Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay Terbaik yang Sering Dikunjungi Pelanggan di Pasir Gudang

Percutian merupakan perkara yang menyeronokkan bagi semua orang tidak kira sama ada bercuti dalam negara mahupun di luar negara. Jadi, penginapan merupakan perkara utama yang mesti diambil kira sebelum pergi bercuti.

Sekiranya anda memiliki keluarga yang besar, anda mesti lebih cenderung untuk menginap di homestay berbanding hotel, bukan? Hal ini demikian kerana homestay sangat sesuai dan selesa untuk anda berehat semasa percutian berlangsung.

Bukan itu sahaja, jika anda memilih homestay, anda juga dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga dan saudara mara. Jadi, untuk memudahkan anda, kami telah menyediakan senarai tujuh homestay terbaik di Pasir Gudang. Semoga membantu!

7 Homestay di Pasir Gudang


1. Homestay D’Pasir Gudang, Taman Mawar

Homestay D'Pasir Gudang, Taman Mawar

Homestay D’Pasir Gudang merupakan homestay yang sering dikunjungi pelanggan. Lokasinya terletak di Taman Mawar. Homestay yang berkonsep teres setingkat ini mempunyai halaman yang luas di hadapan rumah. 

Homestay ini dilengkapi dengan katil, almari, sofa, tv, dapur, alatan memasak dan juga peti. Bukan itu sahaja, anda boleh mengadakan barbeque di luar rumah kerana pemiliknya menyediakan set peralatan untuk barbeque. Wah, menarik bukan?

Jika anda datang bersama keluarga, homestay ini sangat sesuai untuk anda menginap kerana saiznya yang besar dan juga memiliki ruang untuk parkir kereta. Harganya pula berpatutan. Anda boleh menghubungi pemiliknya dahulu sebelum membuat tempahan.

Alamat: 2, Jalan Mawar 39, Taman Mawar, 81700 Pasir Gudang, Johor

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay D’Pasir


2. Homestay Greenway, Taman Bestari Perdana

Homestay Greenway, Taman Bestari Perdana

Homestay seterusnya pula terletak di Taman Bestari Perdana, iaitu Homestay Greenway. Sering dikunjungi pelanggan, homestay yang bersaiz rumah 2 tingkat ini mendapat ulasan yang baik dan positif dari pelanggan-pelanggan sebelumnya.

Dalam homestay ini kelihatan mewah dan cantik. Ia mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Juga kelengkapan seperti wifi, sofa, tv, aircond, perkakas dapur dan banyak lagi. Di kawasan luar pula terdapat meja dan kerusi batu untuk para pelanggan bersantai dan berehat. Ia juga selamat kerana homestay ini berpagar dan taman perumahan ini dijaga oleh sekuriti. 

Homestay Greenway ini sangat sesuai untuk pelanggan yang membawa keluarga yang besar untuk menginap. Jadi, anda perlu membuat semak harga sebelum menempahnya.

Alamat: 33, Jalan Lili 1/5, Taman Bestari Perdana, 81700 Pasir Gudang, Johor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Greenway 


 3. Homestay Marissa, Taman Scientex

Homestay Marissa, Taman Scientex

Jika anda inginkan homestay yang berkonsep seperti banglo mewah, pilihlah Homestay Marissa. Homestay yang bersaiz besar dan 2 tingkat ini mampu memuatkan ramai orang di dalamnya. Semua pelanggan berpuas hati dengan kebersihan dan servis homestay ini.

Ramai pelanggan telah memilih homestay ini sebagai tempat berkumpul dan membuat aktiviti bersama keluarga. Bukan itu sahaja, jika anda ingin membuat majlis tertutup seperti bertunang, akad nikah, seminar juga boleh di sini.

Di homestay ini terdapat 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Kesemua bilik dilengkapi dengan aircond. Di luar rumah pula ada gazebo, meja dan kerusi batu untuk bersantai. Jadi, jika anda ingin mengetahui maklumat berkenaan dengan homestay ini, anda boleh hubungi mereka di WhatsApp.

Alamat: 4, Jalan Bayan 5 Impiana, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Marissa


 4. Homestay Arianna, Taman Bukit Dahlia

Homestay Arianna, Taman Bukit Dahlia

Jika anda mencari homestay yang besar dan selesa, anda boleh memilih Homestay Arianna ini. Homestay ini juga berdekatan dengan bandar di Pasir Gudang, kedai makan dan juga hospital. Menariknya, homestay ini bersebelahan dan mempunyai 2 tingkat.

Ramai pelanggan memuji betapa besarnya, selesa dan juga fully furnished homestay ini. Ianya dilengkapi 5 bilik tidur yang selesa dengan katil dan kesemua bilik mempunyai aircond. Terdapat juga ruang tamu dan dapur untuk memudahkan pelanggan yang menginap. Rata-rata pelanggan juga berpuas hati dengan servis di homestay ini.

Anda boleh menonton video gambaran homestay ini di Youtube dan juga Facebook. Dan sekiranya anda berminat, jangan lupa menempahnya homestay ini dengan awal dan buat semak harga terlebih dahulu.

Alamat: 77, Jalan Semerbak 13, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Arianna


5. Homestay Pasir Gudang, Taman Bukit Dahlia

Homestay Pasir Gudang, Taman Bukit Dahlia

Homestay Pasir Gudang yang kelihatan kemas dan minimalis ini terletak di Taman Bukit Dahlia. Lokasinya strategik kerana ianya terletak kawasan Bandar Pasir Gudang. Homestay ini menawarkan 4 bilik tidur dan 4 bilik air, juga beberapa kelengkapan lain.

Kesemua pelanggan berpuas hati dan memberikan ulasan yang positif berkaitan dengan homestay ini. Pemiliknya juga peramah dan baik hati. Homestay yang fully furnished ini akan memberikan keselesaan kepada anda seperti anda berada di rumah sendiri! Jadi, tunggu apa lagi, jom kunjungi ke homestay ini!

Alamat: 7, Jalan Dahlia 14, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Pasir Gudang


6. Homestay D’Umairah, Taman Kota Masai

Homestay D’Umairah, Taman Kota Masai, Pasir Gudang

Seterusnya, homestay yang bernama D’Umairah ini kelihatan elegan dan eksklusif. Ianya terletak di Taman Kota Masai. Homestay yang dilengkapi bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu dan juga ruang makan.

Menariknya homestay ini, anda boleh menempah untuk membuat majlis kahwin, pertunangan, hari keluarga, photoshoot, penginapan dan sebagainya. Ini kerana terdapat ruang dan halaman yang luas di sekitar homestay ini. Jadi, banyak aktiviti yang boleh berlangsung di sini.

Kesemua pelanggan memberikan ulasan yang positif dan disyorkan untuk menempah. Jadi, jika anda bercadang untuk membuat aktiviti ataupun majlis di Pasir Gudang, jangan lupa untuk memilih Homestay D’Umairah ini.

Alamat: 56, Jalan Rambai 4, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay D’Umairah


7. Homestay D’Wangi, Taman Kota Masai

Homestay D’Wangi, Taman Kota Masai, Pasir Gudang

Homestay D’Wangi adalah salah satu homestay yang menjadi pilihan pelanggan kerana ianya fully furnished. Homestay ini dilengkapi dengan pagar dan ruang yang luas untuk pelanggan parkir kenderaan.

Dalam homestay ini juga kelihatan sangat ceria dan mewah. Ianya sangat sesuai untuk pelanggan yang hadir bersama seisi keluarga untuk menginap. Homestay ini juga berdekatan dengan kedai makan dan juga stesen minyak.

Oleh kerana pemiliknya yang mesra dan baik hati, ramai pelanggan memilih homestay ini sebagai tempat untuk menginap. Jadi, anda perlu menempah dengan lebih awal sebelum datang ke homestay ini. Dan jangan lupa untuk menyemak harga dan memilih tarikh terlebih dahulu!

Alamat: 48, Jalan Rambai 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay D’Wangi


Jadi, itulah dia 7 homestay terbaik di Pasir Gudang! Diharapkan artikel ini dapat membantu anda dalam mencari homestay yang anda inginkan. Dan jangan lupa untuk membuat penilaian dan semak harga agar dapat membantu anda dalam membuat penjimatan yang optimum.

Jika anda juga mencari penginapan di kawasan Teluk Intan, jangan lupa untuk layari artikel kami iaitu Top 6 Homestay Terbaik di Teluk Intan yang Patut Anda Cuba! Semoga manfaat.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x