HomeKoreaSeoul

Seoul

Seoul menawarkan gabungan pencakar langit futuristik di Gangnam dan kemegahan sejarah di Istana Gyeongbokgung yang sangat ikonik. Anda boleh tempah pakej percutian mampu milik bersama Caridestinasi untuk pengalaman melancong yang mudah dan lengkap.

  • Bahasa: Korea
  • Mata Wang: Won Korea Selatan (₩)
  • Musim: Bunga, Panas, Luruh, Sejuk

Denyut Jantung Asia

Tradisi Bertemu Inovasi

Seoul destinasi wajib kalau anda nak rasa pengalaman Korea sebenar. Bandar ini sentiasa hidup dengan gabungan budaya tradisional, suasana moden dan tempat menarik yang tak pernah membosankan. Anda boleh berjalan santai di Kampung Eunpyeong Hanok, melawat Istana Gyeongbokgung yang ikonik atau menikmati view cantik di Hanyangdoseong yang selalu muncul dalam drama Korea. 

Pelancong Muslim pun tak perlu risau sebab banyak restoran halal yang hidangkan makanan Korea popular seperti kimchi jjigae dan samgyetang, malah ada juga menu ala Malaysia. Pengangkutan awam yang mudah, deretan kafe hipster, galeri seni dan suasana bandar yang meriah siang malam memang buat Seoul sentiasa seronok untuk diterokai.

Tour & Aktiviti

Find Your Next Destination