HomeIndonesiaYogyakarta

Yogyakarta

Yogyakarta menawarkan gabungan unik budaya, sejarah dan suasana santai yang menjadikannya destinasi popular pelancong dunia. Di sini, anda boleh meneroka Candi Borobudur dan Prambanan, membeli batik di Malioboro serta menikmati aktiviti menarik seperti Lava Tour Merapi.

Dengan kos percutian yang berpatutan, pilihan makanan tempatan yang sedap seperti gudeg, serta suasana bandar yang tenang dan mesra Muslim, Yogyakarta sesuai untuk anda yang mahukan percutian lengkap dengan elemen budaya, adventure dan makanan.

  • Bahasa: Indonesia
  • Mata Wang: Rupiah (IDR)
  • Musim: Panas (Kering), Hujan

Budaya • Sejarah • Adventure

Jiwa Jawa yang Tidak Pernah Pudar

Gabungan budaya, sejarah dan suasana santai yang unik menjadikan Yogyakarta destinasi popular pelancong seluruh dunia. Di sini, anda boleh melawat Candi Borobudur dan Prambanan, shopping batik di Malioboro serta cuba aktiviti lasak seperti lava tour Merapi. Kos makanan, hotel dan pengangkutan di Yogyakarta juga sangat murah, selain mesra pelancong Muslim.

Anda boleh cuba menikmati makanan tempatan seperti gudeg yang bakal menggamit selera, ditambah pula dengan vibe bandar Yogyakarta yang tenang. Pengalaman percutian anda di sini pastinya terasa lebih hidup dengan budaya Jawa yang masih kuat dipelihara. 

Kalau anda suka percutian yang ada gabungan adventure, budaya dan makanan sedap, Yogyakarta sememangnya destinasi wajib!

Tour & Aktiviti

Find Your Next Destination