Untuk anda yang mencari tempat percutian penuh eksklusif dan ketenangan, Bintan adalah pilihan terbaik. Destinasi ini cukup terkenal dengan resort mewah dan tempat-tempat cantik seperti Gurun Pasir, Tasik Biru dan Pantai Dolphin.
Aktiviti popular di sini termasuk island hopping, snorkeling dan duduk bersantai di resort tepi laut sambil menikmati makan malam romantik dengan makanan laut segar ditemani pula bunyi deruan ombak yang menenangkan.
Suasana Bintan yang bersih dan tidak terlalu sesak membuatkan ramai memilihnya untuk honeymoon atau healing trip. Jadi, kalau nak rasa percutian ala Maldives versi lebih dekat dan mesra bajet, Bintan memang pilihan yang sangat berbaloi untuk anda.
WhatsApp Kami