Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Terbaik Di Kundasang – CONFIRM CANTIK & SELESA

Anda nak bercuti dan menginap di tempat pelancongan yang sejuk? Tapi dah bosan pergi ke Cameron Highlands dan Genting Highlands? Apa kata jika anda ke mini Switzerland? Mana lagi jikalau bukan Kundasang di negeri Sabah Dibawah Bayu. Keindahan Kundasang memang tidak dapat disangkal lagi ditambah pula dengan banyaknya tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Cuaca yang segar menjadi alasan utama kenapa Kundasang menjadi tarikan pelancong. Lebih syok lagi anda boleh beli sayur-sayuran yang segar dari ladang di sini. Harga pun memang tersangat la murah, macam anda borong sayur di Cameron Highlands. Pastinya akan buat percutian anda indah, seindah Kundasang. Oleh itu, anda pastinya memerlukan homestay untuk anda sekeluarga kerana nak menikmati keindahan Kundasang ni mengambil masa beberapa hari juga.


10 Homestay Terbaik Di Kundasang

1. Little Hut

CariDestinasi Little Hut

Lihat sahaja pada gambar pastinya anda sudah tahu tempat penginapan Little Hut sememangnya cantik. Apa yang istimewanya di sini, anda akan dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang memukau mata. Anda juga akan dapat rasai suhu di sini sekitar 13-30 darjah celcius. Ala-ala berada di luar negara gitu. Uniknya di Little Hut, anda akan dapat rasai suasana seperti menginap di rumah. Jadi, tidak lah anda rasa berada di tempat asing ketika menginap di sini.

Ada 10 buah bilik secara keseluruhannya di sini dan setiap unit dapat menempatkan satu keluarga besar 8-15 orang. Seronok kan dapat bercuti dan tinggal ramai-ramai? Little Hut terletak hanya 12KM daripada Taman Kinabalu dan 3KM daripada Taman Mesilau, lokasi yang selesa dan tepat sekiranya anda nak lari jauh dari kesibukan Kota Kinabalu. Peralatan BBQ disediakan di atas permintaan dan sekiranya anda inginkan periuk steamboat anda akan dicaj sebanyak RM10. Pastikan juga anda bawa arang dan jaring BBQ kerana ianya tak tersedia.

Alamat: Kampung Mesilou, Kundasang, Sabah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0168601416

Whatsapp Little Hut


2. Mesilau Cliff’s Homestay

CariDestinasi Mesilau Cliff's Homestay

Tahukah anda Mesilau Cliff’s Homestay merupakan chalet yang terbesar di Kundasang? Meskipun chalet ini merupakan rumah bertingkat dan mempunyai 3 unit sahaja, ianya mampu memuatkan sehingga 10 orang dalam satu masa. Setiap chalet ada 4 buah bilik dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu serta 2 bilik air. Memang sangat sesuai untuk anda daftar masuk di sini lebih-lebih lagi jika anda datang bercuti dengan keluarga yang besar.

Anda boleh rasakan suasana berada di tanah tinggi dan nampak pemandangan Gunung Kota Kinabalu. Bestnya di sini, setiap chalet ada balkoni, jadi tak perlu bayar lebih untuk dapatkan bilik yang ada balkoni. Datang sini anda memang wajib ambil gambar. Memang cantik untuk fotografi ataupun untuk OOTD, ala-ala di luar negara. Minum kopi, duduk di balkoni dan nikmati panorama Gunung Kinabalu memang percutian yang sangat diidamkan. Ayuh menginap di sini.

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

 Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0139409014

Whatsapp Mesilau Cliff’s Homestay


3. Kiram’s Village

CariDestinasi Kiram's Village

Anda nak menginap di homestay tetapi berkonsepkan kabin? Jom menginap di Kiram Village. Ada 10 jenis bilik di sini dan yang uniknya setiap bilik dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan. Setiap unit kabin boleh memuatkan tetamu dari 4 orang hingga ke 18 orang. Harga pula mengikut jenis bilik yang anda pilih.

Jangan khuatir untuk dapatkan makanan. Anda boleh sahaja beli di kafe sini. Dijamin halal dan sedap. Harga juga berpatutan. Sepanjang laluan ke ruang kabin anda akan dapat feel berjalan di taman Inggeris. Dengan rumput yang menghijau, bunga yang mekar serta kolam yang menghadap ruang kabin. Anda diingatkan untuk membawa tuala mandi sendiri kerana ianya tak disediakan di sini. Pastikan anda keluarkan lensa kamera dan tangkap momen indah berada di sini.

Alamat: Mesilau, Kundasang Ranau, Sabah, Malaysia.

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0166950057

Whatsapp Kiram’s Village


4. Sakura Villa Mesilau

CariDestinasi Sakura Villa Mesilou

Lihat sahaja pada foto pastinya anda sudah tahu bahawa Sakura Villa Mesilou sememangnya sebuah tempat penginapan yang sangat cantik. Tengok sahaja pada reka bentuk homestay dan landskap, ala-ala seperti berada di rumah Inggeris bukan? Ditambah lagi dengan balkoni pada setiap unit rumah anda akan disaji dengan panorama taman di hadapan homestay. Anda pastinya akan suka dengan cuaca berkabus yang sejuk di sini walaupun sedang matahari terik.

Anda juga tak perlu bimbang tentang parkir kerana ianya percuma untuk para tetamu di sini. 1 unit bilik ada 3 bilik tidur, dapur dan ruang memasak, TV skrin rata, serta 2 bilik air. Anda boleh datang ke sini dengan keluarga yang besar. Walaupun harganya agak mahal tapi pastinya anda berpuas hati dengan tempat penginap di sini.

Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0162838536

Whatsapp Sakura Villa Mesilau


5. Azrien Homestay

CariDestinasi Azrien Homestay

Azrien Homestay terletak di Kundasang dan menawarkan ruang rehat berkongsi serta teres. Penginapan dengan alat penyaman udara ini berada 14 km dari Ranau dan tetamu menikmati WiFi percuma serta parking peribadi yang disediakan di lokasi. Rumah ini memang sangat canitik, kemas dan bersih. Anda yang menginap pasti akan suka dengan keindahan homestay ini serta kawasannya.

Rumah percutian ini menawarkan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, TV skrin rata dengan saluran satelit, ruang makan serta dapur yang serba lengkap dan balkoni dengan pemandangan gunung. Restoran juga terletak tidak jauh dari homestay. Anda hanya perlu berjalan kaki ke sana dan usah khuatir kerana ianya restoran muslim dan dijamin halal.

Alamat: Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0193604517

Whatsapp Azrien Homestay


6. Nikgold Garden Resort

CariDestinasi Nikgold Garden

Anda nak menginap di chalet ditemani kabus tebal Kundasang? Jom menginap di Nikgold Garden Resort yang terletak di Kundasang, Taman Negara Kinabalu, yang merupakan satu pilihan popular bagi para pelawat. Terletak hanya 150km dari pusat bandar, para tetamu berada di lokasi yang sesuai untuk menikmati tarikan dan aktiviti di bandar ini. Dengan lokasi yang memudahkan, resort ini menawarkan akses mudah ke destinasi yang mesti dilawati di bandar ini.

Di Nikgold Garden Resort Kundasang, segala usaha dilakukan untuk membuatkan tetamu berasa selesa. Oleh yang demikian, resort ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, resort ini menawarkan khidmat teksi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta, khidmat bilik, kemudahan BBQ.

Semua penginapan tetamu mempunyai kemudahan yang bijak untuk memastikan anda berasa selesa yang tiada tandingan ketika menginap di sini. Sepanjang hari anda boleh menikmati suasana yang santai dengan aman. Nikgold Garden Resort Kundasang merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Taman Negara Kinabalu. Anda boleh pilih daripada satu bilik kepada sebuah banglo yang sesuai untuk anda sekeluarga.

Alamat: Kundasang, Sabah, Kampung Kinasaraban, 89308 Kundasang, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:088888112


7. Ren-Hana Kampungstay

CariDestinasi Ren-Hana

Jika anda nak tinggal betul-betul di bandar Kundasang, apa kata anda menginap di Ren-Hana. Lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses. Tarikan pelancongan iaitu Desa Dairy Farm hanya terletak 3 KM sahaja daripada chalet. Parkir juga adalah percuma untuk para tetamu. Temanya ialah kampungstay yang akan memberikan anda pengalaman menginap di kampung. Pasti anda akan terkenangkan memori indah sewaktu kecil.

Setiap ruangan bilik dilengkapi dengan bilik mandi berserta pancuran air panas. Televisyen skrin rata juga ada di setiap unit dan ada yang boleh menggunakan DVD. Ada juga kemudahan seperti seterika dan Wifi disediakan untuk para tetamu. Jika anda hendak gunakan dapur dan peralatan BBQ, anda harus berkongsi bersama tetamu yang lain. Tetapi pastikan anda bersihkan dahulu sebelum pulangkan ya?

Di sini anda boleh mendapatkan penginapan bilik sahaja mahupun penginapan yang ada 2 bilik. Kalau datang dengan keluarga yang ramai, anda boleh menempah beberapa bilik dalam satu masa.

Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Ranau, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Email | Phone:0179883992


8. The Village Mesilau

CariDestinasi The Village Mesilou

Anda nak menginap di lokasi dengan suasana kampung? The Village Mesilau merupakan lokasi yang ideal buat anda. Anda akan dapat lihat homestay ini dihiasi penuh dengan tumbuhan flora yang ditanam secara tersusun dan sistematik. Ada ruangan beranda disediakan untuk anda duduk dan lepak di depan homestay. Bolehlah anda mengopi sambil bersembang bersama ahli keluarga.

Anda juga boleh makan di ruangan beranda tersebut. Lebih-lebih lagi selepas anda BBQ. Peralatan untuk BBQ juga disediakan buat anda. Memang seronok BBQ dan bersantai bersama ahli keluarga tersayang. Kedai kopi dan restoran juga terletak berhampiran dengan homestay tak perlu pergi jauh-jauh untuk dapatkan makanan.

Untuk pengetahuan anda, di sini terdapat 10 unit rumah yang boleh ditempah. Setiap unit ada ruang tamu, 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan 2 katil setiapnya, 1 dapur serta 1 bilik air. Anda bolehlah datang beramai-ramai untuk menginap di sini nanti.

Alamat: The Village Mesilau, 89308 Kundasang, Sabah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0164156892

Whatsapp The Village Mesilau


9. D’izz Homestay

CariDestinasi Dízz Homestay

Anda nak menginap di homestay tapi nak duduk macam di rumah? Jom menginap dekat Dízz Homestay. Perasaan seperti berada di rumah yang anda ingin semasa bercuti pasti anda akan rasai ketika menginap di sini. Ada 3 jenis bilik yang disediakan iaitu bilik keluarga, bilik queen dan juga bilik single. Anda boleh pilih ikut keselesaan dan bilangan ahli keluarga anda. Anda juga boleh hubungi nombor telefon di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut.

Jika anda nak BBQ pada waktu malam, jangan risau, kerana pihak homestay telah menyediakan peralatan BBQ untuk anda. Anda nak karaoke sambil BBQ pun boleh sahaja, lagi seronok. Homestay D’izz juga mampu menampung kapasiti sehingga 80 orang, jadi sangat sesuai jika anda nak buat team building atau hari keluarga di sini. Kedai runcit juga terletak berhampiran dan usah risau dengan Wifi kerana anda akan dapat akses yang penuh ketika menginap di sini.

Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kg. Liwogu, 89300 Kundasang, Sabah

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0178019626

Whatsapp D’izz Homestay


10. Seribu Satu Homestay

CariDestinasi Seribu 1 Homestay

Nama sahaja homestay tapi lihatlah betapa besar dan kelihatan mewah Seribu 1 Homestay ini. Anda boleh pilih untuk daftar masuk 1 rumah atau hanya ruangan bilik sahaja. Jika ruangan bilik sahaja anda harus berkongsi ruang rehat dengan tetamu yang lain. Bestnya di sini, anda boleh ambil gambar dan OOTD di ruang balkoni dengan belatar belakangkan panorama indah gunung.

Antara kemudahan yang disediakan di sini antaranya ialah pinggan mangkuk dan juga ruang parkir percuma. Kebersihan di homestay ini juga mendapat maklum balas yang positif daripada tetamu yang pernah menginap di sini. Untuk tahu dengan lebih lanjut hubungi nombor telefon di pautan yang telah disediakan di bawah.

Mereka ada 3 jenis rumah yang boleh ditempah. Setiap rumah boleh menempatkan daripada 10 ke 12 orang sekaligus. Rumah 1 ada 5 bilik, Rumah 2 ada 3 bilik dan Rumah 3, yang merupakan sebuah banglo, ada 4 bilik. Setiap rumah juga boleh ditempah biliknya secara berasingan.

Alamat: Peti Surat 45, Pos Mini Kundasang, Kundasang, 89307 Ranau, Sabah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelancong | Phone:0198319482

Whatsapp Seribu 1 Homestay


Jadi bagaimana dengan 10 lokasi penginapan yang disenaraikan? Daripada chalet bertaraf 3 bintang hingga ke homestay yang mewah. Anda yang nak menginap di suasana berbeza boleh sahaja anda menginap di ruangan kabin. Lebih dekat dengan alam semulajadi bukan?

Walaupun ada tempat penginapan yang kurang popular tetapi itu tidak bererti anda tidak patut cuba. Harga yang ditawarkan dengan servis dan juga persekitaran tempat menginap juga sangat berbaloi. Lebih-lebih lagi anda dapat feel berada di kota Inggeris. Jadi, tangkap layar senarai lokasi menginap di atas sehingga anda sampai ke Kundasang. Selamat menginap dan bercuti bersama yang tersayang!

4.4/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Kundasang Sabah – Destinasi BEST-BEST

Kundasang di Sabah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Kundasang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x