HomeIndonesia

Indonesia

Indonesia destinasi penuh daya tarikan kerana setiap bandar ada keunikan tersendiri, lengkap hasil gabungan budaya, auntetik rasa makanan, keindahan alam semula jadi yang memukau dan kepelbagaian tempat menarik. 

Anda boleh pilih sama ada nak healing di resort tepi laut, shopping barangan murah, cuba aktiviti adventure atau menikmati suasana kota besar yang meriah. Paling best, kos percutian ke Indonesia masih mesra bajet dengan pilihan hotel dan pengangkutan yang sangat mudah. Makanan halal juga senang dicari, jadi lebih selesa untuk pelancong muslim.

Setiap perjalanan ke Indonesia memang penuh momen menarik dan yang paling penting pastinya bakal menjadikan percutian anda ke sini dipenuhi dengan momen-momen unik. 

Indonesia berbaloi untuk dicuba sekurang-kurangnya sekali!

  • Bahasa: Indonesia
  • Mata Wang: Rupiah (IDR)
  • Musim: Panas (Kering), Hujan

Warisan Nusantara Hebat

Pesona Alam Sejati

Indonesia adalah negara jiran yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, menawarkan pelbagai aktiviti dari mendaki gunung berapi hingga ke aktiviti menyelam di laut dalam. Kepulauan yang luas ini mempunyai tarikan unik di setiap wilayah, seperti kemegahan Candi Borobudur atau keindahan panorama sawah padi teras di Ubud.

Faktor bahasa yang hampir serupa memudahkan komunikasi bagi pelancong Malaysia, menjadikan urusan harian lebih santai dan mesra. Paling utama, status negara majoriti Muslim memudahkan pencarian makanan halal yang lazat seperti Nasi Padang dan Bakso di mana-mana sahaja. Dengan kos sara hidup yang relatif rendah, Indonesia membolehkan pelancong menikmati percutian mewah pada harga yang sangat berpatutan. Ia adalah destinasi yang sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan alam atau pengembaraan budaya yang kaya dengan nilai sejarah.

Tour & Aktiviti

Find Your Next Destination