Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay Berbaloi di Mersing , Buatkan Tetamu ‘Happy’

Terkenal sebagai sebuah pusat tarikan yang memudahkan urusan melawat pulau-pulau terkenal di Johor, Mersing merupakan sebuah daerah yang sering kali disinggah oleh pelancong tidak kiralah dari dalam mahupun luar negara. Para pelancong ini selalunya melakukan aktiviti yang dipanggil ‘island hopping’, di mana mereka akan pergi ke Jeti Mersing dan menaiki bot ataupun feri untuk ke pulau-pulau terkenal di Johor, termasuklah Pulau Rawa dan Pulau Tioman. Untuk melawat pulau-pulau ini, pelancong akan mengambil masa yang lama untuk merasai pengalaman yang lebih memuaskan. Maka, mereka akan mencari tempat penginapan sementara seperti homestay, hotel dan chalet yang berhampiran jeti. Sebab itulah, CariDestinasi menyediakan senarai 10 Homestay Berbaloi untuk anda menginap sepanjang berada di Mersing.

Homestay-homestay yang kami senaraikan bukan sahaja memudahkan anda untuk ke jeti, malahan boleh juga didiami oleh mereka yang ingin bersiar-siar sekitar Mersing. Apa tunggu lagi, mari baca senarai homestay yang telah kami sediakan khas buat pembaca.

 

10 Homestay Mersing yang Best 


1. Mersing Maple Villa

Mersing Maple Villa menawarkan khidmat kaunter di mana mereka menerima tetamu sepanjang 24 jam. Bermakna, ada sahaja peluang anda untuk menginap di villa ini sebaik sahaja anda tiba di Mersing tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Berada di lokasi yang strategik, homestay ini terletak hanya 2 kilometer daripada KFC sekiranya anda mahukan makanan segera dan juga 1 kilometer daripada pusat bandar untuk anda pergi melawat kawasan-kawasan tarikan. Dengan adanya CCTV yang beroperasi di sekitar kawasan homestay, semestinya anda berasa selamat sepanjang menetap di Mersing Maple Villa.

Anda tidak perlu membeli atau memasak air untuk minum, kerana pihak homestay telah menyediakan dispenser air untuk digunakan pada bila-bila masa. Staf yang fasih menggunakanan bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa Cina akan membuatkan anda berasa selesa untuk berurusan. Di Villa, tetamu akan mendapat akses ke 6 buah bilik tidur dan hanya 1 dapur kongsi. Akan tetapi, jika anda datang beramai-ramai dalam 20 orang, anda boleh tempah seluruh villa ini.

Alamat: LOT 1717, Lorong 6, Jalan Mahkota, Mersing Kechil, 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-773 0575


2. Seaview Homestay Mersing

Seaview Homestay di Mersing ini mempunyai 4 buah bilik tidur dengan 4 buah bilik air. 3 daripada bilik tidur yang ada, mempunyai 3 katil bersaiz queen dan 1 bilik tidur yang lain dilengkapi 1 katil bersaiz queen dan 1 lagi katil single. Apa yang best tentang bilik mandian di homestay ini adalah semuanya mempunyai pemanas air, jadi tidak perlulah anda risau untuk menggigil menggunakan air pada waktu pagi. Kelebihan lain ialah tuala mandi yang banyak, iaitu 4 helai turut disediakan untuk digunakan tetamu. Di Seaview Homestay, tetamu boleh menggunakan kelengkapan barbeku yang disediakan, dan juga basikal untuk dibonceng ketika bersiar-siar di sekitar bandar Mersing.

Tambahan lagi, mereka ada menyediakan banyak fasiliti lain yang boleh digunakan. Antaranya, pengering rambut, tv, peti sejuk dan mesin basuh. Memang tak terbaiklah homestay ini. Kedai makan juga banyak berdekatan homestay ini. Tempat makan seperti Dee Beach Tomyam Seafood berjarak 1 kilometer daripada homestay dan Mr Miss Cat Cafe hanya 2 minit jauhnya.

Alamat: 11, Jalan Seri Tanjung 3, Taman Sri Tanjung, 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-722 1706


3. Homestay Mersing SERI

Di Homestay Mersing SERI, antara kelengkapan yang membuatkan tempat penginapan ini ideal ialah kelengkapan yang serba ada. Antaranya, host menyediakan pemanggang di luar rumah dengan tujuan memberikan tetamu ruang untuk kegunaan memanggang masakan sebagai juadah seiisi keluarga. Dengan adanya pemanggang tersebut, bolehlah anda menjemput keluarga besar ataupun rakan-rakan untuk makan bersama-sama secara santai. Wi-fi di premis yang boleh digunakan secara percuma sangat memudahkan urusan tetamu untuk melayari internet bagi berhubung dengan kenalan ataupun membuat carian. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur yang berasingan, beserta dua buah bilik air. Sekiranya anda mahukan bantal tambahan, minta sahaja kepada host untuknya.

Hanya 5 minit daripada homestay, anda boleh menemui Pasaraya Kini untuk membeli barangan keperluan harian ataupun anda boleh pergi ke Mersing Nightwalk untuk membeli makanan dan pakaian seperti di pasar malam yang istimewa.

Alamat: No 174, Jalan Indah 4, Taman Wawasan, 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-742 2601


4. Homestay Mersing Arif

Untuk tetamu yang selalunya mencari penginapan yang sangat bersih dan teratur, Homestay Mersing Arif mungkin menjadi pilihan anda yang utama. Homestay ini amat mesra kanak-kanak, oleh itu tetamu yang membawa anak-anak boleh menggunakan kolam renang yang didirikan khas daripada pihak host. Keluarga yang besar sudah semestinya dialu-alukan untuk menetap di Homestay Mersing Arif oleh kerana saiznya yang luas dan kemudahan yang banyak untuk digunakan seisi keluarga seperti dapur dan tv. Homestay ini dilengkapi 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air dan juga tempat meletakkan kereta yang besar.

Homestay ini terletak bersebelahan Kedai Runcit M&S, maka mudahlah urusan anda sekiranya kehabisan bekalan makanan sewaktu menginap. Sebagai tempat menikmati juadah, berada 1 minit daripada Homestay Mersing Arif ialah Baek Cafe Bistor dan juga gerai Mee Bandung Mak Eton. 1 kilometer jauh pula, terdapat Taman Rekreasi Pantai Tanjung Genting untuk dilawati tetamu.

Alamat: Kg Tg Genting, Lot 805, J83, 86800 Mersing

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-628 9855

Whatsapp Homestay Mersing Arif


5. Laman ABAH Homestay

Laman ABAH Homestay mempunyai laman luar rumah yang sangat luas, di mana homestay ini dikatakan sesuai untuk dibuat tempat penginapan sewaktu persiapan majlis. Kedua-dua bilik di tempat tetamu menginap ini dilengkapi dengan pendingin hawa, jadi mereka yang mahukan suasana nyaman sentiasa, bolehlah cuba menempah di Laman ABAH Homestay. Untuk mengadakan jamuan ataupun sebagai santapan bersama ahli keluarga ataupun kenal-kenalan ketika perjumpaan, anda boleh menggunakan kawasan dan kelengkapan barbeku yang disediakan. Ruang tamu yang ada di homestay juga sangat luas dan boleh memuatkan jumlah tetamu yang ramai untuk pelbagai tujuan.

Di homestay ini terdapat 2 bilik, dapur serta ruang tamu yang luas. Anda boleh menggunakan dapur mereka untuk masak-masak. Peti sejuk juga disediakan di sini.

Hanya 10 minit daripada Laman ABAH Homestay, tetamu digalakkan untuk pergi mendaki bukit di Bukit Selantai Air Papan dan selepas itu terus pergi ke Pantai Air Papan yang berdekatan. Di Pasar Segar Teluk Buih pula, anda boleh membeli makanan laut untuk dimasak barbeku di homestay.

Alamat: 999A, Jalan Rantau, Kampung Makam, 86800 Mersing

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-715 7777

Whatsapp Laman ABAH Homestay


6. Hanna Homestay Mersing

Untuk ahli keluarga yang bercadang untuk ke Mersing bagi tujuan menghantar anak-anak memasuki asrama, Hanna Homestay Mersing merupakan antara pilihan tempat penginapan terbaik. Ini kerana, Politeknik Mersing hanya berjarak 800 meter dari homestay, MRSM Mersing pula 6.8 kilometer dan 3.7 kilometer untuk ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Mersing. Lebih memudahkan lagi, tetamu hanya mengambil masa 6 minit untuk ke jeti sekiranya berkeinginan untuk ke pulau-pulau berhampiran.

Hanna Homestay Mersing merupakan sebuah rumah teres dengan 3 buah bilik tidur, di mana dua biliknya berpendingin hawa. Mesin basuh dan kelengkapan menggosok pakaian juga disediakan, senang untuk tetamu bersiap untuk bersiar-siar.

Untuk ke pusat bandar Mersing, perjalanan hanya mengambil masa 3 minit. Di sekitar luar homestay, kawasannya sangat luas untuk berkumpul dan perabot di luar rumah juga disediakan. Ruang meletakkan kereta yang luas juga tidak akan membimbangkan anda untuk membawa keluarga yang ramai.

Alamat: No. 171, Jalan Haji Gombri, Kampung Pengkalan Batu, 86800, Johor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 017-788 4410

Whatsapp Hanna Homestay Mersing


7. Ulfah Homestay

Ulfah Homestay mempunyai 3 buah bilik tidur, di mana bilik tidur utama dan bilik tidur ketiga mempunyai 1 katil bersaiz queen. Di bilik tidur kedua pula, terdapat dua biji katil bersaiz single. Setiap bilik mempunyai rak menggantung pakaian yang tersendiri, jadi senanglah anda untuk menyusun pakaian tanpa berselerak. Homestay Ulfah ini dilengkapi dua buah bilik air, TV dengan saluran-saluran ASTRO dan juga seterika beserta papan menggosok baju. Di dapurnya, telah tersedia kuali-kuali dan periuk yang lengkap untuk memasak. Dengan kemudahan dan kelengkapan yang serba sempurna, harga serendah RM150 untuk satu malam merupakan satu harga yang sangat berpatutan dan murah.

Menurut tetamu yang pernah menginap di Ulfah Homestay, homestay ini sesuai didiami sementara oleh jumlah ahli keluarga yang besar, iaitu seramai 7 orang dalam satu masa. Dengan berjalan kaki sahaja, anda boleh menjamu selera di cafe milik Ulfah Homestay. Sekiranya anda perlu melakukan transaksi kewangan, terdapat mesin ATM yang sangat berhampiran dengan homestay.

Alamat: No 41, Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-750 5156


8. Homestay Cikgu Mersing

Walaupun Homestay Cikgu Mersing berkonsepkan kampung dengan senibina kayu yang berkualiti tinggi, sentuhan moden masih ada kerana rumahnya yang berhawa dingin. Homestay ini mempunyai 2 buah bilik tidur yang mempunyai ciri-ciri tradisional. Sebagai kemudahan istimewa buat tetamu, kelengkapan untuk berbeku disediakan tanpa sebarang caj oleh host. Makanan laut segar boleh juga ditempah dari pihak host, ataupun tetamu boleh pergi melihat ayam dan memilih ayam sendiri untuk dimasak segar atau dibarbeku. Sekitar Homestay Cikgu Mersing, terdapat sebuah wakaf yang boleh digunakan tetamu untuk menikmati juadah di situ.

Selain berbasikal, tetamu turut dialu-alukan untuk melihat haiwan-haiwan jinak di keliling homestay. Untuk tempat bersiar-siar, perjalanan mengambil masa 5 minit untuk ke Bandar Mersing dan Teluk Buih, manakala 8 minit untuk ke Pantai Air Papan daripada Homestay Cikgu Mersing. Bagi pengalaman tambahan, tetamu boleh menempah khidmat ‘island-hopping’ daripada host.

Alamat: Homestay Cikgu Mersing, 86800 Mersing

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-723 4281

Whatsapp Homestay Cikgu Mersing


9. Homestay De Anggun Mersing

Homestay De Anggun Mersing menerima penilaian 10/10 untuk kategori kebersihan dan juga kesepadanan dengan harga. Oleh itu, homestay ini mungkin memasuki senarai tempat penginapan yang ingin ditempah oleh anda. Tempat penginapan ini mempunyai 3 buah bilik tidur, dengan dua bilik tidur berpendingin hawa dan 2 buah bilik air yang dilengkapi ‘water heater’. Jumlah katil yang disediakan di homestay ini ialah lima, sesuai untuk mereka yang lebih gemar mempunyai katil untuk diri sendiri. Tuala mandian turut disediakan untuk digunakan tetamu, jadi tidak perlu anda gelisah sekiranya anda tidak mempunyai ruang dalam beg untuk membawa tuala daripada rumah.

Kereta yang dibawa tetamu boleh diletakkan di tempat parkir peribadi oleh pihak host, di mana keselamatannya pasti terjamin. Sekiranya anda mahu melawati pulau-pulau di Johor, bolehlah anda ke jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Rawa dan Pulau Besar yang jauhnya 7 minit dari Homestay De Anggun.

Alamat: No.91, Jalan Indah 4, Taman Wawasan, 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 019-747 1563


10. SingHome Holiday House

Untuk keselesaan yang berpanjangan, SingHome Holiday House menyediakan 3 buah bilik tidur yang mempunyai 6 biji katil bersaiz queen dan 5 buah pendingin hawa. Dalam satu masa, homestay ini boleh memuatkan seramai 6 hingga 12 orang tetamu. Sebagai kemudahan, pihak host menyediakan pengecas USB, sangat memudahkan buat mereka yang terlupa membawa pengecas bersama. Homestay ini mempunyai dua buah bilik mandi yang dilengkapi mandian panas untuk mereka yang menggemarinya, dan juga 4 helai tuala mandian. rumah banglo yang besar ini juga cukup cantik, bersih dan memang luas sekali. Sekiranya anda kurang biasa melawati Mersing, host boleh mengendalikan urusan anda mengambil bas di Terminal Bas Mersing ataupun di jeti.

Dengan jarak 100 ke 400 meter dari SingHome Holiday House, anda boleh menemui taman permainan, gerai sarapan pagi, gerai buah, 7Eleven dan juga kedai buku. Jika anda menaiki kereta, anda boleh ke KFC, Pizza Hut, Giant, Watsons dan juga Sungai Mersing dalam 2 minit.

Alamat: No 1739 Jalan Kuara, 86800 Mersing

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 016-731 8888


Homestay sekitar Mersing semestinya menjadi pilihan pengunjung yang selalunya datang untuk melawat pulau-pulau. Sebab itulah, homestay-homestay yang disenaraikan tidak dinafikan lagi akan membuatkan anda puas dengan kemudahannya. Datang sahaja ke Mersing dan tempah mana-mana homestay yang digemari.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

11 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Babi Besar Mersing

Pulau Babi Besar terletak 15km di luar persisiran pantai di sebelah timur daerah Mersing di Johor. Ia dikelilingi oleh berbilang pulau-pulau kecil dan merupakan...

15+ Tempat Best & Aktiviti Di Pulau Tinggi Johor

Pulau Tinggi merupakan salah satu kepulauan di Malaysia yang paling tidak dibangunkan dengan persekitaran yang menawan dan keindahan yang memegunkan. Pulau yang terpencil ini...

Top 5 Kereta Sewa Kota Tinggi & Mersing yg Terbaik

Anda perlu bijak dalam mencari penyelesaian perjalanan yang dapat membantu anda merancang pengangkutan anda lebih awal untuk percutian anda dengan destinasi yang fleksibel serta...

5+ Tempat Menarik Dan 8+ Aktiviti Yang Mesti Buat Di Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terkenal di Malaysia sebagai salah satu tapak memancing yang terbaik, ia terletak 45 kilometer dari Mersing, iaitu lokasi perlepasan ke kebanyakan pulau-pulau...

15+ Aktiviti Terbaik Yang Mesti Cuba Di Pulau Sibu Johor

Pulau Sibu Johor terletak di Taman Marin Sultan Iskandar, Johor, di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut China Selatan. Pulau Sibu merupakan kepulauan tropika...

Jeti Mersing – Jeti ke Tioman, Rawa, Besar & Pemanggil

Jeti Mersing (Mersing Harbour Centre) yang terletak di Kota Tinggi Johor, merupakan jeti yang paling sibuk di kawasan selatan untuk laluan ke kepulauan Johor...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x