10 Tempat Menarik di Seoul yang Mesra Warga Emas

tempat menarik di Seoul

Table of Contents

Kalau anda bercadang membawa ibu ayah atau ahli keluarga berusia ke Korea, memilih tempat menarik di Seoul yang sesuai dengan rentak perjalanan mereka memang penting. Jangan susun itinerari macam anda sedang mengejar masa. Jarak berjalan, tangga, cerun, tempat duduk dan masa untuk mereka berehat semuanya perlu diambil kira supaya perjalanan anda lebih selesa.

Jadi sekiranya anda masih mencari-cari tempat menarik di Seoul yang mesra warga emas, pilihan di bawah sesuai dimasukkan dalam itinerari anda!

Senarai Tempat Menarik di Seoul untuk Warga Emas


1. Gyeongbokgung Palace

Gyeongbokgung Palace
Kredit gambar: Instagram @gyeongbokgung_palace_official

Kalau mahu membawa warga emas melihat sisi sejarah Korea, Gyeongbokgung Palace boleh dimasukkan dalam itinerari anda.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @gyeongbokgung_palace_official

Istana ini mempunyai kawasan yang luas, seni bina tradisional dan pemandangan yang cukup menarik untuk bergambar bersama keluarga.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @gyeongbokgung_palace_official

Memandangkan kawasannya luas, tidak perlu cuba melihat semuanya dalam satu masa. Berjalanlah mengikut kemampuan, berhenti apabila perlu dan pakai kasut yang anda rasa selesa. Menariknya di sini, pengunjung yang memakai hanbok yang memenuhi syarat tertentu, anda boleh mendapat kemasukan percuma, tetapi syarat terkini elok disemak sebelum anda datang.


2. National Folk Museum

National Folk Museum
Kredit gambar: Instagram @alijonov_hojimurod

Selepas Gyeongbokgung, anda boleh sambung ke National Folk Museum untuk melihat sisi kehidupan dan budaya masyarakat Korea. Lokasinya yang berdekatan dengan istana menjadikannya mudah dimasukkan dalam laluan yang sama.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @alijonov_hojimurod
tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @alijonov_hojimurod

Untuk warga emas, muzium seperti ini memberikan pilihan aktiviti yang lebih santai kerana mereka boleh menikmati pameran mengikut rentak sendiri tanpa perlu berjalan jauh seperti di kawasan tarikan terbuka. Jika anda merancang lawatan ke sini, semak dahulu status operasi dan kemudahan terkini sebelum berkunjung.


3. Seoul Central Mosque

Seoul Central Mosque
Kredit gambar: Instagram @salam_seoul

Seoul Central Mosque di Itaewon boleh dijadikan salah satu hentian dalam itinerari. Selain menjadi tempat untuk anda menunaikan solat, persinggahan di masjid juga boleh menjadi masa untuk berehat seketika daripada aktiviti bersiar-siar.

Seoul Central Mosque
Kredit gambar: Instagram @belovedbeby

Kawasan sekitarnya turut mempunyai komuniti Muslim serta beberapa pilihan restoran dan kedai yang menarik untuk diterokai. Jadi, anda boleh gabungkan kunjungan ke masjid dengan aktiviti ringan di sekitar Itaewon tanpa perlu memenuhi jadual dengan terlalu banyak lokasi.


4. Gwanghwamun Gate

Gwanghwamun Gate
Kredit gambar: Instagram @taipeijerry

Gwanghwamun Gate merupakan antara mercu tanda utama Seoul dan pintu gerbang menuju ke Gyeongbokgung Palace. Kawasan ini menarik untuk bergambar bersama keluarga sambil menikmati suasana sekitar yang menggabungkan unsur sejarah dan kehidupan bandar.

Gwanghwamun Gate
Kredit gambar: Instagram @taipeijerry
Gwanghwamun Gate
Kredit gambar: Instagram @taipeijerry

Untuk warga emas, kelebihannya ialah lawatan di kawasan pintu gerbang boleh dibuat secara ringkas sebelum meneruskan perjalanan ke tarikan berdekatan. Jika mahu menyaksikan pertukaran Pengawal Diraja, semak jadual rasmi terlebih dahulu kerana waktu persembahan dan operasi boleh berubah.


5. Nami Island

Nami Island
Kredit gambar: Instagram @_ssunj___

Nami Island menawarkan suasana yang lebih tenang berbanding kawasan bandar Seoul. Perjalanan menaiki feri ke pulau ini sendiri sudah memberikan anda pengalaman yang cukup berbeza apabila pemandangan bandar digantikan dengan air yang tenang dan suasana pulau yang lebih damai.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @namiisland_naminara

Bagi warga emas yang masih selesa berjalan, Nami Island boleh dinikmati mengikut pace sendiri. Laluan yang lebih luas memberikan ruang untuk mereka berjalan perlahan, berhenti bergambar dan berehat apabila diperlukan. Cuma, jangan lupa bahawa pulau ini tetap memerlukan jumlah berjalan yang agak banyak, jadi sesuaikan tempoh lawatan dengan kemampuan ahli keluarga.


6. The Garden of Morning Calm

The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden

Kalau keluarga anda suka suasana taman, The Garden of Morning Calm boleh menjadi pilihan yang menarik. Taman landskap ini terkenal dengan bunga bermusim, kehijauan dan suasana yang lebih tenang, terutama ketika musim bunga dan musim luruh.

The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden
The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden
The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden

Untuk warga emas, tarikan utamanya ialah peluang menikmati pemandangan sambil berjalan secara perlahan dan berhenti berehat dari semasa ke semasa.

The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden
The Garden of Morning Calm
Kredit gambar: Instagram @morningcalm_garden

Namun, kawasan taman yang luas bermakna anda tetap perlu mengambil kira jarak berjalan. Anda boleh memperuntukkan masa lawatan mengikut kemampuan keluarga kerana tidak semua bahagian perlu diterokai dalam satu sesi.


7. Hongdae Shopping Street

Hongdae Shopping Street
Kredit gambar: Instagram @mary_cakes35

Mahukan pengalaman Seoul yang lebih moden? Hongdae boleh memberikan suasana yang berbeza dengan kedai, kafe, persembahan jalanan dan pelbagai pilihan untuk membeli-belah.

Jika membawa warga emas, anda tidak perlu menetapkan terlalu banyak kedai untuk dikunjungi. Boleh pilih beberapa kawasan yang menarik, kemudian selang-selikan aktiviti berjalan dengan masa duduk dan berehat. Anda perlu juga mengambil kira keadaan yang lebih sesak, terutama pada hujung minggu, kerana kawasan ini boleh menjadi agak sibuk.


8. Haneul Park

Haneul Park
Kredit gambar: Instagram @ployslittleatlas

Haneul Park pula sesuai untuk anda yang mahu menikmati ruang terbuka dan panorama Seoul. Kawasan ini terkenal dengan padang rumput yang luas serta pemandangan bandar dan Sungai Han, dengan suasana yang lebih menarik pada musim tertentu seperti musim luruh.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @ployslittleatlas

Aktiviti di sini lebih kepada menikmati pemandangan dan berjalan santai, bukannya mengejar banyak tarikan. Namun, warga emas yang mempunyai had berjalan perlu mengambil kira keluasan kawasan dan jarak yang perlu mereka tempuh. Jadi, anda sebaiknya rancang lawatan berdasarkan kemampuan fizikal mereka dan beri mereka ruang untuk berehat.


9. Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village
Kredit gambar: Instagram @travelkorea.photo

Bukchon Hanok Village memang menarik untuk melihat suasana kejiranan tradisional Korea. Lorong-lorongnya dikelilingi rumah hanok dan menawarkan banyak sudut cantik untuk anda bergambar.

Bukchon Hanok Village
Kredit gambar: Instagram @ssteart

Lokasi di sini bukan pilihan yang mudah untuk semua warga emas. Sesetengah laluan mempunyai cerun dan lorong yang boleh mencabar bagi mereka yang mempunyai masalah berjalan. Jika anda mahu datang, boleh pilih beberapa laluan yang sesuai untuk warga emas terokai. 

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @dorotatb_makeup
tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @dorotatb_makeup

Untuk kesenangan mereka, terokailah kawasan ini secara perlahan dan jangan paksa mereka untuk menerokai seluruh kawasan. Ingat juga bahawa Bukchon merupakan kawasan kediaman, jadi anda perlu menghormati penduduk dengan menjaga suara dan tingkah laku.


10. Inspire Aurora

Inspire Aurora
Kredit gambar: Instagram @taka._.0909

Jika penerbangan anda melalui Lapangan Terbang Incheon, Inspire Aurora boleh dijadikan persinggahan menarik sebelum atau selepas penerbangan. Tarikan ini menampilkan paparan LED sepanjang kira-kira 150 meter yang memberikan pengalaman visual yang unik.

tempat menarik di Seoul
Kredit gambar: Instagram @1121raina

Bagi warga emas, aktiviti di sini lebih kepada menikmati paparan dan berjalan santai tanpa memerlukan aktiviti fizikal yang berat. Sebab itu, ia boleh menjadi pilihan praktikal untuk mengisi masa apabila anda memang sudah berada di kawasan Incheon.


Menikmati Tempat Menarik di Seoul Bersama Warga Emas

Percutian bersama warga emas tidak semestinya perlu dipenuhi dengan sebanyak mungkin tempat. Malah, lebih baik anda pilih beberapa tarikan yang boleh digabungkan dalam laluan sama supaya masa banyak dihabiskan untuk menikmati perjalanan, bukannya duduk lama dalam kenderaan atau mengejar masa.

Contohnya, Gyeongbokgung Palace anda boleh gabungkan dengan National Folk Museum dan Gwanghwamun. Untuk hari yang lebih santai pula, anda boleh pilih lokasi yang membolehkan keluarga menikmati pemandangan atau suasana tanpa terlalu banyak aktiviti.

Paling penting, kenali kemampuan ahli keluarga sendiri. Ada warga emas yang masih selesa berjalan jauh, manakala ada yang lebih memerlukan tempat duduk, rehat yang kerap atau laluan yang kurang mencabar. Jadi, anda jangan rasa perlu habiskan semua tempat dalam satu hari.

Kalau anda mahu percutian di Seoull yang lebih teratur tanpa perlu pening menyusun setiap lokasi sendiri, Holidaygogogo juga boleh menjadi pilihan untuk membantu merancang perjalanan keluarga anda. Dengan itinerari yang disusun lebih santai dan mengikut keperluan rombongan, anda boleh menikmati Seoul dengan lebih tenang bersama ibu ayah dan ahli keluarga tersayang.

Baca juga: (2026) Pakej 6 Hari 5 Malam Seoul – Busan, Korea

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 28 Nov, 2024
Taiwan tidak hanya terkenal dengan keindahan alam dan kemajuan teknologi, tetapi juga merupakan destinasi yang mesra untuk pelancong...
  • 19 Dec, 2024
Perjalanan travel seorang diri mungkin kelihatan menakutkan, tetapi ia sebenarnya memberi peluang untuk menikmati kebebasan sepenuhnya. Anda dapat...
  • 20 Dec, 2024
Melancong ke luar negara buat kali pertama boleh menjadi pengalaman yang mendebarkan, namun ia juga memerlukan persiapan yang...
  • 30 Dec, 2024
Bercuti adalah satu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Namun, bagi pengembara Muslim, terdapat beberapa perkara penting yang...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination