Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Pilihan Spa Terbaik di Kuala Lumpur yang Wajib Anda Cuba!

Memanjakan diri selepas seharian berhempas pulas melakukan tugas harian merupakan salah satu aktiviti yang ramai gemari. Ditambah pula dengan wangian dan aroma terapi yang menenangkan, pastinya membuatkan anda berasa segar dan lebih bertenaga. Jadi, mari lihat 9 pilihan spa terbaik di Kuala Lumpur yang wajib anda cuba!

9 Spa Terbaik di Kuala Lumpur


1. MIMONE Spa Concorde Hotel Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail

MIMONE Spa Concorde Hotel Kuala Lumpur

Spa ini merupakan pilihan utama buat mereka yang ingin merehatkan diri mereka seharian selepas penat lelah bekerja. Selain dari tempatnya yang cantik dan selesa, salah satu tarikan lain adalah staf mereka yang peramah dan mesra.

Spa ini menawarkan pelbagai pakej menarik yang pastinya menepati citarasa anda, dan juga dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat untuk mencuba, anda boleh membuat online booking di laman web Fresha. Jom, rasai sendiri pengalaman yang pasti dapat memuaskan hati di sini! 

Alamat: 1st Floor, Concorde Hotel Kuala Lumpur, 2, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-36812601

WhatsApp MIMONE Spa


2. Uroot Spa Marc Residence KLCC Suites, Jalan Pinang

Uroot Spa Marc Residence KLCC Suites, Kuala Lumpur

Servisnya yang mudah dan cepat menjadikannya antara salah satu spa yang wajib anda cuba jika datang ke Kuala Lumpur. Walaupun ruang di spa ini dikatakan sedikit kecil, namun ianya dipenuhi dengan hiasan yang cantik dan menarik yang mampu membuatkan anda merasa seperti berada di tempat yang eksklusif.

Ingin merasai suasana seperti spa mewah dengan harga berpatutan di Kuala Lumpur? Uroot Spa Marc Residence KLCC Suites adalah jawapan terbaik!

Alamat: Ground Floor, KLCC Suites, Marc Residence, A-G-02, 3, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-8188189

WhatsApp Uroot Spa


3. Vita Spa, Solaris Mont Kiara

Vita Spa, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur

Lokasi Vita Spa yang terletak di tengah ibu kota menjadikannya sebagai tarikan para pelanggan. Tambahan pula, suasananya yang tenang dan mampu membuatkan anda lupa tentang segala masalah yang ada alami.

Setiap layanan baik yang diberikan oleh staf mereka yang terlatih mampu membuatkan anda jatuh cinta! Apa lagi anda tunggu, tempah slot anda di spa ini sekarang!

Alamat: 7-1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-62036383

WhatsApp Vita Spa


4. Tres Bella Beauty & Spa, Crown Regency Serviced Suites

Tres Bella Beauty & Spa

Anda sedang mencari tempat untuk merehatkan diri di saat akhir? Tres Bella Beauty & Spa ini adalah penyelesaian yang tepat untuk anda!

Dengan tawaran pelbagai pakej yang menarik dengan harga yang mampu bayar,  Tres Bella Beauty & Spa telah menjadi antara pilihan utama bagi mereka yang terlalu sibuk dengan kerja seharian.

Spa ini juga menawarkan anda dengan scrub muka yang berasaskan dari biji kopi yang mana pastinya akan membuatkan anda selesa dan tenang ketika sesi urutan. 

Alamat: 3rd Floor, Crown Regency Serviced Suites, Unit #03-01, 12, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-3993607

WhatsApp Tres Bella Beauty


5. Akma Spa, Taman Melawati

Akma Spa

Akma Spa adalah pilihan spa di Kuala Lumpur yang paling digemari oleh kaum wanita. Hal ini kerana ia adalah sebuah spa muslimah dan patuh syariah. Wah, menarik kan?

Selain menawarkan pelbagai pakej urutan yang menarik, spa ini juga memberi laluan dan kemudahan bagi mereka yang ingin menunaikan solat semasa sesi sedang dijalankan. Bagi kaum wanita yang ingin manjakan diri dan perlukan privasi, Akma Spa pasti memenuhi citarasa anda!

Alamat: 1st Floor, No. 268A, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-41629724

WhatsApp Akma Spa


6. Ozmosis Wellness Spa, Ascott Kuala Lumpur

Ozmosis Wellness Spa, Ascott Kuala Lumpur

Ozmosis Wellness Spa memiliki dua cawangan yang terletak di Ascott Kuala Lumpur dan juga di Bangsar. Namun, kami pasti kedua-duanya mempunyai tarikan istimewa yang mampu membuatkan anda teruja.

Tempahlah pakej istimewa di sini dan hadiahkan buat pasangan anda sebagai tanda anda menghargai segala penat lelah mereka selama ini. Kami pasti si dia akan lebih menyayangi anda!

Alamat: The Ascott Kuala Lumpur, 22nd Floor, Ascott Hotel & Residence, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-3746122

WhatsApp Ozmosis Wellness


7. Donna Spa, The Starhill Bukit Bintang

Donna Spa, The Starhill Bukit Bintang

Berkonsepkan reka bentuk dan ciri mewah dari Bali, spa ini menjanjikan pengalaman yang berbeza dan pastinya lain dari yang lain. Walaupun dikatakan harganya sedikit eksklusif, namun spa ini wajib anda cuba kerana ianya berbaloi dengan harganya.

Bahan yang digunakan juga premium dan 100% daripada ramuan semulajadi. Jadi, kualiti servis ditawarkan pastinya akan membuatkan anda tidak menyesal untuk datang ke sini. 

Alamat: 5th Floor, JW Marriott Kuala Lumpur, The Starhill, 183, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-21418999

WhatsApp Donna Spa


8. Thai Paradise Spa, Lorong P. Ramlee

Thai Paradise Spa

Mendengar sahaja nama Thai Paradise Spa, pastinya terlintas di fikiran tentang urutan yang selesa dan suasana seperti berada di Thailand. Ya, tepat sekali!

Jika anda ingin merasai pengalaman seperti di Thailand dan urutan yang selesa dari pakar yang terlatih, spa ini wajib berada dalam senarai spa yang patut anda kunjungi. 

Yang menarik tentang spa ini adalah, pengasasnya dikatakan memiliki pengalaman lebih dari 15 tahun! Jadi, tak perlu tunggu lagi, ayuh tempah slot anda di sini sekarang!

Alamat: 9th floor, KH Tower (Behind Shangri La Hotel), 8, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 5.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-70050448 

WhatsApp Thai Paradise Spa


9. Spa Village Kuala Lumpur

Spa Village Kuala Lumpur

Tidak ketinggalan, Spa Village juga merupakan antara spa yang wajib anda cuba seandainya berada di Kuala Lumpur. Spa mewah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang menarik seperti kolam renang dan bilik sensori mandian bunyi tentunya memenuhi cita rasa dan kehendak anda. 

Spa ini juga merupakan antara pilihan yang terbaik buat bakal mempelai manjakan diri agar tampil berseri di hari bahagia nanti. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan tidak sempat meluangkan masa untuk diri sendiri pula, inilah peluang anda untuk manjakan diri anda setelah seharian bekerja. Jom tekan link di bawah untuk menapah slot anda!

Alamat: The Ritz-Carlton, 168, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-27829090


Secara dasarnya, terdapat pelbagai pilihan spa di Kuala Lumpur, namun, kami pasti anda mahukan hanya pilihan yang terbaik. Jadi, kami harap senarai yang telah kami sajikan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Ayuh, tak perlu buang masa, cubalah salah satu dari senarai di atas! Kami pasti anda tidak akan menyesal mencuba!

Jika anda juga sedang mencari tempat massage di sekitar Shah Alam, anda boleh lihat artikel kami di mana kami senaraikan 6 Tempat Massage di Shah Alam yang Boleh Anda Cuba.

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Pusat Karaoke yang Menarik di Kuala Lumpur!

Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk kita rehatkan otak dan luangkan masa melakukan aktiviti untuk menghilangkan tekanan selepas penat bekerja. Salah satu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x