Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Homestay yang Menarik Perhatian Pelancong di Tawau

Para pelancong dari Semenanjung pasti akan teruja untuk lawati tempat-tempat menarik dan semulajadi di sekitar Tawau. Anda yang datang bersama keluarga dan kawan-kawan boleh melakukan banyak aktiviti menarik di sini.

Namun, setelah penat seharian melawati tempat menarik dan melakukan aktiviti luar, pasti anda menginginkan tempat selesa untuk berehat. Untuk itu, pemilihan homestay adalah sangat sesuai untuk sekumpulan pelancong yang datang beramai-ramai ke Tawau. Jadi, jom kita lihat 6 homestay yang menarik perhatian pelancong di Tawau!

6 Homestay di Tawau


1. Residence Homestay Tawau, Taman Muhibbah Jaya

Residence Homestay Tawau menawarkan rumah teres dua tingkat yang selesa, besar dan bersih kepada para pengunjung. Ianya sesuai untuk anda yang ingin menginap bersama keluarga yang besar. Lokasinya juga berdekatan dengan Muhibbah Square Tawau.

Homestay ini dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur, 3 bilik yang memiliki penghawa dingin di bahagian atas dan sebuah bilik tidur kecil di bahagian bawah. Bukan itu sahaja, terdapat 3 bilik air, ruang tamu yang dilengkapi dengan televisyen dan sofa, beserta ruangan dapur yang selesa untuk memasak.

Pelanggan yang pernah menginap di sini, semua memberikan ulasan yang positif tentang homestay ini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Jadi, jika anda inginkan penginapan yang besar dan selesa di Tawau, jangan lupa untuk membuat tempahan di WhatsApp.

Alamat: TB15465, Taman Muhibbah Jaya, Lorong Muhibbah Jaya 3, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Residence Homestay 


2. Grace Homestay Tawau, Fajar Commercial Area

Grace Homestay Tawau, Fajar Commercial Area

Homestay seterusnya pula terletak di Bandar Fajar. Homestay ini kelihatan mewah, elegan dan cantik. Ianya juga dilengkapi dengan perabot, penghawa dingin, meja makan, peti sejuk dan televisyen yang membuatkan anda berasa seperti di rumah.

Homestay Grace ini boleh memuatkan 15 orang dalam satu rumah. Bukan itu sahaja, terdapat ruangan santai di balkoni. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan dan keadaan homestay yang cantik.

Sekiranya anda melancong ke Tawau, jangan lepaskan peluang anda untuk menginap di sini homestay ini. Dan jangan lupa untuk membuat semak harga terlebih dahulu di laman rasmi Agoda dan klik sahaja butang WhatsApp untuk membuat tempahan.

Alamat: TB4706, Jalan Haji Karim, Fajar Commercial Area, 91000 Tawau, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Grace Homestay


3. Rizqin Homestay Tawau, Taman Apas Permai

Seterusnya, homestay yang menarik perhatian pelancong di kawasan Tawau adalah Homestay Rizqin. Dari pandangan luar, homestay ini kelihatan seperti rumah biasa sahaja, tetapi di dalamnya cukup luas dan bersih. Had maksimum homestay ini memuatkan sebanyak 10 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.

Pemilik homestay ini memberikan servis yang terbaik dengan menjaga kebersihan dan keselamatan penghuni yang menyewa homestay mereka. Boleh dikatakan harga sewa juga murah berbanding homestay-homestay yang lain, hanya RM150 untuk semalaman. Wow, murah, bukan?

Homestay Rizqin ini turut mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, ruang tamu, dapur, dan tempat letak kereta berpagar. Ia juga dilengkapi dengan perabot, peralatan memasak dan mesin basuh. Jadi, kepada anda yang menginginkan homestay yang murah dan selesa, pilihlah homestay ini!

Alamat: Rizqin Homestay Tawau, Taman Apas Permai, 91000 Tawau, Sabah

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Rizqin Tawau 


4. Lattice Homestay, Taman Ria Height

Lattice Homestay, Taman Ria Height

Dengan nama yang cukup unik, Homestay Lattice dengan slogannya “Leisure With Love” ini juga merupakan salah satu homestay yang menarik perhatian pelancong. Mereka menawarkan 3 jenis homestay yang sangat sesuai untuk disewa oleh pelancong yang berkeluarga.

Homestay yang kelihatan mewah dan cantik seperti hotel ini mempunyai kelengkapan perabot, sofa, katil, peti sejuk, meja makan, penghawa dingin dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ianya juga memiliki private pool di dalamnya. Menarik, bukan?

Ruangan untuk barbeku juga disediakan di halaman homestay ini. Jadi, anda tidak perlu risau lagi memikirkan aktiviti apa yang boleh dibuat apabila menginap di sini. Kesemua pelanggan berpuas hati dengan servis homestay ini dan mengesyorkan kepada anda yang ingin melancong ke Tawau untuk menginap di sini.

Alamat: Lattice, Taman Ria Height, 91000 Tawau, Sabah

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Lattice


5. NJ Homestay, Kampung Balung Cocos

NJ Homestay, Kampung Balung Cocos

Bagi yang meminati alam semulajadi, anda boleh memilih NJ Homestay sebagai penginapan anda. Homestay ini terletak di Kampung Balung Cocos yang terdapat kebun buah-buahan, pokok-pokok yang menghijau dan juga halamannya yang luas. Ramai pelancong memilih homestay ini kerana suasananya yang nyaman dan boleh menikmati alam semulajadi.

Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Juga terdapat kelengkapan lain seperti dapur, ruang tamu dan ruang makan. Menariknya, homestay ini hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk ke airport Tawau!

Ramai pelanggan memilih homestay ini kerana rekabentuk rumah yang moden walaupun berada di kawasan luar bandar. Ramai pelanggan juga berpuas hati dengan servis homestay ini. Jadi, kepada anda yang menginginkan suasana yang menghijau dan nyaman, jangan lupa menginap di NJ Homestay.

Alamat: HJ Homestay, Kampung Balung Cocos, 91000 Tawau, Sabah

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay NJ


6. Angel Homestay Tawau, Taman Melody

Angel Homestay Tawau, Taman Melody

Homestay yang seterusnya merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Melody. Lokasinya yang strategik dengan kedai-kedai berhampiran sememangnya akan menarik perhatian pelancong untuk menginap di sini. Ramai juga pelancong memilih homestay ini oleh kerana rumahnya besar dan berpagar.

Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur, perabot dan peralatan yang lengkap di dalamnya. Rumah yang luas dan bersih ini pasti akan memberikan keselesaan kepada pelancong yang membawa ahli keluarga ataupun rakan-rakan yang ramai.

Hampir kesemuanya pelancong mengesyorkan homestay ini. Jika anda berminat untuk menginap, jangan lupa membuat semakan harga terlebih dahulu!

Alamat: Jalan Apas batu 3, Taman Melody, 91000 Tawau, Sabah

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Angel Tawau 


Jadi, kami telah menyenaraikan 6 homestay yang menarik perhatian pelancong di Tawau untuk pilihan anda. Semua homestay yang tersenarai ini merupakan homestay yang terbaik, besar dan selesa untuk anda menginap sepanjang percutian anda di sini.

Walau bagaimanapun, kami sarankan anda untuk menyemak harga dan merancang perjalanan terlebih dahulu. Ini adalah agar semuanya berjalan dengan lancar, dan anda boleh menikmati percutian anda tanpa perlu risau..

Dan jika anda juga mencari penginapan di Johor, jangan lupa baca artikel kami, 7 Homestay Terbaik yang Sering Dikunjungi Pelanggan di Pasir Gudang. Selamat bercuti! 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Tawau Sabah yg WAJIB TRY

Tawau mungkin tidak sepopular tempat pelancongan lain di Sabah seperti Pulau Sipadan ataupun Pulau Manukan di KK. Namun sekiranya anda menjejakkan kaki di sini...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x