuji kerana rangup dan berinti penuh.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Restoran ini perlu masuk dalam list anda disebabkan ramai pelancong berkongsi pengalaman best dekat sini, termasuk pemiliknya yang sanggup memasak walaupun kedai mereka sudah hampir tutup, siap tawarkan makan di kedai atau bungkus. Ada juga yang berkongsi mereka menerima hadiah percuma sebagai tanda kunjungan mesra. 

Rugi kalau anda tak datang merasai keenakan setiap hidangan dalam suasana yang mesra!

Alamat: 140 Xianghe Rd, Gucheng District, Lijiang, Yunnan, China, 674100

Lokasi


3. Huizhenyi Xigong Muslim Fast Food

Huizhenyi Xigong Muslim Fast Food
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Huizhenyi Xigong Muslim Fast Food menawarkan pengalaman makanan halal di Kunming yang unik dengan hiburan muzik etnik secara langsung. 

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Restoran halal ini terletak di Jalan Nanchang, sesuai untuk anda yang mahu menikmati hidangan cepat tetapi tetap autentik.

Huizhenyi Xigong Muslim Fast Food
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Di sini anda dapat merasai pelbagai masakan Muslim Yunnan, dengan rasa tempatan yang kuat dan sesuai untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Suasana bandar yang santai menjadikan restoran ini tempat sesuai untuk anda berhenti berehat selepas seharian berjalan di sekitar bandar Kunming.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Sama ada anda meneroka masakan tempatan atau mencari hidangan segera, tempat ini menawarkan rasa unik pelbagai jenis makanan Yunnan.  

Alamat: 2PQ7+JJ5, Nanchang St, Wuhua District, Kunming, Yunnan, China, 650011

Lokasi


4. Mystic South Yunnan Ethnic Cuisine

Mystic South Yunnan Ethnic Cuisine
Kredit gambar: Google review @Darwisy Hakim

Jika anda ingin menikmati pelbagai rasa masakan tempatan dalam satu tempat, Mystic South Yunnan Ethnic Cuisine adalah pilihan terbaik. Menu paling popular di sini adalah masakan cendawan yang dimasak dengan penuh rasa dan aroma semula jadi.

Mystic South Yunnan Ethnic Cuisine
Kredit gambar: Google review @Laolaodaodao

Selain menu cendawan, anda juga boleh memesan itik panggang yang dagingnya sangat berjuicy, lembut dan selalu menjadi pilihan oleh ramai pengunjung. 

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Laolaodaodao

Kakitangan restoran halal di Yunnan ini juga sangat ramah dengan kualiti makanan yang tinggi dan sedap menjadikan restoran ini berbaloi untuk anda cuba.

Alamat: China, Yunnan, Kunming, Wuhua District, 90, 正东方向10米 邮政编码: 650011

Lokasi


5. Dingsheng Muslim Restaurant

Dingsheng Muslim Restaurant
Kredit gambar: Google review @Mohamed Izam Mohamed Hani

Dingsheng Muslim Restaurant merupakan restoran halal yang diusahakan oleh komuniti Islam tempatan. Dahulunya ia sebuah bengkel, namun kini bertukar menjadi tempat makan halal yang terkenal di Yunnan dengan masakan sihat dan autentik.

Dingsheng Muslim Restaurant
Kredit gambar: Google review @Mohamed Izam Mohamed Hani

Menu di sini berteraskan resipi tempatan, dimasak ringkas tetapi penuh dengan aroma dan rasa yang pelbagai. Tempat makan ini sangat sesuai untuk anda yang ingin merasai makanan halal Yunnan versi tempatan tanpa sentuhan moden berlebihan.

Jom datang dan cuba. Anda pastinya tak akan menyesal!

Alamat: China, Yunnan, Kunming, Chenggong District, 013县道 邮政编码: 650500

Lokasi


6. Dali Yangbi Pony Halal Beef

Dali Yangbi Pony Halal Beef
Kredit gambar: Google review @Zhafran Fauzi

Pilihan restoran halal di Yunnan yang seterusnya adalah Dali Yangbi Pony Halal Beef. Restoran halal ini cukup terkenal dengan daging lembu halal dan juga daging yak (pilihan premium). Semua hidangan di sini dimasak segar sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan untuk dapatkan rasa terbaik.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @nizzah kameel

Di sini anda wajib cuba menu seperti terung goreng kering dan daging pedas yang sangat digemari ramai pengunjung. Setiap menunya pula dihidang dengan portion besar yang boleh dikongsi sehingga empat orang. 

Jangan risau tersesat kerana lokasinya mudah dicari, betul-betul bertentangan dengan InterContinental Lijiang Ancient Town Resort.

Alamat: China, Yunnan, Lijiang, Gucheng District, 祥和路299

Lokasi


7. Dali Muslim Yilanyuan

Dali Muslim Yilanyuan
Kredit gambar: Google review @Nur Aina Mohd Jaffar

Dali Muslim Yilanyuan sebuah restoran di Yunnan yang menawarkan masakan halal yang dimasak sendiri oleh pemiliknya mengikut pesanan. Hidangan yang dimasak pemilik juga sangat menakjubkan dan penuh dengan rasa. Satu pinggan setiap hidangan anda boleh kongsi dengan 2-3 orang.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @ Kozu Zuwairi

Ramai pelancong dari Malaysia cakap makanan di sini sedap, rasa macam malaysia food sikit. Berkenaan harga pula, harga makanan di sini biasa-biasa ja, tidaklah terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah. Masih lagi dianggap berbaloi dengan saiz hidangan yang anda makan.

Alamat: China, Yunnan, Lijiang, Gucheng District, Jixiang Rd, 雍景苑36 邮政编码: 674100

Lokasi


8. Ma Tie Yi Wu Feng Shan Muslim Yuan

Ma Tie Yi Wu Feng Shan Muslim Yuan
Kredit gambar: Google review @ros m

Restoran ini pula cukup terkenal dengan hidangan daging yak halal. Nasi goreng daging lembu, terung goreng dan ikan yak goreng kering semuanya mendapat pujian kerana rasa sedap dan harga berpatutan.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @ros m

Restoran Ma Tie Yi Wu Feng Shan Muslim Yuan diusahakan oleh seorang wanita Muslim. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. 

Jika anda ingin mencuba hidangan unik di Shangri-La jom datang berkunjung ke Ma Tie Yi Wu Feng Shan Muslim Yuan.

Alamat: China, CN 云南省 迪庆藏族自治州 香格里拉市 200 米 邮政编码: 674400

Lokasi


9. Lanzhou Noodle Restaurant

Lanzhou Noodle Restaurant
Kredit gambar: Google review @Za’im K

Lanzhou Noodle Restaurant terletak berhampiran Stesen Kereta Api Kunming yang mengambil masa sekitar 5-7 minit jika anda berjalan kaki! 

Lanzhou Noodle Restaurant
Kredit gambar: Google review @PEAR C

Restoran kecil ini sangat terkenal dengan mi daging lembu halal dan lidi kambing yang berjuicy. 

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @PEAR C

Menu mi sup homemade yang dihidangkan juga sangat segar dan tidak terlalu masin.

Harga makanan di sini sangat berpatutan, sesuai jika anda nak makan lewat malam atau nak kenyang cepat dengan pelbagai pilihan menu lazat seperti mi daging, nasi goreng dan banyak lagi! 

Alamat: 70 Yongshan Rd, Guandu District, Kunming, Yunnan, China, 650011

Lokasi


10. Libing Muslim Beef Restaurant

makanan halal di yunnan
Kredit gambar: Google review @umu latip

Libing Muslim Beef Restaurant pula terkenal dengan hotpot halal yang murah dan sedap. Untuk 6 orang, kos kurang daripada 200 yuan sahaja, termasuk tambahan nasi goreng. Namun di masa akan datang nanti, harga mungkin akan berbeza dari sekarang. 

Restoran halal ini juga bersih, harganya tidaklah terlalu mahal dan rasa makanannya pula sesuai dengan selera rakyat Malaysia. Libing Muslim Beef Restaurant selalu jadi pilihan pertama pelancong Muslim jika datang ke bandar Lijiang.

Alamat: China, Yunnan, Lijiang, Gucheng District, Sanjiacun, Nankou Rd, 附近 邮政编码: 674100

Lokasi


11. Fang Zhou Pang Zi Kitchen

Fang Zhou Pang Zi Kitchen
Kredit gambar: Google review @JL

Pilihan terakhir restoran halal di Yunnan, China yang boleh anda  kunjung adalah Fang Zhou Pang Zi Kitchen. Restoran ini sangat terkenal dengan hotpot cendawan liar Yunnan. Set hotpot mengandungi sehingga 8 jenis cendawan tempatan dengan kuah yang berkrim. Rasanya sedikit manis dan sangat enak untuk anda nikmati.

makanan halal di Yunnan
Kredit gambar: Google review @Pluto M.

Pemilik restoran juga sangat ramah, manakala staf di sini memberikan servis perkhidmatan yang cemerlang dan makanan yang disediakan juga berkualiti tinggi. 

makanan halal di yunnan
Kredit gambar: Google review @Fred

Harga set hotopt RMB 159 boleh dikongsi 2-3 orang dan sangat berbaloi, terutamanya jika anda peminat cendawan. Harganya mungkin berbeza jika pemilik membuat perubahan semasa kunjungan anda di masa depan.

Alamat: China, 内 Dali, CN 云南省 大理白族自治州 Dali Ancient City 邮政编码: 671003

Lokasi

Tempat Penginapan Berdekatan Kawasan Makanan Halal


1. Mama Naxi Guesthouse, Lijiang

Mama Naxi Guesthouse, Lijiang
Kredit gambar: Google review @K Okajima

Mama Naxi Guesthouse di Lijiang merupakan pilihan ideal untuk anda yang mahukan lokasi strategik serta suasana mesra. Guesthouse ini terletak betul-betul bersebelahan Bandar Purba Lijiang dan Pasar Zhongyi, hanya sekitar 10 minit berjalan kaki jika anda ingin ke bandar lama dan 5 minit dari stesen bas. 

Mama Naxi Guesthouse, Lijiang
Kredit gambar: Google review @JAESUN WAS HERE 재선워스히얼

Pemiliknya pula sangat membantu, fasih berbahasa Inggeris dan sentiasa bersedia membantu urusan pengangkutan, termasuk mengatur perjalanan peribadi anda ke Tiger Leaping Gorge.

Di sini juga terdapat bilik untuk lapan orang yang luas, bersih dan selesa, dengan katil dua tingkat yang mudah diakses menggunakan anak tangga. Kawasan sekelilingnya pula sangat tenang walaupun berada di lokasi tumpuan pelancong. Untuk membeli-belah, anda tidak perlu risau kerana terdapat pasar raya 24 jam di sudut jalan. 

Menarik lagi, anda boleh menikmati lempeng soba Tibet tradisional yang dimasak sendiri oleh pemilik yang sangat digemari semua tetamu yang menginap di sini. 

Mama Naxi Guesthouse sangat berbaloi dari segi harga, keselesaan dan layanan.

Alamat: 22 Jixiang Rd, Lijingwan Lijiang, Yunnan, China, 674100

Lokasi


2. New Era Hotel, Kunming

New Era Hotel, Kunming
Kredit gambar: Google review @Leonie

Bagi yang mencari hotel strategik di Kunming, New Era Hotel adalah antara pilihan paling praktikal. Lokasinya benar-benar di pusat bandar, dikelilingi pusat membeli-belah, restoran, pusat makanan serta laluan bas utama yang memudahkan pergerakan anda ke seluruh bandar. 

New Era Hotel, Kunming
Kredit gambar: Google review @Nam Trần Văn

Yang paling penting, hotel ini berhampiran dengan restoran halal dan masjid, sesuatu yang agak sukar didapati di sesetengah kawasan China.

Alamat: 1 Dongfeng W Rd, Wuhua District, Kunming, Yunnan, China, 650021

Lokasi


3. Banyan Tree Lijiang 

Banyan Tree Lijiang
Kredit gambar: Google review @Maisie

Jika anda inginkan penginapan mewah di Lijiang, Banyan Tree Lijiang menawarkan pengalaman resort yang tenang, romantik dan penuh privasi. 

Banyan Tree Lijiang
Kredit gambar: Google review @Maisie

Resort ini menampilkan seni bina Cina tradisional yang menyatu indah dengan persekitaran semula jadi, lengkap dengan pemandangan gunung bersalji yang menakjubkan. 

Suasana di sini sangat sesuai untuk anda yang mahu berehat dari kesibukan bandar.

Banyan Tree Lijiang
Kredit gambar: Google review @Giang Hưng

Bilik-biliknya pula sangat bersih dan diselenggara rapi, manakala kakitangan resort cukup prihatin, responsif dan pantas bertindak jika anda membuat sesuatu aduan. 

Selain itu, kawasan resortnya yang luas juga membolehkan anda berjalan-jalan santai selepas makan. 

Alamat: W698+2CG Yuerong Road, 束河路 Gucheng District, Lijiang, Yunnan, China, 674100

Lokasi


4. The Ritz-Man Boutique Inn Lijiang

The Ritz-Man Boutique Inn Lijiang
Kredit gambar: www.booking.com

The Ritz-Man Boutique Inn Lijiang pula sesuai untuk anda yang inginkan penginapan butik dengan kemudahan lengkap. 

The Ritz-Man Boutique Inn Lijiang
Kredit gambar: www.booking.com

Tempat penginapan ini menawarkan taman, ruang santai berkongsi, teres, restoran serta kemudahan barbeku, menjadikannya selesa untuk penginapan jangka pendek atau panjang. 

The Ritz-Man Boutique Inn Lijiang
Kredit gambar: www.booking.com

Aktiviti seperti billiard dan berbasikal turut disediakan, sesuai untuk anda yang mahu meneroka Lijiang dengan santai.

Alamat: No. 88, Song Yun Village, Near Shi Lian Temple, Lijiang City, YN, China

Lokasi


Dengan semua senarai restoran yang kami kongsikan di atas, restoran makanan halal di Yunnan bukan sahaja mudah ditemui, tetapi cukup kaya dengan variasi rasa, portion besar dengan harga yang sangat berpatutan. 

Jika anda merancang trip ke Yunnan, simpan senarai ini jika ingin perut kenyang, hati pun senang. 

Yunnan destinasi mesra muslim yang patut anda terokai!

Baca juga: Yunnan: Destinasi Muslim di China Yang Ramai Tak Tahu

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x