Batam destinasi terbaik untuk melancong tidak kira sama ada anda merancang untuk melakukan percutian secara persendirian, bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang. Bukan itu sahaja, Batam turut sesuai sekiranya anda mencari lokasi dan dalam plan untuk percutian berkumpulan warga emas.
Jom lihat lebih dekat lagi apa sebenarnya yang ditawarkan oleh Batam yang membuatkan anda tidak boleh menolaknya bulat-bulat untuk masuk ke dalam list percutian secara berkumpulan!
Mengapa Batam Sesuai untuk Percutian Berkumpulan Warga Emas?
1. Lokasi Percutian yang Dekat dengan Malaysia

Lokasinya yang dekat dengan Malaysia antara sebab mengapa Batam menjadi lokasi percutian yang praktikal untuk rombongan warga emas. Perjalanan ke batam dengan menaiki feri yang singkat membantu anda mengurangkan keletihan.
Setibanya di Batam, anda boleh terus memulakan aktiviti tanpa perlu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan.
Jarak percutian yang dekat dengan Malaysia ini juga menjadikan Batam destinasi yang praktikal untuk percutian hujung minggu atau lawatan selama beberapa hari.
2. Kos Percutian yang Berpatutan

Selain lokasinya yang dekat, Batam juga terkenal sebagai destinasi percutian yang sangat mesra bajet. Kos penginapan, makanan dan aktiviti pelancongan murah berbanding banyak destinasi lain di rantau ini.
Bukan itu sahaja, kos pengangkutan juga murah dan berbaloi namun anda perlu tetap ambil perhatian kerana harga semasa tiket feri dari Johor ke Batam boleh berubah, bergantung pada tarikh dan operator.


Untuk mengetahui harga tiket feri ke Batam, anda boleh membuat semakan harga terkini melalui platform seperti Easybook, redBus, BusOnlineTicket dan Berjaya Waterfront Ferry Terminal.
Dengan semua kos yang mesra bajet ini, percutian anda sepanjang di Batam lebih selesa, lebih menyeronokkan dan paling best dapat shopping puas-puas!
3. Pelbagai Tempat Bersejarah dan Budaya
Sejarah cukup dekat dengan golongan masyarakat yang lebih berusia. Oleh sebab itu, destinasi yang mempunyai nilai sejarah dan bersangkut paut dengan pengalaman masa lalu sentiasa mendapat tempat istimewa di hati.
Jadi, bagi anda yang gemar mengenali sejarah dan budaya tempatan, Batam mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk diterokai. Anda boleh melawat rumah ibadat, bangunan bersejarah dan kawasan yang kaya dengan warisan budaya sambil menikmati perjalanan yang santai dan tidak memenatkan.
Kebanyakan lokasi di Batam ini juga sangat mudah diakses dan tidak memerlukan perjalanan lasak, menjadikannya sangat sesuai untuk golongan yang sudah berusia.


Untuk destinasi bersejarah di Batam, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Kampung Vietnam, Museum Raja Ali Haji, makam Nong Isa, Masjid Agung Batam dan Jambatan Barelang.

Tak lupa juga Masjid Cheng Hoe dan Masjid Tanjak yang terkenal dengan gabungan budaya Cina dan Melayu.
4. Banyak Tempat Membeli-belah
Bukan sahaja dekat dan menawarkan banyak tempat menarik, Batam juga sangat terkenal sebagai syurga membeli-belah.
Di sini terdapat pelbagai pusat beli-belah yang menawarkan pakaian, coklat, barangan elektronik, produk tempatan dan cenderamata pada harga yang berpatutan.
Aktiviti membeli-belah sememangnya sangat digemari terutama bagi pelancong wanita dan pastinya antara aktiviti terbaik yang bakal dilakukan di Batam.


Tempat shopping yang popular dan ramai pelancong suka di Batam adalah Nagoya Hill Shopping Mall dan Grand Batam Mall.
Dengan jadual perjalanan yang santai, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk shopping dan ambillah seberapa banyak waktu yang anda mahukan untuk jelajah semua pusat membeli-belah di Batam ini!
5. Pilihan Makanan Halal yang Mudah Ditemui
Tak perlu risau soal makanan ketika bercuti di Batam kerana pilihan makanan halal dengan harga yang berpatutan sangat mudah ditemui di sini. Menariknya, bukan sahaja makanan laut segar, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan tradisional Indonesia yang mempunyai rasa tersendiri, unik dan sesuai dengan selera rakyat Malaysia.
Untuk warga emas, hidangan yang berkuah, lembut dan tidak terlalu pedas boleh menjadi pilihan yang lebih selesa. Antaranya ialah Sop Ikan Batam, iaitu hidangan sup ikan yang ringan, berkuah jernih dan menyegarkan tekak anda.

Hidangan tradisi ini boleh dicuba di Restoran Soup Ikan Pha Khong yang terletak di Tanjung Pinang. Selain Sop Ikan Batam, restoran ini juga menyediakan beraneka pilihan menarik yang lain seperti Sup Udang, Sup Kepala Ikan, Bubur Udang, Ikan Asam Pedas dan banyak lagi.

Jika anda teringin nak cuba makanan Indonesia yang lebih autentik, boleh singgah ke Restoran Saung Sunda Sawargi. Antara hidangan yang boleh dicuba di sini ialah Gurame Siram Ikan Asin, Tahu Sumedang dan Nasi Timbel. Rasanya yang berempah tetapi tidak semestinya terlalu pedas menjadikan hidangan Sunda ini menarik untuk dicuba bersama keluarga.
Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Mi Lendir, salah satu hidangan yang cukup sinonim dengan Kepulauan Riau. Mi kuning ini disajikan bersama kuah kacang yang pekat dan beraroma. Kalau mahu sesuatu yang lebih ringkas, Mie Tarempa juga boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba. Hidangan mi ini sesuai dinikmati pada waktu santai, terutama selepas anda penat berjalan seharian.
Bagi penggemar makanan laut pula, bolehlah singgah ke Love Seafood Batam Centre untuk menikmati pelbagai pilihan seafood segar. Antara menu yang boleh dicuba termasuk ikan kukus ala Teochew, sotong goreng sos buttermilk dan udang masak cili hijau.
Dengan banyaknya pilihan makanan tradisional, berkuah dan seafood segar, waktu makan anda sepanjang berada di Batam boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman percutian yang menyeronokkan.
6. Penginapan Selesa untuk Rombongan

Batam juga menawarkan pelbagai pilihan hotel dan resort yang sesuai untuk rombongan besar.

Kebanyakan penginapan di tempat popular ini menyediakan bilik yang selesa, restoran, lif, ruang santai serta kemudahan lain yang memudahkan warga emas.
Selain itu, banyak hotel berada berhampiran pusat membeli-belah sekaligus menjadikan perjalanan percutian di Batam lebih mudah dan menjimatkan masa.
Antara pilihan popular adalah seperti HARRIS Hotel Batam Centre dan Harmoni One Convention Hotel yang berdekatan dengan Masjid Agung Batam dan Jambatan Barelang.
7. Suasana Bandar yang Tenang
Berbanding beberapa destinasi pelancongan lain yang lebih sibuk, Batam menawarkan suasana yang lebih santai.
Untuk pengetahuan anda, jalan raya di kebanyakan kawasan di Batam tidak terlalu sesak, manakala lokasi pelancongannya sesuai untuk anda melakukan aktiviti bersiar-siar sambil menikmati pemandangan tanpa gangguan.
Suasana yang tenang dan mendamaikan di sini membolehkan anda berehat, meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana percutian tanpa tekanan.
Jadi, kalau anda merancang percutian Batam untuk ibu bapa atau rombongan warga emas, tak perlu pening kepala menguruskan pengangkutan, penginapan, makanan, lawatan dan lain-lain. Pakej Batam daripada Holidaygogogo Tours yang dipercayai ramai boleh menjadi pilihan yang lebih mudah, selesa dan berbaloi!
Pelbagai keperluan perjalanan anda ke Batam akan diatur dengan cukup mengikut kesesuaian percutian berkumpulan warga emas. Dengan pakej Batam yang diambil ini, anda hanya perlu bersiap dan menikmati percutian sambil mencuba makanan tempatan, shopping dan bersiar-siar tanpa perlu risau tentang urusan perjalanan.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh semak pakej Batam daripada Holidaygogogo yang sangat menarik di SINI!
Dengan semua kelebihan dan pelbagai gabungan menarik ini, tidak hairanlah mengapa Batam destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, sekiranya anda sedang mencari destinasi luar negara yang dekat, mudah diakses dan menawarkan pelbagai aktiviti santai, Batam merupakan pilihan yang berbaloi untuk anda pertimbangkan.
Jadi, jangan tunggu lagi, jom datang ke Batam sekarang untuk menghayati pemandangannya yang indah, merasai kenikmatan makanan tempatan yang cukup sedap dan menyelerakan sambil menerokai setiap tempat-tempat bersejarah yang mengembalikan anda ke masa lalu.
Baca juga: Itinerari Santai 4H3M Batam & Bintan untuk Keluarga Besar