HomeIndonesiaSurabaya

Surabaya

Surabaya menawarkan gabungan suasana moden dan warisan sejarah yang unik. Terokai tarikan seperti Tugu Pahlawan, Kenjeran Park dan Masjid Muhammad Cheng Hoo, sambil menikmati pelbagai makanan tempatan yang terkenal. Dengan suasana bandar yang lebih tenang dan selesa, Surabaya sesuai untuk percutian santai yang tetap kaya dengan pengalaman budaya dan kulinari.

  • Bahasa: Indonesia
  • Mata Wang: Rupiah (IDR)
  • Musim: Panas (Kering), Hujan

Jejak Sejarah di Kota yang Tenang

Bandar Santai Penuh Warisan

Surabaya dikenali sebagai bandar bersejarah yang mempunyai gabungan suasana moden dan tradisional dalam satu tempat. Di sini, anda boleh melawat Tugu Pahlawan, Kenjeran Park, Masjid  Muhammad Cheng Hoo, Kebun Raya Mangrove Surabaya serta menikmati pelbagai street food tempatan yang sedap seperti seperti Rujak Cingur, Sate Klopo, Lontong Balap, Sego Sambel dan Rawon.

Bandar ini jauh lebih tenang berbanding Jakarta, tetapi masih lengkap dengan semua kemudahan. Suasana bandar Surabaya yang tersusun dan tidak terlalu sesak menjadikan percutian anda di sini lebih selesa. Untuk explore Indonesia dengan pace yang lebih santai tetapi masih penuh tarikan menarik, Surabaya wajar dipertimbangkan!

Tour & Aktiviti

Find Your Next Destination