7 Penginapan di Malaysia dengan Infinity Pool dan Kolam yang SUPERB

Malaysia memang banyak pilihan hotel atau resort samaada yang bajet mahupun yang mewah berbintang-bintang. Dan setiap hotel/resort yang high class kebiasaannya mempunyai tarikan kolam renang yang menarik. Salah satunya dipanggil infinity pool iaitu kolam renang yang pemandangannya seolah-olah bergabung dengan lautan atau landskap pemandangan di sekitarnya.


Berikut merupakan 7 hotel dan resort yang mempunyai infinity pool yang pasti menggamit jiwa raga para pengunjung yang menginap di sini samaada untuk honeymoon atau untuk cuti-cuti di musim cuti sekolah.


1. Regalia Service Residence

swimming-pool-kuala-lumpur-menarik-M

Regalia bukanlah sebuah hotel mewah tetapi merupakan servis apartment mewah yang terletak di Kuala Lumpur yang mempunyai kolam infiniti yang sangat cantik.

Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di sini terutamanya di waktu malam sememangnya sangat syahdu sekali.


2. Avani Sepang Goldcoast Resort

pemandangan-indah-kolam-infiniti-M

Sebuah resort di atas Selat Melaka berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang yang sangat terkenal kerana bentuk binaan landskapnya yang membentuk sepohon pokok palma. Selain keindahan pemandangan laut dari balkoni villa atas airnya, di sini juga terdapat sebuah kolam infiniti di sebelah Club House yang kelihatan seolah-olah bersambungan terus dengan lautnya.


3. Somerset Ampang Kuala Lumpur

kolam-infiniti-di-kuala-lumpur-M

Sebuah hotel mewah di Jalan Ampang , Kuala Lumpur yang mempunyai kolam outdoor dan berkonsep infinity pool di bahagian roof top. Lokasinya yang tidak bersebelahan dengan bangunan yang lebih tinggi membuatkan panorama malam dari sini sungguh menarik terutamanya view KLCC. Satu tempat menarik di KL untuk menginap ketika cuti berbulan madu.


4. Bunga Raya Eco Resort

bunga-raya-the-royal-villa-infinity-pool-M

Sebuah resort mewah di perairan Sabah dan terletak di kawasan yang kaya dengan keindahan terumbu karang dan air lautnya yang jernih. Resort ini terdapat sebuah kolam infiniti di ruang legar yang besar dan mempunyai pemandangan lautnya yang cantik. Sekiranya pengunjung menginap di Royal Villa di sini, terdapat juga infinity pool persendirian hanya di belakangnya dan mempunyai pemandangan yang sememangnya sungguh syahdu menusuk kalbu. Satu tempat menarik di Sabah untuk berbulan madu di kawasan yang terpencil dan indah.


5. Pangkor Laut Resort

resort-di-pulau-pangkor-best-M

Sebuah resort persendirian di atas air yang terletak di Pulau Pangkor yang pernah dinobatkan salah satu daripada 25 hotel terbaik pada 2014 pilihan pengunjung di TripAdvsor. Pangkor Laut Resort mempunyai 2 kolam renang yang sangat cantik berlatar belakangkan pemandangan laut dan villa mewahnya di atas air.


6. Capri by Fraser Kuala Lumpur

honeymoon-di-kuala-lumpur-M

Sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur yang mempunyai infinity pool di bahagian rooftop. Pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur terutama di waktu senja pasti menenangkan jiwa seolah-olah anda bercuti di sebuah pulau sehingga terlupa kesibukan ibu negara Malaysia ini.


7. Aloft Kuala Lumpur Sentral

hotel-5-bintang-kuala-lumpur-M

Hotel mewah yang bersambung dengan KL Sentral Station ini menawarkan penginapan yang ideal untuk mereka yang inginkan lokasi yang strategik dan landskap hotel yang menarik di KL. Infinity pool di rooftop merupakan satu fasiliti yang wajib pengunjung cuba terutamanya di waktu malam atau pagi untuk melihat keindahan panorama bandaraya KL.


Bercuti di hotel atau resort yang mempunyai infinity pool dengan insan tersayang samaada ketika berbulan madu atau untuk menyambut hari ulangtahun bersama isteri sememangnya satu saat yang pasti meninggalkan memori yang indah dalam lembaran hidup berumah tangga.

7 Penginapan di Malaysia dengan Infinity Pool dan Kolam yang SUPERB
4.7 (94.55%) 11 votes
SILA SHARE :)

1
Sila Komen / Kongsi Tips

avatar
1 Jumlah Komen
0 Jumlah komen yang dibalas
0 Pengikut
 
Komen paling disukai
Komen paling banyak balasan
terbaru terdahulu paling disukai
Noriza Rahman
Pelawat

Memang sangat cantik dan menarik ….