Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

50+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan Paling POPULAR untuk Bercuti

Negeri Sembilan merupakan negeri beradat yang kaya dengan destinasi percutian menarik & menawarkan pelbagai produk eko-pelancongan yang pasti membuatkan para pencinta alam tidak sabar untuk menerokai negeri bertuah ini. Untuk artikel kali ini, mari kita terokai majoriti tempat menarik di Negeri Sembilan yang sering menjadi pilihan pelancong dalam & luar negeri seperti bukit bukau, resort tepi pantai, air terjun, tempat rekreasi, aktiviti menarik untuk team building & sebagainya.

Selain itu, makanan tempatan orang Nogori juga agak banyak untuk pelancong cuba & rata-ratanya banyak dipengaruhi oleh masakan orang Minang yang terkenal dengan rasa pedasnya. Kalau anda suka makan pedas, Negeri Sembilan adalah destinasi yang ideal untuk anda jalan jalan cari makan bersama keluarga & rakan-rakan sepejabat. Dari aspek penginapan, Negeri Sembilan mempunyai banyak pilihan samaada hotel bajet ataupun resort yang mewah. Bahkan, di Negeri Sembilan juga terdapat beberapa resort yang tidak keterlaluan untuk dikatakan antara top 5 di dalam Malaysia & sangat sesuai untuk dijadikan destinasi bermalam yang istimewa untuk hari ulang tahun suami isteri ataupun sebagai destinasi bermalam untuk pengantin baru yang nak berbulan madu di Negeri Sembilan.

50+ Destinasi Percutian & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Negeri Sembilan

Teruskan terokai lebih 50+ destinasi percutian & aktiviti-aktiviti menarik di bawah ini yang pasti membuatkan anda tidak keruan & tidak sabar untuk bercuti di Negeri Sembilan apabila tibanya musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu. Tersedia juga informasi penting untuk pelancong seperti harga tiket, waktu operasi, hotel terdekat & pautan-pautan rujukan destinasi yang dikongsikan.


1. Pantai Port Dickson

bercuti port dickson negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi pantai peranginan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata yang baru pertama kali ingin bercuti ke Negeri Sembilan pasti akan memilih pantai Port Dickson sebagai destinasi pilihan. Bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan malah turut menjadi tumpuan pelancong luar negara. Selain keindahan pantainya, faktor lokasinya yang boleh dikatakan pantai peranginan di Malaysia paling strategik dari KLIA, menjadikan destinasi ini pilihan pelancong luar untuk bercuti.

Pesisiran Pantai PD memang cukup panjang & mempunyai banyak kawasan-kawasan pantai tumpuan pelancong seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Pantai Saujana, Pantai Tanjung Gemuk & sebagainya. Selain itu juga, pilihan penginapan yang ada di sepanjang pantai Port Dickson sangat banyak samaada resort menarik tepi pantai, homestay, chalet bajet & juga penginapan yang berkonsepkan apartment.

Tidak hairanlah, ramai organisasi luar menjadikan Pantai Port Dickson sebagai destinasi pilihan untuk menganjurkan aktiviti mahupun acara-acara seperti team building, family day & tidak kurang juga yang jadikan pantai di PD ini sebagai tempat berbulan madu bersama pasangan.
Baca lagi >> Jom Terokai 23+ Destinasi Menarik di Port Dickson

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

  • Pantai Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi pantai peranginan ( 24 jam)


2. Gunung Datuk

gunung datuk negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang baru berjinak-jinak nak menjadi seorang hiker ataupun pernah mendaki Bukit Broga di Selangor, apa kata mencuba mendaki Gunung Datuk pula yang terletak kira-kira 13 km dari Pekan Rembau. Destinasi ini merupakan destinasi pendakian yang paling popular di Negeri Sembilan & juga orang Melaka memandangkan lokasinya terletak tidak jauh dari sempadan Negeri Sembilan-Melaka. Saban hujung minggu, Gunung Datuk tidak lekang dengan kunjungan pengunjung baik dari dalam Negeri Sembilan mahupun dari KL & Selangor.

Jangan terkejut pula kalau pada hujung minggu, ramai orang di atas puncak Gunung Datuk ini yang masing-masing tidak mahu melepaskan peluang tangkap gambar panorama sekeliling & juga ber’selfie‘. Tahap pendakian di sini tidaklah terletak dalam kategori terlalu sukar seperti Gunung Tahan & jarak perjalanan bagi yang biasa mendaki sekitar 1 jam 30 minit ke 2 jam sahaja. Trail menuju ke puncak juga majoritinya kawasan berbatu & akar-akar kayu yang besar. Sepanjang perjalanan menuju ke puncak terdapat banyak pokok-pokok besar yang boleh anda bergambar sebagai kenangan.

Namun, sasaran pengunjung di sini bukan kerana keindahan pokok-pokok besar semata-mata, tetapi ingin menawan puncak Gunung Datuk yang mempunyai pemandangan yang sangat indah & sungguh saujana mata memandang. Kini sudah ada tangga disediakan di atas batu besar di atas puncak menggunakan scaffolding yang sering menjadi landmark utama untuk pendaki merakam gambar sebagai bukti kejayaan menawan puncak sudah berhasil.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Hutan Lipur Gunung Datuk, 71350 Kota, Negeri Sembilan

  • Tidak dikhususkan.
  • Kebiasaannya waktu pagi atau petang
  • Waktu tengahari agak panas & sediakan minuman yang mencukupi untuk mengelakkan dehydration

  • RM 5.00 / seorang


3. Pusat Rekreasi Ulu Bendul

 taman rekreasi ulu bendul negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari tempat mandi manda di Negeri Sembilan di kawasan hutan lipur, destinasi yang paling popular tidak lain & tidak bukan adalah Pusat Rekreasi Ulu Bendul. Lokasinya sangat mudah untuk diakses tanpa memerlukan kenderaan 4×4 & hanya terletak di antara jalan utama Kuala Pilah – Seremban selepas jalan Bukit Putus serta hanya 10 minit memandu dari Senawang. Kemudahan fasiliti asas seperti tandas, tempat bersalin, parkir kereta, tempat makan & pondok rehat ada disediakan di sini.

Kawasan mandi manda di sini juga sangat mesra keluarga & kanak-kanak kerana arusnya tidaklah deras & kebanyakan dasarnya adalah cetek. Selain itu, terdapat juga kawasan mandi manda bersimen yang dikhaskan untuk kanak-kanak siap dengan kemudahan gelongsor air. Destinasi ini sering dikunjungi orang setempat pada hujung minggu & kalau anda datang ke sini bersama rakan-rakan, bolehlah ke kawasan mandian di bahagian atas sedikit kerana airnya lebih jernih & juga kurang golongan yang berkeluarga. Terdapat juga chalet di sini yang sering menjadi tempat penginapan bagi pendaki-pendaki sebelum menuju ke punck Gunung Angsi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-6490417 | Facebook

  • Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Hutan Lipur Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Pusat Rekreasi Ulu Bendul

  • 7.00 am – 6.30 pm

Harga Bayaran Pusat Rekreasi Ulu Bendul

  • Mandi manda:Percuma
  • Parkir kereta: Percuma

Harga Chalet:

  • Anjung Rimba : RM200/night (40 orang)
  • Log Cabin : RM15/night (4 orang)
  • Astaka dan Padang : RM50/night
  • Chalet berkembar : RM35/night (4 orang)
  • Chalet besar : RM100/night (family)
  • Tapak khemah : RM5/lot (5 orang)
  • Tandas awam : RM1/night (seorang)

*Sebarang pertanyaan Pusat Rekreasi Ulu Bendul boleh berhubung dengan 013-3749933 (Encik Roslan) (Pegawai Hutan)
*Pertanyaan mengenai Gunung Angsi boleh berhubung di 016-6490417 (Azizul)(Guide Angsi)
*Servis katering untuk perkhemahan, acara jamuan & juga lain-lain. Sila berhubung dengan 016-6490417 (Azizul)


4. Hutan Lipur Batu Maloi / Gua Batu Maloi

gua batu maloi jempul negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang sangat ideal untuk mereka yang obses dengan aktiviti ekstrem penjelajahan & menerokai gua yang hanya terletak kira-kira setengah jam memandu dari Tampin. Hutan Lipur Batu Maloi sering menjadi lokasi aktiviti berkumpulan untuk melakukan aktiviti lasak bukan sahaja kerana tarikan cabaran yang ada di sini, malah base camp atau lokasi bermula penerokaan juga sangat mudah diakses tanpa perlu 4×4.

Gua Batu Maloi memang sangat menyeronokkan kerana laluan di dalam guanya yang sendat, berair & mencabar serta sepanjang perjalanannya juga perlu menempuh laluan bersungai yang pasti membuatkan anda basah kuyup. Jangan terkejut pula, untuk melepasi cabaran aktiviti di sini anda perlu harungi arus deras anak sungai, berjalan itik, merangkak & juga terpaksa kempiskan perut ketika melalui terowong-terowong gua yang agak sendat.

Tidak cukup dengan itu, kawasan di dalam guanya juga agak gelap & sudah tentu akan membuatkan para peserta lebih merasai debaran yang memberikan ledakan adrenalin yang maksima. Satu aktiviti outdoor yang sangat disyorkan untuk dilakukan secara berkumpulan sekiranya anda bercuti di Negeri Sembilan bersama rakan-rakan atau teman sepejabat. Aktiviti ini hanya memakan masa antara 4-6 jam bergantung kepada stamina peserta & rintangan laluan semasa.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6010-2568685 | Facebook | Instagram

  • Pejabat Hutan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, 73100 Johol, Negeri Sembilan

Syarat-Syarat Penjelajahan Gua Batu Maloi

  1. Setiap individu dikehendaki melapor & mendapatkan tiket memasuki gua ( Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal) di kaunter tiket ( pos pengawal) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
  2. Setiap individu sekurang-kurangnya 10 orang sepasukan perlu mendapatkan khidmat mana-mana pemandu arah / nature guide yang berpengalaman
  3. Waktu mula penjelajahan berakhir pada pukul 12 tengahari & semua individu dikehendaki sampai ke kaunter tiket ( pos pengawal) selewat-lewatnya pukul 5.00 petang
  4. Waktu operasi kaunter tiket ( pos pengawal) adalah:
    – Hari bekerja: 8.00 pagi – 5.00 petang
    – Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 7.00 pagi – 4.00 petang
  5. Aktiviti penjelajahan tidak dibenarkan lewat dari masa operasi yang dinyatakan di atas/semasa cuaca hujan/malam/keadaan guruh & petir & lain-lain situasi yang tidak mengizinkan
  6. Aktviti penjelajahan hendaklah menggunakan laluan yang telah disediakan & tidak dibenarkan sama sekali menggunakan atau membuat laluan selain laluan sedia ada
  7. Setiap individu dinasihatkan untuk mengambil insurans kemalangan diri terlebih dahulu sebelum membuat penjelajahan
  8. Adalah diingatkan bahawa sepanjang penjelajahan, keselamatan diri & harta benda individu adalah di bawah tanggung jawab individu tiu sendiri & Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan atau Kerajaan adalah bebesar daripada sebarang tanggungan atau prosiding.

Pakej-Pakej Harga Menerokai Gua Batu Maloi oleh RNRadventure

  • RM35.00/seorang:
    • Termasuk dengan bayaran Permit & bayaran Yuran Jurupandu
  • RM40.00/seorang:
    • Termasuk dengan bayaran Permit, Yuran Jurupandu & Makan tengahari
  • RM45.00/seorang:
    • Termasuk dengan bayaran Permit, Jurupandu, Makan tengahari, Sijil
  • RM 55.00/seorang:
    • Termasuk dengan bayaran Permit, Jurupandu, Makan tengahari, Sijil, Sewa helmet ATAU Sewa headlamp
  • RM65.00/seorang:
    • Termasuk dengan bayaran Permit, Jurupandu, Makan tengahari, Sijil, Sewa helmet DAN Sewa headlamp

*maklumat lanjut sila berhubung dengan 6010-256 8685 ( Rashihah Nordin) / RNRAdventure


5. Taman Negeri Kenaboi

taman negeri kenaboi negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi yang kaya dengan khazanah hutan & terletak di Jelebu. Taman Negeri Kenaboi atau dahulunya dikenali dengan Taman Alam Liar merupakan satu destinasi yang sangat ideal untuk mereka yang suka meredah hutan, lakukan aktiviti di sungai, melihat pemandangan jeram & juga mendaki gunung. Destinasi ini cukup sinonim sebagai starting point untuk mendaki ke Gunung Besar Hantu yang mempunyai ketinggian 1462 meter dari aras laut.

Terdapat juga beberapa air terjun & jeram di sini yang menarik untuk anda terokai seperti Lata Kijang & juga Jeram Berungut. Namun 2 destinasi ini tidak digalakkan untuk mandi manda atau berkelah kerana kawasan berbatu & jeramnya terlalu dalam serta deras. Di dalam Taman Negeri Kenaboi juga terletaknya beberapa batang sungai yang menarik untuk melakukan aktiviti tube rafting seperti di Sungai Kenaboi.

Sungai Kenaboi ini tidaklah terlalu deras & sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pengembaraan berkumpulan untuk melakukan tube rafting atau berkayak tiub. Selain itu, tarikan pokok-pokok & tumbuhan liar yang ada di Taman Negeri Kenaboi pasti tidak mengecewakan anda. Terdapat banyak spesis tumbuhan yang sering menjadi sasaran kaki fotografi makro seperti orkid liar, paku pakis, tumbuhan herba & juga pokok bunga palma.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6136500 | Website

  • Taman Negeri Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan

  • tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan
  • Perlu ada permit & jurupandu
  • Maklumat lanjut sila berhubung dengan:
    • Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.
    • Tel/Fax: 06-6136500


6. Lexis Hibiscus Port Dickson

lexis hibiscus resort hotel

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi penginapan yang pasti menjadi idaman setiap orang untuk bermalam. Resort mewah di atas air yang terletak di Port Dickson ini cukup terkenal di kalangan pelancong dalam & luar negara yang inginkan satu penginapan yang eksklusif & menenangkan jiwa sesiapa sahaja. Tidak perlu nak ke Water Bungalow di Sandakan, Sabah untuk merasai penginapan menarik di atas air dengan  private pool yang cantik & pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk berendam sambil melihat keindahan air laut di sini.

Resort atas air di PD ini menawarkan 8 jenis bilik yang berbeza harganya seperti Executive Pool Villa, Premium Pool Villa & sehinggalah ke pilihan bilik yang paling mewah iaitu Presidential Suite. Setiap pilihan penginapan ini mempunyai private pool masing-masing. Menarik bukan? Bagi anda yang mungkin bercadang nak honeymoon di Port Dickson, bolehlah pertimbangkan destinasi ini sebagai tempat bermalam istimewa bersama pasangan anda.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6602626 | Facebook | Instagram | Website

  • 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


7. Masjid Negeri

tempat menarik di seremban

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini terletak di kawasan yang sangat tenang dan berbukit dengan pemandangan indah berhadapan Taman Tasik Seremban. Masjid Negeri Negeri Sembilan dibina pada tahun 1966 dan telah  dirasmikan pada bulan November 1967 oleh Yang Di-Pertuan Besar pada ketika itu iaitu Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Uniknya, senibina masjid ini tidak kelihatan seperti masjid lain yang kebiasaannya berkubah separa sfera & bersaiz besar.

Sebaliknya, bumbung masjid ini kelihatan seperti payung dan kalau anda tengok dari jauh, ianya seolah-olah seperti sebuah stadium tertutup. Masjid ini mempunyai reka bentuk kontemporari dengan beberapa unsur kesenian tradisional Minangkabau. Bumbung konkritnya yang melengkung & disokong pula oleh 9 tiang utama di sekeliling, adalah mewakili sembilan daerah di Negeri Sembilan. Dinding bangunan itu dicat dengan warna putih sebagai simbol kepada kesucian.

Dengan keunikan yang terdapat di masjid ini yang tidak dinafikan cukup berbeza berbanding masjid di negeri lain, tidak hairanlah ianya menjadi salah satu tempat menarik di Seremban yang sangat popular sejak zaman berzaman. Alang-alang sampai di ibu negeri Negeri Sembilan, luang-luangkanlah masa untuk bertandang melihat kecantikan masjid ini di samping menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-7672903 | Facebook | Website

  • Jalan Dato Hamzah, Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


8. Gunung Angsi

 gunung angsi hiking negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Starting point pendakiannya terletak berdekatan Taman Rekreasi Ulu Bendul. Gunung yang mempunyai ketinggian sekitar 820 meter dari aras laut ini merupakan tempat pendakian yang paling popular di Negeri Sembilan selepas Gunung Datuk. Destinasi ini bukan sahaja popular di kalangan orang setempat malah turut menjadi destinasi pilihan para pendaki dari negeri sekitar seperti Selangor, Melaka & sebagainya.

Gunung Angsi dianggap antara gunung yang paling sukar untuk aktiviti pendakian di Negeri Sembilan. Pendaki yang tidak biasa dengan laluan hutan di sini pasti boleh sesat sekiranya tiada persedian & orang yang berpengalaman untuk memimpin. Dalam perjalanan menuju ke puncak, anda boleh juga melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Bad, Gunung Tampin, Gunung Datuk dan  juga Gunung Berembun. Sekiranya anda seorang yang suka menghayati keindahan alam, terdapat juga beberapa jenis pokok tropika yang unik yang ada di sepanjang perjalanan seperti Pokok Meranti & juga Pokok Mersawa.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-6490417 | Facebook

  • Jalan Kuala Pilah, Seremban, Negeri Sembilan

  • tidak dikhususkan

  • Permit masuk di trail Bukit Putus: RM 5.00 / seorang

Harga-harga chalet di Sekitar Kawasan Rekreasi Ulu Bendul:

  • Chalet berkembar : RM35/malam (4 orang)
  • Chalet besar : RM100/malam (family)
  • Anjung Rimba : RM200/malam (40 orang)
  • Log Cabin : RM15/malam (4 orang)
  • Astaka dan Padang : RM50/malam
  • Tapak khemah : RM5/lot (5 orang)
  • Tandas awam : RM1/malam (seorang)

Maklumat perhubungan:

  • Pertanyaan mendaki Gunung Angsi, sila hubungi
    • 016-6490417 (Azizul)(Guide/Jurupandu Gunung Angsi)
  • Pertanyaan berkenaan Pusat Rekreasi Ulu Bendul, sila hubungi
    • 013-3749933 (Encik Roslan) (Pegawai Hutan)
  • Servis katering untuk perkhemahan, acara jamuan & juga lain-lain.
    • Sila hubungi 016-6490417 (Azizul)


9. Jelita Ostrich Farm

jelita ostrich show farm seremban

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah ladang burung unta yang terletak di Jalan Sungai Serip, Seremban dan dimiliki sepenuhnya oleh Jelita Impian Sdn. Bhd. Pengunjung berpeluang untuk melihat burung unta, menunggang, belajar proses penetasan telur burung unta dan juga membeli barangan cenderahati yang ada di sini. Terdapat juga produk menarik yang dijual di sini sepertiJelita Ostrich Body Shampoo, Jelita Ostrich Hair Shampoo, Jelita Ostrich Scalp Stimulator & macam-macam lagi.

Salah satu aktiviti paling menarik lain, anda juga boleh merasai kekerasan telur burung unta ini dengan memijaknya & telur burung unta ini mampu menahan beban sehingga 100 kg. Walaupun nama destinasi ini ladang burung unta, tidak bermakna hanya burung unta sahaja yang menjadi tarikan pengunjung. Ada juga haiwan-haiwan comel lain yang boleh dilihat seperti arnab, kambing, lembu, kuda pagi & sebagainya.

Seronok juga berada di sini bersama dengan anak-anak dengan aktiviti beri makan kepada haiwan, sprint test bersama burung unta & sebagainya. Selepas penat bersuka ria di sini, bolehlah pula menjamu selera dengan hidangan sate burung unta yang ada dijual di sini. Sekiranya anda bercuti di Negeri Sembilan bersama kanak-kanak, destinasi ini wajib anda masukkan kedalam jadual perjalanan anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-7670707 | Facebook

  • Jelita Ostrich Farm, Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu

Waktu Operasi Jelita Ostrich Farm

  • 9.00 am – 5.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Jelita Ostrich Farm

  • Dewasa: RM 10.00
  • Kanak-kanak: RM 8.00
  • Kanak-kanak ( bawah 4 tahun): Percuma


10. Grand Lexis Port Dickson

grand lexis hotel port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda baru pertama kali bercuti di Port Dickson bersama keluarga, sudah tentu anda mencari satu penginapan yang sangat menarik supaya percutian kita menjadi satu memori yang indah bukan? Apa kata anda cuba menginap di Grand Lexis Port Dickson yang mempunyai banyak kelebihannya & pasti membuatkan anak-anak suka. Selain mempunyai bilik hotel penginapan menarik, apa yang sering menjadi pilihan pelancong untuk bermalam di sini adalah kerana 3 faktor utama iaitu lokasinya yang sangat strategik yang hanya 2 minit jalan kaki ke private beach di PD, mempunyai kolam renang yang sangat besar berserta gelongsor air untuk kanak-kanak & terdapat juga pilihan bilik penginapan yang mempunyai private pool dalam bilik.

Hebat bukan ? Sekali sekala bermalam di kawasan peranginan dengan penginapan private pool dalam bilik memang satu pengalaman yang cukup indah untuk anda alami sendiri. Tidak perlu nak keluar bilik, bawa tuala & bersesak dengan orang lain. Selain itu, Grand Lexis PD ini juga mempunyai pelbagai fasiliti & kemudahan untuk mereka yang anjurkan aktiviti seperti team building, seminar, family day & sebagainya. Kalau anda baru berkahwin, fikir-fikirkan untuk jadikan Hotel Grand Lexis PD ini sebagai destinasi bermalam ketika berbulan madu di Port Dickson. Kalau dapat bilik mengadap pantai, waktu petang jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan sunset bersama yang tersayang anda sambil-sambil minum kopi. Baru romantik gitu.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6532000 | Facebook | Instagram | Website

  • Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


11. Masjid Diraja Tuanku Munawir

 masjid seri menanti negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid Diraja Tuanku Munawir atau juga dikenali sebagai Masjid Diraja Seri Menanti merupakan satu destinasi yang sangat ikonik di Bandar Diraja Sri Menanti & ianya telah bertapak di sini sejak tahun 1964 lagi. Lokasi masjid ini hanya terletak berdekatan satu lagi ikon pelancongan Bandar Diraja Sri Menanti iaitu Istana Lama Seri Menanti dan juga Makam Diraja Seri Menanti.

Seni bina masjid ini memang sangat unik & mempunyai pengaruh seni bina Mughal. Sebelum masuk perkarangan masjid ini, anda sebenarnya sudah boleh perasan ciri-ciri Mughal pada bahagian kubah kekuningannya yang berada atas masjid & juga kubah menara utamanya. Pengunjung juga boleh mengesan ciri-ciri kesenian tempatan yang turut menjadi sebahagian daripada keindahan masjid ini pada beberapa bahagian masjid terutamanya di beranda yang mengelilingi Masjid Diraja Tuanku Munawir ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Tanjung Beringin, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


12. Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala

hutan negeri sungai menyala pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi warga kota KL & Selangor yang setiap hari melalui rutin harian di hutan batu bata, apa kata sekali sekala membawa keluarga bercuti di kawasan yang dikelilingi hutan rimba. Destinasi ini tidaklah jauh sehingga perlu menaiki bot panjang seperti ke Taman Negara & lokasinya pula sangat dekat hanya terletak 12 km sahaja dari Bandar Port Dickson. Destinasi ini menawarkan penginapan yang orang kata ‘back to nature’. Banyak aktiviti outdoor menarik yang boleh dilakukkan seperti jungle trekking, camping , berbasikal, memerhati burung liar & melihat perkampungan orang asli. Dengan tawaran aktiviti sebegini, memang sangat sesuai untuk dijadikan trip percutian hujung minggu seisi keluarga.

Pokok-pokok yang ada di sini juga memang sangat besar & ada juga saiz sesetengah pokok memerlukan 10 pemeluk orang lelaki dewasa. Sekali sekala melakukan aktiviti sebegini sambil meluangkan masa berkualiti bersama yang tersayang adalah aktiviti yang sangat bagus untuk mengeratkan silaturahim keluarga. Penginapan di sini juga dalam kategori bajet & sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk golongan pelajar. Selain itu, destinasi ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat family day organisasi syarikat kerana terdapat kemudahan seperti bilik taklimat, bilik mesyuarat, dewan terbuka, galeri orang asli, galeri perhutanan & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6463917 | Facebook

  • Pusat Edu Eco-tourism Sg. Menyala, Jalan Sua Betong, N8, 71000 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 8.30 am – 5.00 pm

  • Lawatan percuma
  • sila berhubung di 06-646 3917


13. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

tempat menarik di port dickson negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Batu 10 & lebih dikenali di kalangan orang setempat sebagai Tanjung Tuan. Merupakan tarikan alam semulajadi yang terletak 18 km dari pekan Port Dickson.  Di sini terdapat rumah api di atas bukit yang dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan atau nama latinnya Cape Rachado. Cape Rachado ini dikelilingi hutan simpan kecil dan juga terletak berdekatan dengan Pantai Lagun Biru. Walaubagaimanapun, kawasan di dalam Rumah Api Tanjung Tuan ini tidak dibuka untuk orang awam masuk. Pengunjung hanya boleh melihat pemandangan di luar pagar perkarangan rumah api ini di tebing bukit.

Anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti mendaki melalui jalan hutan atau melalui jalan raya. Bagi yang berkeluarga & bukan seorang hiker, laluan jalan raya lebih disyorkan. Perjalanan menuju ke puncak tidaklah terlalu ekstrem & hanya makan masa sekitar 10-15 minit sahaja. Pemandangan dari puncak ini yang menampakkan Selat Melaka memang satu pengalaman yang menyeronokkan & pada waktu matahari terbenam, panoramanya memang sungguh ‘menggesel hati’ sekali. Sila berhati-hati ketika di tebing puncak bukit ini kerana tiada pagar untuk keselamatan. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini pengunjung juga boleh teruskan cabaran ke puncak Bukit Batu Putih yang memerlukan masa kira-kira 15-20 minit meredah hutan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:

  • 7 am – 6 pm

Harga Tiket:

  • RM 1


14. Balai Cerap Bukit Kemang / Pusat Cerapan Baitul Hilal

 Pusat Cerapan Baitul Hilal

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pernah lihat bintang & planet di angkasa raya yang berjuta atau berbillion kilometer jauhnya secara langsung? Kalau anda belum pernah, apa kata ke Balai Cerap Bukit Kemang yang terletak bersebelahan dengan Kelana Beach Resort. Destinasi yang mempunyai tarikan yang sangat unik ini memang tiada di tempat lain bukan ? Di sini pengunjung berpeluang menggunakan teleskop gergasi ini yang bernilai RM 1.7 juta untuk melihat bintang-bintang & planet-planet yang jauh ratusan juta batu. Selain itu, di sini juga terdapat ruangan pameran yang menempatkan lebih 20 artifak berkenaan ilmu falak mengikut kronologi peredaran masa yang  pernah digunakan oleh para pengkaji pada zaman dahulu.

Sekiranya anda menginap di Kelana Beach Resort, akses ke ruangan mencerap yang terletak di dalam kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang ini adalah percuma & sekiranya anda tidak menginap, ada bayaran yang akan dikenakan. Pengunjung perlu menaiki anak tangga 6 tingkat untuk sampai ke ruangan mencerap bintang ini kerana memang tiada lift disediakan bertujuan untuk elakkan gegaran ketika sedang mencerap bintang. Melihat bintang yang ada di sini seperti Planet Zuhal yang terletak 1.2 billion kilometer bersama bulan yang mengelilingi planet ini memang satu pengalaman yang pasti anda akan ingat sampai bila-bila. Bukan senang nak cari balai cerap yang canggih sebegini & dibuka untuk orang awam mencuba.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Balai Cerap Bukit Kemang

  • 3.00 pm – 5.00 pm ( Solar Observatory)
  • 10.30 pm – 12.00 am (Night Sky Observatory)

*dibuka hanya 2 kali sehari pada setiap hari

  • Dewasa:
    • RM 25
  • Kanak-kanak
    • RM 12

* sekiranya menginap di Kelana Beach Resort, akses adalah percuma


15. Kompleks Muzium Negeri

muzium negeri sembilan seremban

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah kompleks yang mempunyai sinibina bangunan dan bumbung orang Minangkabau. Kompleks ini terdiri daripada 3 bahagian utama yang menempatkan Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Negeri Sembilan. Taratak Perpatih terletak di  merupakan sebuah muzium yang menempatkan pelbagai artifak dan informasi bersejarah. Antara barangan yang menjadi tumpuan di sini ialah dulang berkaki, perkakasan diraja yang diperbuat dari perak, koleksi sejata lama dan sebagainya.

Manakala Istana Ampang Tinggi pula merupakan sebuah istana lama yang berusia lebih sedekad. Senibina istana ini dipengaruhi dengan budaya Minangkabau. Tarikan utama yang ketiga adalah Rumah Negeri Sembilan iaitu sebuah rumah lama yang menawarkan informasi bersejarah tentang budaya kehidupan dan senibina silam orang di Negeri Sembilan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-7631149

  • Lembaga Muzium Negeri, 70200, Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Kompleks Muzium Negeri

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Kompleks Muzium Negeri


16. Muzium Diraja Seri Menanti

muzium diraja seri menanti

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah muzium lama yang terletak di Bandar Seri Menanti dan menempatkan banyak barangan bersejarah. Paling menarik, istana ini terkenal dengan seni pembinaannya kerana tidak menggunakan sebatang paku pun untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiangnya, sebaliknya hanya menggunakan teknik pasak sebagai ganti. Istana lama yang setinggi 4 tingkat ini siap dibina pada tahun 1908 & mempunyai 99 batang tiang yang menyokong struktur binaan istana lama ini.

Kini ianya menjadi salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang bersejarah & paling menarik untuk pelancong lawati dalam misi menerokai keunikan senibina tradisional tempatan yang terdapat pada muzium istana yang cukup klasikal ini. Dari atas beranda istana ini, pengunjung juga boleh menikmati keindahan perkarangan sekeliling yang mempunyai landskap taman yang sangat cantik. Sesuai untuk anda bergambar sebagai kenangan bersama keluarga ketika bercuti di Negeri Sembilan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-4979653

  • Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

  • 8.00 am – 5.00 pm

*sejak 2016 muzium istani ini ditutup untuk dinaiktarafkan & dijangka mengambil masa siap selama 3 tahun. Sumber: Sinar Harian

  • percuma


17. Lata Kijang

 lata kijang jelebu negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang makan angin sekitar Daerah Jelebu, ada beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati & salah satunya adalah Air Terjun Lata Kijang. Lata Kijang ini merupakan air terjun yang sangat tinggi sehingga 80 m & juga merupakan air terjun yang tertinggi di dalam Negeri Sembilan. Destinasi air terjun ini memang sangat mengasyikkan & sebaik sampai di lokasinya anda pasti akan terasa tenang dengan bunyi arus deras air terjun Lata Kijang yang menghempas batuan besar di bawahnya.

Sayangnya, kawasan tadahan Air Terjun Lata Kijang ini tidaklah terlalu sesuai untuk aktiviti mandi manda kerana banyak batu & kawasan mandi mandanya tidak lapang. Lata Kijang ini sebenarnya terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang turut mempunyai beberapa sungai menarik lain yang sering menjadi tumpuan pungunjung untuk camping & melakukan aktiviti water tubing. Di pintu masuk menuju ke Lata Kijang ini juga, terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti kawasan perkhemahan, tandas awam & juga dewan serba guna.

Jalan menuju ke Air Terjun Lata Kijang juga agak mencabar & perlukan pacuan 4 roda memandangkan jalannya tidak berturap serta becak pada hari hujan. Sekiranya anda kaki fotografi & suka merakam gambar landkskap yang unik, Lata Kijang adalah destinasi yang ideal. Malah, Lata Kijang juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk beberapa filem tanahair.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6136500 | Website

  • Air Terjun Lata Kijang, Jelebu, Negeri Sembilan

  • Tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan
  • Perlu ada permit & jurupandu
  • Maklumat lanjut sila berhubung dengan:
    • Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.
    • Tel/Fax: 06-6136500


18. Kota dan Muzium Lukut

kota muzium lukut negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di sinilah terletaknya sebuah muzium yang menempatkan pelbagai barangan sejarah adat orang Negeri Sembilan dan senibina bangunan di sini juga dipengaruhi dengan budaya orang Bugis. Terdapat 4 galeri utama di Muzium Lukut iaitu Galeri Negeri Sembilan Beradat, Galeri Teknologi Pembuatan, Galeri Nassau dan juga Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut.

Dari sini juga pengunjung boleh menaiki tangga menuju ke bahagian atas bukit untuk melihat kesan-kesan sejarah yang masih ada di sini seperti bekas peninggalan kubu Kota Lukut. Pemandangan sekeliling di sini juga tidak kurang menariknya untuk anda bergambar sekiranya anda seorang yang suka ambil gambar landskap pemandangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6512954 | Website

  • Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • Percuma


19. Muzium Adat di Jelebu

tempat menarik jelebu negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Negeri Sembilan mempunyai budaya & adat yang mungkin kelihatan agak lain bagi sesetengah orang yang berasal dari negeri lain. Sekiranya anda pertama kali bercuti di Negeri Sembilan, sangat disyorkan untuk ke Muzium Adat ini untuk mendalami & memahami sejarah & budaya adat istiadat kenegerian orang di sini terutamanya adat Perpatih. Pengunjung juga boleh melihat pelbagai alat-alat kebesaran Diraja dan kostum baju tradisional orang setempat.

Bangunan cantik dengan replika tengkolok di pintu masuknya sudah cukup untuk menggambarkan apa tarikan yang ada di Muzium Adat ini. Uniknya, anda bukan sahaja dapat menyelami adat istiadat orang Negeri Sembilan sahaja, malah ada juga tarikan & penerangan interaktif secara digital berkenaan dengan adat serta kebudayaan dari negeri lain di Malaysia. Satu destinasi yang ideal untuk dijadikan destinasi lawatan pertama anda sekiranya anda berada sekitar Kuala Kelawang, Jelebu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6136586 | Website

  • Muzium Adat, Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Muzium Adat Jelebu

  • 9.00 am – 5.00 pm

Harga Tiket Muzium Adat Jelebu

  • Percuma


20. Teratak Za’ba

teratak za'ba negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah memorial khas seorang tokoh yang dikenali dengan Bapa Persuratan Bahasa Melayu yang menempatkan pelbagai informasi bersejarah tentang perjuangan Pendita Za’ba ( Zainal Abidin Ahmad). Pendita Za’ba ini dikatakan mempunyai banyak jasa kepada tanahair dalam bidang bahasa, sastera, pendidikan & juga agama. Bahkan, beliau juga pernah digelar Tokoh Bahasa & Pemikir Melayu. Selain itu, teratak ini sebenarnya merupakan sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan yang sangat menarik untuk anda kunjungi bagi melihat keindahan senibina struktur rumahnya yang pasti jarang-jarang sekali dilihat di tempat lain.

Selain keindahan senibina rumah ini, landskap taman sekeliling yang menghiasi destinasi ini juga sangat menarik & mendamaikan. Di dalam rumah ini terdapat perkakasan & barangan antik yang satu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian kehidupan Pendeta Za’ba seperti mesin taip lama, jam lama, pakaian beliau, perabut antik, Al-Quran lama & sebagainya. Malah terdapat banyak juga infografik interaktif yang boleh pengunjung baca untuk memahami dengan lebih terperinci akan kehebatan tokoh terbilang ini pada satu ketika dahulu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-4985193

  • Teratak Za’ba, Kampung Bukit Kerdas, Daerah Jempul, 72200, Batu Kikir, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Teratak Za’ba

  • 9.00 am – 5.00 pm (setiap hari)

*ditutup pada Hari Raya Aidilfitri pertama & Hari Raya Aidiladha pertama.

Waktu Operasi Teratak Za’ba

  • Percuma


21. PD Ostrich Show Farm

taman burung unta negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hanya terletak kira-kira 9 batu dari Port Dickson & lokasinya juga berhadapan dengan Ocean View Resort. Taman haiwan ini menempatkan burung unta yang sangat jinak samaada untuk menunggangnya atau untuk diberi makan. Selain itu, anda juga berpeluang membeli produk yang dihasilkan daripada kulit atau bulu burung unta seperti wallet dan handbag. Selain burung unta, terdapat juga beberapa spesis binatang menarik lain untuk tatapan pengunjung seperti keldai, arnab, burung merak dan ayam belanda.

Destinasi sebegini sememangnya sangat menyeronokkan untuk dilawati bersama anak-anak terutamanya ketika melakukan aktiviti memberi makan burung unta. Sekiranya anda inginkan aktiviti lain, destinasi ini juga menyediakan aktiviti outdoor yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti bermain paint ball, meredah hutan dengan ATV, memanah & sebagainya. Kemudahan & fasiliti di kawasan luarnya memang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai destinasi bagi acara-acara seperti hari keluarga, kem motivasi & juga team building.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6627496 | Facebook | Website

  • Lot 1419, Jalan Perdana 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi PD Ostrich Show Farm

  • 9.30 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket PD Ostrich Show Farm

  • RM 15 (dewasa)
  • RM 10 (kanak-kanak)


22. Kelip Kelip Sungai Timun, Rembau

tempat menarik di rembau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terkenal sebagai salah satu destinasi untuk melihat kelip-kelip dan ianya merupakan antara habitat kelip-kelip yang terbesar di Malaysia. Ramai pelancong yang tidak tahu akan kewujudan destinasi ini yang merupakan tempat menarik di Negeri Sembilan yang paling ideal untuk aktiviti kembara menyelusuri sungai sambil melihat serangga eksotik ini. Lokasi untuk ke jeti juga sangat mudah diakses dengan kenderaan & hanya terletak kira-kira 30 km sahaja dari Pekan Rembau.

Sungai ini juga merupakan habitat semulajadi untuk beberapa spesis binatang menarik lain seperti buaya & juga burung bangau. Betullah apa yang orang-orang tua cakap, ‘di mana ada buaya, di situ ada bangau’. Pengalaman menyaksikan buaya-buaya ini berjemur di tebing sungai memang tidak sama dengan perasaan kita ketika melihat buaya di zoo.

Selain itu, destinasi ini juga terkenal di kalangan kaki pancing untuk melempias minat mereka dengan memancing ikan air tawar & juga udang galah. Pelancong yang ingin mencuba aktiviti ini boleh ke Jeti Sungai Timun & terdapat pakej sewa bot sambil melihat kelip-kelip yang disediakan di sini. Di sekitarnya jeti ini juga terdapat kedai makan yang terkenal dengan hidangan makanan laut seperti udang galah, ketam dan menu ikan bakar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

  • Tidak dikhususkan. Aktiviti bebas & bergantung kepada temujanji dengan pengusaha bot.

  • Pakej lihat kelip-kelip sekitar RM 20 seorang untuk bot 8 orang


23. Nilai 3 Wholesale Centre

tempat membeli belah negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi membeli belah di Negeri Sembilan yang wajib dikunjungi untuk mencari pelbagai barangan seperti karpet, perkakasan hantaran kahwin, aksesori kereta, sejadah, tekstil, hiasan rumah dan sebagainya. Paling menarik, kebanyakan harga-harga yang boleh anda dapatkan di sini adalah pada harga borong & lebih berpatutan daripada destinasi lain. Kalau pandai tawar menawar lagi jimat. Kawasan Perindustrian Nilai 3 ini mempunyai banyak lot kedai & gudang di sekitarnya yang sering menjadi pilihan pengunjung seperti Carpet Prima, deretan kedai di Pasar Borong Nilai 3, Kedai Langsir Sri Mega & sebagainya.

Destinasi ini memang sangat popular di kalangan orang Negeri Sembilan & negeri sekelilingnya seperti Selangor & KL untuk mencari barangan rumah dalam kuantiti yang besar. Tidak hairanlah, Nilai 3 Wholesale Centre sering menjadi tempat shopping bagi bakal mempelai baru yang akan mendirikan rumah tangga untuk mencari barang persiapan untuk majlis perkahwinan & juga untuk rumah baru yang bakal diduduki nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

  • 8.00 am – 6.00 pm

  • Destinasi membeli belah


24. Jeram Tengkek

 tempat menarik kuala pilah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap samaada di Batu Kikir atau Kuala Pilah, apa kata berkelah di Jeram Tengkek yang terletak di dalam Hutan Lipur Jeram Tengkek. Pekan terdekat dari air terjun ini adalah Pekan Batu Kikir yang terletak kira-kira 25 km atau 15 minit memandu & lokasinya juga mudah diakses melalui jalan raya berturap. Destinasi air terjun ini tidaklah semeriah di beberapa lokasi air terjun popular di Negeri Sembilan yang lain tetapi tetap mempunyai pemandangan sekeliling hutan yang mendamaikan & air terjun yang sejuk.

Memandangkan destinasi ini lebih popular di kalangan orang setempat terutamanya dari Bahau, Jempul & Kuala Pilah, maka kuranglah kesesakan pelancong luar kalau anda berkelah di sini. Terdapat juga platform kayu jalan kaki untuk memudahkan pengunjung berjalan ke kawasan tadahan utama air terjun. Tempat mandi manda di Jeram Tengkek juga tidaklah terlalu besar & terlalu dalam serta sesuai untuk aktiviti perkelahan seisi keluarga. Aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di sini & pengunjung dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur Batu Kikir terlebih dahulu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-4812075

  • Hutan Lipur Jeram Tengkek, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan

MAJLIS DAERAH KUALA PILAH, Jalan Perpateh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-4812075 /4025

  • 8.00 am – 6.00 pm

  • Percuma


25. Berhulu Camp

tempat menarik family day negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang berhasrat untuk menganjurkan aktiviti seperti camping, team building, kem jati diri & hari berkeluarga di satu kawasan yang jauh dari kesibukan bandar, apa kata terokai Berhulu Camp yang terletak hanya 12 km sahaja dari Pekan Batu Kikir. Destinasi ini sangat popular di kalangan intitusi pendidikan di Malaysia terutamanya sekitar Selangor & Melaka untuk anjurkan aktiviti ala-ala kem jati pada musim cuti sekolah.

Apa yang menjadi tempat ini menarik bukan sahaja terletak kepada keindahan alam sekelilingnya yang mendamaikan, malah tenaga jurulatih yang menguruskan aktiviti-aktiviti di sini adalah dari mereka yang terlatih & mempunyai pengalaman berbelas-belas tahun. Banyak aktiviti outdoor yang boleh dilakukan di sini seperti berakit, meredah hutan, night walking, explorace & macam-macam lagi. Menarik juga, destinasi ini bukan sahaja terbuka & sesuai untuk organisasi yang besar, malah kalau anda bersama keluarga ingin mengadakan family outing pada hujung minggu di Berhulu Camp, juga sangat disyorkan. Terdapat kemudahan penginapan seperti dorm, tapak perkhemahan & sebagainya.

Peta Lokasi | Jarak | 6012-3694057 | Facebook | Instagram | Website

  • BERHULUCAMP, Pusat Latihan dan Rekreasi Jempol, Jeram Kenangan Kg Serting Ulu, Hutan Lipur Serting Ulu, 72300 Simpang Pertang , Negeri Sembilan.

Waktu Operasi Pejabat 
  • Isnin-Jumaat
    • 9.00 am – 4.00 pm
    • 1.00-2.30 pm rehat

*Jumaat-Ahad – Anda juga boleh datang sekiranya pihak Berhulu Camps ada program semasa hari tersebut

  • Terdapat bermacam-macam pakej menarik yang ditawarkan. Sila semak harga pakej terkini di laman web rasmi Berhulu Camp


26. The Dusun

the dusun resort negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini memang sangat best ! Bagi mereka yang berhasrat untuk bercuti pada hujung minggu bersama pasangan ke satu lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota, The Dusun adalah satu pilihan penginapan yang sangat disyorkan. Apa yang tersirat di sebalik nama destinasi penginapan ini sudah pasti anda boleh mengagaknya bukan ? Pilihan penginapan yang ada di sini juga sangat menarik & terdapat 7 jenis pilihan penginapan yang berbeza harganya.

Kalau di Kuala Lumpur, terdapat banyak hotel yang ada infinity pool tetapi pemandangannya adalah sekadar hutan metropolitan. Di sini pula, infinity pool yang ada mempunyai pemandangan hutan belantara asli yang sangat menakjubkan & mungkin satu seumpamanya di Negeri Sembilan. Satu destinasi yang sangat menarik untuk dijadikan mungkin sebagai tempat berbulan madu anda atau trip istimewa pada hujung minggu bersama pasangan anda ketika hari ulangtahun perkahwinan.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • 3437, Jalan, Mukim, Kampung Baru Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


27. Rantau Agro Park

rantau agro park resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terletak di Kuala Sawah, Rantau dan dikelilingi dengan pekampungan yang hijau dengan pokok-pokok dan tasik yang tenang. Selain landskapnya yang sangat mesra alam, di sini juga ada tarikan haiwan seperti rusa, kuda dan arnab. Rantau Agro Park mempunyai beberapa penginapan yang boleh seorang pelancong bermalam untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di sekitarnya. Jenis penginapan di adalah chalet & asrama serta terdapat juga kawasan perkhemahan bagi mereka yang nak lebih adventurous.

Sekiranya anda dilantik menjadi focal person untuk menganjurkan aktiviti syarikat seperti team building ataupun family day, bolehlah pertimbangkan Rantau Agro Park Training Centre ini. Destinasi ini menawarkan pelbagai aktiviti outdoor menarik yang boleh dilakukan secara berkumpulan explorace, blind trail, jungle tracking, candle walk, night walk & sebagainya. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti di sungai yang berdekatan seperti water confident, water tubing dan juga berakit.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 6013-6000255 | Facebook

  • Lot 3212 Kampung Seri Lalang, Rantau, Negeri Sembilan

Waktu Pejabat

  • 8.00 am – 5.00 pm( Isnin-Jumaat)
  • 8.00 am – 12.00 pm ( Sabtu)
  • Tutup (Jumaat)


28. Gunung Telapak Buruk-Gunung Berembun

 gunung telapak buruk jelebu

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari destinasi mendaki & expedisi menerokai keindahan Banjaran Titiwangsa di Negeri Sembilan, salah satu destinasi menarik yang boleh anda terjah adalah Gunung Telapak Buruk & Gunung Berembun. Ada yang mendaki ke Gunung Telapak Buruk sahaja yang bermula dari Loji Rawatan Air Pantai & ada juga yang menuju ke Gunung Berembun bermula dari puncak Gunung Telapak Buruk.

Kebiasaannya pengunjung yang ingin lakukan aktiviti ini lebih gemar untuk memulakan penerokaan dari Puncak Gunung Telapak Buruk memandangkan aktiviti ini boleh dilakukan dalam sehari dari pagi sampai ke petang & cabarannya lebih mudah sedikit. Walaupun puncak Gunung Telapak Buruk lebih tinggi dari Gunung Berembun tetapi lokasi inilah yang menjadi starting point pilihan pendaki untuk menerokai keindahan alam di sini menuju ke Gunung Berembun. Untuk ke puncak Gunung Telapak Buruk, pengunjung perlu menaiki lori 3 tan atau 4×4 memandangkan laluannya yang sangat tidak disyorkan untuk kereta biasa.

Antara tarikan utama yang boleh anda jumpa ketika pengembaraan menuju ke Gunung Berembun dari puncak Gunung Telaga Buruk adalah kawasan bangkai pesawat pengebom B24 milik Tentera Udara British yang terhempas ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Terdapat juga tarikan lain di sepanjang perjalanan seperti Gua Kambing & juga Lata Berembun yang mempunyai aliran air yang sangat jernih sekali.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Gunung Telapak Buruk, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

  • Tidak dikhususkan
  • Kebiasaannya bermula pagi sampai ke petang

  • Tidak dikhususkan
  • Perlu cari lori 3 tan berdekatan untuk membawa pendaki ke puncak Gunung Telapak Buruk
  • Perlu ada permit mendaki


29. Muzium Tentera Darat Port Dickson

muzium tentera darat pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat bersejarah bersejarah di Negeri Sembilan yang sangat menyeronokkan kerana di sini, anda bukan sahaja dapat menghayati kesan-kesan sejarah yang ada, malah dapat juga melihat pelbagai koleksi kenderaan & senjata ketenteraan lama seperti kereta kebal, meriam, jet pejuang, keretapi, jeep tentera & sebagainya. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke kawasan pameran yang menempatkan pelbagai informasi bersejarah yang sangat menarik untuk anda & anak-anak belajar tentang dunia sejarah ketenteraan Negara Malaysia.

Kalau anda berjalan di sekitar muzium ini, anda akan perasan yang pameran yang ada di sini sebenarnya disusun mengikut kronologi peredaran zaman yang bermula sejak dari zaman perang dunia sehinggalah detik-detik kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Satu lagi bahagian menarik di sini yang perlu anda bawa anak-anak atau pelajar sekolah adalah di sebuah terowong yang banyak berkisarkan tentang kepala pengganas Chin Peng & Parti Komunis Malaya.

Dahulunya pengganas-pengganas yang tidak perah dijemput ini pernah tinggal di dalam terowong ini. Destinasi sebegini memang sangat ideal untuk dijadikan tempat lawatan sambil belajar institusi pendidikan dalam menghayati & mendidik pelajar akan betapa peritnya untuk mencapai sebuah kemerdekaan & betapa berharganya erti sebuah kemerdekaan.

Peta Lokasi | Jarak | 606-6471266 | Facebook

  • Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi Muzium Tentera Port Dickson 

  • 10 am – 5 pm (Isnin & Selasa tutup)

Harga Tiket Muzium Tentera Port Dickson :

  • Percuma


30. Bukit Batu Putih

bukit batu putih pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah hutan simpan kecil yang terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan/ Cape Rachado. Destinasi ini sering menjadi lokasi pelancong yang bercuti ke Port Dickson untuk melakukan aktiviti yang lebih kepada pengembaraan & melihat keindahan alam sekeliling. Melihat panorama laut biru terbentang luas dari puncak Bukit Batu Putih pasti membuatkan sesiapa sahaja terkesima akan keindahannya. Untuk ke sini, pengunjung boleh mulakan perjalanan dari pintu masuk ke Rumah Api Tanjung Tuan & seterusnya melalui trail yang disediakan untuk ke Bukit Batu Putih.

Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini cabaran meredah hutan tidaklah terlalu ekstrem & anda akan sampai di puncak Bukit Batu Putih dalam tempoh 15-20 minit sahaja. Di sekitar Bukit Batu Putih ini juga terdapat pantai di seberangnya yang jarang pelancong sampai & boleh dikatakan pasir pantai di sini sangat cantik & airnya juga lebih jernih memandangkan lokasinya yang terletak di sebalik kawasan bertanjung. Sekiranya anda menginap di hotel terdekat seperti PNB Ilham Resort atau Casa Rachado Beach Resort PD, bolehlah datang ke sini waktu pagi untuk aktiviti riadah. Cuaca pada sebelah pagi juga lebih nyaman & angin pantai juga lebih menyegarkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, 71050, Negeri Sembilan

  • 8.30 am – 6.00 pm
  • Khamis ditutup

  • RM 1.00


31. Palm Mall

 tempat shopping menarik negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Terdapat beberapa pusat membeli-belah mega di Seremban & destinasi shopping mall yang paling menarik yang perlu anda lawati adalah Palm Mall. Palm Mall juga merupakan shopping mall yang terbesar di Seremban yang berhubung dengan Palm Seremban Hotel. Menempatkan lebih 180 lot kedai yang menjual pelbagai barangan harian dan barangan high end. Terdapat juga foodcourt dan juga 10 panggung wayang GSC di kawasan hiburan keluarga.

Palm Mall merupakan kegemaran utama di kalangan pengunjung yang inginkan destinasi shopping mall yang lebih moden dengan fesyen-fesyen terkini. Cenderahati, hasil segar dan barangan elektrik adalah beberapa barangan yang boleh anda beli dari pusat membeli-belah ini. Terdapat terlalu banyak untuk dipilih bergantung kepada jenama dan reka bentuk yang anda cari.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-7656073 | Facebook | Instagram | Website

  • Palm Mall, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • Destinasi membeli belah


32. Masjid Jamek Seremban

masjid jamek seremban

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dari jauh melihat masjid ini, ianya kelihatan seperti masjid yang kebiasaannya kita nampak di mana-mana, rupa-rupanya ada cerita menarik di sebalik kewujudan masjid yang sangat unik ini. Lokasinya pula sangat dekat dengan Pasar Besar Seremban & kalau alang-alang anda membeli belah di pasar besar tersebut bolehlah jalan kaki ke masjid yang sangat unik ini. Senibina struktur menara utamanya memang jarang atau mungkin tak pernah anda nampak di tempat lain walaupun ianya tidaklah terlalu tinggi seperti masjid besar lain.

Tidak hairanlah, rupa-rupanya masjid ini sebenarnya merupakan masjid yang diiktiraf sebagai masjid yang tertua di Negeri Sembilan. Walaupun dibina pada tahun 1900 & usianya sudah lebih satu dekat, namun keadaannya masih terjaga. Malah, sebaik melangkah masuk ke dalam masjid ini, tidak terasa seperti berada di sebuah masjid yang usang & anda pasti terpegun dengan keunikan hiasan dinding sekeliling masjid yang berwarna merah & terdapat awan larat seakan bertatahkan ukiran perak. Satu destinasi yang sangat disyorkan untuk anda melihat keunikan masjid ini sambil-sambil menunaikan kewajiban sebagai umat Islam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-7759684 | Facebook

  • Jalan Tun Dr Ismail, Taman Unian, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


33. Corus Paradise Resort Port Dickson

chorus paradise hotel port dickson

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok sebenarnya kalau bercuti di Negeri Sembilan ini terutamanya di Port Dickson kerana terdapat banyak pilihan penginapan atau resort tepi pantai yang menarik & mempunyai pilihan harga yang berbeza mengikut bajet. Bagi anda yang mungkin mencari penginapan resort tepi Pantai Port Dickson yang lebih ‘mesra poket’ berbanding resort mewah yang lain seperti Lexus Hibiscus Port Dickson atau Grand Lexis Port Dickson, apa kata cuba menginap di Corus Paradise Resort Port Dickson.

Walaupun hotel ini bertaraf 4 bintang tetapi tetap mempunyai tarikan eksklusifnya yang tersendiri & yang paling penting, lokasinya tepi pantai & dekat dengan beberapa tarikan utama sekitar Pantai Port Dickson. Destinasi penginapan ini memang besar & mempunyai lebih 200 bilik untuk tetamu. Selain itu, fasiliti & kemudahan untuk aktiviti organisasi & syarikat seperti mesyuarat, seminar atau kursus juga sangat ideal untuk dilakukan di sini dalam jumlah peserta yang besar.

Memandangakan lokasinya di tepi pantai, tetamu yang menginap boleh merasai kenyamanan angin pantai yang bertiup & landskap sekelilingnya juga tidak kurang menarik membuatkan diri terasa seperti berada di sebuah hotel 5 bintang. Sudah tentulah, tawaran kolam mandi manda untuk kanak-kanak juga ada di sini yang pasti membuatkan mereka seronok bergembira bermain air. Pantai yang berdekatan dengan resort ini juga sangat bersih & pasirnya putih serta sesuai untuk bersiar-siar petang sambil melihat pemandangan indah pantai Port Dickson.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6477600 | Facebook | Website

  • Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


34. Extreme Park PD

extreme park pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Extreme Park Port Dickson terletak sekitar 3.5 km dari Lexis Hibiscus Port Dickson & terdapat pelbagai tawaran aktiviti outdoor menarik & ektrem yang ditawarkan di sini seperti go-karting, ATV fun ride, memanah, paintball war game & sebagainya. Destinasi ini sebenarnya betul-betul berhadapan dengan Palm Spring Resort & suasananya dikelilingi dengan kehijauan hutan membuatkan aktiviti-aktiviti seperti paintball war game menjadikan kita lebih terasa seperti berada di hutan.

Sekiranya anda menganjurkan hari keluarga syarikat di hotel berdekatan dengan Extreme Park PD ini, bolehlah masukkan aktiviti yang ada di sini dalam jadual aturcara anda. Seronok ada aktiviti yang memerlukan kerjasama berpasukan seperti Paintball War Game yang bukan sahaja dapat dijadikan aktiviti untuk riadah malah dapat juga mengeratkan silaturahim dengan rakan sepejabat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-8667423 | Facebook | Website

  • Taman Pantai Dickson, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • 10.00 am – 6.00 pm

  • ATV Ride – RM 30 Per/ Trip Around Min 20 Min Max 30 to 40 Min time

untuk harga semasa, sila berhubung dengan pihak pengurusan Xtreme Park PD


35. Glory Beach Resort

glory beach resort pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda mencari destinasi penginapan yang membuatkan diri seperti berasa di rumah/homestay ? Apa kata menginap bersama keluarga di Glory Beach Resort yang mempunyai penginapan berkonsep apartment & ada dapur untuk memasak. Destinasi ini sangat ideal sekiranya anda bercuti di PD bersama keluarga yang besar kerana konsep penginapannya seperti homestay & juga lebih besar. Apa yang lebih penting, destinasi penginapan ini juga terletak di tepi Pantai Port Dickson & sangat strategik untuk anda menerokai tempat menarik di Port Dickson.

Selain itu, Glory Beach Resort ini juga mempunyai kolam renang untuk tetamu yang menginap di sini & sesuai untuk kanak-kanak beriang ria ataupun untuk orang dewasa berenang. Apa yang lebih menarik, di Glory Beach Resort juga terdapat pusat penjagaan penyu & anda berpeluang untuk melihat penyu-penyu spesis penyu karah & penyu sisik yang pasti membuatkan anak-anak anda teruja.

Sekiranya anda ingin mengadakan hari keluarga atau acara syarikat secara besar-besaran, Glory Beach Resort adalah destinasi yang sangat perlu anda pertimbangkan kerana harganya yang lebih kempetitif, konsep penginapannya yang mesra keluarga besar & lokasinya juga sangat strategik.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6516888 | Facebook | Instagram | Website

  • Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam)


36. Titi Eco Farm Resort

 titi eco farm resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang ingin mencari satu destinasi di Negeri Sembilan yang menawarkan penginapan yang dikelilingi hutan & pada masa yang sama boleh melakukan aktiviti santai seperti berkebun, melawat kawasan ladang, memetik buah-buahan, sayur-sayuran & makan makanan organik yang sihat, Titi Eco Farm Resort adalah jawapannya. Destinasi ini menawarkan penginapan yang sangat mendamaikan dikelilingi kehijauan ladang yang seluar 16 hektar.

Bagi seorang vegetarian & orang yang tak makan makanan berdaging, destinasi berkonsepkan sebegini perlu anda pertimbangkan untuk lawati. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik lain yang ditawarkan oleh Titi Eco Farm Resort seperti night walk & juga day farm tour. Untuk mengekalkan konsep ladang organik, ladang buahan-buahan & sayuran di sini langsung tidak menggunakan sebarang bahan kimia beracun seperti chemical fertilizer, pesticides ataupun herbicides.

Antara tanaman yang ada di sini adalah kacang panjang, kangkung, lobak, ubi kayu, brinjal, kailan, jagung manis & macam-macam lagi. Terdapat juga tanaman buah-buahan tropika tempatan yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk mencubanya.

Peta Lokasi | Jarak | 603-78748122 | Facebook | Instagram | Website

  • Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916, Sungai Rotan, 71650 Jelebu, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan ( 24 jam). Perlu buat tempahan awal.
  • Waktu pejabat
    • 9.00 am – 6.00 pm ( Isnin-Jumaat)
  • Untuk lawatan secara walk-in hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Sila berhubung di 03-7874 8122 / 6019-2207868


37. Kolam Marine A.R.M

tempat mandi manda negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Teringin nak mandi air terjun di Negeri Sembilan tetapi apabila mendongak ke langit, gelap gelita macam nak hujan ? Kalau anda sedang berada dalam situasi sebegini samaada di Rembau, Jempol atau di Alor Gajah, Melaka, apa kata datang terjah ke Kolam Marine A.R.M yang terletak di Kampung Ulu Kendong. Tempat mandi manda ini memang sangat unik & sering menjadi kunjungan orang setempat kerana kolam mandi ini sebenarnya menggunakan air yang berpunca dari air gunung berdekatan. Menarik bukan?

Selain itu, terdapat bumbung besar yang memayungi kolam mandi ini seolah-olah anda sedang berenang di sebuah kolam renang tertutup untuk sukan-sukan seperti SUKMA & Sukan SEA. Destinasi kolam mandi ini sangat mesra keluarga & kanak-kanak. Terdapat kolam mandi yang dikhaskan untuk dewasa, kanak-kanak & juga untuk bayi.

Di sini juga ada kawasan penginapan sekiranya anda bercadang untuk bermalam & mungkin untuk anda jadikan destinasi event seperti team building/family day kerana terdapat banyak kemudahan serta tawaran aktiviti rekreasi seperti jungle tracking, menerokai Gua Ikan Paus, Gua Perahu Patah & sebagainya. Satu destinasi yang sangat menarik untuk anda terokai kalau sudah terlanjur makan angin di sekitar Rembau, Negeri Sembilan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-6569244 | Facebook

  • Kolam Mandi Marine ARM, Lot 2768, Kampong Sri Kendong, 71350 Kota, Rembau, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Kolam Mandi Marine ARM

  • 9.00 am – 6.30 pm
  • 8.00 pm – 11.00 pm

Harga Tiket Kolam Mandi Marine ARM

  • Dewasa: RM 7.00
  • Kanak-kanak (1-12 tahun): RM 5.00
  • Kanak-kanak (< 1 tahun): Percuma

Sewa alatan:

  • Jaket keselamatan: RM 7.00
  • Surfing board: RM 5.00


38. Muzium Replika Astana Raja Melawar

muzium rembau negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Rembau, Negeri Sembilan merupakan satu daerah yang mempunyai banyak cerita sejarah menarik yang berkaitan dengan adat istiadat, kedatangan raja-raja ke Negeri Sembilan & kesenian yang unik berbanding kebanyakan destinasi lain di Malaysia. Salah satu tempat menarik di Negeri Sembilan yang paling ideal untuk anda menghayati dengan lebih mendalam sejarah yang terdapat dalam daerah Rembau adalah di Muzium Replika Astana Raja Melawar (Muzium Rembau) yang terletak sekitar 18 km dari Pekan Rembau.

Pameran di Muzium Rembau ini bertempat di dalam satu bengunan klasik & kalau sekali pandang ianya kelihatan seperti rumah tradisional orang Negeri Sembilan yang mempunyai senibina tempatan yang sangat menarik. Bangunan ini juga sebenarnya merupakan sebuah replika Istana Diraja Melawar & tapak muzium ini dahulunya merupakan tapak asal Istana Raja Melawar setelah ditabal menjadi Raja Rembau.

Terdapat banyak infografik & bahan bersejarah menarik untuk tatapan pengunjung, malah ada bahan bersejarah di sini yang tiada di Muzium Utama Negeri Sembilan. Destinasi ini tidaklah terlalu besar & mungkin anda boleh habiskan masa melawat semua tarikan yang ada di sini sekitar 15-20 minit sahaja. Bagi kaki fotografi landskap, bangunan muzium ini adalah subjek foto yang sangat ikonik untuk anda mengasah skill masing-masing.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-4383409

  • Muzium Replika Astana Raja Melawar, Kampung Nerasau, Rembau,  Negeri Sembilan Darul Khusus

  • 8.00 am – 5.00 pm

  • Percuma


39. Pulau Burong

pulau burung negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti di Port Dickson & inginkan destinasi menarik untuk bergambar dengan suasana matahari terbenam, Pulau Burong adalah jawapannya. Walaupun nama destinasi ini adalah sebuah pulau tidak bermakna anda perlu menaiki bot atau feri. Pulau Burong ini sebenarnya pulau yang kecil & terletak bersebelahan sahaja dengan Pantai Cahaya Negeri. Untuk ke Pulau Burong ini, pelancong boleh berjalan kaki sahaja melalui platform kayu yang terdapat di Pantai Cahaya Negeri menuju ke pulau ini yang berjarak 150 m sahaja.

Suasana sekeliling Pulau Burong yang merupakan sebuah kawasan hutan paya laut memang sangat mengasyikkan. Banyak pokok-pokok yang sinonim dengan kawasan berpaya laut yang boleh anda liha di sini seperti pokok api-api & juga pokok bakau. Selain itu, destinasi ini sering menjadi destinasi kaki pancing untuk melempias minat masing-masing pada waktu malam. Memancing pada waktu siang agak kurang menyeronokkan kerana terdapat banyak banana bot di sekeliling pulau ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pulau Burong, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi terbuka ( tidak dikhususkan)

  • Percuma


40. Rumah Terbalik Port Dickson (Upside Down Art Gallery)

rumah terbalik pd

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebuah galeri yang penempatkan mural dinding dan arca yang dalam keadaan tunggang terbalik. Destinasi ini sangat mudah diakses dari pantai Port Dickson & hanya 400 m dari Kelana Beach Resort. Rumah Terbalik Port Dicson ini merupakan sebuah galeri yang menempatkan tarikan yang semua hiasan & landskap dalamannya adalah dalam keadaan tunggang terbalik. Satu aktiviti yang sangat menyeronokkan untuk anda bersama anak-anak atau teman sepejabat untuk dilakukan bersama-sama.

Rumah terbalik ini terletak di dalam bangunan 2 tingkat & setiap arasnya mempunyai tarikan uniknya yang tersendiri. Pada waktu puncak seperti cuti sekolah atau hujung minggu, destinasi ini sentiasa tidak lekang dikunjungi pelancong untuk waktu riang ria bersama keluarga. Pada waktu cuti anda juga perlu bersabar sedikit kerana perlu menunggu giliran ketika mengambil gambar di setiap kawasan.

Jangan risau, walaupun anda datang ke sini secara bersorangan, staf-staf di sini akan membantu anda untuk mengambil gambar dengan cara yang betul supaya gambar anda nanti tampak ‘menjadi’ & happening. Gambar yang unik sebegini kalau anda muatnaikkan di dalam sosial media pasti akan mendapat like yang banyak daripada kawan-kawan nanti. Siapa tahu anda boleh terus jadi instafamous.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6016-3368751 | Facebook | Website

  • No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang batu 9 , Port Dickson Negeri Sembilan

Waktu Operasi Rumah Terbalik Port Dickson

  • 10.00 a.m – 8.00 pm ( dibuka setiap hari termasuk cuti sekolah)

Harga Tiket Rumah Terbalik Port Dickson

  • Dewasa ( 13 tahun & ke atas) : RM 20
  • Kanak-kanak ( 12 tahun & kebawah): Rm 15


41. Hutan Simpan Gunung Tampin

kawasan rekreasi gunung tampin

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap sekitar Rembau atau di Alor Gajah, Melaka, apa kata ke Hutan Simpan Gunung Tampin yang popular di kalangan orang setempat untuk melakukan aktiviti riadah sambil melihat keindahan alam semulajadi. Destinasi ini memang sangat cantik & sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan pengalaman mendaki bukit. Terdapat juga laluan jalan berturap yang menuju ke puncak sejauh 5 km & puncak Gunung Tampin ini pula berketinggian 764 m dari aras laut. Di atas puncak ini juga terdapat menara pemancar TM.

Sangat ideal untuk mereka yang ingin membina stamina dengan berjalan atau jogging di sini. Suasana di sini memang sangat mendamaikan dengan bunyian unggas-unggas hutan yang pasti memberikan ketenangan seketika daripada kesibukan bandar. Lokasi bermula pendakian juga sangat mudah diakses & tidaklah terlalu ke kawasan pedalaman. Sekitar Hutan Simpan Gunung Tamping juga terdapat aliran sungai yang sesuai untuk aktiviti berkelah & bergambar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan TM Bukit Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan

  • Destinasi riadah awam ( 24 jam)

  • Percuma


42. Rantau Eco Park

rantau eco park resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini sangat ideal untuk dilawati oleh mereka yang berkeluarga atau yang ingin bercuti di Negeri Sembilan secara berkumpulan. Tarikan utama di sini adalah aktiviti mandi manda di kolam mandinya yang besar & sangat sesuai untuk anda terjah dalam kumpulan yang ramai. Terdapat juga aktiviti berkayak atau paddling boat di tasik yang hanya terletak bersebelahan dengan destinasi ini. Lokasi Rantau Eco Park juga tidaklah terlalu jauh dari Bandar Seremban, sekitar 15 minit sahaja memandu.

Pemandangan & kawasan sekeliling Rantau Eco Park memang sangat mendamaikan & sesuai untuk anda sekali sekala datang ke destinasi sebegini bagi menjauhkan diri seketika dari kesibukan kota raya. Paling menarik, di sini juga ada kawasan untuk memancing pelbagai spesis ikan air tawar & aktiviti ini adalah percuma untuk mereka yang menginap di Rantau Eco Park.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 603-92876833 | Facebook

  • Rantau Eco Park, Kampung Pasir Kuala Sawah, Rantau,Negeri Sembilan

Kolam mandi dibuka setiap hari termasuk cuti am & cuti sekolah:

  • 9.00 am – 7.00 pm

  • Untuk harga penginapan di Rantau Eco Park, semak di sini
  • Swimming Pool Rantau Eco Park
    • RM 5.00 / seorang


43. Avillion Port Dickson

avillion port dickson resort

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi penginapan atas air di Pantai Port Dickson yang sangat romantis untuk anda bermalam bersama keluarga ataupun pasangan ketika honeymoon. Avillion PD menawarkan beberapa pilihan bilik penginapan yang berkonsepkan chalet & villa seperti water chalet, premium water chalet, beach studios & bedroom water villa & sebagainya.

Fasiliti di resort ini memang sangat bagus & senibinanya juga lebih kepada sentimen tradisional tempatan. Sekiranya anda mungkin ingin bercuti di PD hanya untuk santai buat kerja pejabat atau meluangkan masa berkualiti bersama pasangan, destinasi ini sangat disyorkan. Terdapat balkoni mengadap pantai yang sangat menarik untuk tetamu yang menginap melihat panorama matahari terbenam pada waktu petang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 606-6476688 | Facebook | Website

  • Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi penginapan (sepanjang tahun)


44. Alive 3D Art Gallery

muzium 3d negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang bercuti di Negeri Sembilan bersama keluarga ataupun bersama kawan-kawan, apa kata sekali sekala bersuka ria di sini. Alive 3D Art Gallery atau ada juga yang panggil Muzium 3D Port Dickson ini merupakan sebuah galeri yang menempatkan lukisan mural yang mempunyai kesan ilusi 3D & terletak di Bandar Dataran Segar, Lukut. Sekiranya anda lihat dari sudut tertentu, ianya kelihatan seakan ‘hidup’ & ‘timbul’. Tarikan mural dinding 3D yang ada di sini juga agak banyak sekitar 50 buah & anda boleh habiskan masa antara 1-2 jam bergantung kepada jumlah pengunjung semasa.

Destinasi ini sering menjadi kunjungan pelancong yang bercuti di Port Dickson untuk waktu bersuka ria bersama keluarga & sahabat. Lokasinya juga sangat mudah diakses & mempunyai ruangan parkir kereta yang sangat luas. Pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk ke dalam galeri ini. Mujurlah, locker yang disediakan di sini untuk menyimpan kasut adalah percuma.

Waktu cuti sekolah, memang ramai yang datang ke sini & anda perlulah bersabar sedikit untuk mengikut giliran ketika mengambil gambar. Terdapat arahan di setiap mural bagaimana untuk merakam gambar dari sudut yang betul supaya gambar yang dihasilkan akan nampak ‘menjadi’ & ‘hidup’.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-515400 | Facebook | Website

  • NO 38-40, JALAN DS 2/1, BANDAR DATARAN SEGAR, LUKUT, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Alive 3D Art Gallery

  • Isnin-Khamis
    • 10.00 am – 10.00 pm
  • Jumaat-Ahad
    • 10.00 am – 11.00 pm

Harga Tiket Alive 3D Art Gallery

#1 Harga Normal

  • Dewasa: RM 25.00
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun & keatas) : RM 20.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 20.00
  • OKU: RM 20.00

#2 Harga MyKad

  • Dewasa: RM 20.00
  • Kanak-Kanak ( 12 tahun & keatas) : RM 15.00
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 15.00
  • OKU: RM 15.00

*sediakan MyKad ketika beli tiket
*bawah 90 cm, masuk PERCUMA


45. Taman Tasik Seremban

 tempat menarik seremban negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda bercuti di Seremban & menginap di hotel seperti Royal Chulan Seremban, Hotel Carlton Star Seremban atau Klana Resort Seremban, apa kata bersiar-siar di Taman Tasik Seremban yang boleh anda lawati hanya dengan jalan kaki. Taman ini merupakan taman rekreasi di Seremban yang orang kata memang legend kerana telah wujud di sini lebih sedekad yang lalu. Taman bertasik dengan trek jogging yang mengelilingi tasik sejauh hampir 2 km ini memang sangat sesuai untuk anda bersenam pagi sambil menenangkan diri sebelum mulakan percutian anda di Seremban.

Bagi kaki fotografi, anda mesti merakam keindahan landskap taman bertasik yang indah ini. Terdapat banyak pokok-pokok & bunga-bunga yang menghiasi perkarangan taman ini. Selain itu, destinasi ini juga bersebelahan sahaja dengan satu lagi mercu tanda popular Bandar Seremban, iaitu Masjid Negeri Seremban. Alang-alang sudah sampai ke Taman Tasik Seremban ini, anda mesti ke masjid ini pula untuk melihat keunikan masjid yang rupanya seperti sebuah stadium tertutup.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Taman Tasik Seremban, Seremban, Negeri Sembilan

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)


46. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

menarik pengkalan kempas

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekali baca nama destinasi ini sudah tentu anda terbayangkan satu destinasi yang besar & mempunyai kompleks bangunan yang besar bukan? Sebenarnya destinasi ini merupakan sebuah makam lama seorang guru agama iaitu Syeikh Ahmad Majnun yang merupakan penyebar syiar Islam sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Mengikut catatan sejarah, makam ini merupakan yang tertua di Malaysia kerana terdapat inskripsi yang terukir 1467-1468, dipercayai tahun guru agama ini meninggal dunia.

Makam ini merupakan satu tempat bersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi akan keunikan struktur batuan yang ada di sekeliling makam ini. Batuan ini ada yang berbentuk seperti dipahat oleh manusia & ada juga yang kelihatan seperti asli, namun dalam satu bentuk yang unik. Ini membuatkan orang tertanya-tanya bagaimana bentuk batu ini yang seperti ada mesej yang hendak disampaikan boleh berada di sini.

Batuan yang paling tinggi di sini sekitar 2 meter & ada juga yang mempunyai simbol-simbol perkataan Arab yang sukar untuk dibaca dengan jelas mungkin kerana faktor usia batu tersebut yang kelihatan semakin usang. Walaupun usia makam ini dikatakan yang tertua di Malaysia yang pernah direkodkan, tetapi masih tetap ada pengunjungnya. Persoalannya, apakah keistimewaan guru ini & apakah yang tersirat di sebalik mesej Si Pencipta ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Batu China, 71150 Linggi, Negeri Sembilan

  • Selasa-Ahad
    • 10.30 pagi-4.30 petang
  • Isnin
    • Tutup
  • Waktu rehat hari Jumaat
    • 12.00 pm – 2.45 pm

  • Percuma


47. Hutan Lipur Pasir Panjang

 hutan lipur pasir panjang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah hutan simpan yang terletak di pesisiran pantai & destinasi ini lebih kepada tempat santai untuk melihat pemandangan Selat Melaka. Terdapat laluan jalan kaki yang menuju ke kawasan pantai & di sini juga terdapat jeti yang boleh anda bergambar untuk mendapatkan gambar landskap yang menarik.

Walaupun destinasi ini bernama hutan lipur namun pilihan pokok-pokok hutan yang ada di sini tidaklah terlalu banyak sekiranya nak dibandingkan dengan Hutan Simpan Sungai Menyala. Sekiranya anda bercadang makan petang atau malam di sekitar destinasi ini yang popular dengan menu makanan laut, bolehlah singgah sekejap di Hutan Lipur Pasir Panjang untuk melihat keindahan Selat Melaka dari jeti kecil di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 606-6014000

  • Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan

  • Destinasi terbuka awam (24 jam)

  • Percuma


48. PD Waterfront

pd water front negeri sembilan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi lebih kepada kawasan rekreasi tepi pantai dan sesuai untuk anda bersantai petang melihat pemandangan. Mengikut sumber, kawasan ini sedang dibangunkan oleh kerajaan yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020 di mana sekitar destinasi ini akan menempatkan hotel-hotel, resort, taman tema & shopping mall. Pada awalnya, terdapat projek membina kereta kabel sepanjang 1 km menghubungkan Pulau Arang dan PD Waterfront, namun sayangnya projek tersebut sudah dibatalkan kerajaan negeri atas asbab kos & ROI yang terlalu lama tempohnya.

Walaupun masih belum siap sepenuhnya, namun destinasi ini sudah menjadi tumpuan pelancong untuk bersiar-siar & melihat keindahan landskap di persekitaran PD Waterfront. Terdapat laluan jalan kaki & jeti yang sangat menarik untuk ada bersantai petang bersama keluarga sambil melihat panorama laut yang terbentang luas. Di sekitar PD Waterfront juga terdapat banyak restoran, cafe & restoran fast food seperti McDonalds, Starbucks & juga Kenny Rodgers. Lokasi ini sangat strategik untuk dilawati & juga terletak berdekatan dengan terminal bas.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook | Website

  • PD Waterfront, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Destinasi tepi pantai 24 jam

  • Destinasi tepi pantai (Percuma)


Tempat Makan Menarik di Negeri Sembilan

Kalau anda pertama kali bercuti ke Negeri Sembilan, jangan lupa untuk merasai pelbagai makanan tradisional Orang Nogori yang sedap-sedap seperti masak salai, masak lemak cili api, asam pedas & sebagainya. Anda boleh terjah ke beberapa tempat makan menarik di Negeri Sembilan yang kebanyakannya terdapat di kawasan tumpuan pelancong terutamanya di Bandar Seremban.

Tempat Penginapan Menarik di Negeri Sembilan

Kalau anda teliti kebanyakan tempat menarik di Negeri Sembilan seperti di atas, majoriti tarikan utama adalah di kawasan Port Dickson & juga di kawasan bukit atau hutan simpan yang menawarkan pelbagai produk pelancongan yang lebih menjurus kepada jenis ecotourism. Selain itu, pilihan penginapan seperti resort tepi pantai di Port Dickson juga agak banyak & boleh dikatakan ada antaranya adalah yang terbaik di Malaysia seperti di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis PD, Avillion Port Dickson, Kelana Beach Resort & sebagainya.

Cari Hotel di Negeri Sembilan

Jadilah pelancong yang bijak merancang & pandai mengikut bajet percutian yang telah anda tetapkan. Semoga senarai destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan seperti di atas ini akan memberi anda seribu satu idea untuk menerokai keindahan Malaysia yang ada di sini. Selamat cuti-cuti Malaysia di Negeri Sembilan. Wassalam.

Baca lagi:

4.9/5 - (62 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Lokasi Air Terjun Menarik di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan budaya Minangkabau dan pelbagai hidangan asli yang menyelerakan. Namun begitu, bukan itu sahaja yang menarik di sini. Negeri ini...

10 Tempat Hiking Yang TOP Di Negeri Sembilan

Aktiviti mendaki memang memberi pelbagai manfaat seperti meningkatkan kecergasan badan, mengurangkan rasa tekanan dan pelbagai lagi. Namun, sebelum memulakan pendakian banyak perkara yang anda...

5 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Adam Rayyan
Adam Rayyan
9 months ago

best nya!!!!!

Alan sahih
Alan sahih
5 years ago

Tak sangka XPark Bandar Sri Sendayan yg paling gempak tak masuk dalam list ni, admin ketinggalan ni

Anno
Anno
2 years ago
Reply to  Alan sahih

Biasa jer. Xde la best mana pon. 1 tmpt tu ja

Komeng
Komeng
6 months ago
Reply to  Alan sahih

Dataran nilai yang lagi meriah pun tak masuk hahaha.

Cari Destinasi
Admin
6 months ago
Reply to  Komeng

Terima kasih Alan, kami akan buat research dan masukkan ke dalam listing ya.

Hubungi Kami

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x