Tempat Menarik di Port Dickson – 20 Destinasi Pilihan Dilawati Kalau Bercuti di PD

Destinasi percutian tepi pantai di Negeri Sembilan paling popular iaitu Port Dickson menawarkan banyak aktiviti & penginapan menarik untuk anda terokai. Sebagai salah satu pantai peranginan paling popular di Malaysia, Port Dickson sangat sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga & tempat berbulan madu kerana mempunyai banyak tarikan yang sangat best-best serta romantis. Lokasi tempat menarik di Port Dickson yang tidak jauh antara satu sama lain membolehkan anda lawati kesemua destinasi-destinasi tumpuan pelancongan di PD hanya dalam satu tempoh masa yang singkat. Pesisiran pantai di PD sepanjang 18 km ini mempunyai beberapa pantai yang sesuai untuk aktiviti percutian anda bersama keluarga.


Setiap hujung minggu atau cuti sekolah, memang ramai pelancong terutamanya dari ibukota KL & Selangor yang datang bercuti di Port Dickson memandangkan lokasi jarak yang tidak jauh berbanding lokasi pantai peranginan menarik di Malaysia yang lain seperti di Cherating atau di Langkawi. Jadi kalau anda bercadang bercuti ke PD pada cuti sekolah untuk beberapa hari, rancang percutian anda dengan membuat tempahan penginapan awal-awal di beberapa lokasi strategik di sekitar pantai Port Dickson.



Destinasi Percutian Popular di Port Dickson

1. Pantai Teluk Kemang

pantai teluk kemang pd

Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong yang bercuti Port Dickson kerana mempunyai pesisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu, penginapan tepi pantai yang menarik & banyak aktiviti sukan air seperti banana fun ride, buggy ride, parasailing, naik speed boat, main jetski & sebagainya. Kemudahan dan fasiliti di sini juga lebih menarik dan terjaga daripada pantai lain jadi tak hairanlah lebih ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Sekiranya anda pertama kali ingin bercuti di Port Dickson, sangat dicadangkan untuk terjah ke lokasi pantai ini dahulu berbanding pantai lain di PD yang berhampiran. Permukaan pantainya yang landai & ombak yang tidak kuat, sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berlarian di gigian pantai bersama tersayang. Namun kalau pada waktu hujung minggu, Pantai Teluk Kemang memang agak sesak dengan pelancong memandangkan lokasinya yang dekat dengan KL & Selangor.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan


2. Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru Port Dickson)

pantai tanjung biru port dickson

Pantai Blue Lagoon atau juga dikenali dengan nama Pantai Tanjung Biru tidaklah sepopular Pantai Teluk Kemang namun tetap mempunyai tarikannya tersendiri yang unik. Kawasan pantai di sini lebih berteluk & dikelilingi dengan bukit & batu-batu. Di sinilah juga terletaknya Rumah Api Tanjung Tuan yang sering menjadi lokasi penduduk setempat mendaki ke atas untuk melihat pemandangan laut Selat Melaka dari lokasi yang tinggi. Kalau waktu petang ketika matahari, pemandangannya cukup cantik & kaki DSLR wajib datang ke sini untuk menghasilkan masterpiece anda di PD.

Pantai Blue Lagoon tidaklah semeriah di pantai utama lain di Port Dickson dengan aktiviti sukan air & lebih tepat kalau nak gambarkan destinasi ini sebagai pantai yang lebih santai, lebih tenang & tidak sesak dengan pelancong terutamanya pada waktu weekend atau cuti sekolah. Permukaan pantainya sangat landai & cetek, kalau waktu air laut surut anda boleh berjalan beberapa puluh meter ke arah laut. Sesuai untuk aktiviti mandi-manda budak-budak & perkelahan dengan keluarga dengan kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak-kanak, kawasan jalan kaki berbata & sebagainya.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Batu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


3. Pantai Saujana (Pantai Batu 4)

pantai saujana port dickson

Pantai Saujana atau juga dikenali dengan Pantai Batu 4 merupakan satu lagi pantai di Port Dickson yang juga sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah dengan pelbagai aktiviti menarik di pantai. Pantai Saujana memang sangat luas & lapang dan jarak pasir pantai menujuk ke laut lebih kurang 50 meter. Pantai ini juga mempunyai aktiviti sukan air tepi pantai seperti jet ski, banana boat & sebagainya. Terdapat juga kawasan mandi manda siap dengan jaringan keselamatan sebagai penunjuk kepada operator yang menjalankan aktiviti dengan bot.

Pantai Saujana mempunyai kemudahan awam yang lengkap untuk pengunjung seperti tapak perkhemahan awam, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat makan yang dekat & pilihan penginapan utama yang agak banyak. Setiap hari ada deretan gerai-gerai yang menjual makanan santai & peralatan mandi manda seperti layang-layang, pelampung & sebagainya. Tapak perkhemahan di sini memang santai & redup di bawah pohon-pohon pokok jadi kalau anda pacakkan khemah pada wkatu tengahari memang tidak terasa bahang panas matahari. Setiap hari Sabtu, berhadapan Pantai Saujana juga terdapat pasar malam yang boleh anda lawati untuk acara jalan jalan cari makan di PD.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.


4. Pantai Tanjung Gemok

pantai menarik di port dickson

Pantai ini tidak sesibuk di Pantai Teluk Kemang & terletak di arah utara Bandar Port Dickson & berdekatan dengan beberapa resort popular di Port Dickson seperti Lexis Hotel & Glory Beach Resort. Pantai yang tidak terlalu lapang ini sesuai untuk akviti mandi manda & banyak pohon-pohon yang rendang yang boleh dijadikan lokasi terbaik untuk hamparkan tikar untuk aktiviti perkelahan.

Dari sini juga anda boleh bawa anak-anak melihat santuri penyu yang terletak di hadapan Glory Beach Resort. Siapa sangka di PD pun ada pusat penetasan penyu & tidak perlu bersusah payah nak ke negeri-negeri pantai timur semata-mata nak tengok penyu secara live.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat:
Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson


5. Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

pantai cahaya negeri port dickson

Pantai Cahaya Negeri di Batu 5, Jalan Pantai mempunyai landskap yang lebih sistematik selepas kerja-kerja pembangunan dijalankan pada tahun 2014. Kini Pantai Cahaya lengkap dengan pelbagai kemudahan awam, dataran, pondok rehat & parking kereta yang lebih luas serta teratur. Pada waktu malam juga kawasan Pantai Cahaya juga meriah dengan kehadiran pengunjung untuk santai malam melihat suasana pantai & ada juga group remote control car beriang ria di sini pada hujung minggu.

Pantai Cahaya Negeri ini memang sangat cantik terutamanya dengan adanya platform kayu melunjur ke laut menuju ke Pulau Burung yang boleh pelancong jalan kaki & bergambar. Pemandangan & landskapnya yang cantik menjadikan destinasi ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin baru berphoto shoot & juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Melayu.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Pantai Cahaya Negeri (Beach), Port Dickson, Negeri Sembilan

Insert tab 3 content here

Insert tab 4 content here


6. Pulau Burung Port Dickson

pulau burong port dickson best

Pulau Burung merupakan sebuah pulau kecil yang dikategorikan sebagai kawasan hutan paya laut & di pulau ini terdapat beberapa jenis pokok bakau & api-api. Walaupun pulau ini tidaklah terlalu besar namun suasana seperti berada di hutan paya bakau tetap ada. Pulau Burong hanya bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri di mana pengunjung boleh menuju ke Pulau Burong dengan berjalan kaki melalui platform jambatan kayu kira-kira 150m. Bahkan kalau waktu air laut surut, ada juga juga penduduk setempat yang hanya berjalan kaki menuju ke Pulau Burung dari Pantai Cahaya Negeri.

Yang menjadi tarikan di sini adalah lebih kepada suasananya yang nyaman di tepi pantai & selalu menjadi kawasan pelancong bergambar di waktu senja di atas platform kayu ini. Sekitar kawasan Pulau Burung juga sering menjadi port untuk mereka yang kaki pancing & kebanyakannya adalah penduduk setempat.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Pulau Burong, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan


7. Pantai Purnama

tempat percutian menarik port dickson

Satu lagi pantai di Port Dickson yang popular di kalangan pelancong untuk lakukan aktiviti bercamping, mandi manda, berkhemah atau bersantai petang. Lokasi pantainya mudah diakses & mempunyai kemudahan lengkap untuk pelancong seperti tandas, tapak perkhemahan, gerai-gerai & sebagainya.

Kalau waktu weekend destinasi Pantai Purnama lebih kurang sesak & kalau setakat nak santai petang & main banana ride, di sini juga boleh buat. Melihat panorama matahari terbenam di Selat Melaka dari Pantai Sri Purnama lebih tenang daripada kesesakan orang ramai berbanding di pantai popular lain di PD.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


8. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan & Rumah Api Tanjung Tuan

rumah api tanjung tuan pd

Hutan rekreasi mini ini terletak hanya bersebelahan dengan Pantai Tanjung Biru/ Blue Lagoon. Kalau anda mencari aktiviti yang lebih santai & riadah keluarkan peluh di Port Dickson, bolehlah ke sini. Walaupun dari segi geografi lokasinya berada dalam Negeri Melaka, tetapi lebih dekat dari PD. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini sebenarnya berbukit & di atasnya terletak sebuah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Tanjung Tuan atau Cape Rochado, namun sayangnya pengunjung tidak boleh masuk ke dalam rumah api yang berusia lebih 100 tahun ini & hanya boleh bergambar dari luar sahaja. Naik ke atas puncak tidaklah lama dalam masa 10-15 minit kalau anda fit.

Kalau waktu petang destinasi ini memang lokasi terbaik untuk melihat pemandangan Selat Melaka & sunset yang cantik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini pengunjung boleh teruskan cabaran ke puncak Bukit Batu Putih kira-kira 15-20 minit redah hutan. Dari sini anda boleh lihat pemandangan Port Dickson dari sudut yang lebih menarik. Dari Rumah Api Tanjung Tuan ini juga terdapat denai menurun yang menuju ke arah kawasan tepi pantai.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Port Dickson

Waktu Operasi:

  • 7 am - 6 pm

Harga Tiket:

  • RM 1


9. Prima Water Theme Park Resort

tempat menarik di port dickson

Bagi anda yang ingin bercuti di PD beberapa hari & inginkan destinasi penginapan dengan taman tema air, Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC) adalah destinasi ideal anda. Bercuti bersama anak-anak destinasi sebegini mesti mereka suka. Di sini menempatkan pelbagai jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut bajet masing-masing serta lokasinya juga dekat dengan tempat-tempat menarik di Port Dickson yang lain.

Dahulunya Primaland Resort lebih dikenali dengan nama Tiara Beach Resort. Tarikan utama di sini sudah tentulah kolam mandi & taman tema air di perkarangan hotel yang agak besar serta mempunyai beberapa gelongsor air yang menarik untuk anak-anak bersuka ria. Primaland Resort juga menyediakan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang terbaik untuk percutian anda di PD, sama ada bersama keluarga, yang berbulan madu, aktiviti badan korporat, family day, team building & sebagainya.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak 606-662 8888 Facebook

Alamat: PD Prima, 1, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Si Rusa, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Prima Water Theme Park

  • 8.00 am - 12.00 pm & 12.30 pm-7.00 pm

Harga Tiket Prima Water Theme Park

  • Weekday (Isnin-Khamis):
    • RM 25 (dewasa)
    • RM 15 (kanak-kanak 3-12 tahun)
    • RM 5 (kanak-kanak <2 tahun)
  • Weekend (Jumaat-Ahad/cuti sekolah/cuti am):
    • RM 30 (dewasa)
    • RM 20 (kanak-kanak 3-12 tahun)
    • RM 10 (kanak-kanak <2 tahun)


10. PD Turtle Glory Beach Resort

santuari penyu port dickson

Satu destinasi menarik di PD yang sesuai untuk anda membawa anak-anak untuk melihat binatang laut yang sinonim di pantai timur ini iaitu penyu. Pusat ini ditubuhkan untuk memelihara & memulihara populasi penyu-penyu yang ada di perairan pantai Port Dickson. Di sini menempatkan kolam-kolam yang menempatkan penyu-penyu pelbagai spesis seperti penyu belimbing & penyu karah yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat.

Pusat Penetasan Penyu PD ini juga sebenarnya berkolabrasi dengan Santuari Penyu Rantau Abang dalam usaha untuk mengekalkan popular penyu serta memberi kesedaran kepada pelancong tentang kepentingan hidupan marin ini di dalam ekosistem laut negara.

Harga Hotel Peta Lokasi Jarak 606-6516888 Facebook Instagram Website

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


11. Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

tarikan pelancongan di port dickson

Pusat ini menempatkan puluhan akuarium-akurium yang mempunyai banyak spesis-spesis ikan laut yang eksotik termasuk dengan kuda laut, clownfish & juga penyu. Sesuai untuk membawa anak-anak mengenali pelbagai hidupan marin yang unik yang hanya boleh dilihat kalau buat scuba diving.

Peta Lokasi Jarak 606-662 1089 Facebook

Alamat:
Batu 7, Jln Pantai Teluk Kemang
, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: 9.00 am - 5.00 pm

Harga Tiket: percuma


12. Rumah Terbalik Port Dickson

rumah terbalik port dickson

Destinasi yang sangat unik yang boleh anda terjah bersama-sama keluarga & anak-anak iaitu Rumah Terbalik PD yang menjanjikan satu pengalaman yang pelik tapi benar. Umumnya, galeria di sini lebih kepada dekorasi & susun atur barangan yang dalam keadaan tunggang terbalik yang macam tak logik dek akal. Dengan setiap bahagian pameran hiasan ini pengunjung boleh bergambar dengan cara-cara tertentu supaya hasil gambar tampak terbalik.

Kalau bercuti ke Port Dickson & cuaca pula hujan, mungkin destinasi ini boleh dijadikan alternatif untuk aktiviti berkeluarga secara indoor.

Peta Lokasi Jarak 6016-3368751 Facebook

Alamat: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Rumah Terbalik Port Dickson

  • 10 am - 9 pm (Isnin-Ahad)

Harga Tiket Rumah Terbalik Port Dickson

  • RM 20 (dewasa)
  • RM 15 (kanak-kanak >90cm)


13. Muzium Tentera Darat Port Dickson

muzium tentera darat port dickson

Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera seperti keratapi, jet pejuang, kereta kebal, meriam dan senjata api yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain. Di sini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan.

Sekiranya anda mengikuti susunan bangunan ini daripada mula sampai lah ke akhir, sebenarnya kita seolah-olah mempelajari sejarah tersusun berkenaan Tanah Melayu sejak dari sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah hari kemerdekaan 1957. Salah satu lagi yang menjadi tarikan di Muzium Tentera Port Dickson ini ialah berkenaan dengan terowong yang menceritakan bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu tinggal di dalamnya. Di sinilah kalau nak belajar dengan lebih dekat sejarah Chin Peng dan kuncu-kuncunya yang tidak dijemput dahulu.

Peta Lokasi Jarak 606-6471266 Facebook

Alamat: Kem Sirusa,, Persiaran Pahlawan, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi Muzium Tentera Port Dickson 

  • 10 am - 5 pm (Isnin & Selasa tutup)

Harga Tiket Muzium Tentera Port Dickson :

  • Percuma


14. PD Ostrich Show Farm

pd ostrich farm best

Bawa anak-anak melihat burung unta ini memang satu pengalaman yang best. Dari sini mereka boleh melihat dengan dekat betapa besarnya burung unta dan yang paling teruja juga ialah bila melihat telur burung unta ini yang sangat besar. Walaupun nama destinasi ini khusus untuk burung unta, sebenarnya banyak binatang lain yang turut ada dipamerkan di sini seperti burung merak, kuda, keldai, burung, arnab & sebagainya.

Melawat Ladang Burung Unta PD ini memang best kalau datang bersama anak-anak kerana berpeluang melihat & memberi makan binatang ini dengan lebih dekat. Kalau inginkan lebih cabaran, boleh cuba untuk lumba lari atau menunggang burung-burung unta di sini. Bagi mereka yang sukakan aktiviti extreme, di sini juga mempunyai aktiviti hutan yang boleh dicuba seperti jungle ATV, buggy ride, memanah, paint ball & macam-macam lagi. Destinasi ini juga menyediakan fasiliti untuk apa-apa aktiviti family day atau team building syarikat & badan korporat.

Peta Lokasi Jarak 606-6627496 Facebook Website

Alamat:
Lot 1419, Jalan Perdana 4, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi PD Ostrich Show Farm

9.30 am - 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket PD Ostrich Show Farm

  • RM 15 (dewasa)
  • RM 10 (kanak-kanak)


15. Alive 3D Art Gallery

apa menarik di port dickson

Tarikan baru di Port Dickson iaitu Geleri Seni 3D. Sebenarnya ia terletak di Lukut dan jarak dari PD lebih kurang 8-10 minit & dari Seremban sekitar setengah jam. Bangunan yang menempatkan Galeri Seni 3D ini merupakan sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi lebih menarik berkonsepkan 3D art. Parking kereta kat sini pun banyak kerana banyak rumah kedai di sekelilingnya masih kosong.

Kalau nak datang sini time cuti sekolah alamatnya kena beratur panjanglah sehingga keluar jalan. Sebaiknya datang ke sini time weekday atau pun petang-petang sikit. Habiskan masa di sini dalam sejam sudah memadai untuk bergambar dengan semua mural 3D di sini. Kalau bercuti di Port Dickson secara berkumpulan atau dengan keluarga, destinasi sebegini memang menyeronokkan untuk waktu riang ria & sesi bergambar untuk kenang-kenangan.

Peta Lokasi Jarak 606-6515400 Facebook Website

Alamat:NO 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Alive 3D Art Gallery Port Dicson

  • 11.00 pagi -11 malam (Isnin-Jumaat)
  • 10.00 pagi - 11 malam (Sabtu, ahad & cuti umum)

Harga Tiket Alive 3D Art Gallery Port Dicson

  • RM20 (dewasa)
  • RM15 (Kanak-kanak )


16. Wild West Cowboy Indoor Theme Park

muzium 3d port dickson menarik

Destinasi ini juga terletak sederet bangunan yang sama dengan Alive 3D Art Gallery PD & diseliakan oleh pengurusan yang sama. Tarikan di sini lebih kepada taman permainan mini indoor untuk kanak-kanak seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dengan harga tiket RM 5 untuk satu permainan. Tarikannnya lebih kurang sama di kebanyakan shopping mall utama yang ada di KL & kalau anda bercuti di PD bersama anak-anak serta mencari aktiviti indoor yang lebih kurang panas, ini adalah destinasinya.

Tarikan utama di sini adalah 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie yang pasti memberikan satu pengalaman berbeza di taman indoor di shopping mall. 5D Motion Adventure lebih kepada tayangan movie seperti di Universal Studio Singapore di mana pengunjung akan merasai kesan khas daripada gerakan kerusi duduk, bunyi, angin, bunyi, wap air & sebagainya. Untuk 7D Interactive Movie pula, konsepnya sama seperti 5D Motion Adventure, yang berbezanya pengunjung akan diberi senapang canggih untuk menembak subjek-subjek yang muncul secara tiba-tiba seperti ikan piranha, zombie & penjahat-penjahat lain. Pengalaman yang senang cerita, menonton movie 5D sambil bermain game, mesti anak-anak suka. Tiket untuk 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie hanya RM 15 seorang.

Peta Lokasi Jarak 606-6515400 Facebook Website

Alamat: NO 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • 11.00 pagi -11 malam (Isnin-Jumaat)
  • 10.00 pagi - 11 malam (Sabtu, ahad & cuti umum)

Harga Tiket Wild West Cowboy Indoor Theme Park

  • RM 5 utk satu permainan di Mini Theme Park
  • RM15 (5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie)


17. Kota dan Muzium Lukut

kota muzium lukut pd

Tak jauh dari Port Dickson, terletak sebuah muzium iaitu dikenali Muzium Lukut. Kalau anda nak melihat senibina bangunan Melayu Bugis yang menjadi kebanggan orang Negeri Sembilan, mesti datang ke sini. Muzium ini banyak menceritakan sejarah yang belaku di Lukut dan Negeri Sembilan umumnya.

Muzium ini tidaklah besar sangat dan terbahagi kepada 4 geleri utama iaitu Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Tradisional, Galeri Negeri Sembilan Beradat dan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut. Kemudahan asas seperti ruangan solat, tandas, taman permainan kanak-kanak dan parking kereta juga disediakan. Kalau nak makan pergi je beli di kantin kat sini.

Peta Lokasi Jarak Website

Alamat: Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • 9.00 am - 6.00 pm

Harga Tiket Kota & Muzium Lukut

  • Percuma


18. PD Waterfront

pd waterfront port dickson

Tempat menarik di PD ini mengadap pantai ke Pulau Arang. PD Waterfront ini merupakan tempat yang menjadi pilihan warga setempat untuk beriadah bersama keluarga dan ada yang bermain layang-layang. Kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan ini juga akan dijadikan tempat untuk membeli-belah, tempat makan dan hiburan yang pasti akan menarik lebih ramai pelancong ke Port Dickson kelak. Kalau anda mencari lokasi tempat menarik di Port Dickson waktu malam untuk santai tepi pantai, bolehlah datang pusing-pusing di sekitar PD Waterfront. Ada juga beberapa artis jalanan di sini terutamanya hujung minggu & cuti sekolah.

Landskap taman di sini juga cantik & memandangkan lokasinya tepi pantai, maka memang sangat ideal untuk dijadikan port layan matahari terbenam. Kalau mengikut perancangan PD Waterfront, sebaik siap sepenuhnya nanti akan ada juga taman tema air, resort, hotel bajet, kawasan bebas cukai, akuarium dan kereta kabel yang menghubungkan PD Waterfront dan Pulau Arang yang jauhnya 1 km. Dan semua ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Hotel Terdekat Peta Lokasi Jarak

AlamatPD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


19. Tempat Menarik di Port Dickson Untuk Makan Makan

tempat makan port dickson

Port Dickson mempunyai banyak tempat makan yang boleh anda terjah untuk acara jalan jalan cari makan anda di sini. Maklumlah, tempat peranginan popular di Negeri Sembilan, mestilah meriah destinasi tempat makan. Berikut merupakan beberapa destinasi makan popular yang ada di PD.

  • Medan Selera Bagan Pinang
  • Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson
  • Medan Makan Teluk Kemang
  • Medan Selera Seri Bayu

Lihat 10+ Destinasi Makan Popular di Port Dickson>


Tawaran Penginapan Hari Ini di Port Dickson

Semoga perjalanan anda ke tempat-tempat menarik di Port Dickson ini menjadi pengalaman yang bermakna. Selamat. Jangan lupa untuk SHARE dan komen sekiranya anda ada cadangan untuk dilontarkan. Wassalam.

Destinasi Menarik Berkaitan:

Tempat Menarik di Port Dickson – 20 Destinasi Pilihan Dilawati Kalau Bercuti di PD
4.9 (98%) 10 votes
  • 7
    Shares

10 Komen

  1. eeyda seni 04/04/2018
  2. Abg Kundasang Sabah 25/03/2018
  3. Khairul Zamri 22/12/2017
  4. Navendran 17/12/2017
  5. siti 03/08/2017
  6. Sakinah 03/06/2017
  7. Ramli 11/12/2016
  8. puteri akalili sarah 23/11/2016
  9. Aan 19/04/2015

Sila Komen

Sila SHARE