Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

45+ Tempat Menarik di Ipoh Perak – Destinasi Percutian di Ipoh PALING BEST

Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Kalau anda orang KL atau JB, pasti akan rasa satu kelainan apabila pertama kali pusing-pusing Bandaraya Ipoh. Suasana, senibina & tempat menarik di Ipoh ada sesetengahnya sangat unik & destinasi seumpamanya memang tiada di bandaraya utama lain di Malaysia.

Pilihan penginapan di Ipoh juga sangat banyak. Samaada yang mewah & bajet, pasti tidak akan menjadi satu masalah yang besar. Malah lokasi-lokasi hotel di Ipoh juga sebenarnya strategik untuk anda lawati kesemua destinasi-destinasi menarik seperti yang dikongsikan di bawah ini. Seronok sebenarnya bercuti di Ipoh kerana anda boleh lawati pelbagai destinasi pelancongan yang pelbagai konsep atau temanya samaada kawasan sejarah, air terjun, gua batu kapur, taman keriangan, taman rimba & sebagainya.

Dari sudut pilihan makanan, Ipoh sudah tentu mempunyai destinasi-destinasi popular untuk anda mencuba makanan popular orang setempat. Memang tidak dinafikan, pilihan makanan orang Melayu tidaklah sebanyak seperti di destinasi pecutian lain di Malaysia seperti di Shah Alam ataupun di Kuala Lumpur. Namun, jangan bimbang, Ipoh masih di dalam Malaysia & masih ada tempat makan santai yang menarik & halal boleh anda kunjungi untuk menjamu selera bersama keluarga. Semoga perkongsian destinasi pelancongan di bawah ini memberi anda idea untuk merancang percutian anda di Bandaraya Ipoh kelak.


45+ Destinasi & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Ipoh, Perak


1. Lost World of Tambun

lost world of tambun ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti ke Ipoh, destinasi Taman Tema Lost World Tambun boleh dikatakan tempat menarik di Ipoh yang paling popular dengan pelbagai pilihan permainan yang menyeronokkan. Taman tema ini merupakan satu-satunya penginapan & theme park yang dikelilingi oleh batu kapur. Satu tempat percutian berkeluarga yang sangat ideal untuk anda riang ria bersama anak-anak. Di sini, tarikan pelancongan terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti Theme Park, Hots Spring & Park dan juga Night Park. Dan setiap bahagian utama ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian kecil lain seperti tema air, kolam air panas, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley dan sebagainya.

Tarikan taman tema di sini memang cukup lengkap & sekiranya anda nak habiskan kesemua tarikan yang ada di Lost World Tambun anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya sehari setengah di sini. Bagi pelancong luar Perak, sebaiknya cari penginapan di sini supaya tidak penat & lebih mudah untuk anda berulang-alik ke setiap taman permainan di sini dengan anak-anak.

Umumnya, tarikan di sini bukannya khas untuk kanak-kanak & anak muda semata-mata. Ada juga tarikan yang mesra orang dewasa terutamanya mereka yang mungkin tidak sukakan aktiviti-aktiviti lasak seperti yang ada di amusement park. Anda boleh santai-santai di kolam air panas di sini atau mencuba spa untuk manjakan diri anda sekali sekala. Kalau anda suka mandi manda, jangan lupa untuk berendam di infinity pool, suasana di sini memang cantik & romantis untuk anda luangkan masa bersama yang tersayang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-540 8888 | Whatsapp | Facebook | Website

Baca lagi: Tiket Promo Lost Word of Tambun & Pasti TERMURAH!

  • No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Lost World of Tambun Ipoh

  • Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
  • Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm

*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah

Harga Tiket Lost World of Tambun Ipoh

Kadar Bayaran Masuk Lost World

Harga tiket termasuk ke semua kawasan taman tema, termasuk permainan, tarikan & aktiviti. Tidak termasuk untuk aktiviti yang dibayar secara pay-per-ride.

1 . Harga Biasa

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 117.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 110.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 110.00

2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 85.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 77.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 77.00

3. Harga Tiket Promosi Online

  • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 69.00
  • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 64.00
  • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 64.00

Sumber: https://www.holidaygogogo.com/lost-world-of-tambun-ticket/

*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm

Kadar Lost World Hot Spring & Night Park

6.00 pm – 11.00 pm

  1. Harga Biasa
    • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 75.00
    • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 66.00
    • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 66.00
  2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad
    • Dewasa (13 tahun & keatas): RM 64.00
    • Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 55.50
    • Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 55.50

*Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak dengan ketinggian bawah 90 cm


2. Taman Rekreasi Gunung Lang

taman rekreasi gunung lang ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Hanya terletak kira-kira 6 km dari Bandaraya Ipoh, taman rekreasi ini merupakan satu tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti santai-santai di kawasan alam semulajadi. Tidak perlu jauh-jauh nak masuk hutan & akses ke sini dengan kereta juga sangat mudah. Di destinasi ini terdapat tasik dan landskap taman yang sangat cantik serta dikelilingi dengan pemandangan bukit batu kapur.

Pelancong boleh menaiki bot untuk bersiar dan beriadah di taman permainan yang disediakan. Ada juga beberapa kandang binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Kalau anda penat ketika memandu di Lebuhraya Utara-Selatan, bolehlah R&R dahulu di sini untuk melihat keindahan alam sambil rehatkan badan. Umumnya taman ini memang sangat besar tetapi kawasan landskapnya sebenarnya agak kecil & destinasi ini tidaklah terlalu sesak dengan orang ramai pada weekday.

Untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang juga sangat mudah & tempat parkir kereta juga besar serta tiada bayaran tiket masuk dikenakan. Cuma anda perlu menggunakan duit untuk tambang menaiki bot di sini & dengan bot ini jugalah anda boleh ke seberang tasik yang menempatkan sebuah taman rekreasi mini yang tidak kurang menarik landskapnya. Anda juga boleh jumpa dengan sebuah gua batu kapur yang agak besar & saiz guanya boleh memuat memuatkan sebuah kereta.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5063088

  • Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi Taman Rekreasi Gunung Lang

  • 8am – 12pm & 1.30pm – 7pm (Isnin-Khamis)
  • 8am – 12pm & 2.45pm – 4pm (Jumaat)
  • 8am – 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga Tambang Naik Bot

  • RM 3.00 (Dewasa)
  • RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas)


3. Gua Tempurung

gua tempurung gopeng ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini sebenarnya bukanlah betul-betul terletak di dalam Bandaraya Ipoh tetapi sangat disyorkan untuk pelancong yang sukakan aktiviti lasak & adventurous. Lokasinya pula dari Bandaraya Ipoh hanya 18 km & satu-satunya tempat menarik bergua yang paling dekat yang boleh anda terjah. Kawasan dalam gua ini memang sangat luas & besar serta kemudahan pengunjung seperti platform jalan kaki & lampu turut disediakan untuk memudahkan pelancong menerokai gua batu kapur yang ribuan tahun usianya.

Kalau anda ingin lebih rasa adventure, bolehlah menggunakan perkhidmatan tour guide di sini yang akan membawa anda menerokai gua ini sampai ke bahagian yang paling dalam. Tour guide ada menyediakan pakej untuk kawasan kering & basah. Kalau anda nak betul-betul menguji tahap stamina anda, bolehlah ambil grand tour guide. Pengalaman menerokai gua sebegini memang sangat menyeronokkan & anda perlu cuba kalau dah bercuti di Ipoh kerana hendak mencari gua sebegini yang ada di Malaysia memang banyak tetapi bukan semuanya mudah untuk anda terokai kerana lokasinya yang pedalaman & bahkan ada yang memerlukan anda menaiki bot serta meredah hutan.

Jadi kalau anda ingin destinasi menerokai gua yang mudah untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu banyak cabaran di tengah jalan, bolehlah ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak. Sebaiknya kalau bercadang melawat Gua Tempurung, datanglah waktu pagi kerana kerana setiap sesi lawatan akan mengambil masa yang agak lama terutamnya untuk pakej Grand Tour.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6014-2204142 | Website

  • Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi Gua Tempurung:

  • 9.00 am – 6.00 pm

*kemasukan terakhir 4pm

Harga Pakej Lawatan Gua Tempurung:

#1 Pakej Golden Flawstone ( aktiviti kering) (tempoh: 40 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 20.00 (dewasa)
    • RM 10.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 8.00 (dewasa)
    • RM 4.00 (kanak-kanak/warga emas)

#2 Pakej Top The World ( aktiviti kering)(tempoh: 1 jam 45 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 30.00 (dewasa)
    • RM 15.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 12.00 (dewasa)
    • RM 6.00 (kanak-kanak/warga emas)

#3 Pakej Top The World & Short River Adventure (aktiviti basah)(tempoh: 2 jam 30 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 40.00 (dewasa)
    • RM 20.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 15.00 (dewasa)
    • RM 7.50 (kanak-kanak/warga emas)

#4 Pakej Grand Tour (aktiviti basah)(tempoh: 3 jam 30 minit) :

  • Harga Biasa
    • RM 50.00 (dewasa)
    • RM 25.00 (kanak-kanak/warga emas)
  • Harga MyKad
    • RM 30.00 (dewasa)
    • RM 15.00 (kanak-kanak/warga emas)

*kanak-kanak: 6-12 tahun
*warga emas: 60 tahun & keatas


4. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

aktiviti menarik di ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini memang cukup mendamaikan. Bagi pelancong yang suka melihat keindahan alam & mempunyai hobi fotografi, apa kata datang melawat ke Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village yang terletak di Tamai Saikat & kira-kira 5-6km dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Destinasi ini merupakan sebuah taman yang mempunyai landskap yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi seperti tasik, bukit batu kapur & hisan-hiasan pokok bunga.

Terdapat juga ruangan di dalam gua yang menempatkan koleksi barangan antik yang dikumpulkan pada era 60-70 an. Terasa seperti berada di zaman silam apabila ke sini. Bagi anak muda generasi X atau Y, bolehlah ke sini untuk melihat dengan mata kepala sendiri perkakasan atau hiasan klasik yang mungkin sebelum ini anda hanya melihat di kaca tv sahaja. Di sekitar taman ini juga, terdapat beberapa tokong Cina yang menjadi tempat keagamaan penganut Buddha.

Selain bersiar-siar sambil jalan kaki, pengunjung juga boleh menggunakan basikal yang disediakan untuk menikmati keindahan alam di sini. Terdapat bayaran masuk yang dikenakan untuk pengunjung & tiada cas dikenakan untuk menggunakan basikal yang disediakan. Sekiranya anda ingin ke sini, anda perlu membeli tiket terlebih dahulu di Kedai Perabut Kota yang terletak berdekatan McDonald’s Medan Gopeng & kira-kira 2-3 km dari lokasi taman ini.

Hotel Terdekat

Baca lagi: Qing Xing Ling – Apa yg Best?

  • Persiaran Pinggir Rapat 5a, 31350 Ipoh, Negeri Perak
  • Lokasi

  • Isnin-Sabtu
    • 9.30 am – 12.30 pm
    • 1.30 pm – 5.00 pm
  • Ahad & Cuti Am ditutup

  • RM 12

*tiket masuk boleh didapati di kaunter masuk.


5. Fantasy House Trick Art

funtasy house trick ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti di Ipoh dengan keluarga & bersama kumpulan, destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik yang ideal untuk waktu riang ria bersama. Terdapat lebih 30 lukisan mural interaktif yang dipaparkan untuk pengunjung mengambil gambar. Seperti juga di beberapa lokasi 3D Art Museum yang lain, staff di sini akan membawa anda melawat setiap mural & menolong anda ambil gambar pada posisi yang betul untuk menghasilkan gambar yang timbul & menarik.

Memandangkan lukisan muralnya sangat banyak maka masa yang diperlukan untuk lawatan ke destinasi ini mungkin mengambil masa sehingga satu jam lamanya. Kalau anda bercadang untuk melawat banyak tempat-tempat menarik di Ipoh yang lain, sebaiknya datang ke sini pada waktu tengahari kerana destinasi tertutup sebegini kurang panas. Pada waktu petang apabila sudah redup sedikit bolehlah pula melawat destinasi outdoor lain.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-255 0007 | Facebook | Website

  • 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Muzium 3D Ipoh:

  • 9.00 am – 6.00 pm (weekdays)
  • 9.00 am – 8.00 pm (hujung minggu/ cuti am)

Harga Tiket Muzium 3D Ipoh:

  • Dewasa
    • RM 19 ( harga biasa)
    • RM 15 ( promosi pemegang MyKad)
  • Kanak-Kanak(4 tahun & keatas)
    • RM 10
  • Warga Emas ( 60 tahun keatas)
    • RM 10
  • Pelajar (bersama kad pelajar)
    • RM 10
  • Kanak-kanak ( bawah 4 tahun)
    • Percuma


6. Kledang Saiong Forest Eco Park

tempat menarik di ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Beruntung sebenarnya jadi orang Ipoh kerana terdapat banyak tarikan pelancongan yang dekat jaraknya yang berkonsepkan alam semulajadi seperti air terjun, hutan rekreasi, taman rimba & gua batu kapur. Salah satu tempat pelancongan menarik di Ipoh untuk aktiviti riadah seperti mandi air terjun, jungle trekking atau berbasikal adalah di Taman Rimba Kledang Saiong yang hanya 5 km dari Bandaraya Ipoh. Dekat bukan ?

Taman rimba ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong & merupakan hutan simpan yang dipelihara oleh kerajaan negeri & juga dikekalkan sebagai salah satu tarikan pelancongan air terjun untuk Negeri Perak. Kalau anda pencinta alam, sangat sesuai untuk ke sini untuk melakukan aktiviti perkelahan & melihat pelbagai tumbuhan menarik serta unggas-unggas hutan yang berwarna warni.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3661 228 | Website

  • Persiaran Meru Utama, Perak

Waktu Operasi Kledang Saiong Forest Eco Park

  • 7.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Kledang Saiong Forest Eco Park:

  • Percuma


7. Lata Ulu Chepor

air terjun ulu chepor ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masih cerita tentang air terjun yang dekat dengan Bandaraya Ipoh. Selain Taman Rimba Kledang Saiong, Lata Ulu Chepor juga merupakan salah satu tempat mandi manda air terjun di Ipoh yang sangat popular. Kawasan Perkelahan Kampung Ulu Chepor yang merupakan sebahagian daripada Sungai Chepor sangat mudah diakses dengan kenderaan & kawasan mandi manda juga sangat mesra keluarga. Samaada untuk aktiviti berkelah, bbq, family gathering & berkhemah, destinasi ini sangat ideal untuk mereka yang sedang bercuti di Ipoh.

Seperti di kebanyakan destinasi air terjun lain, kalau anda inginkan pemandangan air terjun & suasana yang lebih terasa hutannya, bolehlah buat hiking ke kawasan atas dalam beberapa ratus meter. Kalau berkelah dengan keluarga terutamanya bersama anak-anak kecil, rasanya cukuplah sekadar mandi manda di kawasan tadahan bahagian bawah sahaja. Kemudahan pengunjung di sini baik gazebo, surau, dewan terbuka, kawasan perkhemahan, tempat bersalin pakaian & taman permainan kanak-kanak juga disediakan.

Untuk orang dewasa yang suka terjun tiruk & berenang seperti di lautan, destinasi ini mungkin tidak sesuai untuk anda kerana banyak batu serta kawasan tadahan juga tidaklah terlalu dalam. Awas, kalau berkelah di mana-mana destinasi air terjun, pastikan cuaca baik, langit cerah & tidak bermendung di kawasan hulu kerana takut terjadinya fenomena kepala air.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak.

  • 8.30 am – 6.00 pm

  • RM 3.00 (bayaran parkir kereta)


8. Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail

ipoh heritage trail menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Daripada bangunan lama yang kelihatan usang kini destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis mural yang turut menghasil karya popularnya di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehinggalah ke Singapura. Konsep Art of Old Town ini mengetengahkan mural-mural yang banyak berkisarkan tentang kopi & bandar lama Ipoh. 2 perkara ini memang sangat berkait rapat & mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Ipoh sehingga menaikkan jenama Old Town White Coffee Ipoh.

Lokasi 8 jenis mural utama yang dihasilkan di sini terletak di sekitar Jalan Panglima, Ipoh & lokasi setiap mural 3D ini tidak jauh antara satu sama lain. Yang lebih menarik, mural seni yang merupakan sebahagian daripada Ipoh Heritage Trail di sini memang sangat besar berbanding dengan kebanyakan mural di negeri lain yang pernah anda lihat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

  • percuma


9. Stesen Keretapi KTM Ipoh

stesen keretapi ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Stesen Keratapi KTM di Ipoh bukan sahaja berperanan sebagai sebuah terminal keretapi malah turut menjadi salah satu tarikan pelancongan di Ipoh & mercu tanda utama Bandaraya Ipoh. Ini kerana, bangunannya sangat unik & mempunyai senibina orang Inggeris lama yang telah berpuluh tahun usianya. Di kalangan orang Ipoh, stesen keretapi ini dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana struktur binaan, landskap taman & warna bangunannya yang seakan sama kalau dilihat dari sesuatu sudut pandangan.

Landskap taman persekitaran juga sangat terjaga & cantik untuk anda ronda-ronda sambil merakam gambar yang sedikit sebanyak akan memberi nostalgia zaman sebelum kemerdekaan. Di perkarangan stesen keretapi Ipoh ini juga terdapat tugu peringatan Perang Dunia Kedua. Kerana lokasinya yang terletak di tengah Bandaraya Ipoh maka ramai juga pelancong yang datang pada waktu malam untuk bergambar kerana pemandangan tamannya lebih cantik dengan dilimpahi cahaya neon berwarna – warni.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Stesen KTM Ipoh, 30000 Ipoh, Perak, 30100 Ipoh, Perak

  • sentiasa dibuka untuk lawatan kawasan perkarangan

  • percuma


10. Kinta River Front

kinta river walk i city ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pada waktu malam, Kinta River Front sering menjadi kunjungan orang ramai untuk ambil angin malam secara santai bersama keluarga sambil menikmati keindahan pancaran lampu-lampu LED pokok ala-ala di I-City Shah Alam. Namun ianya tidaklah terlalu besar, cukup hanya sebagai destinasi lepak malam di Ipoh. Kinta River Walk ini juga mempunyai dataran memanjang di sepanjang Sungai Kinta yang sesuai untuk jalan kaki atau mungkin juga berbasikal.

Di sini juga terdapat pelbagai pilihan basikal unik & cantik yang boleh pengunjung sewa untuk bersiar-siar di sekitar Kinta River Front. Harganya bergantung pada jenis basikal & kadarnya sangat berpatutan sekitar RM 5-RM 10 untuk anda & anak-anak mencuba pengalaman mengambil angin malam di Ipoh dengan cara yang lebih sihat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

  • Setiap malam

  • Percuma


11. Dataran Medan Stesen/ Dataran KTM Ipoh

bercuti di ipoh menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dahulu tempat ini hanya biasa-biasa sahaja tanpa tarikan pelancongan yang menarik. Sejak 2016, ada sesuatu yang telah menjadi tarikan pengunjung untuk lepak malam di Dataran Medan Stesen yang terletak di antara Bangunan Stesen Keretapi Ipoh & Dewan Bandaraya Ipoh. Dataran ini mempunyai air pancut warna warni yang sangat menarik & bergerak secara berirama.

Konsepnya sama seperti di hadapan KLCC tetapi pada skala yang lebih kecil. Kalau bawa anak-anak kecil di sini memang sangat seronok melihat mereka berlari berkejaran di celah-celah air pancut warna warni. Sekiranya anda inginkan aktiviti percutian di Ipoh pada waktu malam yang santai bersama anak-anak bolehlah ke sini. Ruangan parkir kereta juga mudah & lokasinya juga senang diakses dengan kenderaan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

  • setiap malam

  • percuma


12. Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ( Padang Polo)

padang polo ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi taman rekreasi ini lebih dikenali di kalangan orang Ipoh sebagai Padang Polo. Kalau anda mungkin bercuti di Perak dalam satu jangka masa yang lama mungkin untuk meeting atau ada team building, bolehlah jengahkan diri untuk beriadah di sini pada waktu pagi atau petang & kalau malam minggu suasana juga agak meriah untuk aktiviti santai-santai malam.

Destinasi ini sering menjadi tumpuan orang Ipoh untuk beriadah kerana landskapnya yang cantik & lengkap dengan pokok-pokok yang tinggi merimbun serta terdapat tasik di tengahnya yang menambahkan lagi rasa kedamaian ketika santai-santai di sini. Pada waktu petang, terdapat food court untuk anda makan-makan santai seperti laksa, keropok & sebagainya. Kemudahan trek jogging, padang bola, taman permainan & tandas turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Pada waktu malam terutamanya hujung minggu, golongan berkeluarga sering ke sini bersama anak-anak untuk beriadah di taman permainan kanak-kanak & di kawasan datarannya pula terdapat aktiviti anak muda yang bermain roller blade, skate boarding & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 7, Jalan Brash, 30350 Ipoh, Perak

  • setiap masa

  • percuma


13. Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam

taman jepun ipoh menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman rekreasi ini merupakan satu lagi destinasi santai & riadah pagi yang popular di Ipoh selain Padang Polo. Juga dikenali oleh orang Ipoh sebagai Taman D.R, taman ini merupakan sebuah taman terbuka yang popular di kalangan warga Ipoh untuk beriadah atau berkelah bersama keluarga. Di dalam Taman DR ini terdapat beberapa taman mini yang berlainan konsep landskapnya & antara yang paling unik adalah Taman Jepun kerana binaan landskapnya adalah hampir sama dengan sebuah taman yang popular di Fukuoka, Jepun.

Taman ini dilengkapi dengan playground yang besar yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Fasiliti lain yang ada di sini ialah tasik, trek jalan kaki, pondok rehat, tandas dan sebagainya. Sesuai untuk lepak-lepak pada waktu petang ataupun malam. Kalau hujung minggu, destinasi ini sering menjadi kunjungan warga setempat untuk santai malam & memandangkan landskapnya yang cantik Taman DR ini juga sering menjadi lokasi untuk pasangan pengantin mengadakan wedding photo shoot.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak

  • setiap masa dibuka

  • percuma


14. Pasar Gerbang Malam

gerbang malam ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gerbang Malam merupakan sebuah pasar malam yang berkonsepkan ala-ala ‘uptown’ yang menempatkan banyak gerai-gerai yang menjual barangan seperti pakaian, tali pinggang, baju, minyak wangi dan sebagainya. Harga di sini pun boleh dikatakan murah dan pengunjung juga boleh tawar menawar dengan penjual.

Memandangkan lokasinya strategik & mudah diakses maka memang ramai pelancong & orang Ipoh datang ke sini untuk sesi cuci-cuci mata melihat barangan menarik untuk dijadikan koleksi peribadi. Pilihan barangan vintage di sini tidaklah semeriah di Pasar Karat, tetapi kalau anda mencari tempat menarik di Ipoh pada waktu malam dengan suasana yang happening, ini adalah salah satu destinasinya. Anda boleh ke sini bermula pukul 6 petang. Kebiasaannya menjelang pukul 8.30 malam ke atas barulah suasananya lebih meriah dengan pengunjung & penjual. Gerbang Malam di Ipoh ini dibuka setiap hari & hanya akan lengang pada waktu hujan lebat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

  • 6.00 pm – 1.00 am (setiap hari)

  • percuma (kawasan pasar malam)


15. Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)

pasar karat ipoh perak loken

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mencari shopping mall di Ipoh yang besar memang agak banyak pilihannya tetapi kalau anda inginkan tempat membeli belah di Ipoh yang best serta unik, sangat disyorkan untuk ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Horley, Ipoh. Pasar Karat ini yang beroperasi setiap pagi mempunyai banyak nama panggilan lain seperti Memory Lane, Loken, Lokin, Pasar Lok Kin atau Pasar Barang Antik. Semua nama tersebut merujuk kepada destinasi yang sama.

Pasar ini memang sangat besar & pilihan barangan vintage atau antik di sini memang sangat banyak. Kalau pusing-pusing kesemua kawasan Pasar Karat ini boleh makan berjam lamanya. Konsep barangan yang dijual di sini memang sangat rare & kalau anda ingin mencari sesuatu barang yang menggamit nostalgia lama samaada pakaian, kasut, hiasan rumah, barangan elektrik, duit lama, setem lama & sebagainya, bolehlah jengah-jengahkan diri ke Pasar Karat Ipoh setiap pagi. Waktu hujung minggu suasananya lebih meriah dengan kehadiran pelbagai golongan orang dalam & luar dari Ipoh.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Pasar Karat Ipoh

  • 6.30 am – 1.oo pm

  • percuma


16. Bulatan Amanjaya

bulatan amanjaya merujaya ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau anda bercuti di Ipoh secara bajet bersama keluarga & anak-anak, apa kata bawa mereka Bulatan Amajaya yang merupakan satu tempat menarik di Ipoh yang baru diperkenalkan tahun 2016. Bulatan ini memang sangat besar & ianya lebih kepada tempat untuk pengunjung beriadah bersama keluarga. Kemudahan yang paling mencuri tumpuan adalah taman permainan air mini yang sesuai untuk kanak-kanak beriang-ria & yang paling menarik, ianya percuma.

Kawasan dataran di sini juga sangat besar & untuk dijadikan tempat bersiar-siar petang atau malam, memang sangat sesuai. Pada waktu malam anda boleh lihat pancuran air berirama dihiasi dengan sinaran lampu LED warna warni yang akan bermula 8.00 malam – 11.00 malam setiap hari. Kemudahan untuk pengunjung memang lengkap di sini, maklumlah pembinaannya masih baru jadi semuanya berfungsi dengan baik.

Jadi kalau anda mencari lokasi untuk jogging atau mencari tempat menarik di Ipoh pada waktu malam, sangat disyorkankan untuk santai-santai di sini bersama yang tersayang & anak-anak. Yang paling penting, kos parking kereta & harga tiket masuk ke sini adalah percuma. Jimat !

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-501 9822

  • Bulatan Meru Raya @ Bulatan Casuarina, 30020, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak

  • 24 jam

  • Percuma


17. Ipoh World di Han Chin Pet So

muzium menarik di ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti yang tersedia maklum, Ipoh pada masa dahulu terkenal dengan aktiviti lombong bijih timah & kalau anda ingin lebih mendalami sejarah pelombongan bijih timah di Ipoh, destinasi ini adalah tempat yang wajib anda singgah. Dahulunya rumah agam ini merupakan tempat eksklusif untuk pelombong berbangsa Hakka.

Sekarang ianya dijadikan sebuah muzium yang memaparkan informasi dan bahan abstrak khususnya sejarah yang berkenaan dengan kehidupan para pelombong bijih timah. Sebaik masuk ke dalam, pelancong akan diceritakan oleh staf di sini tentang setiap informasi yang ada di dalam muzium ini. Tour guide yang bertugas adalah seorang yang sangat mendalami tentang budaya & kehidupan kaum masyarakat Hakka.

Sepanjang di sini, anda juga boleh melihat satu video dokumentari yang menarik sejak era Perang Dunia Kedua tentang permulaan & perkembangan lombong bijih timah di Ipoh. Walaupun kemasukan ke sini adalah percuma tetapi pengunjung digalakkan untuk memberi sumbangan pada akhir lawatan sebagai sumber kewangan untuk penyelenggaraan muzium ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-241 4541 | Facebook | Website

  • 3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Perak

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • Masuk Percuma tetapi sumbangan digalakkan ( RM 10 (dewasa) / RM 5 (kanak-kanak))


18. Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden

tarikan pelancongan di ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tarikan alam semulajadi yang sangat popular di Ipoh kerana di sini terdapat sebuah tokong Buddha di dalam gua & konsep destinasi pelancongan di sini lebih kurang seperti di Batu Caves. Pemandangan struktur stalagtit/stalagmit di dalam gua di sini memang sangat mengagumkan & dianggarkan berusia ribuan tahun.

Walaupun destinasi ini lebih kepada tempat suci kaum Buddha namun tiada halangan untuk pelancong datang melawat ke sini. Ramai pelancong luar yang datang ke sini untuk melihat keunikan landskap gua yang mungkin anda hanya boleh jumpa sepertinya di Sarawak. Di luarnya pula terdapat Taman Zen yang sangat mendamaikan & ianya lebih kepada lokasi untuk mereka bersenam atau jogging.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-312 8112

  • Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

  • tidak dikhususkan

  • percuma


19. Perak Cave Temple

tempat percutian menarik di ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan tempat penyembahan bagi orang Buddha yang terletak di dalam sebuah gua. Yang menariknya gua-gua di sini kelihatan seakan bertingkat-tingkat. Tangga yang agak curam disediakan untuk mereka yang ingin mendaki gua ini sehingga ke puncak untuk melihat pemandangan yang cantik. Di dalam guanya pula terdapat lukisan mural yang dilukis pada dinding gua yang bermotifkan ketuhanan penganut Buddha.

Destinasi ini kebiasaannya lebih dilawati oleh orang yang beragama Buddha untuk tujuan kegamaan. Namun ada juga pelancong asing yang sukakan destinasi ini kerana keunikan gua batu kapurnya yang sangat luas & lapang seolah-olah anda sedang berada di dalam sebuah bangunan konkrit.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek, 31400 Ipoh, Perak

  • tidak dikhususkan

  • percuma


20. Muzium Darul Ridzuan

darul ridzuan muzium perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang ingin lebih mengenali tentang sejarah Negeri Perak dan khususnya Bandaraya Ipoh, bolehlah ke muzium negeri ini yang mempunyai pelbagai jenis artifak bersejarah dan sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk sekolah ataupun kolej. Muzium ini dipecahkan kepada beberap galeri utama bagi memudahkan pengunjung memahami sejarah Ipoh & Perak seperti Galeri Sejarah Bandaraya Ipoh, Sejarah Pelombongan Biji Timah, Perhutanan Negeri Perak & sebagainya.

Selain tarikan artifak & infografik sejarah di dalam muzium, bahagian luarnya juga tidak kurang menarik yang menyimpan pelbagai cerita sejarah yang telah berlalu sehinggalah tertubuhnya muzium ini. Bangunan muzium ini memang sangat lama & dibina pada tahun 1920 lagi & sebab itulah ciri-ciri bangunan ini lebih kepada senibina bangunan kolonial Inggeris.

Kalau anda kaki lensa kamera, jangan lepaskan peluang untuk merakam foto menarik bangunan ini yang mempunyai detail-detail & senibina yang menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-241 0048 | Website

  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Perak, 30000 Ipoh, Perak.

  • 9.30 am – 5.00 pm (Raya cuti)

  • Percuma


21. Muzium Ho Yan Hor

muzium teh herba di ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah muzium kecil yang terletak di sebuah rumah kedai lama yang sesuai untuk mereka yang ingin lebih mengenali tentang sejarah teh herba di Ipoh. Perusahaan empayar teh herba ini diusahakan oleh seorang warga tempatan yang dikenali sebagai Dr Ho. Di dalam muzium ini terdapat pelbagai informasi & perkakasan lama yang pernah menjadi komponen utama dalam menghasilkan teh herba secara tradisional.

Berada di sini pengunjung bukan sahaja boleh mengenali pelbagai jenis serbuk teh herba yang popular & alatan yang digunakan bahkan boleh juga mendalami kesenian & kepercayaan teh herba tradisional yang sangat sinonim dengan orang Cina. Walaupun masuk ke sini adalah percuma, namun sumber infografik & video tontonan untuk pengunjung memang sangat lengkap seperti ke sebuah galeria yang berbayar.

Untuk mengenali bangunan muzium Ho Yan Hor di Ipoh memang sangat mudah kerana dinding hadapan dicat warna biru manakala sisi kiri bangunan pula terlukis satu mural besar yang merupakan salah satu daripada 8 hasil kerja Ernest Zacharevic di Ipoh.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-241 2048 | Facebook

  • No. 1, Jalan Bijeh Timah (Treacher Street), Ipoh, Perak.

  • 10.00 am – 4.00 pm ( Isnin cuti)

  • Percuma


22. Muzium Geologi Ipoh

muzium geologi ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercadang mengadakan lawatan sambil belajar di Ipoh, Muzium Geologi merupakan destinasi yang ideal untuk anda terjah. Baik mereka dari sekolah ataupun institusi pengajian jurusan geologi / civil, Muzium Geologi pasti memberi anda pendedahan yang lebih menarik dari sudut akademik dengan pelbagai pameran artifak yang berharga.

Terdapat banyak koleksi bahan geologi untuk tatapan umum seperti mineral, batuan permata berharga, fosil & sebagainya. Persembahan informasi di sini bukan sahaja dalam bentuk bertulis ataupun lukisan sahaja, bahkan ada juga dalam bentuk diorama yang menceritakan cara-cara lama & baru kaedah melombong bijih timah seperti mendulang, lombong dedah dan juga penggunaan teknologi kapal korek. Malah anda juga boleh melihat sampel-sampel bijih timah Lembah Kinta yang asli yang turut menjadi sebahagian daripada bahan pameran. Untuk lawatan berkumpulan sila berhubung dengan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia seperti di bawah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-540 6000 | Website

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Muzium Geologi Ipoh

  • 9.00 am – 12.30 am & 2.00pm – 4.30 pm( Isnin-Khamis)
  • 9.00 am – 12.00 am & 3.00pm – 4.30 pm( Jumaat)
  • Sabtu/Ahad/ Cuti Am (Tutup)

Harga Tiket Muzium Geologi Ipoh

  • Percuma


23. Tasik Cermin Gunung Rapat

tasik cermin ipoh gunung rapat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Cermin di Gunung Rapat ini merupakan sebuah tasik terpencil yang dikelilingi secara menyeluruh oleh bukit-bukit batu kapur. Maka kalau nak ke tasik ini, pengunjung perlu melalui sebuah terowong dengan berjalan kaki sejauh 30-40 m. Sebaik menyeberangi pintu gua ini, anda seperti akan berada di dunia yang lain dengan keindahan tasik dikelilingi dengan pokok-pokok menghijau & berdindingkan bukit batu kapur.

Terdapat sebuah platform yang tidaklah terlalu besar yang disediakan untuk pengunjung melihat keindahan tasik cermin ini. Memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin, maka permukaan airnya memang sangat tenang serta tidak bergelora.

Sebab itulah, namanya Tasik Cermin kerana ianya seolah-olah anda sedang melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air. Jalan menuju ke sini juga agak berdebu kerana banyak lori kuari & ianya bukanlah satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari jadi kalau ke sini, sila berhati-hati.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • berdekatan dengan Da Seng Ngan Temple

  • tidak ditetapkan, sebaiknnya waktu siang

  • percuma


24. Muzium Yasmin Ahmad (Yasmin at Kong Heng)

muzium yasmin ahmad ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Muzium kecil ini dibina khas untuk memperingati jasa-jasa Yasmin Ahmad yang banyak menghasilkan iklan-iklan yang melekat dalam sanubari jiwa rakyat Malaysia. Antara iklan-iklan di kaca tv yang banyak menyentuh jiwa adalah ketika hari kemerdekaan, hari raya & beberapa iklan Petronas.

Muzium kecil ini terletak di aras dua di Old Block Apartment di Jalan Sultan Yussof Ipoh. Muzium ini sangat simple tetapi mempunyai penceritaan hasil karya & sejarah beliau yang padat untuk tontonan umum. Masuk ke sini adalah percuma namun sumbangan derma RM 3 digalakkan sebagai sumber kewangan penyelia untuk menanggung kos penyelian muzium ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • 89-91, Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Muzium Yasmin Ahmad

  • 10.00 am – 4.00 pm ( Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad sahaja)
  • Cuti umum ditutup

Harga Tiket Muzium Yasmin Ahmad

  • Percuma (Sumbangan RM 3 digalakkan)


25. Masjid Sutan Idris Shah II

masjid negeri perak ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seronok sebenarnya makan angin di Ipoh kerana destinasi-destinasi menarik yang popular terletak hanya berdekatan antara satu sama lain. Sekiranya anda sedang pusing-pusing sekitar Padang Ipoh, Stesen Keretapi Ipoh atau di Menara JWW Birch, jangan lupa untuk singgah sebentar menunaikan kewajipan di Masjid Sultan Idris Shah II.

Masjid Sultan Idris Shah II juga merupakan Masjid Negeri Perak & mempunyai ruangan solat yang luas serta selesa untuk pengunjung. Menurut sumber, masjid ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Idris Shah II pada tahun 1968. Ketika bermulanya pembinaan masjid ini, batu asas masjid telah diletakkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1967.

Walaupun Masjid Negeri Perak tidaklah sebesar Masjid Negara, namun tahukah anda Masjid Negeri Perak ini mempunyai sebanyak 44 buah kubah diatasnya & juga mempunyai 1 kubah besar. Begitu unik sekali bukan ?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-2548853 | Facebook

  • 5, 30000 Ipoh, Perak

  • Subuh-Isyak

  • percuma ( derma ikhlas digalakkan)


26. Masjid India Muslim Ipoh

masjid india muslim ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Salah sebuah masjid unik & klasik yang mempunyai usia lebih 100 tahun. Masjid India Muslim di Ipoh ini diasaskan oleh Sheikh Adam iaitu seorang yang berketurunan Tamil & dibina sejak tahun 1908 lagi. Bagi pelancong yang suka mencari keunikan struktur bangunan lama di Ipoh, masjid ini adalah salah satu destinasi yang disyorkan.

Masjid India Ipoh ini mempunyai senibina yang banyak dipengaruhi oleh kesenian yang sinonim dengan nama Masjid India seperti Moghul & juga mempunyai suntikan seni Chitya India. Lokasinnya juga sangat mudah untuk diakses di dalam Bandar Ipoh & hanya terletak berdekatan dengan Sungai Kinta, Padang Ipoh & Hotel Cititel Express Ipoh.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-2541978 | Facebook

  • Jalan Seenivasagam, 30450 Ipoh, Negeri Perak

  • Subuh-Isyak

  • percuma ( derma ikhlas digalakkan)


27. Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

pelancongan menarik ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti di Ipoh bersama anak-anak, destinasi unik di sini pasti akan membuatkan anak-anak anda teruja. Melihat koleksi patung atau arca mini yang pelbagai bentuk di sini pasti akan mebuatkan bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa turut terasa kagum kerana kehalusan seni yang dipersembahkan. Bayangkan, dengan hanya bermodalkan tepung, air & pewarna, artis-artis kreatif di sini boleh menghasilkan diorama mini menarik yang memaparkan suasana yang banyak berkisarkan kehidupan silam di zaman-zaman kegemilangan dinasti-dinasti popular di China seperti Dinasti Song & sebagainya.

Galeri kesenian ini tidaklah terlalu besar & hanya bertempat di sebuah rumah kedai dua tingkat. Namun sekiranya anda seorang yang suka meneliti, pasti akan habiskan masa antara 40 minit – 1 jam lamanya. Lebih menarik, tiada bayaran masuk dikenakan untuk aras bawah. Bayaran RM5 hanya dikenakan sekiranya pelancong ingin naik ke aras 1 yang menempatkan lebih banyak koleksi-koleksi menarik arca mini. Keseluruhannya, terdapat 547 figura arca mini, 64 rumah kecil, 82 pokok kecil, 23 bot kecil, 18 troli kecil, & 3000 macam jenis kelengkapan lain. Banyak sekali bukan?

Lokasi galeri ini juga sangat mudah untuk diakses sekiranya anda menginap di hotel-hotel sekitar Padang Ipoh atau di Taman Jubilee. Malah destinasi ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Ipoh yang lain yang boleh anda jalan kaki sahaja seperti Menara Jam Peringatan Birch, Mural Kopi O, Muzium Yasmin Hamid & juga Funtusy House Trick Art. Bagi anda yang kaki kamera, sangat disyorkan ke sini untuk berlatih fotografi makro dengan merakam gambar arca-arca kecil di sini .

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6018-5790492 | Facebook

  • 49, Jalan Market, 30000 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

  • 8.30 am – 6.00 pm ( setiap hari)

Harga Tiket Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

  • Aras bawah ( percuma)
  • Aras 1 ( RM 5)


28. Masjid Panglima Kinta

masjid panglima kinta perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Masjid ini juga merupakan binaan masjid batu konkrit yang pertama di Perak & dihiasi dengan senibina bermotifkan kesenian Moghul & Neo-Klasik. Masjid Panglima Kinta dibina sejak tahun 1898 lagi oleh Datuk Panglima Kinta ke 10 iaitu Kulop Muhamed Yusof sebagai tanda ingatan & kasih sayang kepada isterinya Saaidah Chik yang meninggal dunia pada tahun tersebut. Masjid ini juga telah diwarta sebagai salah satu bangunan warisan di Ipoh oleh Jabatan Warisan pada tahun 2002.

Tahukah anda, mimbar kayu di Masjid Panglima Kinta ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku pun & ianya dibina oleh seorang tukang kayu tempatan yang tersohor ketika itu iaitu Mohamed Sopian pada tahun 1928. Di sisi mimbar ini, anda boleh lihat kehalusan kesenian yang sangat mengagumkan seperti awan larat, ukiran bunga & juga ayat-ayat suci Al-Quran.

Melihat mimbar ini, ianya kelihatan seakan baru kerana sudah dicat baru bagi menjaga keutuhannya. Mimbar ini juga agak tinggi berbanding kebanyakan mimbar-mimbar di masjid lain. Bagi yang bercuti di Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan masjid berkubah biru emas yang telah berusia lebih 100 tahun ini. Memang tidak dinafikan, melihat masjid ini di perkarangannya seperti berada di sebuah masjid di negara luar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Masjid, Kampung Kuchai, 30300 Ipoh, Negeri Perak

  • Subuh-Isyak

  • Percuma ( derma masuk tabung masjid digalakkan)


29. Padang Ipoh

padang ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Padang bersaiz mega ini bukanlah padang biasa-biasa kerana kewujudannya di tengah-tengah Bandaraya Ipoh sudah lama & mempunya cerita sejarahnya tersendiri. Ketika era penjajahan British, padang hijau ini menjadi tempat warga British untuk bermain kriket & ketika era penjajahan Jepun pula, ianya dijadikan oleh tentera Jepun sebagai tempat upacara kerasmian. Kini, padang ini telah menjadi salah satu bahagian dalam Ipoh Heritage Trail & juga menjadi tempat rekreasi popular di Ipoh oleh warga setempat.

Padang besar ini mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti bangku duduk, trek jogging & landskap taman yang terjaga. Sesuai untuk riadah pagi atau petang bersama keluarga sekiranya anda menginap di hotel berdekatan seperti Hotel Cititel Ekspress & Brick Box Hotel.

Pada waktu petang, memang meriah dengan kehadiran pengunjung yang beriadah seperti main bola, bersenam, jogging & tidak kurang juga yang datang bersiar-siar bersama anak-anak sambil makan cendol atau rojak yang dijual oleh penjaja berdekatan. Mungkin sesudah anda bersolat Asar di Masjid India Muslim Ipoh atau Masjid Negeri Perak, bolehlah datang ke sini untuk sesi santai-santai atau bergambar bersama keluarga untuk diabadikan sebagai memori percutian anda di Ipoh, Perak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 13, Jalan S.P Seenivasagam, 30000 Ipoh, Negeri Perak

  • 24 jam ( kawasan rekreasi terbuka)

  • percuma ( kawasan rekreasi terbuka)


30. The Haven Resort Hotel

the haven resort hotel ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda sedang berbulan madu di Ipoh & inginkan penginapan terbaik bersama pasangan ? Sekiranya ya, apa kata pertimbangkan untuk bermalam di The Haven Resort Hotel yang hanya terletak di Ulu Kinta & hanya sekitar 15 minit sahaja ke Bandaraya Ipoh. Bukan kerana fasiliti & bilik mewahnya semata-mata, malah yang turut menjadi X-Factor utama kehebatan hotel ini adalah kerana kawasan sekeliling resort ini yang dikelilingi dengan bukit batu kapur, flora fauna menghijau & pemandangan tasik yang sangat mendamaikan.

Resort 5 bintang ini telah mendapat banyak anugerah & mempunyai reviu pengunjung yang sangat bagus. Alangkah indahnya, kalau sedang honeymoon di Ipoh & menginap pula di bilik yang mempunyai pemandangan tasik serta flora fauna menghijau seperti ini pasti akan menjadi satu memori indah untuk anda bersama pasangan.

The Haven Resort Hotel Ipoh ini mempunyai 9 jenis bilik atau suites yang sesuai untuk mereka yang bercuti di Ipoh samaada secara solo, berpasangan ataupun bersama keluarga yang besar. Mutu kelengkapan di hotel ini tidak perlu dipertikaikan lagi & sesuai dengan tarafnya. Satu penginapan yang strategik, mewah, romantis & sangat disyorkan untuk mereka yang sedang mencari destinasi hotel yang terbaik di Ipoh.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-5400000 | Facebook | Instagram | Website

  • Jalan Haven, Persiaran Lembah Perpaduan, 31150 Ipoh, Negeri Perak

  • destinasi penginapan ( 24 jam)

  • Semak tawaran harga hotel ini di sini


31. Masjid Muhammadiyah Ipoh

masjid cina ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau di Rantau Panjang, Kelantan terkenal dengan Masjid Beijing yang mempunyai rekabentuk masjid bersenibina Cina, di Ipoh pula terkenal dengan Masjid Muhammadiyah yang terletak di Taman Tasek Jaya. Turut dikenali sebagai Masjid Cina Ipoh & ianya mula dibina pada tahun 2008 berinspirasikan kesenian orang Cina di mana anda boleh melihat warna utama masjid ini adalah merah, merah jambu, jingga & juga hijau.

Selain itu, sekiranya dilihat pada bahagian bumbung bentuknya juga seakan sama dengan majoriti bangunan ikonik di Negara Cina namun yang berbezanya, bucu bumbungnya digantikan dengan bentuk bulan sabit & bukannya kepala naga. Sejak dibuka, Masjid Muhammadiyah Ipoh ini sering menjadi kunjungan pelancong bukan sahaja untuk beribadah malah untuk melihat keunikan senibinanya.

Seronok bukan bercuti di Ipoh ? Anda bukan sahaja dapat melihat masjid yang dipengaruhi oleh senibina Moghul atau senibina Timur Tengah sahaja, malah turut dapat melihat masjid yang dipengaruhi oleh senibina dari kaum Cina. Satu konsep masjid yang melengkapkan lagi keharmonian masyarakat majmuk yang terdapat bukan sahaja di Ipoh, malah di Malaysia secara umumnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-12364188 | Facebook

  • Masjid Cina Masjid Muhamadiah Tasek Jaya Ipoh Perak, Regat Tasek Jaya 1, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

  • Subuh-Isyak

  • Derma masuk tabung masjid digalakkan


32. Birch Memorial Clock Tower

menara jam birch ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

JWW Birch merupakan residen pertama di Perak & sering menjadi salah satu soalan penting dalam subjek sejarah untuk sekolah menengah. Bagi anda yang mungkin bercuti di Ipoh bersama anak-anak yang bersekolah menengah, apa kata bawa mereka ke sini untuk melihat Menara Jam Peringatan JWW Birch ini yang hanya terletak berhadapan dengan Masjid Negeri Perak.

Sambil-sambil melihat keunikan binaan menara jam ini, bolehlah juga pada masa yang sama memantapkan lagi ilmu sejarah negeri Perak yang boleh dimanfaatkan untuk peperiksaan PMR atau SPM nanti. Binaan menara ini terletak di tengah-tengah dataran lapang yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang banyak dipengaruhi oleh senibina Inggeris lama. Apa yang mencuri tumpuan, di 4 panel sekeliling menara ini juga, anda boleh melihat lukisan 44 figura yang mewakili tokoh-tokoh ketamadunan seluruh dunia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 31650 Ipoh, Perak

  • 24 jam ( kawasan terbuka)

  • percuma ( kawasan terbuka)


33. Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah

pusat rekreasi lubuk timah ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bandaraya Ipoh bukan sahaja dikelilingi dengan keindahan bukit-bukit batu kapur, malah mempunyai destinasi air terjun & kolam air panas semulajadi yang sangat mudah diakses dengan kenderaan. Sekiranya anda sedang makan angin di Ipoh secara berkumpulan atau bersama anak-anak, apa kata bawa mereka berkelah di Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah yang terletak sekitar 20-30 minit memandu dari pusat Bandaraya Ipoh.

Kemudahan yang terdapat di kawasan perkelahan ini juga lengkap seperti tempat parkir kereta, gazebo, tempat bbq & juga beberapa kolam air panas konkrit. Air terjun & sungai jernih yang mengalir di sini juga tidaklah terlalu deras & sesuai untuk kanak-kanak mandi manda. Bagi yang yang ingin berenang gaya bebas & menyelam, destinasi ini mungkin bukan untuk anda. Satu tempat mandi manda di Ipoh yang sangat disyorkan untuk mereka yang berkeluarga & sesuai untuk dijadikan tempat berkelah warga setempat pada hujung minggu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6013-5901690 | Facebook

  • Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah, Mukim Sg Raia 31300 Ipoh

Waktu Operasi Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah

  • 8.00 am – 6.30 pm ( setiap hari)

Bayaran Masuk Pusat Rekreasi Hotspring Lubuk Timah

  • Dewasa ( 12 tahun & keatas) : RM 5
  • Kanak-Kanak ( 3 – 11 tahun): RM 3
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 3

Sewaan kemudahan

  • Pondok: RM 10
  • Gazebo: RM 30
  • Gazebok Eksklusif: RM 70


34. The Banjaran Hotsprings Retreat

the banjaran hotspring resort ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Apakah anda sudah penat dengan kerja & kesibukan kota yang kadang-kadang membuatkan minda berserabut jiwa tidak tentu arah? Nah, kalau begitulah situasinya apa kata pada hujung minggu atau cuti sekolah, anda bawa pasangan untuk bermalam di The Banjaran Hotspring Retreat. Penginapan di sini bukan biasa-biasa & mempunyai keunikan yang tersendiri yang pasti akan menenangkan jiwa raga yang bergelora.

Penginapan ini menawarkan beberapa villa yang sesuai samada untuk berdua atau berkeluarga. Yang paling menjadikan destinasi kegemaran mereka yang sukakan kedamaian adalah kerana lokasinya yang dikelilingi oleh bukit batu kapur, hutan-hutan menghijau & terdapat juga kolam air panas. Malah, pengunjung juga berpeluang untuk ke dalam gua berdekatan yang lengkap dengan kemudahan yang disediakan untuk bermeditasi atau melihat keindahan formasi dinding gua yang berusia jutaan tahun.

Bagi yang berbulan madu di Ipoh atau merancang untuk menyambut sambutan ulangtahun perkahwinan, destinasi penginapan di sini adalah salah satu yang terbaik yang boleh anda pertimbangkan untuk bermalam. Sekali sekala, manjakan diri dengan spa di sini & berendam di kolam air panas yang cantik dikelilingi keindahan alam flora pasti akan memberikan pasangan anda satu kenangan yang terindah bukan ?

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 605-2107777 | Facebook | Website

  • 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Negeri Perak

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


35. X Park Sunway City Ipoh

 team building di ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercadang mengadakan aktiviti seperti hari keluarga atau team building di Ipoh, apa kata pertimbangkan destinasi menarik ini. X Park Sunway City menempatkan kemudahan untuk beberapa aktiviti outdoor atau indoor menarik seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, litar go kart, litar ATV, memanah, rock climbing, golf driving range dan sebagainya.

Sekiranya anda bersama keluarga atau rakan-rakan sepejabat menginap di sekitar destinasi ini seperti di Sunway Lost World of Tambun The Haven Resort Hotel atau di The Banjaran Hotspring Retreat, sangat sesuai untuk adakan aktiviti-aktiviti bersukan secara berkumpulan bersama-sama & di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5498276 | Website

  • Sunway City Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

  • 24 jam

  • Sila hubungi 605-5498276 untuk harga terkini


36. Blueblue Playland

taman permainan kanak kanak indoor ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bercuti di Ipoh bersama anak-anak kecil mungkin kadang-kadang akan membuatkan perjalanan anda terbatas kerana cuaca yang panas pada waktu tengahari. Apa kata sebelum waktu petang, bawa anak-anak ke Blueblue Playland yang merupakan sebuah indoor playground yang terbesar di Ipoh & lokasinya hanya terletak berdekatan dengan Medan Gopeng, Ipoh.

Destinasi ini menawarkan pelbagai permainan yang menarik untuk kanak-kanak seperti papan gelongsor, trampolin & banyak lagi. Bagi kanak-kanak, destinasi sebegini pasti akan membuatkan mereka tersenyum lebar & pasti juga akan habiskan masa berjam lamanya untuk kepuasan. Al maklumlah, kanak-kanak selagi tidak letih bermain, sudah tentu tidak mahu pulang bukan ? Destinasi ini sering menjadi tempat untuk aktiviti korporat, trip sekolah & ada juga yang mengadakan sambutan majlis harijadi. Jangan lupa, destinasi indoor sebegini perlu pakai stokin, jadi bawa siap-siap sebelum datang ke sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3126866 | Facebook

  • Persiaran Gunung Rapat, Taman Rapat Setia, 31350 Ipoh, Negeri Perak

  • 10 am – 8 pm
  • Isnin tutup

*kemasukan terakhir 7 pm

harga tiket blueblue playland ipoh perak


37. Bukit Kledang

bukit keledang menglembu perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bukit Kledang yang terletak berdekatan dengan pekan Menglembu merupakan sebuah tempat pendakian & riadah popular kerana lokasinya yang dekat serta cabaran pendakian yang mesra segenap usia. Waktu petang atau pagi terutamanya pada hujung minggu memang tidak dinafikan begitu ramai warga setempat yang singgah di sini untuk menawan puncak Bukit Kledang.

Terdapat beberapa laluan / trail untuk menuju ke puncak bukit. Ada yang melalui laluan hutan & ada juga melalui jalan berturap menuju ke puncak. Bergantung kepada laluan yang dipilih, jangka masa untuk sampai ke puncak antara 1-2 jam. Laluan yang paling sukar yang menuju ke pencawang RTM mungkin agak lama sekitar 3-4 jam. Bagi yang makan angin di Ipoh bersama keluarga, bolehlah singgah di sini untuk sesi meningkatkan stamina masing-masing.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • 31450 Bukit Kledang Utama, Perak, Malaysia

  • tidak dikhususkan

  • percuma


38. Cheeky Tots

indoor playground ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda menginap sekitar Bandar Baru Medan Ipoh, apa kata bawa anak-anak ke taman permainan indoor ini. Mungkin kalau hari hujan atau terlalu panas, melawat ke tempat menarik di Ipoh yang terbuka tidak terlalu sesuai terutamanya kalau ada anak kecil. Jadi, sebagai Plan B & cuaca tidak menentu, bolehlah bawa anak-anak ke sini untuk waktu riang ria.

Taman permainan indoor ini juga tidak kurang hebatnya, terdapat banyak permainan yang mesra kanak-kanak yang boleh anda habiskan masa 1-2 jam. Malah terdapat juga ruangan kafe yang boleh anda sebagai penjaga rehat atau makan-makan sementara anak-anak sedang bermain di dalam taman permainan ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5457216 | Facebook | Instagram | Website

  • DL1-1 De Garden, No 1 Persiaran Medan Ipoh,, Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Negeri Perak

  • 10 am – 10 pm ( setiap hari)

Cheeky-Tots-Admission-Price-2019


39. Laser Battle Ipoh

laser battle ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti yang terukir pada nama destinasi ini, rasanya anda sudah boleh mengagak apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bukan ? Sekiranya anda bercuti di Ipoh secara berkumpulan, bolehlah menghabiskan masa berkualiti bersama rakan-rakan di sini yang menjanjikan satu aktiviti yang mendebarkan.

Permainan peperangan seperti paint ball mungkin anda sudah biasa, apa kata kali ini anda mencuba peperangan yang lebih canggih menggunakan laser. Permainan yang terletak di dalam Ipoh Parade ini juga lebih selamat kalau nak dibandingkan dengan paint ball. Laser Battle bukan sahaja terdapat di Ipoh, malah mempunyai cawangannya di KL, JB & juga di Penang. Sekiranya anda seorang pelancong mungkin dari Pantai Timur, boleh ambil kesempatan mencuba permainan ini bersama teman sepejabat atau keluarga.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-2559887 | Facebook | Instagram | Website

  • Ipoh Parade, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, 30450 Ipoh, Negeri Perak

  • Ahad-Khamis
    • 11.00 am – 10.30 pm
  • Jumaat & Sabtu
    • 11.00 am – 11.00 pm

  • Bergantung kepada pakej
  • Maklumat lanjut sila layari website


40. Taman Eko Rimba Ulu Kinta

hutan lipur ulu kinta perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari destinasi terbaik di Ipoh untuk aktiviti camping, berkhemah, berkelah & meredah hutan, salah satu yang terdekat dari Bandaraya Ipoh yang boleh anda terokai adalah di Taman Eko Rimba Ulu Kinta. Jaraknya hanya sekitar 12 km dari Bandaraya Ipoh. Taman eko rimba ini terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Kinta yang juga merupakan salah satu starting point untuk mereka yang ingin mendaki ke Gunung Korbu. Setiap hujung minggu juga, destinasi ini sering dikunjungi pengunjung untuk berbasikal & beriadah bersama keluarga.

Pemandangan hutan hijau berserta aliran sungai yang ada di sini memang cukup mendamaikan & sesuai untuk institusi pengajian menganjurkan aktiviti-aktiviti outdoor menarik pada cuti semester atau cuti sekolah. Taman ini diselenggarakan oleh Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung & perlu mendapatkan kebenaran pejabat hutan sekiranya ingin bermalam & juga berkhemah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3661228 | Website

  • Ulu Kinta, Perak

  • 7 am – 6 pm

  • bayaran masuk percuma


41. Bukit Batu Suluh

taman eko rimba kinta

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda seorang hiker sejati? Kalau ya, apa kata ketika bercuti di Ipoh, anda cuba menawan Bukit Batu Suluh. Destinasi ini adalah salah tempat pendakian di Ipoh yang dekat & mudah diakses. Malah, cabaran untuk ke puncak juga tidaklah terlalu sukar & memakan masa sekitar 45 minit – 1 jam sahaja. Bagi yang baru berjinak-jinak ingin mendaki, Bukit Batu Suluh adalah tempat pendakian yang sangat disyorkan untuk anda cuba di Ipoh.

Pemandangan di atas Bukit Batu Suluh memang sangat mengasyikkan. Pendaki boleh melihat pemandangan cantik Empangan Sultan Abdul Aziz, Bandaraya Ipoh & melihat keindahan alam semulajadi di sekeliling seperti Gunung Korbu & Gunung Gayung. Kalau anda suka layan pemandangan matahari terbenam, puncak Bukit Batu Suluh pasti tidak akan mengecewakan anda. Walaupun tinggi Bukit Batu Suluh ini hanya sekitar 400 m namun trek menuju ke puncak boleh dikatakan agak curam & mencabar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Batu Suluh, Perak

  • Tidak dikhususkan

  • Tidak dikhususkan


42. Bukit Bangkong

bukit bangkong ipoh perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang suka menjaga kesihatan diri & mencari destinasi mendaki yang tidaklah terlalu ektrem, salah satu tempat yang menarik yang boleh anda terokai dari Bandaraya Ipoh adalah di Bukit Bangkong yang terletak 30-40 minit memandu. Lokasinya jauh sedikit berdekatan Chemor, tetapi destinasi mendaki inilah antara yang sesuai untuk mereka yang masih lagi baru dalam dunia pendakian.

Terdapat beberapa laluan mendaki yang disediakan & kalau anda bersama keluarga atau anak-anak, boleh menggunakan laluan jalan berturap sehingga ke puncak. Tinggi bukit ini tidaklah setinggi Bukit Batu Suluh sekitar 200 m sahaja & perjalanan menuju ke puncak sekiranya berjalan secara berterusan sekitar 20-30 minit sahaja.

Memandangkan destinasi ini sangat mesra pengguna untuk segenap usia, tidak hairanlah setiap petang & hujung minggu, ramai yang datang ke sini untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam. Pemandangan dari atas puncak Bukit Bangkong juga tidak kurang menariknya & kalau cuaca cerah anda juga boleh melihat puncak Gunung Korbu dari sini. Bagi pelancong yang sukakan fotografi landskap, destinasi ini pasti akan membuatkan anda gembira.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Bangkong, Tanah Hitam, 31200 Chemor, Perak

  • Tidak dikhususkan. Waktu petang atau pagi disyorkan

  • Percuma


43. Kellie’s Castle

tempat menarik batu gajah perak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi bersejarah ini sangat popular di Perak & walaupun ianya bukanlah betul-betul terletak di dalam Bandaraya Ipoh, tetapi masih berbaloi untuk anda lawati kerana jaraknya hanya sekitar 20 km sahaja. Malah, kalau anda ingin menuju pulang ke KL, bolehlah singgah ke Kellie’s Castle terlebih dahulu sebelum masuk Lebuhraya Utara-Selatan.

Destinasi ini menempatkan sebuah istana lama atau rumah agam besar yang telah dibina oleh Kellie iaitu seorang warga Scotland. Tujuan pembinaannya bertujuan untuk didedikasikan kepada isterinya sebagai tanda kasih sayang. Struktur istana lama yang unik bercirikan senibina Inggeris ini tidak menjadi halangan kepada pelancong untuk terus melawat Kellie’s Castle bagi melihat sendiri keunikan bangunannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 05-365 3381 | Facebook | Website

  • Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi Kellie’s Castle

  • 9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Harga Tiket Kellie’s Castle

  • RM 5.00 (dewasa)
  • RM 3.00 (kanak-kanak)
  • RM 10.00 (pelancong asing)


44. Taman Herba Papan

taman herba papan batu gajah

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekitar Bandar Ipoh, terdapat beberapa destinasi ideal yang sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti outdoor di hutan seperti camping, jungle trekking & hiking. Salah satu tempat menarik yang boleh anda terokai anda di Taman Herba Papan yang terletak hanya kira-kira 25 km dari Bandaraya Ipoh & 5 km dari Batu Gajah.

Terdapat beberapa trail hutan di sini yang sering menjadi laluan untuk pendaki menerokai hutan. Keaslian hutan simpan ini masih terjaga & mempunyai aliran sungai yang sangat mendamaikan. Akses ke destinasi ini melalui jalanraya juga sangat mudah. Taman Herba Papan sangat sesuai untuk dijadikan destinasi kem motivasi institusi & sekolah kerana terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan seperti tapak perkhemahan, dewan serbaguna, tandas, surau, bilik persalinan & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-3661228

  • Taman Herba Papan, Perak

  • 6.00 am – 7.00 pm

  • Dewasa: RM 2
  • Kanak-kanak: RM 1

*Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung di 605-3661 228


45. Ladang Limau Tambun GOChin

ladang limau bali ipoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang mencari destinasi menarik untuk membeli buah tangan untuk jiran tetangga di rumah, apa kata ke Ladang Limau Tambun GOChin yang terletak di Tambun, Ipoh. Ladang ini sangat terkenal di kalangan pelancong untuk membeli atau memborong buah limau bali yang berkualiti & segar-segar.

Ladang limau bali ini memang besar & pengalaman melihat buah-buah limau yang besar ini tergantung di pokok-pokok adalah satu pengalaman yang jarang-jarang boleh dijumpai di tempat lain. Kalau bercuti bersama anak-anak, bolehlah bawa mereka ke sini dalam mendidik mereka bagaimana bentuk pokok buah bali & apa kegunaannya dalam pemakanan seharian kita. Bagi kaki fotografi, destinasi ini pasti ada subjek-subjek sekeliling yang menarik untuk anda mengasah bakat anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 605-5497309 | Facebook

  • 158258A, Jalan Ampang Tambun, 31400, Ipoh, Perak, 31350 Ipoh, Perak

  • 9 am – 6 pm

  • tempat membeli buah


Tempat Penginapan Menarik di Ipoh

Banyak bukan destinasi percutian menarik di Ipoh? Dari Ipoh juga sebenarnya anda boleh ke beberapa lagi tempat menarik sekitar Perak yang berdekatan seperti Lumut, Batu Gajah, Gopeng & Kuala Kangsar. Jarak pun tidaklah terlalu jauh. Selain itu, pilihan penginapan di Ipoh juga sangat banyak baik yang bertaraf 5 bintang atau yang bajet.

Cari Hotel di Ipoh

Tempat Makan Menarik di Ipoh

Destinasi makan-makan untuk acara jalan jalan cari makan anda di Ipoh juga tidak kurang banyaknya & pilihan makanan tempatan juga banyak dipengaruhi oleh makanan orang India & Cina. Anda boleh cari idea beberapa tempat makan best di Ipoh yang telah dikongsikan. Semoga perkongsian lebih 45+ destinasi tempat menarik di Ipoh seperti di atas akan membuka lagi pilihan-pilihan yang sedia ada untuk anda apabila bercuti ke sini kelak. Selamat cuti cuti Malaysia di Ipoh. Wassalam.

4.5/5 - (213 votes)

Anda Mungkin Berminat

Destinasi Nasi Ganja BEST di Ipoh – Memang KETAGIH

Kalau bercuti ke Ipoh,  salah satu menu makanan yang selalu orang Ipoh cadangkan adalah nasi ganja. Mula-mula dengar nama nasi ganja ini beberapa tahun...

6 Restoran Steamboat yang Sedap di Ipoh, Perak!

Hujung minggu merupakan waktu yang tepat untuk makan dan borak santai bersama semua ahli keluarga dan rakan-rakan, contohnya steamboat. Apakah syarat steamboat yang sedap...

7 Pilihan Homestay Terbaik di Tambun yang Menepati Citarasa Anda

Percutian yang menyeronokkan tidak akan sempurna tanpa adanya tempat penginapan yang menarik dan selesa. Setelah seharian anda bersiar-siar menikmati keindahan dan tempat menarik di...

10 Homestay di Ipoh Buatkan Anda Mahu “Check-In” Sekarang

Ipoh selalunya dikaitkan dengan pelbagai tempat pelancongan yang terkenal, sebagai contoh Sunway Lost World of Tambun yang merupakan sebuah taman tema air terkemuka di...

10 Tempat Penginapan di Ipoh yg Best

Di dalam bandaraya Ipoh terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang cantik, selesa, dan bersih dengan harga yang cukup berpatutan. Keindahan seni bina yang terpelihara...

11 Kafe TOP Di Ipoh

Jika sebut nama kafe sudah tentu anda akan membayangkan akan suasana kafe yang sunyi, hiasan dalaman yang estetik dan ala-ala hipster. Harga pula pasti...

32 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

32 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kenny
Kenny
5 months ago

Saya datang ke ipoh dari Sabah melalui KLIA2, boleh suggestkan syarikat bas yang best dari KLIA2 ke Ipohh?

Hery
Hery
5 months ago
Reply to  Kenny

Boleh cuba Yoyo bus, mereka antara yang pertama dan ade banyak bas utk laluan ini, tapi bas mereka stop kat Terminal Aman Jaya, lebih kurang 20min dari bandar ipoh. 1 lagi pilihan adalah Sri Maju, bas mereka singgah di bandar Ipoh.

Pn Maz
Pn Maz
5 months ago

Saya ingin membawa orang tua saya ke gua kek lok tong, tapi kaki dia kurang kuat dan perlukan wheelchair, sesuai tak nak lawat?

Hafifi
Hafifi
5 months ago

Saya nak ke ipoh hujung minggu ini, nak bawa kete sendiri, senang tak nak cari tempat parking?

Yna
Yna
10 months ago

Terima kasih info yang baik

Linda
Linda
10 months ago

Terima kasih banyak-banyak info sangat penting untuk kami

SUE
SUE
4 years ago

HOGA TEA VALLEY XDE KE? SITU PON BEST

Ranggeeta
Ranggeeta
4 years ago

Very2 useful..tq so much..

Hubungi Kami

32
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x